Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Hari Kebangsaan 2019 Logo dan tema

Hari Kebangsaan 2019 : Logo dan tema

Imej
Hari Kebangsaan 2019 : Logo dan tema. Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih ditetapkan sebagai tema Hari Kebangsaan 2019 dimana ianya menekankan kepentingan perpaduan dan semangat cintakan negara bagi memastikan kesejahteraan dan kemakmuran negara tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan bangsa. Ianya turut menonjolkan sifat integriti dan jati diri rakyat Malaysia yang bersih dan tinggi. Logo memaparkan tiga orang dengan pergerakan riang mengangkat tangan dengan satu bentuk hati di hadapan dada mereka. Logo ini menggambarkan warganegara Malaysia yang berbilang bangsa dalam keharmonian rasa, seia sekata, sehati sejiwa, membara rasa sayang kepada negara Malaysia. Penggunaan warna Jalur Gemilang menggambarkan kepelbagaian dalam satu perasaan, Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih.Malaysia akan menjadi negara yang aman damai dan makmur sekiranya rakyat mengamalkan budaya integriti dan menolak rasuah.