Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2018

Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.9 Tahun 2018

Imej
Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.9 Tahun 2018. Pagi tadi majlis berlangsung bertempat di Dewan Seminar diurusetiakan oleh kami, SPMICT dengan tema Ummah Digital. Satu kelainan dimana kami membawakan teknologi ke dalam perhimpunan kali ni; pendaftaran secara terus atas talian melalui sistem i-Datang yang dikelolakan oleh Fadzli; permainan kuiz Ummah Digital Bermaklumat yang dikelolakan oleh Adi; sesi cabutan bertuah berdasarkan kehadiran menerusi i-Datang, diundi menerusi aplikasi wheel of fortune. Tahniah pada kesemua team SPMICT yang banyak menyumbang tenaga dalam memastikan perhimpunan kali ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Tahniah pada kesemua warga jabatan yang turut hadir dan menjadi sebahagian daripada kami; menerokai dunia digital bermaklumat bersama. Hmmm.. Gambo kurang sikit lah ye. Tunggu update dari photog rasmi lah ye dalam FB rasmi JPN. Aku banyak ke hulu ke hilir je pagi ni :P

Sekolah Tun Fatimah : Majlis Solat Hajat Perdana PT3 & SPM 2018

Imej
Sekolah Tun Fatimah : Majlis Solat Hajat Perdana PT3 & SPM 2018. Majlis ini telah diadakan pada semalam, 29 September 2018 hari Sabtu bermula jam 6.30 petang di Surau Fatimah Az-Zahra. Dalam jam 5.45 petang kami tiba di jalan berdepan sekolah. Dah jem beb. Memang sambutan menggalakkan daripada parents Form 3 dan Form 5 tahun ni. Sempat lepak jap depan surau borak-borak. Jumpa iqa jap sebelum majlis mula dan serah pada dia souvernir kata-kata peransang dari inaz. Majlis dimulakan dalam jam 6.30 petang dengan ucapan aluan dari YDP PIBG dan diteruskan dengan bacaan yasin. Selepas selesai solat Maghrib berjemaah kami diperdengarkan dengan tazkirah dari Ustaz Usamah Kamal Al-Hafiz. Solat Hajat dijalankan setelah selesainya solat Isya' berjemaah. Sebelum bersurai kami bergerak ke Dewan Melati untuk jamuan. Dapat la masa berborak lagi dengan anak dan parent lain yang hadir. Tahniah STF atas penganjuran majlis ini. Semoga Iqa dan rakan-rakannya dapat menjawab soalan-soalan PT3 ini d

Kata Alu-Aluan Majalah Sekolah 2018 : Pengarah Pendidikan Negeri Johor

Imej
Kata Alu-Aluan Majalah Sekolah 2018 : Pengarah Pendidikan Negeri Johor. Kata Alu-Aluan Tuan Haji Shaharudin bin Sharif, Pengarah Pendidikan Negeri Johor untuk Majalah Sekolah 2018 boleh dimuat turun melalui pautan berikut : http://jpnjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/kata%20aluan%20majalah%202018.pdf --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180929 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180929 Progress. Latest so far.

SMK Taman Nusajaya : Hari Kemuncak Kokurikulum dan Hari Kantin 2018

Imej
SMK Taman Nusajaya : Hari Kemuncak Kokurikulum dan Hari Kantin 2018. Program ini berjalan pada 27 September yang lepas di sekolah mama. Kawasan parking hadapan menjadi lokasi untuk Hari Kantin manakala aktiviti lain mengambil tempat di serata kawasan sekolah. Nampak menarik aktiviti yang dilaksanakan. Foto-foto mama kebanyakannya mengambil tempat di lokasi mama bertugas nampaknya. Tahniah pada pihak sekolah atas penganjuran program yang menarik ini.

Sekolah Tun Fatimah : 20180928 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20180928 Lawatan Hujung Minggu. Singgah sebentar di sini semalam. Nengokkan iqa dengan kengkawannya buat study group. Minggu depan dah PT3. Aku ke Masjid Annur Larkin untuk jemaat. Siap ada order khas. Apapun. Harap Iqa dapat menjawab soalan-soalan PT3 ini dengan baik. Semoga Allah permudahkan segalanya dan mencapai kejayaan yang cemerlang. All the best and be the best!

Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180926 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180926 Progress. Layan.

The making of orang pulau : Back to Tanah Besar

Imej
The making of orang pulau : Back to Tanah Besar. Alhamdulillah. Akhirnya tiba masanya kami kembali ke tanah besar. Banyak kenangan manis yang dapat kami bawa bersama sepanjang masa dua hari kami menjelajah pulau ini. Laut tenang seperti tasik. Ini ayat orang sini la. Bagi kita. Perghhh. Kena lambung jugak. Kelihatan ikan lumba-lumba di sesetengah tempat. Aku pun dah tak ingat kat pulau mana. Yang pasti. Bila sampai ke satu pulau, henfon aku mula aktif semula. Yeaahhhh. Welcome back to the world that never rest! Hehehe. Layan aje ler. Sampai di jeti kelihatan bot kargo yang sarat dengan muatan. Ni lah dia sumber utama keperluan penduduk pulau. Kini aku dah tahu. Mendarat aje di jeti kami gerak ke Mersing Harbour centre dulu. Makan makan. Isi perut sementara menantikan kehadiran kenderaan. Tak lupa. Singgah beli keropok sebelum pulang. Tanya yang mana paling best. Tu pun beli sikit aje sebab kebiasaan anak-anak tak ngam. Sekali terbalik pulak. Sekali hadap habis semua. Takpe. Lain kal

Celebrating Inaz

Imej
Celebrating Inaz. Inaz dah selesai UPSR semalam. Rileks rileks aje kami lepak kat bawah pokok di Man Cendol Nusantara. Makan cendol pulut sama nasi lemak. Ditambah dengan pisang goreng cheese bercoklat ditabur. Lepas ni nak tumpu pada Iqa pulak dengan minggu ujian bertulis PT3. Good luck for both!

Minggu SFB MyGovUC : Sesi Dry Run

Imej
Minggu SFB MyGovUC : Sesi Dry Run. Minggu depan bakal berlangsungnya Minggu Skype For Business MyGovUC. Hari ni aku antara yang terpilih untuk sesi Dry Run ni. Tujuan Dry Run ini diadakan adalah untuk menguji akaun SfB peserta dan network di agensi bagi memastikan latihan SfB yang akan dijalankan pada 1 hingga 4 Oktober kelak berjalan dengan lancar. Asalnya aku nak buat kat flying opis aku jer kat sekolah tu. Tapi memandangkan hari ni juga kami buat full rehearsal untuk perhimpunan bulanan Ahad depan maka aku buat kat dewan aje pakai line Digi aku. So far so good. Nampak smooth. Siap boleh ajak reramai turut sama lagi gitu. Layan.

UPSR 2018 : Day 4 with Inaz

Imej
UPSR 2018 : Day 4 with Inaz. Hari ni paper last UPSR. Sains. Actually. Hari ni adalah hari yang paling minda aku berkecamuk. Ke sana. Ke sini. Lepas Yasin aku keluar ke opis. Bila aku sampai semula ke sekolah selepas kertas 2 selesai. Rasa bersalah pulak kat Inaz. Nak pulak tetiba dia tarik aku di jauh pada orang lain dan menangis. Masa tu memang rasa sangat bersalah. Aku tak fokus langsung pada dia hari ni. Cuti buat cara cuti aje la kan. Ini cuti 4 hari tapi kerja juga dalam 4-4 hari tu. Takpe. Tak guna mengungkit apa yang kita sendiri redha nak buat. Tenangkan diri. Tenangkan dia semula. Kertas dua dia blank katanya. Tapi dia dapat buat juga semua. Takpe la dik. Apa yang dah lepas tu abaikan ajelah. Yang penting adik dah usaha sehabis baik kan. Apa yang dapat lepas ni abah tak kisah pun. Actually. Hari ni penumpuan aku terlalu banyak. Hari lain aku boleh control. Satu demi satu kerja aku setelkan. Hari ni memang hari ujian aku. Aku redha dengan ketentuan yang dah Tuhan sediakan u

SK Pulau Aur, Mersing : Kajian Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK)

Imej
SK Pulau Aur, Mersing : Kajian Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK). Pulau Aur. Hampir dua puluh empat jam kami berada di sini. Memang memberi pelbagai pengalaman baharu pada aku actually. Daripada mulanya kami disambut Guru Besar sehinggalah kami pulang setelah selesai kajian, kami amat berterima kasih atas layanan mesra yang diberikan kepada kami sepanjang kami berada di situ. Banyak masa terluang dihabiskan dengan menjelajah pulau untuk melihat sendiri keadaan dan suasana di sini. Banyak cabaran yang dilalui oleh guru-guru di sini dalam membangunkan anak bangsa.

