Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2020

Bengkel Kerja TOT Hala Tuju Pendidikan Johor

Imej
Bengkel Kerja TOT Hala Tuju Pendidikan Johor. Bengkel Training of Trainers kali ini dilaksanakan 3 sesi, dengan kepelbagaian sasaran melibatkan 3 peringkat; JPN, PPD dan SIP. Aku terlibat dalam bengkel sesi 1 untuk semua pegawai JPN. Memang pengisian terbaeekkk!!!! Video penuh @ https://youtu.be/WU5dyTdf2ak

Sekolah Tun Fatimah : 20200117 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20200117 Lawatan Hujung Minggu. Singgah jap nengokkan si iqa. Balik. Sempat kena pow dengan si ensem. Beli tampal tampal katanya. Teringat jaman main kalkitos dulu.

Phatah's Kitten : Lepak santai

Imej
Phatah's Kitten : Lepak santai. Layan pat ekor ni jap. Cam biasa, tomok yang paling garang. Yang lelain lepak lepak aje. Dah minum susu terus tido. Hahaha.

Jom Jenjalan : Pendas Fresh Fish Market

Imej
Jom Jenjalan : Pendas Fresh Fish Market. Jenjalan sini selepas lama tak gi sepanjnag cuti sekolah. Sakan merayap. Singgah Restoran Nelayan semua dah abis. Brunch kat simpang aje la. Video penuh @ https://youtu.be/JjcgCAVJuf4

Jenjalan Cari Makan : Warung d'Pojok, Bukit Batu

Imej
Jenjalan Cari Makan : Warung d'Pojok, Bukit Batu. Singgah sarap di sini. Makan mee kari, mihun soto dan bubur ayam. Memang terkenal dengan mee kari yang best. Yummy. Video penuh di https://youtu.be/YUPQFhIwClM

Jom Jenjalan : Donhu Jurassic Garden

Imej
Jom Jenjalan : Donhu Jurassic Garden. Balik dari Muar ikut jambatan kedua. Kebetulan lalu di sini dan ambil kesempatan untuk singgah jap. Memang menarik tempatnya. Penuh dengan dinosaur dan ianya percuma. Suka si ici mengembara ke setiap dinosaur yang ada.

Selamat Tahun Baru Cina 2020

Imej
Selamat Tahun Baru Cina 2020 kepada semua pengunjung blog terutama yang berbangsa Cina. Tahun ni tahun tikus besi. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

SMK Taman Nusajaya : Kelab Bola Tampar

Imej
SMK Taman Nusajaya : Kelab Bola Tampar. Just sharing aktiviti kelab sukan mama kat sekolah.

Mamat, Tomok, Naqiu & Mirza : Lepak

Imej
Mamat, Tomok, Naqiu & Mirza : Lepak. Nak keluar kerja tetiba ternampak geng ni kat tempat kasut. Alamak. Si Phatah la ni. Abih dialih anak dia ke sini pulok. Kebetulan tempat lepak si Tumirin masih ada kat sebelah tu, terus alih ke situ. Hmmm. Debab memasing. Balik. Masih lepak situ. So. Si Phatah dah tak risau dah nampaknya. Masa untuk namakan memasing. Maka keluarlah 4 nama ni. Yang Naqiu ngan Mirza tu kerja si mama la tu. Haisshhhh..

Bengkel Penyediaan Takwim dan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Imej
Bengkel Penyediaan Takwim dan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Bersama semua contributor dan reviewer sektor yang telah dilantik. Dua hari berturutan. Hari pertama berkenaan SOP dan kaedah penyediaan. Sektor seterusnya membuat pengisian di peringkat sektor. Petangnya ada perbincangan sedikit bersama team Perangkaan. Hari kedua untuk memuktamadkan takwim yang telah dibina bersama. Terima kasih pada TPP yang meluangkan masa meninjau bengkel kami. Tahniah dan terima kasih pada semua yang terlibat. Anda semua memang Terbaeekkk!!!! TQ juga pada puan Azmah selaku pendokumentasi tegar yang berkongsi gambar.

Tumirin : Lepaking with others

Imej
Tumirin : Lepaking with others. Sakan dia lepak kat kotak kecik ni. Saja aje aku letakkan perca kertas lam tu kasi dia enjoy sikit. Mak dia si Phatah nengok je dari jauh. Keluar si Leman, bertambah gedik dia. sempat aku gi skodeng adik adik dia kat belakang. Haissshhh. Lepak kat tempat tersorok atas lantai aje. Terus letak perca kertas kat deme.

Perhimpunan Bulanan Kokurikulum Negeri Johor 2020 : We All on Januari

Imej
Perhimpunan Bulanan Kokurikulum Negeri Johor 2020 : We All on Januari. Perhimpunan bulan Januari jatuh pada 12 Januari. So. Ambik kesempatan bersama ngan semua yang lain untuk turut sama berfoto. Bukan senang tau. Ici ja takde lagi sebab lum masuk sekolah.

Petrol Routine for Almera

Imej
Petrol Routine for Almera. Last isi 27 Disember 2019. Isi semula on 11 Januari 2020. Petronas Nusa Perintis. Hasil RM64.02 for 292.4 km melibatkan 30.78 l minyak.

Sekolah Tun Fatimah : 20200110 Outing

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20200110 Outing. Singgah STF amik iqa. Ramai orang pagi ni. Maybe ramai parent Form 1 ada kot. Park kat Dewan. Keluar jap ke Angsana untuk beli barang keperluan. Sempat beli bateri laptop baharu ganti yang dah rosak.

Leman, Phatah and the four kitten

Imej
Leman, Phatah and the four kitten. Setting port untuk 4 kebudaks ni. Si Phatah jeling je. Si Leman? Menggedik lepak lepak santai kat dalam. Memang harus kena jentik pusat tiga kali ni.

S4PD Cafe : First lunch @ Makeover

Imej
S4PD Cafe : First lunch @ Makeover. Best weh. Ceria ja suasana. TQ semua yang terlibat terutama yang bawa ration.

S4PD Cafe Makeover

Imej
S4PD Cafe Makeover. Selesai juga akhirnya bahagian satu. Memang terbaeekkk!!!! semua team. Kebetulan yang lainnya semua dah selesai. Tinggal pantry yang nampak ada potensi untuk dimakeover. Pemilihan design oleh mus. Kita bantu touchup aje. Aku setting dua kamera. Henpon Samsung dan SJCam. Sesambil test timelapse dan moving timelapse guna Feiyun gimbal. Hasil dia tiga jenis timelapse. Pergghhhh. Sekali dah buat bideo, ropernye; ada jugak yang tertinggal. Layan aje la. Al the best for us.

Jom Senamrobik Warga Jabatan Pendidikan Negeri Johor Bil.1 Tahun 2020

Imej
Jom Senamrobik Warga Jabatan Pendidikan Negeri Johor Bil.1 Tahun 2020. Program yang bakal menjadi rutin bulanan ini mengambil tempat di Dewan Jauhar JPN Johor. Meriah. Mantap. Terbaeekkk!!!! And here come the picas.

Leman Miko : Nak gi school

Imej
Leman Miko : Nak gi school. Orang semua sibuk bersiap nak gi sekolah, Leman pun nak gi jugak katanya. Tak kasi terus merajuk. Marah pulak tu bila nak pujuk. Semua dah keluar, dia duduk atas kereta abah. Haaa... nak kasi ikut ke idok.

Bengkel Fokus Kutipan Data Januari JPN Johor 2020

Imej
Bengkel Fokus Kutipan Data Januari JPN Johor 2020. Keluarga dah bertambah besar. Daripada 9 unit dah jadi kesemua 14 sektor keahlian. Berbeza pendekatan kali ni yang mana kita mula dengan design thinking. Dapat secara kasar fokus utama data yang akan dimasukkan ke dalam pusat sehenti data pendidikan. Banyak nak kena polish lagi ni.

