Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 9 Mei

Pilihanraya Umum Ke-14 : Kategori Pengundi Pos Dalam Negara Dan Luar Negara

Imej
Pilihanraya Umum Ke-14 : Kategori Pengundi Pos Dalam Negara Dan Luar Negara KATEGORI PENGUNDI POS DALAM NEGARA TENTERA Anggota tentera & pasangan dikehendaki untuk mengundi semasa Hari Pengundian Awal. Namun bagi anggota yang tidak dapat hadir semasa Hari Pengundian Awal kerana terpaksa bertugas di luar kawasan menjaga keselamatan negara, mereka boleh memohon untuk mengundi secara pos. POLIS Sebagaimana anggota tentera, anggota PDRM & pasangan PGA dikehendaki untuk mengundi semasa Hari Pengundian Awal. Namun bagi anggota yang tidak dapat hadir semasa Hari Pengundian Awal kerana terpaksa bertugas di luar kawasan menjaga keselamatan negara, mereka boleh memohon untuk mengundi secara pos. PETUGAS MEDIA Anggota media yang bertugas membuat liputan penjalanan pilihan raya di luar kawasan juga boleh memohon untuk mengundi secara pos. Mereka perlu mengemukakan permohonan melalui majikan masing-masing. PETUGAS PILIHAN RAYA Selain Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, petugas-p

Pilihanraya Umum Ke-14 : 9 Mei diisytihar hari kelepasan am tambahan

Imej
Pilihanraya Umum Ke-14 : 9 Mei diisytihar hari kelepasan am tambahan. Kerajaan mengisytiharkan 9 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena hari mengundi pilihan raya umum ke-14 (PRU14). Menurut Pejabat Perdana Menteri, ini bagi membolehkan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi berikutan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai tarikh hari mengundi PRU14 itu merupakan hari bekerja. “Pengisytiharan cuti umum itu dibuat berdasarkan seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan,” menurut kenyataan itu. Bagi Sabah dan Sarawak, Kerajaan-Kerajaan Negeri hendaklah mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing, menurut kenyataan itu. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme

Pilihanraya Umum Ke-14 : Hari mengundi 9 Mei

Imej
Pilihanraya Umum Ke-14 : Hari mengundi 9 Mei. Akhirnya. Tarikh keramat diumumkan. Hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ditetapkan pada 9 Mei. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah mengumumkan tarikh penamaan calon ditetapkan pada 28 April, manakala tarikh pengundian awal pada 5 Mei. "Tempoh berkempen ditetapkan selama 11 hari bermula dari tarikh penamaan calon sehingga 11.59 malam 8 Mei," Menurutnya lagi, SPR menetapkan writ pilihan raya dikeluarkan 11 April. Daftar pemilih suku keempat 2017 yang mempunyai 14,940,624 pemilih berdaftar akan digunakan untuk PRU14. Daripada jumlah itu 14,636,716 adalah pemilih biasa, 300,255 pengundi awal yang terdiri daripada tentera dan pasangan serta polis dan 3,653 pengundi tidak hadir luar negara. Selangor merekodkan jumlah pemilih berdaftar paling tinggi iaitu 2,415,074 orang yang layak mengundi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei depan. Menurut statistik Suruhanjaya Pilih