Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2020

2020 - Kenangan dan cabaran

Imej
2020 - Kenangan dan cabaran. 2020. Tahun yang paling penuh dengan liku-liku dan cabaran baharu. Segalanya berubah sekelip mata. COVID-19 memang memberi satu pengalaman dan perubahan paling besar dalam lanskap kehidupan khususnya. Tiba-tiba terus terkurung. Segala komunikasi hanya bersandarkan teknologi yang mana kawasan aku hancus senang cerita. Bila dibuka semula perubahan baharu bermula. Semua yang sebelum ini kita rasa tak berani, tak boleh sebelum ini semua kena cuba jadi boleh. Pengalaman mengurus semasa covid memang memberi pengajaran bermakna. Belum tentu keputusan hari ni boleh digunapakai untuk esok. Wow. Tak tenang bekerja terutama di sektor perancangan. Hari ni hari ke 289. Nampaknya gelombang ketiga masih tak surut. Susah dah nak jangka. Ni antara kerja buat yang aku mulakan sejak hari pertama dulu. Sampai dah jadi tabiat pulak. Susah nak bercakap dengan pengurus data, kalau tak cerita pasal data. Perubahan kepimpinan juga berlaku semasa ini. Aku. Dalam pada menyahut cabara

Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor Bil.3/2020

Imej
Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor Bil.3/2020. Selesai mesyuarat terakhir bagi tahun 2020. Norma baharu. Pemikiran baharu. Semoga ada sinar yang lebih gemilang untuk 2021.

Majlis Kebersamaan Memacu Kecemerlangan Pendidikan Johor

Imej
Majlis Kebersamaan Memacu Kecemerlangan Pendidikan Johor. Rangkuman foto-foto sepanjang majlis. Memang terbaeekkk!!!! Ucapan aluan TPP S4PD diikuti dengan ucapan Pengarah. Pelancaran i-DRONE dan diikuti dengan penyampaian watikah PPD Partners. Banyak join dengan team teknikal kat belakang. Memang mencabar terutama bab isu audio dan kawalan slaid pengarah. Alhamdulillah semua dapat diselesaikan dan majlis berjalan dengan lancar. Samada anda terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini, anda semua memang terbaeekkk!!!!

IKEA Tebrau getaway

Imej
IKEA Tebrau getaway. Target asal adalah nak menyediakan kelengkapan yang lebih proper untuk stesen BDR kami kat rumah. Dah beberapa pembekal kami contact dan jumpa, kedai perabot kami masuk. At last kami gerak ke IKEA. Hopefully kat sini kami akan dapat kelengkapan yang terbaik dengan harga yang berpatutan. Mulanya kami gerak dulu ke KIP Mall. Dah dapat call semalamnya pasal cermin mata aku dan iqa dah siap. Yang inaz lambat sikit pasal ada banyak benda nak dicalibre. Aku amik cermin yang relaxing pada mata. Teruk sangat naiknya. Setel kat sini baru kami gerak ke IKEA semula.  Sampai. Lalu semua SOP yang leh tahan juga. Terus masuk dan lihat. Mulanya dok sibuk nulis. Last last snap aje mana yang berkenan. Pasal dah lajak sikit lunch memasing dah lapar. Keluar dulu ke cafe untuk makan. Pergghhhh... Macam terover pulak ngambiknya. Tapi. Berjaya dihabiskan juga. aiyooo... Siap topup air tiga kali. Masuk semula untuk sesi pencarian. Masa mencari aku banyak duduk kat semua tempat yang boleh

MyGovUC 2.0 : Pengaktifan Webclient Baharu

Imej
MyGovUC 2.0 : Pengaktifan Webclient Baharu. Seperti yang semua maklum menerusi mel rasmi, perkhidmatan MyGovUC akan bertukar pembekal baharu. Semuanya dah web-based sahaja. Pengaktifan perlu dilaksanakan pada 27 Disember, iaitu semalam. Seawal pagi dah mula aku proses. Memula pelik juga. Macam tak gerak apa-apa. Rupanya lupa nak disable pop-up blocker untuk MyGovUC 2.0. Alhamdulillah. Setel tukar password. Pagi ni baru bukak semula. Nengok nengok gitu apa yang ada. Setakat ni baharu perkhidmatan emel yang disync. Tu pun dah ada spam. Haisshhh! Tak sabar nak cuba calendar dan conferences. Apapun kita tungguuuu perkhidmatan lain... 

Ici turns 6

Imej
Ici turns 6. Alhamdulillah. Last of the year. 27 Disember. Mulanya nak beli macam-macam. Tapi memandangkan dia tengah sakit gigi semua tu kita KIV. Makan soto dan pizza pada sebelah malamnya. Belikan dia benda yang paling diidam-idamkan sejak semalamnya. Pistol buih. Sakan dia main. Semoga menjadi anak yang soleh yang berjaya di dunia dan akhirat; dan sentiasa diberkati Allah.

Jenjalan Cari Makan : Tapak Lepak Junior, Gelang Patah

Imej
Jenjalan Cari Makan : Tapak Lepak Junior, Gelang Patah. Singgah Dinner kat sini. Memang terbaeekkk!!!!  Makanan best dengan harga berpatutan. 

Johor Premium Outlet in the new norm

Imej
Johor Premium Outlet in the new norm. Bagi siapa yang tak sampai lagi JPO masa PKPB ni sila lah parking nun jauh ke hujung sana. Sebab. Pintu bukak satu ja. Yang lain semua berpagar. Pintu kat laluan ada kolam hujung sana nu. Macam kami yang dah lama tak pergi, yang setahun sekali je pergi ni mana la nak tau. Dah park kat hujung sebelah Nike tu. Nak tak nak terpaksa la menapak sampai ke hujung lagi satu. Pergghhhh.. Masak kaki petang ni. Nak pulak hujan pulak lepas tu. Sib baik dah lepas masuk. Target utama adalah Skechers, Typo dan Nike. Dah masuk hujung opcoz la ke Skechers dulu. Lepas fisio aku dulu memang aku pakai Skechers aje ikut saranan ahli fisio tu. Memang bila dah pakai, tak reti nak tukar lain dia. Selesa dia, ringan dia. Memang lain beb. Sekali. Kasut aku takde saiz. Huhuhu. Dah la harga jauh beza banding yang lama aku tu. Yang mendapat, mama. Huhuhu. next kami ke typo. Silap percaturan adalah bila tak tahu yang Nike kena book tempat secara online. Masak. Semua dah masuk,

Misi Back To School 2021

Imej
Misi Back To School 2021. Asalnya memang kami nak balik Kedah, tapi setelah difikir dan dibincang semula; kami akan balik selepas keadaan dah tenang semula. Tunggu keadaan terkawal dan iqa selesai ambil SPM tertangguh dia. Hari Khamis pun terpaksa ditunda sebab urusan di hospital pun sampai ke petang juga. So. Hari Sabtu baru dapat bergerak. Tempat biasa di KIP Mall. Lewat juga kami keluar. Sampai aje kami mula mencari kelengkapan persekolahan kebudaks untuk 2021. Cuma kali ni kami siapkan untuk Iqi dan Ici aje. Sebab si Inaz masuk lewat. Mac nanti baru dia sekolah bersemuka. Iqa pula tahun depan persekolahan tertunda.  Jadi team mama bersama kebudaks lelaki dan aku dengan kebudaks perempuan cari cermin mata. 3 orang, tiga-tiga dah rabun. Inaz paling teruk. Naik lagi power dia. 3 tahun, 3 kali tukar cermin naik power. Iqa pun dah mula sikit rabun jauh manakala aku, opcoz la dah tua kena pakai juga cermin mata rabun dekat. Lama tak nampak clear bila baca dekat. Mana test cermin tu rasa

Leman Miko : Si Kaki Tido

Imej
Leman Miko : Si Kaki Tido. Pantang jaga, merayap cari awek. Balik rumah sibuk nak cako orang. Gi gaduh sama sitam sana. Apasal nak cako cako kaki tuan sendiri ni. Hulur sepitol kat perut tau pulak jilat jari kaki. Amik ati la konon tu. Pastu... tido. Naik kerusi, tido. Tengok kami mengemas rumah, tido. Tengok aku wat kije, tido. Aku gerak dia naik atas kerusi. Soh sambung kije aku, tido. Haissshhh!!!

Selamat Menyambut Hari Natal 2020

Imej
Selamat Menyambut Hari Natal 2020 pada semua pengunjung blog terutama bagi yang beragama Kristian. ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

100 Hari Pengarah Pendidikan Negeri Johor : The Preparation On Visualization

Imej
100 Hari Pengarah Pendidikan Negeri Johor : The Preparation On Visualization. Hampir 3 minggu kami all out untuk penyediaan bahan. Semak, finalise, lepak dengan pencetak, cari pencetak tambahan. Alhamdulillah. Semuanya selesai semalam. Buku PSO dah selesai diterima minggu lepas. Siap cari pencetak tambahan yang bersedia mencetak hard cover dalam masa 1 hari lagi tu. Memang cabaran terbaeekkk!!!! Hidup aku dengan pencetak ni aku rasa daripada awal perkhidmatan masa dengan Pak Pin dulu. Ingatkan dah bertukar tempat kerja dah takde, tapi... makin banyak dan makin mencabar terutama dari segi kekangan masa. Pelajaran yang aku dapat masa mengurus awal dulu memang banyak membantu sampai sekarang. Support dan kerjasama team yang baik juga sangat banyak membantu melancarkan tugasan. So. Semalam. Seharian juga dengan team che din melaksanakan pemasangan. Awal paginya dah meronda dengan timbalan. Perbincangan awal cadangan pemasangan. Bila Che Din sampai terus kita brief pemasangan. Memang berter

Dividen ASB 2020 4.25 sen

Imej
Dividen ASB 2020 4.25 sen. Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pembayaran 5.00 sen seunit kepada pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 membabitkan pengagihan pendapatan 4.25 sen seunit dan juga pengagihan ehsan 0.75 sen seunit bagi 30,000 unit pertama yang dipegang oleh pemegang unit ASB sempena ulang tahun ke-30 dana amanah itu. Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz, berkata pengagihan pendapatan ASB kekal kompetitif meskipun berdepan cabaran ekonomi akibat COVID-19. "Bagi pemegang lebih 30,000 unit, mereka juga menerima manfaat pengagihan ehsan ini sebagai tanda penghargaan kami kepada pemegang unit ASB yang terus setia bersama kami sepanjang 30 tahun dana ini diperkenalkan. ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎

Leman Miko : More Tido Mode

Imej
Leman Miko : More Tido Mode. Tuan dia tido, dia pun tido. Masak stail tido dia ni. Yang kelako yang kat kerusi tu. Gitu sekali gaya dia. Leman sungguh.

Permohonan Mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan Atau National Professional Qualification For Educational Leaders (NPQEL) Bagi Calon Tambahan Ambilan Tahun 2021

Imej
Permohonan Mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan Atau National Professional Qualification For Educational Leaders (NPQEL) Bagi Calon Tambahan Ambilan Tahun 2021. Iklan khas permohonan secara bersasar akan dibuka yang melibatkan unjuran keperluan calon Pengetua dan Guru Besar (PGB) di Bahagian/ Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/ Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengikut bidang pengkhususan yang ditetapkan (Lampiran A). Bagi maksud iklan khas ini, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di Bahagian selain daripada Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional, Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Khas dan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh yang memenuhi syarat-syarat ditetapkan juga boleh membuat permohonan. Bagaimanapun PPP bertanggungjawab untuk berurusan dengan mana-mana Bahagian/ JPN/ JPWP yang tersenarai (Lampiran A) untuk dipertimbang

Tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)/Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS)/Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Sesi 2021

Imej
Tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)/Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS)/Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Sesi 2021 dibuka melalui pautan: https://epenawaran.moe.gov.my mulai 18 Disember 2020 (Jumaat), jam 5.00 petang sehingga 15 Januari 2021 (Jumaat), jam 5.00 petang. ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Tadika Kemas Wawasan : Hari Apresiasi & Penyampaian Cenderahati 2020

Imej
Tadika Kemas Wawasan : Hari Apresiasi & Penyampaian Cenderahati 2020. 13 Disember. Singgah sebentar ke program sekolah ici. Norma baharu. Ala drivethrough gitu. Dah selesai pendidikan prasekolah ici. Tahun depan dah masuk sekolah. Terima kasih pada semua guru dan staf yang menjaga dan mengajar ici sepanjang berada di tadika kemas ni. Nampaknya aku aje la yang tak pernah ada sijil dan gambo graduasi prasekolah dalam keluarga kecik kami ni. Kekeke.