UPSR 2018 : Day 3 with Inaz

Imej
UPSR 2018 : Day 3 with Inaz. Hari ni tiba giliran kertas Matematik. Nak kata apa bagi kertas ni lagi kan. Yang penting pengurusan masa yang baik lah. Majlis Yasin seperti biasa dalam surau semasa kedua-dua kertas berjalan. Selesai kertas 1. Inaz jumpa aku. Bah. Adik bantai 6 soalan. Perghhh! Susah sangat ke dik. Pinjam jam soalan dari cikgu. Nampak straight forward. 10 soalan ke belakang nampak a bit tough. Sambung kertas dua. Pun inaz jumpa aku lepas selesai. Dua soalan dia bagi kat aku. Satu pasal kebarangkalian. Ni tak salah tulis tau. Kekeke. Satu lagi pasal nak beli tv. OK la tu. Masa nak balik mama telefon. Inaz OK tak. Rupanya heboh kata soalan susah. Hmmm.. OK. Aku terus pas aje kat inaz. Jawapan dia pada mama dia bagi aku agak matured. Siap tenangkan kengkawan yang lain. Apapun. Semoga dipermudahkan. Harap Inaz dapat menjawab soalan-soalan UPSR hari ini dengan baik. Semoga Allah permudahkan segalanya dan mencapai kejayaan yang cemerlang. Esok sambung dengan kertas terakhir,

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Port biasa. Hasil RM85.45 for 504.2 km melibatkan 38.841l minyak. 1 liter lebih kurang 12++ km. Layan.

Top Eleven 2018 : My National Team - Malaysia terchenta

Imej
Top Eleven 2018 : My National Team - Malaysia terchenta. Lantak la orang nak kata apa kan. Opcoz aku akan pilih team Malaysia as my national team. Memula main memang masak la. 3 bintang je dia bagi. Paling top pun si Akram Mahinan - 4 star. Pengalaman banyak mengajar. Berabis semua token jugak untuk dapat 1 player 4 star dan 1 goalkeeper 5 star. Lepas tu kasi training abis abis. Minggu 1 aku jadi pasukan belasahan aje. Takpe. Season dua aku mula naik. Yang penting training kena kaw kaw, gameplay aku main short aje. Minggu 2 aku dapat kalahkan semua team on one shot. hari hari yang ada aku habiskan tenaga on training aje. Hari ni masuk Minggu 3. Aku amik team paling hard dulu. Amerika. First main. Boleh pulak seri 2-2. Takpe. Perabis energy dalam 4. Return semula. Dapat 2-1. Yang best, dah cukup point untuk free player. Aku pilih midfield 5-star walau umur dia paling tinggi, sebab dia ada kelebihan sebagai playmaker. Lepas ni gameplay leh ubah right flank pulak kan. Layannn...

Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180925 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180925 Progress. Pemasangan mozek diteruskan. Petangnya dapat call untuk ambil ukuran jeriji. Layan.

The making of orang pulau : Meronda Aur

Imej
The making of orang pulau : Meronda Aur. Satu. Jangan difikir nak ada kenderaan kat sini kecuali troli/kereta sorong untuk bawak barang dari jeti pulang ke rumah. Dua. Masa berlalu dengan sangat perlahan. Dua benda ni je membuatkan memacam benda yang korang rasa tak boleh buat, jadi boleh. Tak pepasal lepas balik pulau dayang kami merentas pulau. Masuk hutan weh. Bayangkan kalau murid tu dari kampung belakang. Ni ler jalan dia. Cuma, GB kata semua budak dah duduk kat kampung berdekatan. Paling jauh; 300m dari sekolah. Tapi. Jalan dia lebih kurang ni la. Cuma. Takde jambatan kayu gini je. Sampai ke jeti semula; ada pemancing baru balik. Terus offer mengoffer berlaku. Mus tapau semua kerapu bara tu baq ang. Yang air bag tu, jadi makan malam kitaorang. Masak stim tau. Beso amat. Aku? Dah ready nak kekah maggi je. Sib baik ada yang jual burger. Dapat la rasa burger pulau kat sini. Kekeke. Dan malam ke pagi merupakan suatu detik yang amat panjang aku rasa. Balik tertido kepenatan. Bangun

