Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 15 Mei 2018 tarikh lihat anak bulan Ramadan

15 Mei 2018 tarikh lihat anak bulan Ramadan

Imej
15 Mei 2018 tarikh lihat anak bulan Ramadan. Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah Selasa ini, 15 Mei 2018 bersamaan 29 Syaaban 1439 Hijrah. Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab. “Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa melalui radio dan televisyen,” kata kenyataan itu. Jawatankuasa berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan di 29 lokasi merangkumi: Pontian Kecil, Johor  Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka  Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan  Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor  Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor  Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor  Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak  Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai