Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Seminar Keselamatan ICT KPM 2018

Seminar Keselamatan ICT KPM 2018 : Lindungi Maklumat, Hindari Pencerobohan

Imej
Seminar Keselamatan ICT KPM 2018 : Lindungi Maklumat, Hindari Pencerobohan. Pagi tu gerak awal dari Pullman. Berdepan aje dengan bangunan KPT ni. Parking depan bangunan betul-betul. Masuk. Cari cafe dulu. Selesai makan baru gerak ke Dewan Za'aba yang letaknya bersebelahan cafe ni aje pun. Lepas daftar terus lepak menanti. Sekali team sabah masuk. Hahaha. Kenal semua deme ni. Seminar ini merupakan platform kepada warga KPM untuk berkongsi maklumat dan menyampaikan informasi berkaitan kepentingan keselamatan teknologi maklumat. Boleh tahan juga pengisian dia. Makan tengah hari dengan geng KS ICT. Layan. Masuk semula untuk majlis perasmian seminar disempurnakan oleh YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. Sambung lagi dua taklimat. Lupa nak cakap. Sempat lagi nengokkan agoda untuk penginapan malamnya pula kat Muo. Layan aje ler. A bit slow bergerak lewat petang tu. Hujan sepanjang jalan. Masak! Cam biasa. Nanti kamera dah dapat baru update penuh.

Seminar Keselamatan ICT KPM 2018 : Off we go to Putrajaya

Imej
Seminar Keselamatan ICT KPM 2018 : Off we go to Putrajaya. Habis aje simposium terus shoot ke Putrajaya. Tu yang pagi tu sibuk dok godak agoda. Malam nak tido, paginya baru nak godak. Alhamdulillah. Dapat Pullman Lakeside dengan harga campur tax, servis bagai RM190 tanpa breakfast. Singgah jap Pagoh makan malam. Sambung jalan. Sampai lebih kurang jam 9.30 malam. Boleh tahan hotelnya. Nak cari pintu keluar dari lobby pun leh sesat. Kakaka. Siap dapat guide penuh. Lepak bilik. Mandi. Baru bukak telegram. Sekali. Si lan dok sebelah bilik je. Borak jap. Masuk. Telan ubat. Terus tido. Cerita penuh nanti ya lepas dapat kamera aku dari hairin. Leh tertinggal beb kat Muo. Haisshhh.