Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2015

Rakyat Johor Bakal Nikmati WiFi Percuma Mulai Januari Depan

Imej
Rakyat Johor Bakal Nikmati WiFi Percuma Mulai Januari Depan Rakyat Johor bakal menikmati perkhidmatan wifi percuma di beberapa lokasi di negeri ini mulai Januari tahun depan. Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM12.9 juta bagi menyediakan 135 hotspot wifi percuma yang akan dipasang secara berperingkat. Katanya projek WiFi Percuma Johor merupakan hasil kajian Pelan Suara Hati Johor yang dijalankan pada 2013. Beliau berkata hasil kajian itu menunjukkan sebanyak 20.36 peratus responden berkehendakkan kemudahan telekomunikasi dipertingkat. "Program yang meliputi tempoh tiga tahun pemasangan itu, akan melibatkan 10 daerah, 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan 13 Projek Perumahan Rakyat (PPR)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini Dataran Bandaraya Johor Baharu merupakan lokasi pertama dari 135 hotspot yang menawarkan kemudahan wifi percuma, mulai malam tadi. -- BERNAMA Via Blogger PC Edisen E

Uncle Best Popcorn Chicken before we depart

Imej
Uncle Best Popcorn Chicken before we depart. Sempat layan jap sebelum pulang ke rumah. Ekekeke.

Sambutan Ambang Merdeka 2015 SK Taman Nusa Perintis

Imej
Sambutan Ambang Merdeka 2015 SK Taman Nusa Perintis. Habis ja majlis terus bersambung lagi. Terus bermula majlis sambutan ini untuk semua. Keluar-keluar ja dari surau dah penuh dataran sekolah dengan parent dan murid yang lain. Around 10.00 pm, ketibaan YB Zaini, Adun Nusajaya diiringi dengan paluan kompang. Seterusnya silat dan tarian jemputan dari murid SK Gelang Patah mengambil tempat. Doa dibacakan dan diteruskan dengan ucapan dari Tuan Guru Besar. Ni tahun akhir GB berkhidmat di sini. Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian solo dari adik Najwa dan persembahan kebudayaan dari pelajar tahun 6. Ucapan YB mengambil tempat dan diteruskan dengan pelancaran gimik. Masa ni memang kami dah a bit penat. Bagi can pada kebudaks ni untuk layan tarian zapin. Pastu caloo... Penat weh. So, kami miss beberapa program lagi la macam model cilik, kompang formasi, tarian hindi, dikir barat, sajak, koir dan penutup bunga api.

Amanat Hari Kebangsaan 2015 Perdana Menteri Malaysia

Imej
Amanat Hari Kebangsaan 2015 Perdana Menteri Malaysia BismillahirRahmanirRahim, Alhamdulillahi Rabbil A’lamin wa biHi nasta’in, Allahhumma Solli A’la Saidina Muhammad wa A’la Saidina Muhammad, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian, 1. Sebelum memulakan ucapan, saya difahamkan bahawa, yang dijemput hadir dalam dewan ini, terdiri daripada para menteri dan anggota pentadbiran kerajaan, kakitangan serta penjawat awam, ahli-ahli korporat, wakil-wakil NGO, para pensyarah dan golongan pendidik, budayawan, mahasiswa serta individu-individu perseorangan mewakili tokoh-tokoh juga golongan masyarakat. 2. Makanya, Saya berasa yakin, bahawa setiap seorang daripada kita berada di sini kerana, ingin sama-sama memperingati satu peristiwa amat penting dalam perjalanan negara, yakni, kemerdekaan Malaysia tercinta, tanggal 31 Ogos 1957. 3. Justeru, sebelum dilanjutkan sebarang kata-kata, saya pinta ke

Solat Hajat Perdana UPSR 2015 SK Taman Nusa Perintis

Imej
Solat Hajat Perdana UPSR 2015 SK Taman Nusa Perintis. Petang ni ke SK Taman Nusa Perintis seawal jam 7.00 malam. Ada majlis khas untuk parent murid Tahun 6 ini malam. Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah diikuti dengan bacaan Yasin. Seterusnya disampaikan sedikit tazkirah ringkas sementara menantikan waktu Isya'. Selapas selesai solat Isya' berjemaah, majlis diteruskan dengan Solat Hajat. Tahniah pada semua yang hadir. Semoga anak-anak kita diberkati olehNya.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2015

Imej
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2015. Malaysia #SehatiSejiwa. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Nasi Ayam @Medan Selera Bandar Baru Uda, Johor Bahru

Imej
Nasi Ayam @Medan Selera Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Kebetulan. Cafe JPN tutup la pulops hari ni. Nak tak nak musti mau keluar cari lunch. Pilihan utama. Nasi Ayam Uda la. Layannzzz....

