Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2015

Majlis Iftar bersama TKPPM Profesionalisme Keguruan sempena Program Ihya' Ramadan KPM Tahun 1436H/2015M

Imej
Majlis Iftar bersama TKPPM Profesionalisme Keguruan sempena Program Ihya' Ramadan KPM Tahun 1436H/2015M. Semalam ke Tampok, Benut. SMA Bugisiah to be exact. Ada program bersama Yang berbahagia Dato' Dr Amin bin Senin di SABK ini. A bit late jugak aku tiba. Around 6.30 pm. Memang jalan luar jangka. Tak jam, follow kereta slow. Tak follow kereta slow, jam. Dugaan tu. Alhamdulillah. Tiba dengan selamat ke sini. Yang dirai pun belum tiba. Sampai waktu berbuka baru tiba. Betullah kata en. Kamarudin hari tu. Macam macam boleh berlaku. Samada kita bersedia dengan langkah kontigensi lain atau tak. Alhamdulillah. Semua berjalan lancar. Pengisian dijalankan dengan baik. Dato' Dr bersama dengan pelajar sehingga selesai majlis. Siap ada majlis bergambar bersama keseluruhan pelajar. Tahniah pada pengurusan sekolah. Bukan senang nak dapat peluang macam ni, dan sekolah berjaya mengambil peluang yang terbuka. Selesai semua, terus bergerak pulang. Around 12.30 am jugak baru tiba. Pe

Fiqri's June Check-up Appointment

Imej
Fiqri's June Check-up Appointment. Alhamdulillah. Selesai check-up kasi ni disudahi dengan satu suntikan manja dari misi kat situ. Abam ensem cam biasa menangis sebelum kena cucuk lagi. Dah paham bila kena baring depan misi baju putih sohih la nak kena cucuk. Yang best kali ni dua kali dia nangis. Memula lagi masa kena baring nak ukur tinggi pun dah meleleh. Pasal misi datang. Dia dah ingat nak kena cucuk, terus melalak. Orang macam tak ramai. Tapi... quite slow on the queue lah. Apapun... Semua dah setel. Now. Off I go to Benut...

SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SEPARUH MASA/SAMBILAN (HLPS) TAHUN 2015

Imej
SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SEPARUH MASA/SAMBILAN (HLPS) TAHUN 2015 Adalah dimaklumkan bahawa semakan keputusan permohonan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/ Sambilan  (HLPS) Tahun 2015, Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Sarjana dan Kedoktoran boleh dibuat mulai 24 Jun 2015 hingga 07 Ogos 2015. Sila klik di url berikut :  https://ehlps.moe.gov.my/temuduga/ Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Perhimpunan Bulanan Bil.6/2015 dan Majlis Persaraan Tn.Hj.Md. Amin bin Anis, Ketua Sektor Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas, JPN Johor

Imej
Perhimpunan Bulanan Bil.6/2015 dan Majlis Persaraan Tn.Hj.Md. Amin bin Anis, Ketua Sektor Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas, JPN Johor. Majlis berlangsung pada jam 3.00 petang bertempat di Dewan Seminar, JPN Johor. Turut sama disampaikan Sijil Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta (SKIPS) bagi Pusat Bahasa negeri Johor yang terpilih.

Perbincangan JK Majlis Iftar bersama TKPPM

Imej
Perbincangan JK Majlis Iftar bersama TKPPM. Sedikit perbincangan pagi tadi. Berkenaan majlis yang akan berlangsung pada esok harinya. Tahniah pada PPD Pontian yang terpilih. Semoga semuanya berjalan lancar hendaknya.

Sesi menapau di Pasar Ramadan Gelang Patah

Imej
Sesi menapau di Pasar Ramadan Gelang Patah. Just berbelanja beberapa perkara. Kos ... RM20.

