Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Awal Ramadan

Sekolah Tun Fatimah : 20180516 Outing Bermalam Awal Ramadan

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20180516 Outing Bermalam Awal Ramadan. Kali ni a bit awkward. Biasanya kan aku amik iqa hari Khamis. Jam 3.30 lepas waktu kerja terus ke sana. Kali ni amik waktu kerja biasa. 5.00 petang. Tu pun lajak sikit pasal dok uruskan emel segala sijil bukti aku dah setel kursus Business Analytics. Hehehe. Sampai aje iqa dah tunggu kat pejabat warden. Terus packing masuk dan gerak balik. Alhamdulillah. Banyak dapat selesai hari ni. Suka tul hati ni.

17 Mei tarikh permulaan puasa

Imej
17 Mei tarikh permulaan puasa. Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Khamis, 17 Mei 2018, kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad. Ketika mengumumkannya, beliau berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari tersebut bagi menurut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. Pengumuman ringkas itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini. Sebelum ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui satu kenyataan menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah hari ini, 15 Mei, Selasa bersamaan 29 Syaaban 1439 Hijrah. Jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan melihat anak bulan Ramadan pada petang tadi di 29 lokasi penting di seluruh negara. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#S

Majlis Doa Selamat sempena Hari Guru dan Awal Ramadan 2018 SPMICT

Imej
Majlis Doa Selamat sempena Hari Guru dan Awal Ramadan 2018 SPMICT. Tahniah pada semua ahli sektor yang bertungkus lumus dalam memastikan kelangsungan majlis ini. Terima kasih pada semua yang hadir termasuk tetamu jemputan. Majlis dimulakan dengan majlis bacaan Yasin dan diikuti dengan doa selamat, ucapan dari Ketua Sektor dan sesi potong kek oleh 4 orang yang lahir pada bukan Mac, April dan Mei. Makan time!!! Sedap tul rendang ayam super pedas ni. Penuh perut den. Memang best lunch hari ni. Rasa berbangga dapat jalan terensot pergi dan balik ke opis. Hehehe.