UPSR 2018 : Day 2 with Inaz

Imej
UPSR 2018 : Day 2 with Inaz. Hari ni kertas Bahasa Inggeris Pemahaman dan seterusnya diikuti dengan Bahasa Inggeris Penulisan. Sempat duduk berborak jap ngan GB pasal kertas semalam yang boleh tahan aras kesukarannya. Majlis Yasin seperti biasa dalam surau semasa kedua-dua kertas berjalan. Alhamdulillah. Hari ni muka masing-masing ceria selepas peperiksaan selesai. Semoga dipermudahkan. Harap Inaz dapat menjawab soalan-soalan UPSR hari ini dengan baik. Semoga Allah permudahkan segalanya dan mencapai kejayaan yang cemerlang. Esok sambung lagi dengan Matematik pula ya. All the best and be the best!

Top Eleven 2018 : Football Association - My Harimau Muda Team

Imej
Top Eleven 2018 : Football Association - My Harimau Muda Team. Boleh tahan jugak performance team kami ni. Apa yang penting untuk korang paham adalah kena pastikan condition team tip top sebelum perlawanan seterusnya. Apa yang jadi masa game tak diambil kira lepas tu. So, boleh all out. Apa yang biasa aku buat adalah pastikan team tu memang the best. Korang sebenarnya readykan untuk dua game actually. Game untuk FA dan game seterusnya. So, jangan risau untuk the next game after. Yang penting readykan aje on top condition.

Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180924 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180924 Progress. Akhirnya bermula proses mozek. Yang buatnya kawan si Manan. Lupa nak tanya nama masa jumpa tadi. Esok ye.

UPSR 2018 : Day 1 with Inaz

Imej
UPSR 2018 : Day 1 with Inaz. Hari ni dimulakan dengan kertas Bahasa Melayu Pemahaman dan diikuti Bahasa Melayu Penulisan. Aku amik cuti sepanjang UPSR ni. Gi sekolah sama Inaz. Seronok dapat duduk sama ngan parent lain dalam surau. Aktiviti rutin kat sekolah ni sejak dengan Iqa lagi. Cuma yang bapa tadi ada la beberapa, kaum ibu yang lebih ramai. Selesai aktiviti dalam surau aku ke pondok wakaf. Keluar segala laptop bagai. Kerja tetap berjalan macam biasa walau cuti. Macam a bit terkejar-kejar sebelum mula kertas penulisan tu bila ada kerja baharu masuk. Tenangkan diri balik. Masuk surau semula sampai selesai. Baru sambung kerja semula. Balik rumah terus terbongkang aku. Apapun. Harap Inaz dapat menjawab soalan-soalan UPSR hari ini dengan baik.Semoga Allah permudahkan segalanya dan mencapai kejayaan yang cemerlang. Esok sambung lagi dengan Bahasa Inggeris pula ya. All the best and be the best.

Pulau Dayang : A quick tour

Imej
Pulau Dayang : A quick tour. Lepas asar kami gerak ke pulau Dayang yang just berhadapan dengan Pulau Aur ni. Duduk di sini around sejam. Memang best keadaan laut dan pantainya. Borak ngan kebudaks kat situ. Anak tokei chalet tu. Sempat la rasa cramp jap kat kaki. Gatai jenjalan hujung ke hujung. Lum kira masuk ke setiap lapisan warna laut tu. Air jernih sengsangat. Kalau dapat gugel mesti lagi best layan terumbu kat dasar. Memang terbaeekkk!!!!

Jabatan Pendidikan Negeri Johor : A quick snapshot

Imej
Jabatan Pendidikan Negeri Johor : A quick snapshot. Ni semua gara-gara sampai depan Tasek Apartment la ni. Langit membiru seperti memanggil-manggil yok gi amik gambo. Kaki sengal pun gatal jugak nak jenjalan. Layan aje la. Sesekali terasa rindu pulak ngan Galaxy Camera aku tu.