Iftar with Birthday Celebration for Syafinaz, Mak Ucu and me

Imej
Iftar with Birthday Celebration for Syafinaz, Mak Ucu and me. Kalau ikutkan dah buat dah untuk syafinaz. Yang order pizza tu. Tapi mama siankan inaz. Takde kek. So. Petang tu, orderkan kek untuk dia dan lagi dua orang yang juga besday jun nih. Petang tu jugak bawak dia ke KFC untuk beli apa yang dia nak. Tapau 9 ketul. Masa nak balik sempat beli anna dan elsa kat bazar karat nusa perintis sebagai hadiah besday. Ucu sampai dengan 15 ketul lagi ayam kfc. Kicap letup gitu. Pergghhh... Kembung perut masa berbuka. Ngan sotonya, ngan kfcnya, ngan keknya. Tapi... ayam kicap sooo tak best bagi aku. Sib baik aku beli hot and spicy gitu.

Pertandingan Educational Blogging Peringkat Kebangsaan 2015

Imej
Pertandingan Educational Blogging Peringkat Kebangsaan 2015 Sekali lagi penyertaan dibuka pada semua blogger pendidikan khususnya. Jom sertai!! Pertandingan Educational Blogging 2015. Anda yang berminat boleh daftarkan blog anda di sini : Borang pendaftaran . Layari laman blog rasmi untuk keterangan lanjut di url :  http://edublogpict.blogspot.com/ SKOP PERTANDINGAN : Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berdasarkan kategori pertandingan Blog yang dipertandingkan perlu mempunyai kandungan berbentuk ilmiah dan berasaskan pendidikan KATEGORI PERTANDINGAN : Terbuka Sekolah TARIKH PERTANDINGAN :  Pendaftaran penyertaan boleh dibuat secara online di sini  mulai 19 Mei 2015 TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 30 Sept 2015 jam 11:59pm HADIAH PERTANDINGAN :  Setiap Kategori : Tempat Pertama hingga ke-3 : sebuah Gajet Elektronik* + sijil penyertaan * Hadiah adalah tertakluk kepada perubahan KRITERIA PENILAIAN Kandungan Perkongsian ilmu/maklu

Gotong royong perdana EKSA SPMICT

Imej
Gotong royong perdana EKSA SPMICT. Layan aje hari khamis lepas. Clear tempat memasing. Kipidap.

Mesyuarat Penutupan Audit Dalaman MS ISO 9001:2008 JPN Johor 2015

Imej
Mesyuarat Penutupan Audit Dalaman MS ISO 9001:2008 JPN Johor 2015. Foto sekitar majlis.

Ceramah Ihya Ramadan JPN Johor 2015

Imej
Ceramah Ihya Ramadan JPN Johor 2015. Foto sekitar majlis.

eRezeki - Meningkatkan pendapatan untuk masa depan

Imej
eRezeki - Meningkatkan pendapatan untuk masa depan Teknologi digital hari ini telah mengubah cara hidup dan kerja kita. Walau bagaimanapun, bukan semua berpeluang atau tahu bagaimana untuk mendapat manfaat daripadanya, terutama golongan yang kurang mendapat pendedahan. Oleh itu, menjadi sasaran kami di MDeC untuk memperkasakan rakyat Malaysia dengan teknologi digital. Jadilah sebagai sebahagian daripada tenaga kerja diatas talian dengan menyertai inisiatif eRezeki. Sebagai seorang pekerja digital, anda boleh melakukan pelbagai tugasan dan mendapat bayaran untuk kerja yang dilaksanakan dengan jayanya. Tugasan tersebut terdiri dari kerja-kerja kecil, pantas, berjumlah tinggi sehingga kepada kerja-kerja yang memerlukan lebih banyak masa dan pengalaman. Tiada temuduga, tiada borang permohonan, tiada bayaran dikenakan! Cuma daftar, latih serta layakkan diri anda untuk melakukan kerja pilihan anda dan mula meraih pendapatan tambahan! Apa itu eRezeki eRezeki adalah inisiatif D

Nasi Kerabu @Bazar Ramadan Gelang Patah

Imej
Nasi Kerabu @Bazar Ramadan Gelang Patah. Singgah jap tadi. Ada sepesel order dari kebudaks dan mak kebudaks. Nak nasi kerabu ngan chicken chop katanya. Langsung beli nasi beriani tindih alang alang lalu. Buka nanti baru tau camno rasa dia.

