Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2019

FeiyuTech Smartphone Gimbal VLOG Pocket

Imej
FeiyuTech Smartphone Gimbal VLOG Pocket. Hehehe. Dah sampai dah. Sakan tul bulan ni yer.. Sempat ngetest biase biase. Nanti nak bawak gi pendas katanya. Sekali lari plan la pulok. Takpe. Apapun, memang mudah pakai mender ni. Ada dua video sekali aku taruk untuk tutorial ringkas. Layan aje le. ps : henpon pulak rasa cam resakse letak kat mende ni. Haissshhh.

Lukisan Ici

Imej
Lukisan Ici. Semalam ajar ici melukis. 3 karikatur; Ici, Upin dan Ipin. Dia amik lukisan tu dan lukis semula kat kertas kosong lain. Perrgghhh. Memang layan. Pastu dia minta lukiskan Pikachu. Aku suruh dia try lukis berdasarkan apa yang dia nampak, apa yang dia ingat. Hasil dia boleh tahan. Hari ni balik rumah, dah penuh dinding. Semua ada. Yang paling tak tahan, abah siap pegang rotan. Kakaka. Apa yang dilukis adalah apa yang dia kenal pasal benda tu. Nasiblaaa...

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 21 Oktober 2019. Isi semula on 31 Oktober 2019. Petronas Nusa Perintis. RM78.87, 37.916 liter bawak ke 508.6 km.

With our new boss

Imej
With our new boss. Tahniah dan syabas kepada Tn Hj Shaharuddin bin Saari atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Perancangan Dan Pengurusan PPD di Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Perjumpaan pertama kami tadi. Seorang lagi untuk melengkapkan kekuatan sektor. Chaiyok!

Ziarah Mak Yang

Imej
Ziarah Mak Yang. Tetiba lepas maghrib dapat call. Mak Yang n famili nak singgah jap. Kebetulan diaorang turun Johor. Lepak lepak layan Moana kat Channel 5 sambil borak borak. Team kebudaks semua kat tv utama. Layan beb. TQ mak yang n famili singgah santai hari ni.

Recovering Mode

Imej
Recovering Mode. Pagi Sabtu. Bangun dah lain macam rasa kaki aku. Kaki kiri. Nampaknya rasa dari hari Khamis tu betul. Merayap jap naik kereta. Masih boleh bawak. Sekali aku turun dari kereta. Perrgghh. K. Better duduk aje la dalam kereta. Semak jap samsung health. Sahih. Jemaat aje memang over abis aku nyer pergerakan hari jemaat tu. Nasib badan la kan. Petang sikit, dah makin tebal rasa sakit tu. Better kena cari ubat. So. Tido aje la dua hari ni. Harap esok makin OK. Macam kena fikir semula untuk ke Muar hujung minggu depan. Nak jadi apa kalau cuti asyik dihabiskan dengan makan ubat dan tido aje.

Jelajah Pendidikan KPM 2019 Batu Pahat : The Beginning

Imej
Jelajah Pendidikan KPM 2019 Batu Pahat : The Beginning. Semalam memang ada sengal sikit kat pergelangan kaki kiri. Pagi ni dah ok sikit. Seawal pagi akan bergerak ke The Summit Batu Pahat untuk bertugas di sana. Semak TNG dulu. Ngam dedua. On the way singgah Ikhwan Cafe dulu. Hari ni makan mee goreng dengan telur. Konsep hari ni makan la apa pun, bayar ikut keikhlasan. Dan yang aku dapat, actually; kita makan free dan disuruh bersedekah, sebab duit yang dibayar ikhlas tadi disalur terus kepada badan yang terpilih. Hmmm... Lepas ni aku pun nak buat something yang lebih kurang sama. Tungguuu... So. Teruskan perjalanan dan tiba ke Summit. Team urusetia yang lain pun dah ada. Diaorang tidur kat sini dari semalam. Aku je yang baru sampai sebab aktiviti semalam di RTM dan aku perlu jaga kaki dulu. Daripada aku sampai semalam dan kaki terus jem dan tokleh buat apa-apa, baik la aku rehat dulu dan tiba fresh. OK. Balik ke cerita jelajah. Pagi ni bermula banyak aktiviti. Zumba. Bercerita. Mew

Temubual Eksklusif Program Jelajah Pendidikan KPM 2019 Johor FM

Imej
Temubual Eksklusif Program Jelajah Pendidikan KPM 2019 Johor FM. Bersama team promosi hari ni mengiringi Pengarah ke konti Johor fm untuk sesi temubual eksklusif. Banyak penambahbaikan dah dibuat. Dah siap dengan peralatan dan team untuk live streaming. Memang marbeles. Terbaeekkk!!!!

Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.10 Tahun 2019

Imej
Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.10 Tahun 2019. Perhimpunan kali ini diurusetiakan oleh Sektor Pembangunan Murid dengan tema Bulan Sukan Negara. Selaras dengan tema, pelbagai aktiviti melibatkan kecergasan telah disusun dari awal pagi. Program dimulakan dengan senamrobik di Dewan Jauhar. Semua warga seterusnya naik ke Dewan Seminar dengan menaiki tangga. Boleh tahan la. Sib baik setiap aras ada ditampal bacaan motivasi. Sampai aje di Dewan Seminar sesi cool down pula mengambil tempat sebelum majlis bermula. Memang terbaeekkk!!!! Akhirnya terlerai persoalan siapa Timbalan Pengarah Perancangan yang dilantik dan diserahkan arahan penempatan dalam majlis perhimpunan kali ini. Tahniah Tuan Haji Shaharuddin bin Saari atas pelantikan. Semoga kecemerlangan Johor diteruskan. Tahniah pada urusetia kali ini. Next ... Sektor Pembelajaran.

Setting up the new environment : The continuity

Imej
Setting up the new environment : The continuity. Sektor baharu, cara kerja baharu, team baharu; banyak penambahbaikan perlu difikirkan dan dilaksanakan. Yang pasti, banyak perbincangan perlu dilaksanakan. Satunya, kena tambahbaik sistem pengumpulan dan penggunaan data. Fasa satu dah selesai. Pembinaan dan pengumpulan bakal dilaksanakan. Keduanya, kena upgrade sistem paparan kat tempat aku. Banyak order barang, tunggu the last barang ja sampai ni. HDMI switcher. Lepas ni mudah sikit berbincang dengan client. Tak payah tukau tukar kabel paparan lagi kan. Nak buat rakaman dari TV pun dah mudah. Layannn.

Dialog Prestasi Pengurusan Kurikulum Negeri Johor Bil.4/2019

Imej
Dialog Prestasi Pengurusan Kurikulum Negeri Johor Bil.4/2019. Bertempat di Bilik Mesyuarat aura Bitara, PPD Batu Pahat. Kali ni kita all out based on data dan statistik. Penggunaan Power BI dan scatter graf dalam mengenalpasti isu dan punca masalah. Satu pendekatan baharu yang lebih terarah dan cepat menuju pada isu yang timbul. Selesai. Sempat meronda lokasi program jelajah Pendidikan 25 dan 26 Oktober ni nanti.

Seminar Pendidikan Fatwa Peringkat Negeri Johor 2019

Imej
Seminar Pendidikan Fatwa Peringkat Negeri Johor 2019. Pagi ni aku terlibat dengan seminar ni di Pusat Islam Iskandar. Awal lagi dah sampai. Park sebelah masjid sebab nak meronda snap picas sikit cam biasa. Sampai ke Pusat Islam. Daftar dan terus bergerak ke khemah untuk sarapan pagi. Paling tak suka kat sini adalah sebab line aku memang takde. Melilau cari coverage. Pagi ni ada 3 kertas kerja dibentangkan. Banyak juga yang diperolehi berkenaan bagaimana proses fatwa dikeluarkan dan diwartakan. Pagi ni juga kami dikongsikan dengan fatwa baharu berkenaan Hizbut Tahrir yang telah diwartakan bercanggah pada 10 Oktober yang lalu. Majlis perasmian disempurnakan dan disekalikan dengan pelancaran buku himpunan fatwa jilid 4 kalau tak silap. Memang terbaeekkk!!!! perkongsian ilmu yang diterima hari ni.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 2 Oktober 2019. Isi semula on 21 Oktober 2019. Petronas Taman Perling. RM81.57, 39.214 liter bawak ke 548.3 km.

Leman Miko : 20191020 Pesalah

Imej
Leman Miko : 20191020 Pesalah. Kacau barang abah. Pecah pasu mama. Sapa lagi kalau bukan si Leman Miko ni. Pastu buat muka toya bila kena tangkap. Badan je beso. Kalau ngarok memang abis semua dia sental.

Sekolah Tun Fatimah : 20191019 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20191019 Lawatan Hujung Minggu. Singgah medan selera iskandar, tapau ration dulu. Kita makan makan kat STF hari ni sambil borak borak. Semua ada hari ni. Layan.

Petrol Routine for Almera

Imej
Petrol Routine for Almera. Last isi 4 Oktober. Isi semula on 19 Oktober. Petronas Nusa Perintis. Hasil RM65.25 for 315.1 km melibatkan 31.368 l minyak.

Cikman dan Cikmin

Imej
Cikman dan Cikmin. Ni la anak si Phatah yang lahir masa aku kena gi Ipoh pepagi buta tu. Semua kaler oren, tak tau la sapa bapak dia ni. Tapi si Phatah ni bengong sikit. Asal boleh aje dia bawak anak dia. pastu suka suki pindah randah setiap jam. masa ni rasanya cikmin tu pun dah longlai dah. Si Cikman nyusul dua hari kendian. Cian deme. Mak dia ni nak kena ajo gi Tadika Kemas rasanya ni.

Sekolah Tun Fatimah : 20191012 Outing

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20191012 Outing. Layan. Siap makan makan beso hasil Pendas Laut.

Jenjalan Cari Makan : Pendas Fresh Fish Market

Imej
Jenjalan Cari Makan : Pendas Fresh Fish Market. Mencari bekalan ikan segar macam biasa. Yang tak biasa, Ici nak ikut kali ni. Memang lain wooo. So. Merayap kami kat situ. Orang punya la ramai hari ni. Hmmm. Selesai semua, singgah kat Tanjong Nelayan. Semua dah abis. Takpe. Kita lepak Warung Padang. Layan beb.

Leman Miko : 20191012 With the kucens

Imej
Leman Miko : 20191012 With the kucens. La ni memang dah pandai keluar. Nak main ngan hanty Phatah katanya, si Tamrin kaki gesel dan Tumirin yang selalu jadi mangsa dia. Masak.

Belanjawan 2020

Imej
Belanjawan 2020. Semua ternanti-nanti dengan belanjawan kali ni. Pelbagai inisiatif yang ditambah bagi membantu ke arah kesejahteraan rakyat. Harap ianya akan dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Teks ucapan penuh boleh dimuat turun melalui pautan berikut : https://www.treasury.gov.my/pdf/ucapan/2020/ub20.pdf --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Uji Bakat GENIUS Seni Tari, GENIUS Seni Koir dan GENIUS Seni Remaja Koir

Imej
Uji Bakat GENIUS Seni Tari, GENIUS Seni Koir dan GENIUS Seni Remaja Koir. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengadakan uji bakat bagi GENIUS Seni Tari, GENIUS Seni Koir dan GENIUS Seni Remaja Koir pada ketetapan seperti berikut:

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Nusajaya : Kelas Tambahan Matematik Tambahan

Imej
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Nusajaya : Kelas Tambahan Matematik Tambahan. Aktiviti biasa mama. All the best pada semua.

Jenjalan Cari Makan : Mak Ani Selera Timur

Imej
Jenjalan Cari Makan : Mak Ani Selera Timur. Ni antara lokasi favourite waktu pagi. Pelbagai pilihan juadah ada kat sini yang kena dengan selera kita dengan harga yang sangat berpatutan. Amik soto dan mee goreng daging bakar untuk aku. Sejak akhir ni tetiba mood makan mee goreng datang kembali. Hehehe. Memang best!

SMK Taman Nusajaya : Majlis Seutuh Kudrat Tautan Kasih bersama Guru & Staf 2019

Imej
SMK Taman Nusajaya : Majlis Seutuh Kudrat Tautan Kasih bersama Guru & Staf 2019. Majlis di Heaven's Door Bistro anjuran Kebirus. Terbaeekkk!!!! kata mama.