Petrol Routine for Almera

Imej
Petrol Routine for Almera. Yakin. Sebab dah set meter sebelum ni. Hasil RM67.21 for 292.0 km melibatkan 30.5521l minyak. Layan.

The making of Orang Pulau

Imej
The making of Orang Pulau. Kat Pulau Pemanggil biasa-biasa aje. Just kunjungan singkat, line telefon kebanyakannya ada. Tapi. Bila kami dah mula bergerak ke Pulau Aur, cabarannya dah mula terasa. Pulau ni pulau yang terjauh dari daratan, tiada line telefon kecuali Maxis kat situ. Memula sampai memang seronok. Borak-borak jap. Bila dah masuk bilik, masa mula menjadi perlahan. Sangat perlahan. Semua yang dibuat terasa cepat. Ehh.. Baru 5 minit. Ehh.. Baru 10 minit. Keluar. Lepak kat hammock. Ehh. Baru 10 minit. Memang mati kutu terus. Dari siang sampai ke pagi esoknya. Memang kerap terjaga ingatkan dah pagi. Perrghhh. Ini baru satu hari ni. Tak dapat bayang cikgu kat sini camner kan. Dan. Yang paling best. Sampai sekarang aku masih terasa lambatnya masa berjalan. Layan jangan tak layan.

Top Eleven 2018 : My National Team

Imej
Top Eleven 2018 : My National Team. Akhirnya. dapat jugak team Malaysia aku beat semua team yang disenaraikan. Nampaknya tetap kena melabur untuk team naik. Season lepas memang aku banyak habiskan tenaga dan token untuk team Malaysia. Bila dapat beat Italy yang aku dah mula nampak keberkesanan tu. Wakakaka. Layan.

Sekolah Tun Fatimah : 20180922 Study with Nasi Ayam Talip

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20180922 Study with Nasi Ayam Talip. Hehehe. Hari ni sampai lewat ke STF. Cetak bahan study. Tapau Nasi Ayam Talip. Tapau Ais Jagung yang aku pun pelik apsal nak taruk kacang. Dah tak pepasal aku dapat rezeki gigit kacang setengah bijik. Sampai. Gi main blok jap. Ada orang nak gi tandas katanya. Sempat angah gi snap gambo ayo yang terpapar di depan tu. Terus lepak Kafeteria. Makan. Sambung study for both Balqis. Sorang nak UPSR. Sorang nak PT3. Good luck for both. All the best and be the best!

SK Pulau Pemanggil, Mersing : Kajian Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK)

Imej
SK Pulau Pemanggil, Mersing : Kajian Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK). Pulau Pemanggil. Leh tahan travel ke sini dengan bot. Nampak Pulau Tioman on the way ke situ. Pulau Pemanggil ni dinamakan sebegitu disebabkan masa nak membukanya, terdengar bunyi paluan gong memanggil ke pulau berkenaan. Tu cerita lama lah kan. So. Alhamdulillah. Laut tenang sepanjang laluan. Cuma bila lepas Tioman tu a bit rough. Tu pun orang pulau kata biasa biasa aje. Sampai di situ kami disambut oleh Guru Besar yang menanti di jeti. Kat sini komunikasi masih OK. Aku yang pakai digi pun masih dapat menerima panggilan tugasan dari tanah besar. Layan aje lah kan. Sempat la on laptop dan tethering on henpon untuk siapkan tugasan ringkas. Sesi kajian bermula. Aku bersama team murid macam biasa. Tahap 2 ada 3 orang aje. Masing-masing seorang di setiap darjah. Penduduk dah makin kurang di sini. Kemungkinan tahun depan pun dah takde murid tahun 1 dan yang ke bawah. Sempat meronda sambil menden

Jenjalan Cari Makan : Mersing Nasi Dagang

Imej
Jenjalan Cari Makan : Mersing Nasi Dagang. 18 September. Kami bakal menjelajah pulau di Mersing selama dua hari. Tiba di Kota Tinggi jam 6.40 pagi dan bersedia meneruskan perjalanan ke Mersing. Target untuk pergerakan bot pada jam 8.30 pagi. Tiba di Mersing jam 8.00 pagi. Singgah dulu di Mersing Nasi Dagang untuk sarapan pagi. Apa yang aku dah belajar dari orang pulau adalah kita mesti memenuhkan perut sebelum mengharungi laut. Memang terbaeekkk!!!! makan kat sini. Aku makan nasi dagang kosong dengan ayam goreng dan letak sambal merah. Belasah aje. Yang penting nampak sedap di mata aku. Kekeke. Bos amik ketupat palas. Tapi a bit pelik sebab nampaknya dia goreng pulak lepas tu. But still nice to eat la. TQ bos belanja sarap pagi ni.