Selamat Pengantin Baharu : Yana & Ikram

Imej
Selamat Pengantin Baharu : Yana & Ikram. 12 Disember. Norma baharu. Nikah di Pusat Islam. Ada majlis sedikit di rumah Ucu. Saudara terdekat sahaja. Buat sedikit majlis doa selamat. Makan-makan dan sesi bergambar. Tahniah pada kedua mempelai. Semoga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah.

Meronda Wawasan

Imej
Meronda Wawasan. Cam biasa, bila ngurus data ni; masa tu memang kena urus dengan baik. Tengah dok nunggu data baharu siap dimuat turun, capai beskal dan meronda pagi dulu. Amik angin dan vitamin K sekali. Gerak ke belakang dulu dan terus ke depan. Sempat la snap snap mercu tanda sesambil meronda. Sampai rumah nengok dah ada penunggu kat kerusi kerja. Haiisshhhh!!! Nak kena duduk atas perut tu ehh!

Ici

Imej
Ici. Bila nengok balik gambo gambo ici, macam nengok balik si iqa masa kecik. Keletah dia. perangai dia. Kening and gigi. Semua remastered. Hehehe. Hari Ahad lepas ada hari terbuka kat tadika dia. Staggered. Amik result. Just nice. Pakai songkok mesti jambul ke depan juga.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4 Tahun 2020 - Penguatkuasaan Warna Kasut dan Stoking Untuk Pemakaian Ke Sekolah Oleh Murid Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Mulai Tahun 2021

Imej
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4 Tahun 2020 - Penguatkuasaan Warna Kasut dan Stoking Untuk Pemakaian Ke Sekolah Oleh Murid Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Mulai Tahun 2021. Muat turun Surat Pekeliling Ikhtisas melalui pautan berikut :  https://www.moe.gov.my/muat-turun/pekeliling-dan-garis-panduan/ikhtisas/2020-4/3911-spi-bilangan-4-tahun-2020-penguatkuasaan-warna-kasut-dan-stoking-untuk-pemakaian-ke-sekolah-oleh-murid-sekolah-kementerian-pendidikan-malaysia-mulai-2021 Terpulang pada kita nak pakai samada warna hitam atau putih. Warna stoking pula mengikut warna kasut yang dipilih. ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Coway Servis

Imej
Coway Servis. Pagi ni coway datang buat servis. Kali kedua. Dia akan servis untuk setiap dua bulan. So maknanya kami dah guna Coway untuk bulan keempat setelah penapis air lama tu rosak. Banyak juga aku dapat hasil borak borak santai ngan staf yang datang. Quite OK dan laju juga sebab kami memang pakai penapis air ourdoor juga hasil nasihat ejen penapis air lama dulu. Dapat la nengok rupa penapis tu dari dalam. Lagi satu, dapat la nengok orang lain serviskan berbanding dulu memang semua aku buat sendiri. Hehehe.

Leman Miko : Si Tidur Mati

Imej
Leman Miko : Si Tidur Mati. Bukan sesikit dia punya nyenyak. Ko boleh buat apa saja kat dia masa dia tido. Taruk lampu suluh pun takde efek beb. So aku buat gaya dia nyuluh. Lepak katil. Sambung tido lagi. Aku taruk pedang minecraft kebudaks ni. Layan jadi king arthur la pulak. Leman miko tul la.

SK Taman Nusa Perintis : Pendaftaran dan Bayaran Tahun 1 2021

Imej
SK Taman Nusa Perintis : Pendaftaran dan Bayaran Tahun 1 2021. Dapat mesej untuk pendaftaran Ici tahun depan. Sekolah buat secara drive thru. Dapat slot kedua jam 9.00 pagi. Semak senarai nama yang semuanya sama panjang. Macam biasa, cari aje nama yang terpanjang mesti jumpa punya. Just nice. Smooth and steady proses pendaftaran. Sempat berbual dengan GB yang dari jauh dah cam aku. Hehehe. 

3D Pen : More of it

Imej
3D Pen : More of it. Berikutan daripada sesi main main ituhari, yang mana kebanyakan yang kita buat banyak yang tak menjadi dari menjadi; aku order lagi beberapa barang. Yang satunya, beli lagi material PLA dari shopee. Tambah 200 meter lagi. Dan yang keduanya adalah buku 3D tracing. Sampai yang material dulu. Sakan kebudaks ni ngetest diketuai oleh Iqa. Seronok pasal banyak color kan. Yang buku 3D tu lambat sikit sampai. Dan sampai sekarang kitaorang tak guna. Haisshhhh! Apa pun aku caj dulu basikal. Lama juga tahannya bateri. Setakat keliling kampung aje sesekali.

