Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2017

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Jauhi Sifat Zalim dan Kikir

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Jauhi Sifat Zalim dan Kikir عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: اتَّقُوا الظُّلْمَ، فَإِنَّ الظُّلْمَ ظُلُمَاتٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَاتَّقُوا الشُّحَّ، فَإِنَّ الشُّحَّ أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ، حَمَلَهُمْ عَلَى أَنْ سَفَكُوا دِمَاءَهُمْ وَاسْتَحَلُّوا مَحَارِمَهُمْ Daripada Jabir bin Abdullah RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : Takutilah kamu akan kezaliman, sesungguhnya kezaliman adalah kegelapan di hari Qiamat. Dan takutilah kamu akan sifat kikir, sesungguhnya sifat kikir telah membinasakan orang-orang sebelum kamu, ia membawa mereka sehingga menumpahkan darah mereka dan menghalalkan kehormatan mereka.  (HR. Muslim No : 2578) Status : Hadis Sahih Pengajaran : 1.  Takuti dan jauhilah perbuatan zalim kerana si pelakunya akan berada dalam kegelapan di Hari Qiamat, tanpa petunjuk dari Allah . 2.  Kegelapan di Hari Qiamat adalah suatu seksaan yang berat kerana petunjuk dari Al

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Menjaga Amanah dan Janji Menyempurnakan Iman dan Agama

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Menjaga Amanah dan Janji Menyempurnakan Iman dan Agama عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ مَا خَطَبَنَا نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَّا قَالَ لَا إِيمَانَ لِمَنْ لَا أَمَانَةَ لَهُ وَلَا دِينَ لِمَنْ لَا عَهْدَ لَهُ Dari Anas bin Malik RA berkata; Nabi SAW tidak pernah berkhutbah di hadapan kami kecuali baginda mengatakan: "Tidak sempurna keimanan bagi orang yang tidak amanah, dan tidak sempurna agama seseorang bagi yang tidak memenuhi janji." (HR Ahmad No:11935). Status: Isnad Tsiqah Pengajaran: 1.  Menjaga amanah adalah sebahagian daripada iman. Tidak sempurna iman seseorang yang tidak menunaikan amanah. 2.  Menjadi kewajipan kepada kita menunaikan amanah kepada yang berhak. Firman Allah dalam surah an-Nisa: 58 إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya). 3.  Orang

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Enam Perkara Untuk Jaminan Syurga

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Enam Perkara Untuk Jaminan Syurga عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اضْمَنُوا لِي سِتًّا مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَضْمَنْ لَكُمْ الْجَنَّةَ اصْدُقُوا إِذَا حَدَّثْتُمْ وَأَوْفُوا إِذَا وَعَدْتُمْ وَأَدُّوا إِذَا اؤْتُمِنْتُمْ وَاحْفَظُوا فُرُوجَكُمْ وَغُضُّوا أَبْصَارَكُمْ وَكُفُّوا أَيْدِيَكُمْ Dari 'Ubadah bin Ash Shamit bahawa Nabi SAW bersabda: "Jaminlah enam perkara untukku dari diri kalian, nescaya aku akan menjamin syurga untuk kalian; jujurlah jika berbicara, tepatilah jika kalian berjanji, tunaikanlah amanah jika kalian diserahi amanah, jagalah kemaluan kalian, tundukkan pandangan kalian dan tahanlah tangan kalian." (HR Ahmad No: 21695) Status: Isnad Maqbul Pengajaran: Rasulullah SAW memberi jaminan setiap Muslim akan masuk Syurga jika memelihara enam perkara: 1.  Jujur jika berbicara. Ibnu Qayyim: Kejujuran adalah jalan yang lurus dimana orang yang tidak jujur, dia akan ce

Fesko 59 UTM Skudai : 20171027 Layan Tapak

Imej
Fesko 59 UTM Skudai : 20171027 Layan Tapak. Diam tak diam dah sampai dah konvo UTM. Hari tu mama ada cakap. Jangan lupa hujung minggu ni. Layan aje ler. Sampai. Lepak kat wakaf cam biasa. Cuma kali ni dia buat wakaf tu sebagai pusat untuk urusetia la pulak. Maka kurang la lokasi lepak untuk pengunjung kali ni. Masuk waktu. Terus gerak ke masjid. Lebih besar dan lebih banyak gerai jualan kat tapak festival untuk kali ni. Terbaeekkk!!!!

Sekolah Agama Taman Nusa Perintis : Amali Sembelihan dan Pengurusan Jenazah

Imej
Sekolah Agama Taman Nusa Perintis : Amali Sembelihan dan Pengurusan Jenazah. 27 Oktober. Pagi ni ngantor angah ke sekolah. Dari pagi sampai ke petang. Ada progam amali khusus untuk murid darjah 5. Terbaeekkk!!!! Suka la tu si inaz.

Project on progress

Imej
Project on progress. 26 Oktober. Dah banyak dah progress dapur sementara kami ni. Makin naik. Seronok layan orang lalu lalang. Pusat tuisyen? Warung? Pelbagai persepsi orang. Hehehe. Aku? Sakan la amik gambo.