Home sweet Home Renovation Phase 2 : 20180917 Progress

Imej
Home sweet Home Renovation Phase 2 : 20180917 Progress. Layan.

SK Peta, Mersing : Kajian Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK)

Imej
SK Peta, Mersing : Kajian Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK). 17 September. Seawal 6 pagi kami dah mula gerak ke Kahang yang terletak di Kluang sebagai lokasi berkumpul sebelum gerak masuk ke Peta. Selesai sarapan kami bergerak ke pejabat renjer dan berkonvoi masuk. Sampai di sekolah, kajian terus dilaksanakan oleh Puan Nasitah selepas taklimat ringkas daripada Guru Besar sekolah. Aku ambil peluang untuk meronda sekitar kawasan. Alhamdulillah. Selesai semua around jam 1 petang. Gerak keluar dan ambil late lunch di Kahang. Boleh tahan penat pergerakan yang sepenuhnya on bumpy road. Esoknya cabaran baharu pula menanti. Sekolah pulau!

Lopaq Chempel : 20180916 Geboozinisasi

Imej
Lopaq Chempel : 20180916 Geboozinisasi. Slow slow dah mula gerak ke arah Gebooz. Cuma tang part jerit sebelum lompat si Gebooz tu memang unik dan tokleh dicreate setakat ni. Lopaq masih gigit ganas. Stunt dari belakang aku siap cako. Tapi dah leh lepak kat tempat kegemaran dan gaya cam Gebooz la. Hehehe.

Get Well Soon Aiman

Imej
Get Well Soon Aiman. Hmmm. Tengah malam semalam si Aiman admit ke kecemasan. Masalah pernafasan. Terus kena tahan wad. Selesai tengok Iqa, kami singgah jap nengok Aiman ngan Ucu kat HSA. Dada dia masih berombak kuat. Kebetulan makanan sampai. Mama suapkan. Banyak jugak dia makan. Merintih jap masa misi masukkan ubat. Cian Aiman. Semoga cepat sembuh dan dapat balik ke rumah semula. Aiman ada kat Wad Bunga Raya 2, Tingkat 3; katil nombor 29 setakat ni.

Sekolah Tun Fatimah : 20180921 Berkelah

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20180921 Berkelah. Wahhh. lama tul tak pakai ayat ni. Kami makan makanan yang mama dah masak dan tapau dari rumah kali ni. Sampai licin kot. Layan. Iqa siap buat sign untuk angah, Good Luck in UPSR 2018. Yang best main singkatan GL aje tuh. Bagi angah kat rumah, paham pulak tu. Haisshhh! Bahasa kebudaks la ni.

Bawang Team : Bang Dol Misai Kucen Ke Masjid Jua

Imej
Bawang Team : Bang Dol Misai Kucen Ke Masjid Jua. Kalau nak pergi ke masjid Ali Sengeh selalu berjalan sedikit memutar. Tujuannya, pertama, tentu sekali sunnah. Kedua, Ali Sengeh memang sengaja nak lalu depan rumah Bang Dol Misai Kucen. Bang Dol Misai Kucen adalah jiran Ali Sengeh yang terdekat. Bukan pasal riya', tapi berharap ada syiar. Agaknya kalau selalu melihat orang ke masjid, hati Bang Dol Misai Kucen mungkin akan tersentuh dan kemudian jadi mahu ke masjid juga. "Bang Dol, jom..!" jerit Ali Sengeh sambil melambaikan tangan ke arah Bang Dol Misai Kucen. Bang Dol Misai Kucen sedikit rimas. Berlengas pulak rasanya dengar suara Ali Sengeh. "Jom la kita ke masjid sama.." tambah Ali Sengeh mengajak sambil senyum. "Kalau kau nak ke masjid, tak payah la ngajak-ngajak. Nanti beritahu ustaz, kalau nak ceramah di masjid, pakai speaker dalam, jangan suka nyindir boleh tak..? nak solat atau tak, ikut suka orang la." jawab Bang Dol Misai Kucen. Al

Rutin Jemaat Syafinaz

Imej
Rutin Jemaat Syafinaz. Pepagi ngantor kelas tambahan kat sekolah dia. Antara yang last dah ni memandangkan minggu depan dah mula periksa. Singgah Petronas tapau sarap. Apa yang nak dicari takde la pulok. Layan aje ler oreo mini.

