Kempen #Standtogether Di Sekolah Seluruh Negara


Kempen #Standtogether Di Sekolah Seluruh Negara. Pelaksanaan Kempen #Standtogether Di Sekolah Seluruh Negara Dari 2 Hingga 6 April 2018. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan bekerjasama dengan UNICEF Malaysia dan R.AGE, Star Media Group untuk menganjurkan kempen #STANDTOGETHER. Kempen ini merupakan satu inisiatif untuk menangani isu buli di sekolah dengan memberi penekanan kepada aspek kesejahteraan serta mengamalkan nilai-nilai positif dalam kalangan murid dan seluruh komuniti di sekolah untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan kondusif di bilik darjah, sekolah dan masyarakat. Beberapa aktiviti dan modul telah disediakan untuk rujukan pihak sekolah.

AKTIVITI YANG BOLEH DILAKSANAKAN BERSEMPENA DENGAN KEMPEN #STANDTOGETHER ANJURAN BERSAMA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, UNICEF MALAYSIA DAN R.AGE STAR MEDIA GROUP

Apakah langkah yang perlu diambil?

  1. Daftarkan sekolah anda;
  2. Laksanakan aktiviti yang terdapat di https://www.standtogether.my ;
  3. Galakkan warga sekolah untuk berikrar (di atas talian) untuk berbuat baik setiap hari;

Apakah bahan sokongan dan aktiviti yang disediakan di https://www.standtogether.my?

  1. Manual Pengetua (Principal’s Manual)
  2. Manual Guru (Teacher’s Manual)
  3. Kit Pertandingan (Competition Kit)
  4. Video, games, posters, bahan rujukan, koleksi aktiviti.

Bagaimana untuk mengambil bahagian dalam kempen ini?

  1. Daftarkan sekolah anda di https://www.standtogether.my
  2. Laksanakan Minggu Baik Hati (Kindness Week) di sekolah anda pada 2-6 April 2018
  3. Sekolah boleh memilih untuk:
  • Menjadikan kempen ini sebagai aktiviti yang diterajui oleh Unit Kaunseling sekolah; atau
  • Menyarankan semua guru melaksanakan sekurang-kurangnya satu aktiviti yang berkaitan di dalam kelas pada Minggu Baik Hati; atau
  • Memilih mata pelajaran dan/atau kelas tertentu untuk melaksanakan aktiviti yang berkaitan; atau
  • Menjadikan aktiviti kempen sebagai pengisian persatuan, kelab dan unit beruniform; atau
  • Mengadaptasi bahan mengikut kesesuaian sekolah.

Apakah kebaikan kempen ini?

  1. Mewujudkan suasana positif di sekolah yang menggalakkan kebaikan dalam kalangan warga sekolah. Menekankan kepentingan untuk saling menghormati dan tolong menolong sesama kita, serta memupuk ciri-ciri positif seperti timbang rasa, belas kasihan, toleransi, tanggungjawab dan sebagainya.
  2. Murid dan sekolah boleh mendapat pelbagai hadiah yang disediakan dengan menyertai pertandingan seperti dilaman sesawang.

Sebarang pertanyaan khusus berkaitan kempen, aktiviti dan pertandingan yang disediakan boleh diajukan terus kepada National Kindness Week Hotline: 0172834406.

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied