Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel keibubapaan

Program Memeterai Janji & Semarak Kasih

Imej
Program Memeterai Janji dan Semarak Kasih ini terbahagi kepada 3 slot. Slot pertama yang bermula pada pukul 11 pagi ini dimulakan dengan Motivasi Keibubapaan yang disampaikan oleh Tuan Haji Salamian bin Surip. Memang sangat menarik ceramah dan cara penyampaian penceramah ini. Semua yang hadir terpukau dengan caranya yang bersahaja dan sering kali beliau menyelitkan unsur-unsur jenaka dalam penyampaiannya. Beliau malahan meminta semua ibu bapa yang hadir untuk naik ke pentas untuk memeluk anak-anak masing-masing sambil mengungkapkan kata-kata perangsang ke telinga anak masing-masing. Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan Upacara Memeterai janji yang diketuai oleh Ketua Pelajar. Pelajar seterusnya perlu meminta tandatangan daripada ibu bapa masing-masing sebagai tanda mereka telah merestui apa yang telah dijanjikan oleh anak-anak mereka tadi. Slot ketiga diisi oleh Tuan Guru Besar sendiri yang menyampaikan amanat beliau kepada semua disamping menerangkan hala tuju sekolah didalam me