Pedas with task

Imej
Pedas with task. Balik dari putrajaya. Ada task sikit. Nak kena beli opak. Singgah makan kat Grobok Salai. Takde kat sini. Tapi perasan ada gerai sebelum tol. Singgah dan jumpa. RM5. Beli aje kat sini. Singgah lagi sekali kat R&R Ayer Keroh. Sama. Cuma harga lebih sikit 90 sen. Sib baik dah beli tadi.

Mesyuarat Jawatankuasa Maklumat Asas Pendidikan KPM Bil.3/2019

Imej
Mesyuarat Jawatankuasa Maklumat Asas Pendidikan KPM Bil.3/2019. Alhamdulillah. Selesai seketika minggu sibuk. Ke sana sini outstation. Sebelumnya di Ipoh. Lusanya dah di Putrajaya. 3 hari berkampung di E8 bagi membincangkan perkara pokok pengurusan data raya khususnya. Lepas ni banyak tindakan di peringkat negeri bagi memastikan kelangsungan pengurusan data berintegriti. Hari pertama dimulakan dengan pengenalan fungsi dan pegawai baharu. Ada muka lama dan ada muka baharu. Welcome to the team. Semoga semuanya akan berjalan dengan lebih baik selepas ini. sempat nengok buku daftar sekolah di sini. Pakai pencetak dot matrik wehh. Hari kedua mengorak langkah yang lebih panjang. Isu dan masalah mula dibincangkan. Cadangan penambahbaikan akan dibentangkan di peringkat yang lebih tinggi bagi isu kefungsian grey area. Sempat la buat projek rahsia untuk dr M sambil makan jajan. Hari ketiga tertumpu pada data raya. 2020 kita akan tengok satu kesinambungan berkaitan data raya yang lebih baik. A

Jenjalan Cari Makan : Cafe E7, Parcel E

Imej
Jenjalan Cari Makan : Cafe E7, Parcel E. Seriously. Memang cafe terbaeekkk!!!! kat sini. Pelbagai pilihan makanan ada kat sini. Biasanya bila ada meeting di Parcel E, memang sini lah tempat tumpuan sarapan. Sempatlah makan bersama mantan bos sepagi. Hehehe. Haisshhh. Gego tangan ngambik wefie la pulak.

Jenjalan Cari Makan : Medan Selera Seri Teja, Precint 9, Putrajaya

Imej
Jenjalan Cari Makan : Medan Selera Seri Teja, Precint 9, Putrajaya. Port makan malam biasa kalau aku turun ke Putrajaya. Macam macam ada! Memula ingat nak makan beefsteak, pas tu tukau pikiran makan bihun sup utara. Bukan senang nak makan benda lagu ni. Teruih order dan gebang pakai slang sama dengan pekedai. Layan. Semua best kat sini. Siap tambah roti john spesel. Terbaeekkk!!!!

Jenjalan Cari Makan : Nasi lemak Royale Kedah, Putrajaya

Imej
Jenjalan Cari Makan : Nasi lemak Royale Kedah, Putrajaya. Petang pertama lagi dah sampai sini. Ayer 8. Apa lagi kalau bukan nasi lemak royale. Layan.

Back to Putrajaya

Imej
Back to Putrajaya. Sehari ja ada kat Johor. The next day dah kembali semula ke Putrajaya. mesyuarat MAP. 3 hari kat sini. Singgah lunch dulu kat grobok salai. Sampai je, terus masuk meetims. Selesai meetims baharu check-in ke Hotel Everly. Layan.

Jenjalan Cari Makan : Grobok Salai, Pedas

Imej
Jenjalan Cari Makan : Grobok Salai, Pedas. Singgah late lunch kat sini. Orang punya la ramai. Pergghhhh. Beratur panjang tu. Sib baik ada team busker klasik kat tepi tu. Nyanyian merdu deme sekurang-kurangnya dapat menenangkan kami yang dalam kelaparan ni. Dari ipoh jam 12 tengah hari tengah berkeroncong perut minta diisi. Tapi memang laju la. Ngam ngam. Dapat ja makan, dapat meja. Alhamdulillah. Memang terbaeekkk!!!! daging salai dia. Wakakaka.