Baju Hari Kebangsaan 2015 Syafinaz

Imej
Baju Hari Kebangsaan 2015 Syafinaz. Adik dari pagi dah bangun awal. Memang dia bersungguh tul nak masuk pakaian beragam tahun ni. Tu yang semalam beli tudung bagai tu. Do your best dik!

#UlangSejarah Bersama 1Malaysia

Imej
#UlangSejarah Bersama 1Malaysia Malaysia kita penuh dengan detik dan sejarah bermakna dari zaman sebelum merdeka sehingga hari ini. Sempena 58 tahun merdeka serta sambutan Hari Malaysia, 1Malaysia mengajak anda mengulang semula sejarah kita melalui foto dan dengan interpretasi anda sendiri. Reka semula detik-detik bersejarah dari katalog foto di bawah dan kongsikan bersama kami menggunakan hashtag #UlangSejarah. Layari laman sesawang  http://1malaysia.com.my/special/ulangsejarah untuk keterangan lanjut. Cara penyertaan amat mudah: Kunjungi 1malaysia.com.my/special/ulangsejarah Pilih foto dari katalog #UlangSejarah yang anda gemari. Reka semula foto tersebut dengan kreativiti dan imaginasi anda. Muat naik ke Instagram, Twitter atau Facebook anda dengan menggunakan hashtag #UlangSejarah (sila tetapkan privasi foto anda kepada "Public") Anda boleh memuat naik seberapa banyak gambar berdasarkan 25 foto di dalam katalog #UlangSejarah tanpa had! Kami mengalu-aluk

Siti Nurhaliza Meet & Greet Album Unplugged @Plaza Angsana, Johor Bahru

Imej
Siti Nurhaliza Meet & Greet Album Unplugged @Plaza Angsana, Johor Bahru. Orang sangat la ramainya. Penganjur sampai bagi had untuk sesi selfie. Dan untuk sesi Meet & Greet ni peminat mesti beli something, CD or VCD or DVD. Kami perati je ler dari sebelah pentas tu. Dengan barisan yang panjang. Takpe la. Dapat ambil gambor berdepan pun OK. Cubaan mama cam tak berhasil. Gegar, tak pandang kamera. At last kami gunakan alternatif terbaeekkk!!!! yang ada, ankel baju ungu cum bodyguard CT kat pentas. Respek aaa ankel. Memang terbaeekkk!!!! Mantop!

Edisi Merayau Sabtu @Plaza Angsana, Johor Bahru

Imej
Edisi Merayau Sabtu @Plaza Angsana, Johor Bahru. Kisahnya nak mencari tudung, stokin dan kasut sekolah ja untuk kebudaks. Memula ronda around Bandar Baru Uda. Tak kehasil. Terus bulat tekad nak ke Angsana. Masuk ja. Dah memusing cari. Kedai kasut biasa pun dah tutup. Ronda nampak orang ramai. Ada Siti Nurhaliza tuh. Belakang tu perasan la pulak kedai Bata. Setel kasut. Gi hujung pulak untuk tudung. Setel semua terus balik. Penat kaki weh...

Raikan Cinta Husna & Azam @IKM Johor Bahru

Imej
Raikan Cinta Husna & Azam @IKM Johor Bahru. Majlis Hajjah Sallina kat Dewan Takzim, IKM Johor Bahru tengahari tadi. Kebetulan tiba waktu puncak. Ramai kenalan turut sama tiba termasuk bos-bos. Hehehe. Leh tahan pilihan makanan dia. Cenderahati... Dapat yang berbeza, sampai berebut dedua balqis nakkan yang satu tu. Tahniah pada kedua mempelai. Selamat Pengantin Baru.

Napau Sarap @Lingkaran Nusaria

Imej
Napau Sarap @Lingkaran Nusaria . Pagi tadi nyer cerita. Ngam tul kuih dia. Layannzzz....

Potluck Post Aidilfitri KEBIRUS SMK Taman Nusajaya 2015

Imej
Potluck Post Aidilfitri KEBIRUS SMK Taman Nusajaya 2015. Majlis dibuat pada 27 Ogos yang lepas bertempat di Bilik Guru SMK Taman Nusajaya. Layannzzz....

