Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Appoinment

The Colours of Life - Gleneagles Hospital Appoinment

Imej
The Colours of Life - Gleneagles Hospital Appoinment. Makin ramai orang. Ikutnya aku nak reschedule supaya dapat lebih awal. Sekali dah penuh. Kena jugak ikut appoinment asal. Sampai hospital around 8 tadi pun tengok kereta dah penuh park luar dan dalam. Habis la port biasa aku depan spital masa nak amik darah. Daftar dan amik nombor. Mama nombor 4 dan aku nombor 5. Tunggu aje la. Setel ja baru kita pergi daftar kat bilik doktor pulak. Terus set lepas Jemaat. Selesai kat bilik doktor kami keluar sarap dulu. Siap tertidur. Mana taknya. 3 balang kot dia amik darah. Lepas jemaat datang semula. Ramai orang cam biasa. Mama around 4.20 petang dah setel dengan doktor dia. Siap datang nengok aku yang masih menanti. Kekeke. Layan aje la. Dekat jam 4.30 baru sampai giliran aku. Borak borak ngan doktor Cheong. Progress baik dia cakap. Dari Stage 3B dah jadi Stage 3A. Alhamdulillah. Ingat awal awal masa dengan doktor Suhaeb, Masa tu memang teruk habis. Kolesterol tahap neraka. Hehehe. Kedebak gede

Touch n Go RFID Fitment Appoinment : Success Service & Maintenance Gelang Patah

Imej
Touch n Go RFID Fitment Appoinment : Success Service & Maintenance Gelang Patah. Ni antara benda lagha yang aku buat semalam masa tensen mental block. Jap ja daftar dia. Kebetulan si mus sibuk dok tanya center kat mana. Terus aku daftar aje. Nak daftar? Gi sini. https://rfid.touchngo.com.my/ . Setel semua tinggal nak pasang aje. Tak lama pun. Bawak semua dokumen yang diminta. Dia akan maklum masa kita daftar dan ada dalam emel pengesahan. So. Pagi ni aku dan mus dedua dah ada tepat jam 10 pagi. Rupanya ada dua jenis sensor. Satu kat luar; ni untuk kereta yang bertinted. Dia juga ada yang kat dalam untuk kereta yang takde tinted. Aku amik yang luar manakala mus amik yang dalam. Jap je dia pasang dan test. Setel. Memang terbaeekkk!!!! Tinggal dok tunggu SMS pengesahan dah boleh guna aje ni. Yok reramai kita pasang. Free aje. Lebih mudah berbanding SmartTag tau.