Penggantian Frasa "Saya Yang Menurut Perintah" dengan Frasa "Saya Yang Menjalankan Amanah" dalam urusan penyediaan surat Kerajaan

Imej
Penggantian Frasa "Saya Yang Menurut Perintah" dengan Frasa "Saya Yang Menjalankan Amanah" dalam urusan penyediaan surat Kerajaan berkuat kuasa 20 September 2018. Sepertimana yang kita sedia maklum, di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007 : Panduan Pengurusan Pejabat, Bahagian VI, perenggan 6.4(g) telah menyatakan bahawa setiap surat hendaklah diakhiri dengan perkataan "Saya yang menurut perintah" di sudut sebelah kiri bawah surat sebelum tandatangan pegawai yang berkenaan. Sejajar dengan hasrat Kerajaan supaya setiap penjawat awam dapat menghayati bahawa setiap perintah, tugasan dan tanggungjawab merupakan satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya, maka Kerajaan bersetuju supaya frasa "Saya yang menurut perintah" digantikan dengan frasa "Saya yang menjalankan amanah". Penggantian frasa ini hanya meminda perenggan 6.4(g), Lampiran A, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007. Arahan ini berkuat kuas

Top Eleven 2018 : MknACE 4eva Season 2 Status

Imej
Top Eleven 2018 : MknACE 4eva Season 2 Status. Selesai Season 2. Tak dapat top nampaknya kali ni. Cup masih dapat mengungguli. Champion League terkandas kat quarter finale. Sadis weh. Sesambil nunggu Season 3 kita pulun polish player la apa lagi. Dapat top scorer jugak si zizis ni.

Program Bersepadu Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran bersama warga pendidikan negeri Johor

Imej
Program Bersepadu Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran bersama warga pendidikan negeri Johor. Semalam. Program dijalankan bertempat di Dewan Seri Temenggong, IPG kampus Temenggong Ibrahim. Program bersepadu ni terdiri daripada sesi Bual Bicara dan Konsultasi. Kami dilibatkan untuk sesi bual bicara sahaja. Menarik. Yang paling best, dapat jumpa rakan-rakan lama.

SK Taman Nusa Perintis : Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin Sempena Peperiksaan UPSR 2018

Imej
SK Taman Nusa Perintis : Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin Sempena Peperiksaan UPSR 2018. Semalam, majlis mengambil tempat di Masjid An-Nur, Taman Nusa Perintis 1. Aku tiba a bit late, selepas selesai solat Maghrib. Buka puasa dan solat dulu di rumah. Sampai dah berderet kereta. Turunkan mama dan inaz dulu dan aku merayau jap cari parking. Sampai. Ngam-ngam sebelum bacaan yasin. Alhamdulillah. Solat isya' dan diikuti dengan solat hajat selepas tu. Semoga anak-anak dipermudahkan segala urusan semasa peperiksaan berlangsung minggu depan. Terima kasih atas sediaan jamuan Nasi Ayam Penyet selepas selesai majlis. Moga dimurahkan rezeki.

Cinet : 20180921 Merayap Meronda

Imej
Cinet : 20180921 Merayap Meronda. Sakan dia meronda. Kami pakat meronda ke kedai cik ani. Dia merayap mengikut. Si Cumee Cumee perati je perangai dia dari belakang.

Syafinaz New Spectacles

Imej
Syafinaz New Spectacles. Nampaknya. Angah yang ikut jejak langkah aku dulu. Tapi aku dulu teruk abis. Sampai tak boleh tengok cahaya langsung. Inaz dia just ngadu tak nampak tulisan kat papan hitam. Singgah jap kat Vision di Gelang Patah untuk checkup. Harus la kena buat. Alang-alang aku pun check sekali. Yakin. Dua-dua ada masalah. Inaz rabun jauh dan aku rabun dekat. Aku buat dia punya dulu. Suruh dia pilih yang paling dia suka. Sementara aku gi draw duit, rupanya semuanya dah selesai. Tak dapat la aku full photo review. Ish ish ish. Kena RM368. Siapnya pada 18 September. Atuk jugak yang kena gi amik. Memang bukan rezeki aku nampaknya.

Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180915 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180915 Progress. Layankan aje. Setel down the cornice.

Sekolah Tun Fatimah : 20180915 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20180915 Lawatan Hujung Minggu. Singgah jap pizza hut tapau pizza. Ici sibuk nak makan dari semalam. Sekali dia mintak KFC la pulak. Perrghhh. Setel. Gi lepak STF borak borak. Nampaknya 29 ni ada majlis solat hajat. Sambung study reramai kat sini.

Walimatul Urus : Raikan Cinta Haziq & Shahira

Imej
Walimatul Urus : Raikan Cinta Haziq & Shahira. Semalam ke Dewan Dato' Onn untuk majlis ni. First time datang tempat ni. Sempat main kat taman permainan di sebelah dewan; sebelum masuk dan selepas keluar. Tahniah dan selamat pengantin baharu pada kedua mempelai.

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2018

Imej
Selamat Menyambut Hari Malaysia 2018 kepada semua pengunjung blog. Sesungguhnya, keharmonian dan kesejahteraan yang di kecapi sejak sekian lama wajar dipelihara dan dikekalkan agar dapat terus dikecapi oleh generasi akan datang. Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Meronda SeIskandar Puteri

Imej
Hari Meronda SeIskandar Puteri. Jemaat. Penat kaki lum selesai. Dua hari tawaf naik bukit turun bukit kat IPGKTI. Rasa cam tak sedap tul nak nekan minyak. Paginya ngantor angah gi tuisyen. Muka takde mood sebab katanya dah lewat. Cikgu silap tulis kat whatsapp. Rileks la. Bukannya sampai KL kot. Sekolah sepelaung je kot. Sampai pun lagi 5 minit nak jam 8. Kekeke. Terus ada senyum. Kekeke. Petang. Gi Bukit Indah cari mozek. Langsung singgah Mydin on the way back. Merayap kat situ. Konon nak main gelongsor. Sekali tutup daa. Singgah bazar. Banyak orang baharu nampaknya. Try test beli bihun sup utara. OK jugak kan. Mama kata dah ada pelanggan tetap dah pasni punya. Kekeke. Sesekali je pun.

Bahasa Melayu : Penanda Wacana

Imej
Bahasa Melayu : Penanda Wacana. Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Contoh penanda wacana seperti berikut: Tambahan : dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping Urutan : pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya Penyataan semula : iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan Contoh : contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai Rumusan : rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata Bandingan : seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan Tempat :

English : Discourse marker

Imej
English : Discourse marker. Carikan sumber untuk iqa semalam. So. Sharekan juga di sini untuk kegunaan umum. Kalau ada yang nak tambah, betulkan; feel free to komen. Addition: ·          again, ·          also, ·          and, ·          and then, ·          besides, ·          equally important, ·          finally, ·          first, ·          further, ·          furthermore, ·          in addition, ·          in the first place, ·          last, ·          moreover, ·          next, ·          second, ·          still, ·          too Cause: ·          because, ·          since, as Comparison: ·          also, ·          in the same way, ·          likewise, ·          similarly Concession: ·          granted, ·          naturally, ·          of course, ·          albeit (includes idea of contrast) Conditionality: ·          if, ·          when, ·          provided that, ·          providing that, ·          in case, ·          assuming t

Bicara Profesional Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bersama warga pendidikan negeri Johor

Imej
Bicara Profesional Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bersama warga pendidikan negeri Johor. Selesai di IPGKTI terus aku dan Amirudin berkejar balik. Pergghhh. Harap harap tak masuk lewat. Alhamdulillah. Sampai on time. Masuk aje terus mula. Hari ni dua kali aku dapat dengar amanat KPPM tu. Memang sangat memberansangkan. Kini. Tugas kita lah pula untuk memastikan pelaksanaan yang terbaeekkk!!!! di peringkat kita.