Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel hari malaysia

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2019

Imej
Selamat Menyambut Hari Malaysia 2019 kepada semua pengunjung blog. Sesungguhnya, keharmonian dan kesejahteraan yang di kecapi sejak sekian lama wajar dipelihara dan dikekalkan agar dapat terus dikecapi oleh generasi akan datang. Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2018

Imej
Selamat Menyambut Hari Malaysia 2018 kepada semua pengunjung blog. Sesungguhnya, keharmonian dan kesejahteraan yang di kecapi sejak sekian lama wajar dipelihara dan dikekalkan agar dapat terus dikecapi oleh generasi akan datang. Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Sehati Sejiwa kekal Tema Sambutan Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2016

Imej
Sehati Sejiwa kekal Tema Sambutan Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2016. Tema 'Sehati Sejiwa' pada sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2015, dikekalkan sebagai tema sambutan pada tahun ini. Perkara itu diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 di Angkasapuri, hari ini. Salleh berkata tema berkenaan mampu meningkatkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia berdasarkan kepada penerimaan dan penglibatan rakyat dalam program-program sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang lalu. "Tema, logo dan lagu sambutan juga masih dikekalkan untuk tahun ini dan turut dikekalkan adalah penggunaan nama 'Hari Kebangsaan' sebagai panggilan rasmi dengan tidak menyebut bilangan ulang tahun sambutan," katanya. Antara program yang akan mewarnai bulan kebangsaan dan Hari Malaysia mulai Julai seh

Jenjalan Tesco Extra Mutiara Rini @Hari Malaysia 2015

Imej
Jenjalan Tesco Extra Mutiara Rini @Hari Malaysia 2015. Petang tadi habiskan masa kat Tesco Extra. Iqa ngan kawan dia, Kadra  Nak beli baju BFF sengsama. Nak beli hadiah GB yang bersara sengsama. katanya. Layankan aje la. Sempat melantak yee mee kat medan selera dia yang penuh sesak ngan peserta pertandingan mewarna. Tak sesuai tul tempat pertandingan nih.

Selamat Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia

Imej
Hari ni seluruh negara menyambut hari Malaysia ke 48. Dalam masa yang sama, kita turut menyambut hari Kemerdekaan yang ke 54; yang kebetulan jatuh dalam bulan Ramadan. Semoga negara kita akan terus berada dalam keadaan aman dan sejahtera. Foto dari nst tweaked using little photo. Published with Blogger-droid v1.7.4

Selamat menyambut Hari Malaysia

Imej
Selamat Hari Malaysia pada semua. Tarikh ni memang amat bermakna bagi aku, selain dari pembentukan Malaysia; tarikh ni jugak merukan tarikh permulaan antara aku dengan isteriku, 17 tahun yang lalu. Semoga apa yang kita kecapi di negara kita sekarang ni akan kekal berpanjangan, walau pelbagai onak terpaksa kita rempuhi. Semoga negara Malaysia akan terus kekal makmur. Enjoice...Sharing is power!!!