Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Berita harian

Najib umum tiga penambahbaikan untuk kebajikan pekerja

Imej
Najib umum tiga penambahbaikan untuk kebajikan pekerja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan tiga penambahbaikan untuk kebajikan pekerja iaitu memperluaskan cuti tanpa rekod untuk kakitangan awam bagi kes kematian. Perdana Menteri berkata, PERKESO juga akan menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan percuma untuk pekerja swasta berumur 40 tahun ke atas secara bergerak ke premis majikan dan memperluaskan skim perlindungan kepada semua 6.5 juta pekerja tanpa mengira peringkat gaji. "Ketika ini cuti tanpa rekod tiga hari hanya dibenarkan untuk kes kematian suami atau isteri, ibu bapa atau anak kakitangan awam, tetapi kini ia diperluaskan kepada ibu bapa mentua, ibu bapa angkat dan anak angkat," katanya berucap pada majlis perhimpunan Hari Pekerja 2015 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) sebentar tadi. Perdana Menteri juga menyifatkan sambutan Hari Pekerja 2015 sebagai sejarah baharu apabila buat pertama kalinya dianjurkan bersama dua kesatuan sekerja

Peperiksaan PT3 ganti PMR bermula 1 Julai - Muhyiddin

Imej
Peperiksaan PT3 ganti PMR bermula 1 Julai - Muhyiddin. Sumber berita :  http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PeperiksaanPT3gantiPMRbermula1Julai-Muhyiddin/Article/?mutakhir=1 KUALA LUMPUR: Bermula 1 Julai ini, semua pelajar Tingkatan Tiga akan menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peperiksaan pertama kali dilaksana itu diadakan mengikut tarikh berasingan membabitkan ujian kajian khas, bertulis dan lisan. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Karnival Amal Persatuan Penduduk Bukit Damansara di sini sebentar tadi. foto dikongsi dari  http://studentlifestyleonline.com/ Disini berita penuh dari bernama Pentaksiran Tingkatan Tiga Bermula 1 Julai Ini - Muhyiddin KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang menggantikan peperiksaan berpusat awam Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan