Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel jumlah pelajar cemerlang meningkat

STAM 2015: GPN, jumlah pelajar cemerlang meningkat

Imej
STAM 2015: GPN, jumlah pelajar cemerlang meningkat KUALA LUMPUR: Pencapaian calon peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2015 di seluruh negara menunjukkan peningkatan memberangsangkan terutama dari sudut Gred Purata Nasional (GPN) dan bilangan pelajar mendapat keputusan Mumtaz (cemerlang). Di SELANGOR, GPN peperiksaan STAM 2015 meningkat 0.11 mata iaitu 2.33 berbanding 2.44 pada 2014, kata Pengarah Pelajaran Negeri Zainureen Mohd Noor. Beliau berkata 89 calon memperoleh keputusan Mumtaz, 236 Jayyid Jiddan (sangat baik), 149 Jayyid (baik) dan 21 calon Maqbul (lulus) daripada 526 pelajar yang menduduki peperiksaan itu. Di PAHANG, seramai 663 pelajar atau 81.55 peratus mendapat sekurang-kurangnya pangkat Maqbul untuk 10 mata pelajaran yang diambil daripada keseluruhan 813 calon. Keputusan itu meningkat 6.41 peratus atau 119 calon berbanding 2014 dengan 544 pelajar atau 75.14 peratus lulus semua mata pelajaran daripada 720 yang  menduduki peperiksaan. Ketua Sektor P