Audit Dalaman MS ISO 9001:2008 SPM ICT JPN JOHOR 2015

Imej
Audit Dalaman MS ISO 9001:2008 SPM ICT JPN JOHOR 2015. Dijalankan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, JPN Johor dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. PK yang diaudit adalah PK03, PK08, PK15, PK16 dan PK18. Alhamdulillah dan terima kasih pada auditor kami.

Pizza for Bithday Girl Syafinaz

Imej
Pizza for Bithday Girl Syafinaz. Semalam adik inaz kata nak makan pizza untuk hari jadinya. So. Terus bukak PHD. Online. Setel. Suka la dia. Cuma tak puas hati. Sebab tak sama ngan promotion. Kurang ayam. Inaz nak ayam dan ginger bread.

Mesyuarat Pembukaan Audit Dalaman MS ISO 9001:2008 JPN Johor 2015

Imej
Mesyuarat Pembukaan Audit Dalaman MS ISO 9001:2008 JPN Johor 2015. Jam 9 pagi tadi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, JPN Johor. Tahniah dan terima kasih pada semua auditor yang berkunjung ke mari. Jalankan tanggungjawab anda dalam membantu kami.

Sesi mengurut @Saujana Herbs, Danga City Mall, Johor Bahru

Imej
Sesi mengurut @Saujana Herbs, Danga City Mall, Johor Bahru. Sebenarnya dah lama aku nak gi sini. Dah banyak kali dah. Sekali tadi masa lunch. Alang alang aku dah sampai Danga City Mall. Dah setel apa yang nak dicari, dalam lif masa nak keluar sempat tukar fikiran. Masuk aje lah. Kalau tak jalan, baru kita fikir pasal MRI. So, masuklah aku ke Saujana Herbs ni. Tanya pasal urut dia kasi RM45 for 30 minit. OK lah kot kan. Kira lebih kurang jam 1.50pm setel la. Tu fikiran awal aku ler. Sekali masa nak urut, pasal aku kata aku tak pernah urut selama ni; dia kasi bukak darah dulu katanya. 3 point, buku lali, lutut dan paha. Baru sampai kat lutut aku dah mula rasa kenoning cam nak pitam. Tak tau la pasal puasa ke, pasal apa. But memang real punya. Dia terus tumpu pada bahagian kepala aku. Kasi lancar balik, recover and what so ever. Last last tertarik sampai jam 2.30pm. Adoi laa.. Memang pasni tak berani aku nak pergi waktu lunch cenggini. Mana la aku nak target benda benda lain yang mayb

Hari Terbuka Tadika Nadi Permata Taman Nusa Perintis, Gelang Patah

Imej
Hari Terbuka Tadika Nadi Permata Taman Nusa Perintis, Gelang Patah. Pagi tadi gi tadika jap. Ada hari terbuka. Bincang pasal Haziq. A bit tak puas hati pasal result dia. Cam tertukar ja dengan budak baru yang nama hampir sama dengannya.

BENGKEL KERJA PENGURUSAN DISIPLIN GURU MUDA 1 MALAYSIA : DAY 3

Imej
BENGKEL KERJA PENGURUSAN DISIPLIN GURU MUDA 1 MALAYSIA : DAY 3. Foto-foto sekitar hari ketiga sesi perbengkelan.

Pelaporan Program Guru Muda 1Malaysia dalam Virtual Learning Environment (VLE) FROG sebagai Platform Pengajaran dan Pembelajaran