Solat subuh selamatkan 22 pelajar Madrasah Tahfiz Az-Zahra

Imej
Solat subuh selamatkan 22 pelajar Madrasah Tahfiz Az-Zahra Seramai 22 pelajar Madrasah Tahfiz Az-Zahra tinggal sehelai sepinggang selepas asrama yang didiami mereka musnah dalam satu kebakaran di Jalan Pak Imam, Gelang Patah di sini hari ini. Bagaimanapun, tiada kemala­ngan jiwa dilaporkan kerana semasa kejadian pada pukul 6 pagi itu, semua pelajar asrama berkenaan yang berusia di antara tujuh hingga 14 tahun berada di sebuah masjid berdekatan untuk menunaikan solat subuh. Pengerusi Madrasah, Ayub Embong berkata, beliau hanya dimaklumkan berhubung kejadian yang memusnahkan hampir 90 peratus bangunan setingkat itu selepas dihubungi penduduk yang tinggal berdekatan asrama tersebut. “Saya tidak dapat menyelamatkan apa-apa barangan termasuk barangan pelajar dan beberapa alat­an elektrik serta perabot yang baharu diterima Rabu lalu sumbangan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) untuk kegunaan penghuni asrama ini. “Buat masa ini, pihak terlibat sedang menyiasat punca dan jumlah keru

MASJID TUNKU LAKSAMANA ABDUL JALIL MAMPU MEMUATKAN 1,500 JEMAAH

Imej
MASJID TUNKU LAKSAMANA ABDUL JALIL MAMPU MEMUATKAN 1,500 JEMAAH Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hari ini mencemar duli merasmikan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, dekat sini. Turut berangkat ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan IBrahim Tunku Temenggong Johor,Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim. Masjid yang mampu memuatkan kira-kira 1,500 jemaah itu dibina dengan kos RM20.3 juta hasil sumbangan pihak swasta. Dalam titahnya, baginda menyeru lebih banyak pihak swasta dapat menyumbang untuk perkara kebajikan seperti itu. Baginda turut menitahkan agar nama daerah Kulaijaya ditukar dengan nama asal, berkuat kuasa serta merta. Hadir sama pada majlis itu, Menteri Besar Dato' Mohamed Khaled Nordin, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ismail Karim dan Ketua Polis Johor, Datuk Rusli Ahmad. Via Blogger PC Edisen

Malam Malaysia #SehatiSejiwa

Imej
Malam Malaysia #SehatiSejiwa Persembahan muzik jalanan dan konsert dari artis artis genre ‘indie’ hinggalah ke bintang terkemuka negara akan memeriahkan MALAM MALAYSIA SEHATI SEJIWA pada 28 hingga 30 Ogos 2015 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ia merupakan cerminan ruh kesepaduan rakyat Malaysia yang sehati sejiwa, disampaikan melalui seni muzik dan tari umpama halwa untuk deria lihat, rasa, dengar dan sentuh. Datanglah beramai- ramai ke Malam Malaysia ‪#‎sehatisejiwa‬, sebuah konsert sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2015 (28-30 Ogos) ! Anda boleh datang mulai jam 8.30 malam ini di Perkarangan Tempak Letak Kereta B, Stadium Nasional Bukit Jalil untuk persembahan daripada artis-artis popular seperti Dato M.Nasir , @Hafizsuip, @mrhazama1, @Akim_Majistret, @Stacyanam, @adira_suhaimi, @black.hanifah, @tomokofficial, @firmanmalaysia , @MishaOmar, @cahayaasmawi, Masya Ceria Popstar, Wak Mustar , Reshmonu dan kumpulan lawak Zero ! Ikuti acara kemuncak pada 30 Ogos 2015 dengan perse

Kerja-kerja penyelenggaraan sistem bagi Kementerian Pendidikan Malaysia bermula

Imej
Kerja-kerja penyelenggaraan sistem bagi Kementerian Pendidikan Malaysia bermula NOTIS PEMBERITAHUAN Adalah dimaklumkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan sistem bagi tujuan menaiktaraf sistem sedia ada dan penyelenggaraan secara berjadual di Pusat Data Enstek (PDE). Sehubungan itu, akan terdapat gangguan terhadap capaian portal dan sistem di KPM bermula pada 28 Ogos 2015    8:00 malam hingga 31 Ogos 2015   11:30 malam. Segala kesulitan yang dialami amatlah dikesali. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Klinik SPM Sekolah-Sekolah PINTAR UEM Sunrise 2015

Imej
Klinik SPM Sekolah-Sekolah PINTAR UEM Sunrise 2015. Lepak jap ngan mama kat P19, UTM Skudai. Ada neman program angkat UEM Sunrise ni.

Studygroup Iqa @Jalan Wawasan

Imej
Studygroup Iqa @Jalan Wawasan. Hari ni iqa nak study sesama ngan kengkawan dia kat rumah. Amik kat sekolah tadi. Then terus ke rumah. Good luck semua untuk UPSR ini tahun.

Breakfast @Gerai Citarasa Pantai Timur, Taman Perling

Imej
Breakfast @Gerai Citarasa Pantai Timur, Taman Perling. Poning. Banyak kedai makan lum bukak. Cadangan awal nak makan kat Mee Udang Tiram Duku. Sekali on the way; nampak pulak gerai ni. Leh tahan. A must try.

Jabatan Pendaftaran Negara @UTC Johor

Imej
Jabatan Pendaftaran Negara @UTC Johor. Bagus la gi sini. Semuanya ada. Bukan JPN ja, malah hampir kebanyakannya ada kat sini. Tempatnya kat aras paling atas kat kotaraya yang kini dikenali sebagai Galeria @Kotaraya. A very good job from the government. Dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi sampai la ke jam 10.00 malam. Sampai ja dapat tempat parking berdepan ngan pintu masuk. Terus park. Suruh mama masuk dulu. Amik nombor. Terus kena panggil. Cuma ada masalah sikit pasal cap jari, so; dalam 30 hari baru setel, kalau tak... 2 jam jer dah siap. Tak pe lah. Selesai urusan lam jam 9 pagi. Terus merayau jap ke opis opis yang lain. Tapi pasal tak menjangka keadaan ini memang tak prepare apa apa. A bit of rugi masa kami la pagi ni. Kalau tau, banyak lagi mender kami nak bawak. Ehehehe. Dan sempat lagi menapau pappa roti kat aras LG. Chaiyokk..

PROGRAM DIALOG ISU SEMASA NEGARA 2015

Imej
PROGRAM DIALOG ISU SEMASA NEGARA 2015 Program akan dijalankan seperti ketetapan berikut : Tarikh : 15 September 2015 Tempat : Auditorium Kompleks E, Putrajaya 7.30 pagi : Pendaftaran peserta dan sarapan pagi 8.15 pagi : Ketibaan Tetamu Kehormat 8.30 pagi : Ketibaan Ybhg. Tan Sri Dr. KSU KPM : Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu 1Malaysia : Bacaan Doa 8.45 pagi : Ucapan Perasmian oleh Ybhg. Tan Sri Dr. Madinah binti Mohamad Ketua Setiausaha KPM 9.15 pagi : Sesi 1 : Forum Isu-Isu Semasa 11.15 pagi : Sesi 2 : Forum Isu-Isu Perlembagaan Persekutuan 1.15 petang : Makan Tengah hari dan Solat Zohor 2.00 petang : Sesi 3 : Forum Isu-Isu Ekonomi 4.00 petang : Refleksi dan Penutup : Minum Petang : Bersurai Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Penerapan Etika Penggunaan Media Sosial Dalam Sektor Awam

Imej
Penerapan Etika Penggunaan Media Sosial Dalam Sektor Awam Muat turun salinan "Penerapan Etika Penggunaan Media Sosial Dalam Sektor Awam" di url berikut : http://moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2015/articlefile_file_004204.pdf Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2016/2017

Imej
PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2016/2017 Permohonan boleh dibuat melalui url berikut :  https://matrikulasi.moe.gov.my/permohonan/index.cfm Semua pelajar Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan boleh menggunakan kemudahan PMI.  Sekolah kategori berikut boleh menggunakan PMI: (kecuali jika bermasalah) Sek. Berasrama Penuh (SBP) / Sek. Berasrama Penuh Integrasi (SBP Integrasi) Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sekolah Menengah Teknik (SMT) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Persekutuan/ Negeri/ lain-lain Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina/Tamil(SJKC/T) Sekolah Berprestasi Tinggi. Cara Permohonan. Pelajar sekolah tersebut perlu membayar RM6.00 kepda kaunselor/guru yang bertanggungjawab mengurus PMI di sekolah berkenaan atau pelajar boleh membeli sendiri nombor PIN di BSN.     Pelajar juga boleh membeli nombor PIN di mesin ATM BSN. (bagi pemegang kad akaun Giro/Wadiah BSN Sahaja).

Restoren Baser Nasi Ayam Kota Tinggi - brunch with En. Firdaus

Imej
Restoren Baser Nasi Ayam Kota Tinggi - brunch with En. Firdaus. Setel kat Hotel Heritage baru reti nak cari makan. Of coz sebab kami dedua tak sarap pun lagi, dan dah masuk waktu lunch dah pun, maka terus cari yang best la sikit kan kat KT ni. Memula, kengkonon nak ke belangkas mahkota; sebelah hotel je pun. Tapi last last; pasal dedua tak makan belangkas; baik la kami cari nasi ayam yang gah diperkata orang kat kot. Maka bermula la episod cari nasi ayam baser ni. Letaknya kat sebelah stesen bas kota. Leh tahan. Aku amik nasi ayam sambal. terasa tul rempah dia. en. Firdaus makan nasi ayam biasa pasal dia kata dia tak tahan pedas. Tapi. kira ok la juga nasi ayam baser ni. Nasi ayam sambal a must try ye...