Jelajah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 2019 Perak : Meninjau

Imej
Jelajah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 2019 Perak : Meninjau. Hari ni kami kembali semula ke MAPS. Tinjauan penuh program.

Jom Jenjalan : Ipoh Memory Lane

Imej
Jom Jenjalan : Ipoh Memory Lane. Sempat meronda selepas subuh sekeliling hotel. Siap singgah 7-11 pekena nasi lemak. Hehehe. Sebelum ke MAPS kita nak gi Memory Lane dulu memandangkan program bermula jam 10 pagi. So. Selepas bersarapan di hotel kami terus gerak ke situ. Sampai aje kat situ dah penuh dengan orang, penggemar barang klasik terutamanya. Wah.. Lama tak jalan cenggini. Layan aje. Memang padat. Kawasannya sangat besar. Serata tempat ada barang lama. Aku pun sempat jugak nengokkan permainan lama kat sini. Cuma. Korang kena pandai cari la kan. Hasil akhir aku? Sebungkus kopi. Kekeke. Banyak layan snap picas aje. Nak beli permainan pun aku rasa macam tak tau nak letak mana dah. Tapi memang bertaburan barang nostalgia di sini. Kena bijak memilih dan membeli.

Jenjalan Cari Makan : Miker Food

Imej
Jenjalan Cari Makan : Miker Food. Kami ke Ritz Garden untuk check in. Sempat la melayan movie kat movie room dia sementara nunggukan yang lain semua berkumpul. Mana nak makan malam ni. Masuk coaster baru gugel tau. At last dapat la Miker Food ni. Perghhh. Layan aje la kan. Dari jauh nampak orang punya la ramai. Menonong je ke depan. Abam ensem panggil. Meh tulih nama dulu. Siap kena tulih berapa ramai. Dia akan susun ikut kekosongan nanti. Sementara tu. Duduk la dulu nunggu giliran kami. Mana la kami nak tau penangan gini. Hahaha. Makin lama makin ramai. Semua pakat nulih ja. Sesambil dok borak memasing dok tengok je abam ensem tadi dok panggil ikut giliran dan kekosongan. Dia datang kat kami. Dok luar boleh? Boleh aje la. Dah lapar kot. Dapat la tempat kat bawah canvas, lam gelap. Amik order pakai lampu henpon je. Memasing order ikut selera memasing. Aku yang tengah kemaruk mee goreng pun order mee goreng aje cam biasa. Tak lama jugak la nunggu makanan sampai. Lagi lama kami nunggu

Jelajah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 2019 Perak : Majlis Perasmian

Imej
Jelajah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 2019 Perak : Majlis Perasmian. Kami sampai ke lokasi perasmian di Movie Animation Park Studios (MAPS), Ipoh Perak ngam ngam dalam jam 1 petang. Ada masa yang cukup untuk meronda melihat persediaan tuan rumah sebelum majlis bermula. Banyak juga dapatan yang sempat kami kumpul. Dari pendaftaran sehinggalah ke program yang dilaksanakan. Hujan lebat yang turun sebelum majlis mengingatkan kami tentang pelan intervensi yang perlu dirancang bagi melicinkan program. Alhamdulillah. Majlis berjalan lancar. Penambahbaikan yang perlu diambil juga kami perhalusi. OK. Esok kami datang semula untuk melihat pelaksanaan program di sini. Balik rehat dulu...

Ipoh, here we come!

Imej
Ipoh, here we come! Lepas subuh terus aku gerak ke JPN. Sempat selamatkan anak si Phatah yang baru lahir lam stor. Ngiau dari azan tadi. Letak tempat yang ok pastu terus gerak. Sampai kat JPN, Aris selaku driver rasmi kitaorang sepanjang dua hari ni dah menanti. K. Jom gerak. 6.15 pagi kami gerak ke Shell Sri Puteri. Tunggu en Izeedin kat sini. Dari sini kami ke Ayer Hitam untuk mengambil team Batu Pahat. 7.25 pagi tiba ke SMK Datuk Menteri. Ada dua dropping point lagi. 8.00 pagi di Pagoh untuk en Fuaad. Teruskan lagi perjalanan. 8.40 pagi, singgah sebentar di R&R Ayer Keroh untuk sarapan pagi. Dapat la regang jap otot. 9.45 pagi, kami singgah sebentar di Shell R&R Seremban untuk isian penuh minyak. Last dropping point di Plaza Tol Bukit Jelutong pada jam 10.25 pagi. Cukup semua team. Off we go. 12.15 tengah hari kami berenti dulu di R&R Simpang Pulai untuk makan tengah hari. Apa lagi. Pekena Nasi Kandar Padang Kota la jawabnya. Semua dah setel, semua dah ready. Yok! Kit