Gebooz Gedikz : 20171026 Ciannya dia

Imej
Gebooz Gedikz : 20171026 Ciannya dia. Melepek aje seharian. Kaki kanan dia sakit. Tak tau la kena pukul ke. Kena pijak ke. Bus. Bus. Terdengkot dengkot dia jalan. Hari ni? Dah laju dah.

PPM : Perbincangan SOP negeri Johor

Imej
PPM : Perbincangan SOP negeri Johor. 25 Oktober. Sempat lepak jap ngan JU negeri membincangkan garis panduan dari segi keselamatan data yang bakal diproses. Ni kisah profiling murid ye. Bukan pembantu pengurusan murid tu. Alhamdulillah. Kita dapat membuat perancangan awal dan akhir. Dari pengurusan hingga penyimpanan. Balik. Sempat layan abang long kawasan yang tengah lepak lepak santai kat parking. Tumpang lalu ye abe.

EKSA JPN Johor : Zon 10 muncul Juara Pertama Piala Pengarah Pendidikan Johor

Imej
EKSA JPN Johor : Zon 10 muncul Juara Pertama Piala Pengarah Pendidikan Johor. Teka teki juara Piala Pengarah Pendidikan Johor akhirnya terjawab. Zon 10 melangkah megah menjadi zon pertama menjulang Piala EKSA ini. Di tempat kedua Zon 7 menyusul diikuti dengan Zon 2 di tempat ketiga. Tahniah pada semua. Kita nantikan keputusan bulan Oktober pula. Kami Komited!

EKSA JPN Johor : Piala Pusingan Pengarah Pendidikan Johor

Imej
EKSA JPN Johor : Piala Pusingan Pengarah Pendidikan Johor. 23 Oktober. Petang tu boleh pulak tak terperasan mesej en jo. Sampai ke kereta masa panaskan enjin baru perasan. Alamak. Kalau tau aku gerak lebih awal. Takpe la. Sampai kat kedai jam 5.30 petang. Lokman dari jauh dah senyum senyum. Jersi apasal tak pakai katanya. Hahaha. Memang marbeles. Piala semua dah siap. So. Aku ada satu hari penuh untuk buat sesi tayang menayang kat lobi. Masa letak pengarah pun kebetulan lalu. Waahhh. Sapa yang menang ni. Rahsia bos. Hehehe. Tunggu masa perhimpunan.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Penuhi Hak Orang Lain

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Penuhi Hak Orang Lain عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَتُؤَدُّنَّ الْحُقُوقَ إِلَى أَهْلِهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُقَادَ لِلشَّاةِ الْجَلْحَاءِ مِنْ الشَّاةِ الْقَرْنَاءِ Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW: "Semua hak itu pasti akan dipenuhi (dibalas) pada hari kiamat kelak, hingga kambing bertanduk pun akan dituntut untuk dibalas oleh kambing yang tidak bertanduk (kerana patah)."(HR Muslim No: 4679) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Perbuatan yang dilakukan oleh seseorang tidak akan ‘pernah’ luput dari pengawasan Allah SWT. Setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan dariNya dan setiap kesalahan yang dilakukan oleh seseorang, Allah tidak akan membiarkannya begitu saja, semuanya perlu ‘ditebus’ di akhirat nanti. 2.  Kezaliman yang tidak selesai semasa didunia (tidak mendapat kemaafan atau balasan yang sepatutnya) akan terus berlanjutan dan akan diputuskan nanti di

Jenjalan Cari Makan : Cenderawasih Corner, Larkin

Imej
Jenjalan Cari Makan : Cenderawasih Corner, Larkin. 23 Oktober lepas. Paginya gi full rehearsal kat EC. Selesai aje langsung balik opis. Sekali masa lunch, KS ajak makan cendol. Hua hua hua. Aku pun tak perasan sapa yang kasi idea kat cenderawasih ni. Tapi quite ok la tempatnya. First time aku singgah dan masuk. Selama ni aku lalu je. Banyak gerai-gerai menarik ada kat sini. At last. Aku try mee wantan larkin legend. Siap masuk dapur pilih bahan. Yang tak berkaitan aku tak kasi masuk. Hahaha. Belasah aje. Quite OK la. Siap tambah cili hijau dan telur dari rojak asma gitu. Belasah aje ler. Layan...

TEKS UCAPAN BAJET 2018

Imej
TEKS UCAPAN BAJET 2018 “MEMAKMUR EKONOMI YANG INKLUSIF, MENGIMBANG KEUNGGULAN DUNIAWI DAN UKHRAWI, DEMI MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT, MENUJU ASPIRASI TN50” Tuan Yang Dipertua, Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk “Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2018 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu” dibaca bagi kali kedua. Bismillah-Hir-Rahma-Nir-Rahim 1.          Sesungguhnya Kami Bernaik Saksi Bahawa, Tiada Tuhan yang Selayaknya Disembah Melainkan Allah yakni Dia, serta para MalaikatNya, yang berSelawat ke atas Nabi Junjungan. Seraya,… diseru ke atas orang-orang yang beriman mengucapkan; Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad, Wa a’la A-li Saidina Muhammad. 2.          Begitu juga kepada Tuan Yang Dipertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Tuan-Tuan dan Puan-Puan serta seluruh Rakyat Malaysia Sekalian, dari penjuru Utara Perlis, hingga ke Penghujung Benua Asia di