Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2015

Tahniah Syafiqah Johan Kawad Kaki Daerah Johor Bahru dan Bola Jaring Zon Nusajaya

Imej
Tahniah Syafiqah Johan Kawad Kaki Daerah Johor Bahru dan Bola Jaring Zon Nusajaya. Petang tadi iqa bawak balik pingat dan piala lagi. Tahniah. Teruskan kecemerlangan.

A small Kusessian's reunion

Imej
A small Kusessian's reunion. 2 ex 1 masih setia. Kak Jamilah dah tukar ke SERATAS, aku of coz dah lama menghilang ke Johor. Eley masih setia di KUSESS. Kebetulan ada perkhemahan KRS SBP. Sempat turun jap pagi tadi sebelum perasmian penutupan. Sempat la santai santai jap ngan rerakan lama. Banyak guru baharu yang datang.

E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA)

Imej
E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA). Satu inovasi baru bagi memudahkan proses melengkapkan keperluan tujuh (7) hari berkursus. Layari url berikut : www.epsa.gov.my www.intan.gov.my Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Semakan Panggilan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2015

Imej
Semakan Panggilan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2015 Semakan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2015 bermula dari 24 Mac 2015 hingga 30 Mac 2015. Sila semak url berikut : http://apps8.moe.gov.my/smg/pismp2015/ Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Buletin Anjakan Bulan Februari 2015

Imej
Buletin Anjakan Bulan Februari 2015 Muat turun Buletin Anjakan Bulan Februari 2015 melalui pautan berikut : http://moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2015/articlefile_file_003982.pdf Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Majlis raikan cinta Nazri dan Asmalinda

Imej
Majlis raikan cinta Nazri dan Asmalinda. Selamat Pengantin Baru. Tahniah pada kedua mempelai.

Majlis perkahwinan Shafiee dan Nor Aziantie

Imej
Majlis perkahwinan Shafiee dan Nor Aziantie. Selamat pengantin baru. A bit hujan masa pengantin tiba.

Majlis Pelancaran Program Guru Muda 1Malaysia dalam Virtual Learning Environment (VLE) FROG sebagai Platform Pengajaran dan Pembelajaran

Imej
Majlis Pelancaran Program Guru Muda 1Malaysia dalam Virtual Learning Environment (VLE) FROG sebagai Platform Pengajaran dan Pembelajaran. Majlis berlangsung di Casuarina@Meru pada 24 Mac yang lepas. Yok layan picas.

Sesi bicara penggerak GM1M bersama Tan Sri Abdul Ghafar bin Mahmud, mantan KPPM

Imej
Sesi bicara penggerak GM1M bersama Tan Sri Abdul Ghafar bin Mahmud, mantan KPPM. Program berlangsung di Casuarina @ Meru pada 23 Mac yang lepas. Yok layan foto...

Guru Muda Dilatih Mahir Guna Sistem Pendidikan Internet

Imej
Guru Muda Dilatih Mahir Guna Sistem Pendidikan Internet IPOH: Sejumlah 5,000 guru muda dari 2,500 sekolah di seluruh negara diberi latihan agar mahir menggunakan sistem pendidikan Internet iaitu 'Frog Virtual Learning Environment (VLE)' sebagai platform Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata Frog VLE adalah platform PdP di bawah projek 1Bestarinet Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang berteraskan teknologi selaras dengan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, iaitu menyediakan infrastruktur untuk jaringan dan landasan pembelajaran melalui 1Bestarinet. "Latihan ini akan difokuskan kepada guru-guru muda, atau lebih dikenali sebagai Guru Muda 1Malaysia (GM1M) yang berusia bawah 40 tahun. "KPM memilih mereka kerana keupayaan memiliki kemahiran menggunakan teknologi komunikasi terkini dan berkemampuan untuk mengaplikasikan teknologi di dalam PdP," katanya ketika berucap pada

SENARAI SEKOLAH TERLIBAT UNTUK PROGRAM GM1M DALAM VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (VLE) FROG SEBAGAI PLATFORM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Imej
SENARAI SEKOLAH TERLIBAT UNTUK PROGRAM GM1M DALAM VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (VLE) FROG SEBAGAI PLATFORM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pihak YTL Communications Sdn Bhd dan FrogAsia Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah program 1BestariNet akan menganjurkan Majlis Pelancaran Program Guru Muda 1Malaysia (GM1M) Dalam Virtual Learning Environment (VLE) Frog Sebagai Platform Pengajaran dan Pembelajaran. Objektif program ini adalah untuk membantu melonjakan transformasi pendidikan negara dengan mengukuhkan profesion perguran di Malaysia. Sesi latihan interaktif akan disediakan untuk guru-guru muda di bawah usia 40 tahun dalam menggunakan teknologi Frog VLE dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui program ini, guru-guru muda yang terlatih bukan sahaja berupaya membimbing murid-murid dengan lebih efektif, tetapi juga akan berkongsi kemahiran yang dipelajari bersama guru-guru lain.

Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor

Imej
Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor. Daulat Tuanku. http://kemahkotaan.johor.gov.my/ Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Majlis Aqiqah Fiqri

Imej
Majlis Aqiqah Fiqri. 16 Mac 2015. Baling, Kedah. Jom kita layan.

Lepaking @ Baling

Imej
Lepaking @ Baling. First day kami di Baling. Last day mak yang di Baling. Merayap jap. Ronda ronda. Sebelum aku dan inaz mula lemah. Makin lama makin teruk and at last dedua ke Hospital pada sebelah malamnya. Sahih keracunan makanan semalamnya OTW back to Baling.

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT DIRI DI MODUL e-GRADUAN BAGI GRADUAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PSIMP) 2014 BAGI OPSYEN PENDIDIKAN ISLAM DAN PEMULIHAN (BM)

Imej
PENGEMASKINIAN MAKLUMAT DIRI DI MODUL e-GRADUAN BAGI GRADUAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PSIMP) 2014 BAGI OPSYEN PENDIDIKAN ISLAM DAN PEMULIHAN (BM) GRADUAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PSIMP) 2014 BAGI OPSYEN PENDIDIKAN ISLAM DAN PEMULIHAN (BM) YANG LULUS TEMUDUGA LANTIKAN SEBAGAI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41 DIMOHON MEMBUAT PENGEMASKINIAN MAKLUMAT DIRI DI MODUL e-GRADUAN MULAI 21 MAC 2015 JAM 10 PAGI SEHINGGA 19 APRIL 2015. Tuan/Puan perlu mendaftar di modul ini terlebih dahulu sebelum membuat pengemaskinian maklumat. Sekiranya terdapat kesilapan pada maklumat yang tidak boleh dikemaskini, tuan/puan perlu menghantar salinan dokumen berkaitan yang telah disahkan melalui emel ke egraduan@moe.gov.my untuk diperbetulkan seperti format di bawah: Tajuk emel : Kemaskini Maklumat Graduan PISMP Butiran :       Nama :       No. KP: Masalah : Sila pastikan fail yang dilampirkan tidak terlalu besar. Sekian, terima kasih. Via Blogger PC Edi

Baling 2015 - the journey back

Imej
Baling 2015 - the journey back. Singgah majlis dulu. Bidannya Fiqri. Pastu baru gerak balik. A bit panas bila semakin menghampiri utara. Tiba jam 11.30 malam.

Kem Smart Ibadah SA Taman Nusa Perintis 2015 - the beginning

Imej
Kem Smart Ibadah SA Taman Nusa Perintis 2015 - the beginning. Pagi ni bermula la kem ibadah ni. Kul 7 dah pakat berkumpul sebelum bergerak ke Pekan Nanas. Semoga semua berjalan lancar.

PELAKSANAAN PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH

Imej
PELAKSANAAN PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Bilangan 1 Tahun 2015 pada 25 dan 27 Februari 2015 telah menerima dan memutuskan pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) Sistem Pengurusan Sekolah. Sehubungan dengan itu, disertakan SOP tersebut untuk dilaksanakan di peringkat sekolah. Segala maklumat lanjut berkaitan perkara ini bolehlah menghubungi Encik Ahmad Faris bin Johan di talian 03-88830672 / 012-3736467 dan e-mel faris.johan@moe.gov.my . Muat Turun Surat Edaran POS SPS Prosedur Operasi Standard Sistem Pengurusan Sekolah Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Hantaran Cik Munah by mama

Imej
Hantaran Cik Munah by mama. 7 dulang overall. 2 dulang lagi just letak kek dan buah sahaja.

Ziqri 5th birthday

Imej
Ziqri 5th birthday. Simple aje. Ada kek yang buat untuk majlis kat tadika, tapi dia tak nak bawak. Dia nak potong dengan family katanya. A simple makan makan sama ucu sebelah malam.

PENGIRAAN GRED PURATA SEKOLAH (GPS) BAGI TUJUAN PENENTUAN BANDING DAN RANKING SEKOLAH MENENGAH TAHUN 2014 DAN 2015

Imej
PENGIRAAN GRED PURATA SEKOLAH (GPS) BAGI TUJUAN PENENTUAN BANDING DAN RANKING SEKOLAH MENENGAH TAHUN 2014 DAN 2015 Pada tahun 2010, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan kaedah penentuan banding dan ranking sekolah berdasarkan skor komposit sekolah. Skor komposit sekolah adalah gabungan Gred Purata Sekolah (GPS) dan Skor Penarafan Kendiri Sekolah-Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (PKS-SKPM). Bermula tahun 2014, Penilaian Menengah Rendah (PMR) telah dimansuhkan. Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) telah diperkenalkan sebagai sebahagian daripada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi murid Tingkatan 3. Implikasinya, kaedah pengiraan GPS sekolah menengah sedia ada bagi tujuan mengira skor komposit dan penentuan banding dan ranking tidak boleh diguna pakai lagi. Sehubungan dengan itu, kaedah baharu pengiraan skor komposit sekolah menengah bagi tahun peperiksaan 2014 dan 2015 adalah seperti di Lampiran 1. Contoh kaedah pengiraan baharu skor komposit sekolah me

Solat sunat istisqa’ serentak seluruh masjid di Johor

Imej
Solat sunat istisqa’ serentak seluruh masjid di Johor JOHOR BAHRU – Seluruh masjid di Johor  diminta mengadakan solat sunat istisqa’ serentak pada Jumaat ini bagi memohon kepada ALLAH SWT agar diturunkan hujan berikutan fenomena cuaca panas El Nino yang berlaku sejak pertengahan Februari lalu yang dijangka berlarutan sehingga April ini. Penasihat Majlis Agama Islam negeri, Datuk Noh Gadut berkata, solat sunat Istisqa' tersebut disarankan dilakukan serentak selepas solat Jumaat. “Perkara ini (solat sunat istisqa')  turut mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mahukan semua masjid di negeri ini mengadakan ibadah itu serentak memohon diturunkan hujan kerana cuaca panas berlarutan. “Kita juga akan mengadakan bacaan Yassin dan solat Istisqa’ di Empangan Sembrong,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Noh berkata, solat sunat mohon hujan di empangan tu akan dilakukan dalam masa terdekat. Terdahulu, Noh memaklumkan kewajaran untuk melaku

TEMA HARI GURU 2015 : Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak

Imej
TEMA HARI GURU 2015 : Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak. Muaturun maklumat lengkap melalui URL  http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/files/Hari%20Guru%202015.pdf **foto dikongsi daripada skchengal.blogspot.com Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

PELAKON dan pelawak terkenal, Harun Salim Bachik meninggal dunia

Imej
PELAKON dan pelawak terkenal, Harun Salim Bachik meninggal dunia. Petang tadi, lepas meeting. Sempat sempat la belek blek FB sebelum pulang. Terkejut jab baca yang pasal Datin Maimon tak akan muncul lagi. Pasal berita tokleh load penuh, pelbagai persepsi terlontar. Tapi dapat la jugak baca cerita sebalik tu. Sekali sampai rumah, cerita lain pulak yang keluar. Hmmm... tak sangka kan. Semacam ada pertalian pulak dengan cerita yang awal tu. Semoga rohnya dirahmati Allah. KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak terkenal, Harun Salim Bachik, 55, meninggal dunia kira-kira jam 5 petang ini. Perkara itu disahkan oleh rakan baik arwah yang juga pelakon, Den Wahab ketika dihubungi BH Online sebentar tadi. "Saya mendapat panggilan daripada pengarah, Dr Anwardi Jamil, kira-kira jam 5 petang tadi yang memaklumkan mengenai perkara itu. "Beliau memaklumkan, Harun meninggal dunia ketika berhenti mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Bukit Merah, Perak ketika dalam perjalanan pulang

Yok ke Aeon Bukit Indah

Imej
Yok ke Aeon Bukit Indah. Cari baju sikit untuk kebudaks n makan makan.

Kejohanan Balapan dan Padang Zon Nusajaya 2015

Imej
Kejohanan Balapan dan Padang Zon Nusajaya 2015. Ni gambo kejohanan ni tempohari di Stadium Educity. Iqa tak dapat pingat kali ni. Yang dapat. Muka berbelang. Kekekeke

Cuepacs minta kerajaan pertimbang umur bersara daripada 60 kepada 62 tahun

Imej
Cuepacs minta kerajaan pertimbang umur bersara daripada 60 kepada 62 tahun. Hmmm... Yang ni aku tak berapa setuju sangat. Cukup-cukup la. Kena la beri laluan pada generasi muda untuk rasa peluang yang sama. KEMAMAN: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan supaya membuat pertimbangan bagi melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 60 tahun kepada 62 tahun. Presidennya, Datuk Azih Muda berkata kebanyakan negara melanjutkan usia persaraan kepada 65 tahun seperti Thailand, Singapura, Sri Lanka, negara Eropah serta Amerika Syarikat dan kita sebagai negara, yang menuju negara maju harus mengambil langkah sama. "Pertimbangan umur persaraan perlu dibuat, berikutan ekonomi negara yang tidak menentu dalam menuju negara maju. "Selain itu, kerajaan menanggung kos yang tinggi untuk melahirkan pegawai yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran...seperti pensyarah, kebanyakan mereka pada usia 55 hingga 56 baru mendapat Ijazah Ke