Jenjalan Cari Makan : Port Orang Kampung

Imej
Jenjalan Cari Makan : Port Orang Kampung. Lepak jap kat sini sarap sebelum gerak ke SK Nusa Perintis. Bos dia kawan sekelas mama dulu. Boleh tahan variasi makanan dia. Lontong, goreng-goreng biasa, soto, lontong, malah sate pun ada. Hajat nak makan roti canai, tapi dah sold out. Sempat borak borak sekejap. Setakat ni buka sampai lunch aje. Lepas ni sampai malam. Terbaeekkk!!!!

Haircut by mama - Ici

Imej
Haircut by mama - Ici. Ingatkan dapat tiga orang, rupanya ici sorang aje. Boleh tahan gaya dia potong rambut. Wajib nengok cermin sepanjang masa, kecuali masa potong kat leher. Dia geli. Sampai menunduk. Sesekali dia suruh letak bedak. Gatal katanya. Siap bagi mama 70 sen upah potong katanya. Ingat ici takde duit ke.

One full day

Imej
One full day. Actually, semalam seharian aku seret kaki. At last terpaksa amik ubat juga sebelum keadaan bertambah teruk. Ingat kata doktor, jangan teragak-agak kalau sintom dah ada. Pelik juga kan. Tapi bila aku imbau apa yang aku buat pada khamis itu hari, aku rasa aku ada jawapan dia. 3 program aku sibuk ke sana ke sini. Mana taknya. Pagi tu aku gerak ke JPN. Asalnya aku gabung semua yang terlibat kat PKG Gelang Patah. At last aku ubah yang aku nyer ke JPN supaya dapat menyantuni semua. Paginya lepak jap ngan team Kulai. Buat full setting wireless beb. Dari sound system sampai ke paparan, semua wireless. Mantop beb. Tapi, kalau untuk program beso nak tak nak kena buat wired juga supaya lebih stabil. Maybe ni pembuka untuk total wireless. Selesai kat atas aku gerak ke bengkel. Buat PLC dengan team SPMICT dan SPM. Bersemuka dan intermediate course. Cantik. Setel untuk team ni terus gerak balik ke PKG Gelang Patah. Lepas lunch juga baru dapat sampai sini. Hujan turun lebat. Pecah kepal

Ici dan tablet

Imej
Ici dan tablet. Hmmm. Dah dapat tablet beso mama, terus lupa tablet kecik. Sebelum ni dok nengok mama ngajo pakai tablet juga. Last last dia beranikan diri cakap ngan mama nak lukis lukis juga. Sekali dah pakai, terus lo ni pun dah berebut ngan mama. Dia pun nak guna jugak. Kami setting satu tempat lagi khas untuk dia lukis lukis. Hehehe. Layan.

Bantuan Tambahan Khas COVID-19 MAIJ

Imej
Bantuan Tambahan Khas COVID-19 MAIJ. Bantuan disediakan untuk memberi manfaat kepada 17,000 individu yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Syarat kelayakan adalah seperti berikut : Beragama Islam Warganegara Malaysia Bermastautin di negeri Johor untuk tempoh 3 tahun Pemohon bukan penerima bantuan bulanan MAINJ Pemohon perlu melengkapkan borang di pautan Google Form yang disediakan. Tarikh permohonan adalah dari 1 hingga 14 Disember 2020. Daerah Johor Bahru : https://forms.gle/VUkjicCJYEcdpjKZ7 Daerah Kota Tinggi : https://forms.gle/DB5cHwwgZaHCcN6X6 Daerah Mersing : https://forms.gle/dc4Qr45XkUkTazTX8 Daerah Kluang : https://forms.gle/jswFFPTizvVYpDc9A Daerah Kulai : https://forms.gle/TPQ7BvRpYmDAwUjT7 Daerah Pontian : https://forms.gle/tt2k8qZErhtKbRQx8 Daerah Segamat : https://forms.gle/Cj1D9GRpbsySK24C8 Daerah Tangkak : https://forms.gle/hs41Qm9PFabawodg7 Daerah Muar : https://forms.gle/EKgB6n893S68KP7C6 Daerah Batu Pahat : https://forms.gle/BfZVAGuFRaXUWwYx6 #MinhahCovid19 #Mainj