Jenjalan Cari Makan : Sup Tulang ZZ

Imej
Jenjalan Cari Makan : Sup Tulang ZZ. Lunch. Makan kat sini hari ni. Memasing dengan menu berbeza. Boleh tahan juga. Ada adik kucen mata sharingan neman kita makan. Kekeke.

S4PD Photoshoot

Imej
S4PD Photoshoot. Alhamdulillah. Selesai sesi photoshoot sektor kami. Lengkap dah semua ahli. Cuma Aida yang takde. Sesi bermula dengan sesi gambar rasmi personel kat aras 6. Keto jugak lutut menahan diri nak dapatkan pose terbaeekkk!!!! Selesai aje semua berkumpul untuk gambar rasmi sektor. Seterusnya kami bergerak ke Galeria untuk gambar korporat. TQ encik bob yang melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan lancar semasa merakamkan gambar-gambar kami. Actually. Banyak lagi gambar dan pose. Ni semua yang tak rasmi. Tungguuu....

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 29 Disember 2019. Isi semula on 6 Januari 2020. Petronas Nusa Perintis. RM79.41, 38.179 liter bawak ke 514.1 km.

SMK Gelang Patah : Inaz @ Hari Terbuka

Imej
SMK Gelang Patah : Inaz @ Hari Terbuka. Singgah kejap di sekolah inaz pagi ni untuk program hari terbuka. Boleh tahan juga nak berjalan ke kelas angah. Sampai. Ada dua parent di hadapan. aku dapat giliran ke-8. Banyak ong meh. Jumpa cikgu inaz. Alhamdulillah. Selesai. Siap wefie sesama tau. Terbaeekkk!!!! All the best and be the best inaz!

Abang Iqi in Tahap Dua Mode

Imej
Abang Iqi in Tahap Dua Mode. Semua yang masuk tahap dua wajib pandai urus diri dia sendiri dah. So. Iqi dah mula sepenuhnya kena seterika baju seragam dia sendiri. Alhamdulillah. Dah boleh berdikari dah ni.

Sekolah Tun Fatimah : 200104 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 200104 Lawatan Hujung Minggu. Singgah jap sini lepas jemaat. Makan nasi kukus kat kafe samil borak-borak. Leh tahan juga tanggungjawab iqa tahun ni. Laksanakan sebaiknya. Tetiba ada kucen oren cam leman datang ke meja. Layan aje la.

Back to school series

Imej
Back to school series. Permintaan khas dari mama. Ada tak koleksi hari pertama sekolah. Ada. Terus buka balik blog dan kumpul semula. Dah sedekad rupanya. Layan. Akan dihapdet dari semasa ke semasa.

SK Rimba Terjun : Lawatan Pemeriksaan Hari Pertama Persekolahan Sesi 2020

Imej
SK Rimba Terjun : Lawatan Pemeriksaan Hari Pertama Persekolahan Sesi 2020. Gerak awal untuk hantar angah dan iqi dulu. Boleh tahan trafik pagi ni terutama di kawasan sekolah masing-masing. Sampai sepertimana yang aku jangkakan di SK Rimba Terjun. Guru Besar dah menanti. Meronda bersama sekitar kawasan sekolah. Tahniah dan syabas kepada pihak pentadbir, guru-guru dan murid-murid yang berjaya memulakan alam persekolahan di tahun baharu ini dengan cemerlang. Semoga terus berjaya. Selesai, terus gerak ke PPD Kulai untuk urusan yang masih tertunggak. Petang baru sampai rumah. Disambut pulak oleh 'cikgu' Leman. Siap pakai tie tau. Aiyoooo..

Back To School 2020

Imej
Back To School 2020. Selamat kembali ke sesi persekolahan bagi tahun 2020. Angah dah form 2 di SMK Gelang Patah. Iqi, Darjah 4 di SK Taman Nusa Perintis. Ici, prasekolah di Tadika Kemas. Semoga tahun ini lebih baik dan cemerlang pada semua. All the best and be the best!