Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2018

Home sweet Home Renovation Phase 3 : 20181028 Progress

Imej
Home sweet Home Renovation Phase 3 : 20181028 Progress. Laluan kereta dah mula kelihatan.

Sekolah Tun Fatimah : 20181027 Questa : Program Keusahawanan Tingkatan 3 2018

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20181027 Questa : Program Keusahawanan Tingkatan 3 2018. Hari ni seharian kami di sini. Questa. Hari ni ada Majlis Anugerah Kokurikulum dan semua murid Tingkatan 3 diberi kepercayaan untuk mengendalikan program keusahawanan kali ni. Aku dan mama bersama dengan murid 3 Setia. Boleh tahan penatnya. Alhamdulillah. Dapat la RM2500++. Tahniah pada semua yang terlibat. Seronok kebudaks ni hari ni.

Meronda Johor : 20181026 Persiapan Kelengkapan Gerai

Imej
Meronda Johor : 20181026 Persiapan Kelengkapan Gerai. Larkin, Uda, Nusajaya. Merata meronda beli barang. Singgah Larkin dulu jemaat. Ici nak ikut sama. Sempat meronda snap snap. Singgah Uda cari coklat kat kedai kek. Dulunya kat Tampoi. Jenuh tanya orang mana kedai baru dia. Rupanya kat Uda. Singgah Mydin. Banyak dipenuhi kat sini. Setel. Singgah GP lama beli barang sikit untuk rumah.

Sekolah Tun Fatimah : 20181026 Persediaan AJK Kerja 3 Setia Program Keusahawanan Tingkatan 3 2018

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20181026 Persediaan AJK Kerja 3 Setia Program Keusahawanan Tingkatan 3 2018. Rupanya ada Majlis Anugerah Kokurikulum. VVIP MB Johor tu. Persiapan akhir. Tengok apa lagi yang kurang untuk disediakan. Ada la beberapa perkara lagi. All the best esok ya.

Home Sweet Home Renovation Phase 3 : 20181026 The starting point

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 3 : 20181026 The starting point.

Ici dan bilik baharu

Imej
Ici dan bilik baharu. Tak sabar-sabar. Siap mogok tido kat meja ruang tamu. Tarik tilam dulu dan letak cadar LV beli kat Nilai 3 dulu. Tu pun dah suka abis dah. pagi ni dengar bunyi kaki dia aje lari sana sini ulang alik.

SMK Taman Nusajaya : Teknik Menjawab Matematik SPM 2018

Imej
SMK Taman Nusajaya : Teknik Menjawab Matematik SPM 2018. 21 Oktober. Just sharing program dari dropbox mama. Layan. All the to the SPM candidate. Do your best!

Home Sweet Home Renovation Phase 2 : Officially Done!

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 2 : Officially Done! K. Dah masuk. Tinggal nak ngemas. Ici paling suka dengan bilik dia. Next... Fasa 3. Luar rumah.

Penyeragaman Baju Korporat Warga Pendidikan Johor : Testing & Tempah

Imej
Penyeragaman Baju Korporat Warga Pendidikan Johor : Testing & Tempah. Hari ni full day en zainal ni open booth under KSK JPN Johor. Maka. Bertumpu la kami ke situ. Test dan tempah. Dia beri harga RM63 untuk lelaki, RM67 untuk wanita dan RM82 untuk muslimah. Beza kat sini, Muslimah ni dia bagi penambahan 8 inci lagi ke bawah. Better test ready made dia supaya lebih kena dengan badan korang. Browse thru gambar aku kalau berminat untuk hubungi dia. Tempah sekali untuk mama. Katanya bulan Disember ni baru siap. Layannn...

Majlis Anugerah Inovasi JPN Johor Tahun 2018

Imej
Majlis Anugerah Inovasi JPN Johor Tahun 2018. Selesai aje budaya quran, majlis diteruskan lagi dengan anugerah inovasi. Tahniah pada semua pemenang. Anda memang terbaeekkk!!!!

Program Membudayakan Al-Quran JPN Johor Oktober 2018 - Amalan Sedikit Pahala Berganda

Imej
Program Membudayakan Al-Quran JPN Johor Oktober 2018 - Amalan Sedikit Pahala Berganda. Pagi ni bersama Ustaz Muhadir Haji Joll. Memang menarik, ringkas dan padat pengisiannya. Alhamdulillah. Terima kasih atas perkongsian ilmu ini.

My first Teluk Belanga Session

Imej
My first Teluk Belanga Session. Hari ni buat pertama kalinya aku memakai Teluk Belanga ni. lain sikit rasanya bila duduk dan bangun. Terasa lain aje kat tengkok ni. Hehehe. Lelama biasa la tu kan. Posing bukan main dari rumah sampai ke opis. Hehehe.

Baby Cinet : 20181025 Pergi tak kembali

Imej
Baby Cinet : 20181025 Pergi tak kembali. Pagi tadi tengok dia terbaring kaku di sebelah kereta. Eh. Pelik pulak. Nape leh jadi gini. Zura dah hilang. Lopaq terus sugul tak ceria, taknak makan, taknak main. Sekali. Cinet pulak yang ninggal. Huhuhu.

The prep

Imej
The prep. Hari ni periksa lukisan untuk kebudaks. Semalam diaorang pakat sediakan bahan. Pakai hotglue pada kadbod. Kreatif. Aku selongkar cari warna air. Sekali dah uzur sangat dah. Beli dua kotak baharu untuk kebudaks. Yang lama boleh buat praktis.

Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20181024 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20181024 Progress. Layan.

Bengkel Kerja Semakan Program JPN Johor Tahun 2018 dan Perancangan Program JPN Tahun 2019 : Day 3

Imej
Bengkel Kerja Semakan Program JPN Johor Tahun 2018 dan Perancangan Program JPN Tahun 2019 : Day 3. Program diteruskan ke hari ketiga dan terakhir. Penyediaan korelasi sebelum penyediaan SKT dapat dirancang. Tuan Pengarah turut hadir sama untuk mendengar pembentangan dan menyampaikan amanat pada semua sektor yang hadir.

Petrol Routine for Almera

Imej
Petrol Routine for Almera. Last isi 12 Oktober. Isi semula on 23 Oktober. Hasil RM68.63 for 305.0 km melibatkan 31.195l minyak. 12 hari. Lebih kurang 9.7km per liter.

Bengkel Kerja Semakan Program JPN Johor Tahun 2018 dan Perancangan Program JPN Tahun 2019 : Day 2

Imej
Bengkel Kerja Semakan Program JPN Johor Tahun 2018 dan Perancangan Program JPN Tahun 2019 : Day 2. Makin rancak kerja berfokus. Semalam dah selesai sesi pemilihan data berkaitan fungsi. Hari ni mula analisis data dan create bahan pembentangan. Petang dah mula sesi pembentangan. Layan.

Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20181022 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20181022 Progress.

Bengkel Kerja Semakan Program JPN Johor Tahun 2018 dan Perancangan Program JPN Tahun 2019

Imej
Bengkel Kerja Semakan Program JPN Johor Tahun 2018 dan Perancangan Program JPN Tahun 2019. Hari ni hari pertama kami berada di BTPN Johor untuk bengkel ni. Perghhh. Berasap beb. Task utama. Sediakan profil sektor dan data analitik berkaitan fungsi sektor untuk program 2018. Ni baru namanya data driven ni beb. Esok pepagi dah kena bentang dah ni.

Garis Panduan Penyeragaman Baju Korporat Warga Pendidikan Johor

Imej
Garis Panduan Penyeragaman Baju Korporat Warga Pendidikan Johor. Sukacita pekeliling berkenaan pakaian dan tatacara pemakaian telah dikeluarkan pada 27 September 2018. Antara lain, perubahan pemakaian batik kepada baju korporat pada hari Ahad dan Baju Melayu Teluk Belanga pada hari Khamis. JPN Johor khususnya telah mengeluarkan garis panduan khusus berkenaan penyeragaman baju korporat bagi pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya di JPN, PPD dan sekolah seluruh negeri Johor. Penyeragaman ini merupakan pemurnian daripada Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat KPM 2017 diselarikan dengan pekeliling am kerajaan negeri. Muat turun pekeliling melalui pautan di sini .

Meronda Ahad

Imej
Meronda Ahad. Hari ni banyak persoalan timbul. Bab baju korporat la, bab bil elektrik la, bab ralat la. Hehehe. Apapun. Ikut pekeliling batik memang dah tak dipakai. Perempuan ada kelebihan dimana kalau tak nak pakai baju korporat, dia boleh pakai baju kurung. On the way ke tempat kerja leh pulak mengikut dua kereta VW merah. Sib baik plat lelain. Arah tuju pun berbeza. Pagi ni memang kita menumpu bab kesahan data aje. Dari bil elektrik, jarak sekolah terdekat dan lain-lain. Aku memang target nak ke sekolah dan TNB pagi ni. Nak cari kepastian. Alhamdulillah. Terlerai satu persatu kemushkilan. La ni dok mikir kenapa isu ni leh jadi je. Kita sambung tengok esok pulak.