Jenjalan Cari Makan : Bazar Anjung Nusajaya

Imej
Jenjalan Cari Makan : Bazar Anjung Nusajaya. Singgah jap on the way back. Ici nak beli tanah liat. Nak main number block katanya. Alang-alang, mama beli cheese cake dan aku beli peria crispy. Memang best. Minggu lepas makan tester ja. Memang best. Minggu ni tapau. Bazar ni ada hari jemaat ja sebelah petang sampai malam.

Petrol Routine for Almera

Imej
Petrol Routine for Almera. Last isi 22 September. Isi semula on 4 Oktober. Petronas Jalan Tun Razak. Hasil RM69.49 for 330.6 km melibatkan 33.409 l minyak.

Sekolah Tun Fatimah : 20191004 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20191004 Lawatan Hujung Minggu. Singgah jap. Sesi study lam kereta aje memandangkan ici dah tido. Dapat la selesaikan soalan-soalan sukar yang iqa kemukakan. Ici bangun je kita dah mula beransur. Good luck iqa untuk ujian kali ni minggu depan. All the best.

Jenjalan Cari Makan : Pasar Segar Pendas Laut

Imej
Jenjalan Cari Makan : Pasar Segar Pendas Laut. Singgah ke Pasar Segar Pendas Laut. Kalau ikut, malas nak turun. Jaga kaki, pasal esok nak gi Ipoh. At last. Turun jugak lepas gi parking kat port biasa. Layan aje la. Sesekali. Banyak juga dapatan kali ni.

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Nusajaya : Kelas Tambahan Matematik Tambahan

Imej
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Nusajaya : Kelas Tambahan Matematik Tambahan. Aktiviti biasa pagi cuti. All the best pada semua.

Jenjalan Cari Makan : Gerai Jamaliah, Taman Nusa Perintis

Imej
Jenjalan Cari Makan : Gerai Jamaliah, Taman Nusa Perintis. Alhamdulillah dapat singgah sarap sini. Masih dalam mood mee goreng. Banyak pilihan makanan. Mama siap tapau kuih muih untuk student kelas tambahan gitu.

Seharian di Kulai

Imej
Seharian di Kulai. One full day di Kulai hari ni. Paginya ada mesyuarat berkenaan Jerayawara Pendidikan di PPD. Sampai awal. Sempat bersama bersarapan dulu dengan ngah. Mee goreng selagi terasa nak makan. Sempat juga meninjau ofis baharu si ngah ni. Terbaeekkk!!!! Mesyuarat Teknikal Jerayawara bermula. Terpaksa ditunda atas sebab yang tak dapat dielakkan. Ada sedikit waktu kelegaan bagi persediaan daerah. Singgah solat di Pulai Indah sebelum gerak ke lokasi seterusnya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkar Pulai untuk lawatan kerja KSU KPM. Penuh sehari hari ini. Kena cari waktu untuk rehat pasal hari Sabtu dah kena gerak ke Ipoh pula.

Leman Miko : 20191002 Sejuk

Imej
Leman Miko : 20191002 Sejuk. Pandai melepak dah, terutama kat tempat yang ada penyaman udara ja. Nak pulak semua langsir diturunkan, habih dimainkannya. Siap menyorok, siap menggedik. Aiyooo. Selalu nyorok belakang langsir, menghendap. Dapat kaki kat dia, siap la dikekahnya.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 22 September 2019. Isi semula on 2 Oktober 2019. Petronas Nusa Perintis. RM79.88, 38.403 liter bawak ke 504.4 km.