Imej
Pelaporan Program Guru Muda 1Malaysia dalam Virtual Learning Environment (VLE) FROG sebagai Platform Pengajaran dan Pembelajaran PERINGATAN MESRA GM1M : Semua guru muda yang terpilih untuk program GM1M-VLE diingatkan agar melengkapkan BPK-Borang Penilaian Kendiri setiap kali selepas sesi PdP menggunakan Frog VLE @ memberi kerja rumah di Frog VLE kepada para pelajar. Sila buat pengisian mengikut negeri masing-masing seperti berikut : http://bit.ly/BPKSELANGOR http://bit.ly/BPKPERLIS http://bit.ly/BPKKEDAH http://bit.ly/BPKPERAK http://bit.ly/BPKPPINANG http://bit.ly/BPKN9 http://bit.ly/BPKMELAKA http://bit.ly/BPKJOHOR http://bit.ly/BPKPAHANG http://bit.ly/BPKKELANTAN http://bit.ly/BPKTERENGGANU http://bit.ly/BPKSABAH http://bit.ly/BPKSARAWAK http://bit.ly/BPKWPPUTRAJAYA http://bit.ly/BPKWPKL http://bit.ly/BPKWPLABUAN Terima kasih. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

BENGKEL KERJA PENGURUSAN DISIPLIN GURU MUDA 1 MALAYSIA : DAY 2

Imej
BENGKEL KERJA PENGURUSAN DISIPLIN GURU MUDA 1 MALAYSIA : DAY 2. Foto-foto sekitar hari kedua sesi perbengkelan.

BENGKEL KERJA PENGURUSAN DISIPLIN GURU MUDA 1 MALAYSIA : DAY 1

Imej
BENGKEL KERJA PENGURUSAN DISIPLIN GURU MUDA 1 MALAYSIA : DAY 1. Foto-foto sekitar hari pertama sesi perbengkelan.

Teruskan kecemerlanganmu

Imej
Teruskan kecemerlanganmu. Hari Ahad lepas, Mesyuarat Agung Badan Kebajikan dan Hari Anugerah Kecemerlangan SA Taman Nusa Perintis dijalankan. Mama yang pergi sebab aku dah ke KL. Iqa dapat dua hadiah. Satunya tempat ketiga untuk dalam kelas dan satu lagi 8A UPKK. Hadiah diberi untuk tempat pertama sampai ketiga aje. Adik Inaz dapat tempat keempat dalam kelas dia. Takpe. Pasni kena usaha lebih lagi.

KL's life : Weekend edition

Imej
KL's life : Weekend edition. Ahad lepas dah kena bertolak ke Kuala Lumpur. Hotel Grand Continental to be exact. Ada bengkel. So. Memang kami kerja, dan KL cuti. Terlupa bab tu. Sampai aje jalan depan Dataran Merdeka tutup. Dah kena pusing satu pusingan. Dapat la cuci mata nengok kehidupan di KL terutama kawasan yang jadi tumpuan ni. Hmmm... Sukar la pulak nak nampak orang kita. Pastu. Sempat gi makan tengahari jap di Kampung Baru bersama Nasran. Alhamdulillah.

Get ready to go back to school

Imej
Get ready to go back to school. Selesai semuanya. Cuti pun dah sudah. So, kenalah bersiap untuk ke sekolah semula kan. Hari pun dah mula cam hari hari yang biasa dilalui. Sempat membelasah derian yang atuk beli. Apa pun... gunting rambut ler dulu.

Solat Jumaat pertama Masjid Kota Iskandar, Nusajaya on 19 Jun 2015

Imej
Solat Jumaat pertama Masjid Kota Iskandar, Nusajaya on 19 Jun 2015. Jumaat tadi kami ke Masjid Kota Iskandar. Eager jugak kan. Sekali on the way. Banyak kereta yang juga menuju ke destinasi yang sama. Kota Iskandar. Sampai aje terus cari parking. Habis. Dengan deretan kereta exco, polis, jmf. Kedepan sikit nampak plat merah, TMJ. Perghhh.. Melimpah jemaah sampai ke luar. Ni kalau Johor tak cuti Jumaat, rasanya sampai ke jalan tar kot. Selesai solat. Para jemaah semua meluru ke depan untuk bersalaman dengan TMJ. Lepas ni solat Jumaat akan mula dilaksanakan di sini, manakala solat terawih bermula malam ini.

Eating out @Asam Pedas Kak Su, Kampung Duyong, Melaka

Imej
Eating out @Asam Pedas Kak Su, Kampung Duyong, Melaka. Memang dah lama nak singgah sini, cuma tak berkesempatan. Kali ni. Memang dah aim. Kedainya sebelah tepi jalan aje. Dari bandar hilir/muar ke bukit katil. Orang sentiasa ramai. Masuk. Order. Banyak yang dah abis. Maklumlah. Dah jam 3 petang. Dia punya Asam Pedas boleh tahan. Ada bakar bakar lagi. Ada ayam, ikan, kerang yang dibakar fresh. Nak cuba coconut shake pun dah abis. Takde rezeki. Kena RM28 untuk semua yang kami makan. Quite cheap. Keliling, termasuk dia sendiri, ada bertabur homestay. Plan untuk next getaway lah gini.

SEMAKAN PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG41 SEKOLAH RENDAH SESI JUN 2015 NEGERI JOHOR

Imej
SEMAKAN PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG41 SEKOLAH RENDAH SESI JUN 2015 NEGERI JOHOR Sukacita dimaklumkan penempatan PPP yang diperaku oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi negeri Johor boleh dibuat semakan penempatan melalui Modul di url berikut : http://jpnjohor.moe.gov.my/rendah.php Sila lapor diri di Pejabat Pendidikan Daerah yang telah ditetapkan pada jam 8.30 pagi pada 22 JUN 2015. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2015

Imej
BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2015 Alhamdulillah. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 tahun 2015 pun dah release semalam. Ada la sikit rezeki yang kita dapat. Yok kita nengok. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan untuk memberi Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan bagi tahun 2015. Kerajaan telah memutuskan supaya BKK sebanyak RM500.00 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 54 dan ke bawah di atas keprihatinan Kerajaan serta menghargai khidmat bakti penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memanjangkan pemberian BKK sebanyak RM250.00 kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen. Lihat pekeliling penuh di url http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2015/pp032015.pdf Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Jalan jalan melaka @Perigi Hang Tuah

Imej
Jalan jalan melaka @Perigi Hang Tuah. Sebelum balik sempat singgah Perigi Hang Tuah kat Kampung Duyong. Best kat sini. Kebudaks suka dok menimba air perigi. Layankan aje ler. Masih free dan tak berbayar. Kecuali. Kalau nak masuk rumah tradisi yang ada kat situ. Gerai jualan jugak banyak kat sini.

Jalan jalan melaka on Melaka Rivercruise boat ride

Imej
Jalan jalan melaka on Melaka Rivercruise boat ride. Sempat gi naik bot kat sini. Parking kat taman rempah. Terus beli tiket. Harga tiket RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kebudaks. Siap dapat doorgift. Air kotak dan jajan la. Orang tak ramai masa kami naik. Enjoy la kan. Cuma... lagi best naik malam kot. Sebab siang tak nampak limpahan lampu di sepanjang sungai.

Pelaksanaan Solat Jumaat pertama Masjid Kota Iskandar, Nusajaya

Imej
Pelaksanaan Solat Jumaat pertama Masjid Kota Iskandar, Nusajaya Masjid Kota Iskandar, Nusajaya akan mengadakan solat jumaat pertama pada 19 Jun 2015 dan seterusnya solat terawikh sepanjang Ramadan, semua dijemput hadir. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Kadar Zakat Fitrah 2015M 1436H seluruh negara

Imej
Kadar Zakat Fitrah 2015M 1436H seluruh negara Berikut adalah kadar zakat fitrah untuk setiap individu seluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2015 bersamaan 1436 Hijrah seperti mana yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri. Umat Islam dinasihatkan supaya memastikan mereka membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri. Sebaik-baiknya adalah menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri. Lampiran kadar bayaran zakat fitrah yang disertakan ini adalah berdasarkan sumber rasmi dari Majlis Agama Islam di setiap negeri. Negeri Kadar Zakat (RM)  Perlis 6.50  Kedah 7.00  Pulau Pinang 7.00  Perak 7.00  Selangor 7.00  Negeri Sembilan 6.50  Melaka 6.70  Johor * 5.00 /