Sekolah Tun Fatimah : 20181020 Mesyuarat AJK Kerja Program Keusahawanan Tingkatan 3 2018

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20181020 Mesyuarat AJK Kerja Program Keusahawanan Tingkatan 3 2018. Sambung lagi. Cuma kali ni dengan team 3 Setia aje. Meeting kat kafeteria. Alhamdulillah. Nampak progress positif. Aku selaku drebar lepak belakang aje layan Boboiboy dengan Ici. Sampai ke jam 6 jugak tu. Balik terus flat. Hehehe.

Dari Mydin ke Bandar Baru Uda

Imej
Dari Mydin ke Bandar Baru Uda. Sakan hari ni merayap. Kengkonon nak beli peralatan menjahit kat sini. Sekali kosong daa kata mama. Aku ngan Ici macam biasa la kat playground. Terus gerak ke Uda. Dok kat lokching ja berejam. Layan aje ler.

KLEAPS Johor 2018

Imej
KLEAPS Johor 2018. Esok, 21 Oktober 2018; bertempat di Perpustakaan Zarith Sofea, UTM Skudai sekolah-sekolah dijemput hadir ke Pameran Kleaps 2018 bermula pada jam 9.30 pagi hingga 3.30 petang. Ada pelbagai aktiviti pembelajaran berunsurkan "gamification" melalui platform Frog VLE disediakan. Pengunjung juga boleh melawat tapak-tapak pameran yang mempamerkan amalan terbaik pembudayaan Frog VLE di sekolah-sekolah negeri Johor. Pameran ini sesuai untuk murid-murid, guru dan ibu bapa. Jangan lepaskan peluang ini. #kleaps #kleaps2018 #frogvle

Istiadat Pertabalan Sultan Kedah yang ke-29

Imej
Istiadat Pertabalan Sultan Kedah yang ke-29. Selepas hampir enam dekad, rakyat Kedah berpeluang menyaksikan detik yang mencatat sejarah apabila Istiadat Pertabalan Sultan Kedah Ke-29 bakal dilangsungkan di Istana Anak Bukit. Istiadat pertabalan Sultan Kedah yang ke-29, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang bakal diadakan pada 22 Oktober depan bakal mencatatkan sejarah bagi rakyat negeri ini kerana ia diadakan selepas 59 tahun. Lima acara utama disusun sempena pertabalan Sultan Kedah itu bermula 20 September. Acara bermula dengan Istiadat Meletak Kerja di Balai Besar pada 20 September, Istiadat Ziarah Makam di Makam Diraja Langgar (5 Oktober), Istiadat Siram Tabal di Istana Anak Bukit (14 Oktober), Istiadat Perbarisan dan Perarakan di Dataran Balai Besar (20 Oktober) dan disusuli Istiadat Pertabalan di Istana Anak Bukit pada 22 Oktober. Pelbagai acara sempena pertabalan Sultan Kedah diadakan termasuk istiadat perarakan dan perbarisan yang bermula di hadapan Dataran Wisma Darul A

My first Teluk Belanga

Imej
My first Teluk Belanga. At last. Ada juga baju Teluk Belanga untuk aku pakai setiap hari Khamis mengikut pekeliling baharu pakaian seragam dan cara berpakaian penjawat awam negeri Johor. Beli kat jakel semalam. Buat masa ni cukup la sepasang lengkap dulu kan. Tinggal baju korporat je lagi. Tunggu...

Top Eleven 2018 : New Updates

Imej
Top Eleven 2018 : New Updates. National Team is back. Sebelum ni dia buang jap. Katanya hari Rabu aje full day. Aku tunggu takde jugak. Lepas update terus ada. Dan team Malaysia aku masih kekal dia punya status. Kebanyakan dah 4 star. Tinggal sorang je yang masih 3 star. Ada 5 hari lagi boleh gilap beb. Alhamdulillah. Cup aku masih boleh mara ke round of 16. Memang misi kali ni susah sebab aku dah kalah 1-0 first leg ituhari, kali kedua ni semua player aku dah pancit actually. Rapat giler game. Memang nak tak nak kena perabis point stamina la kan. Dan aku main hard attacking untuk ni. Ada dua challenge yang best untuk disahut dan... Untuk Assoc, aku kena hadap team lejen. Masak!

Jigsaw Pak Atan Ici

Imej
Jigsaw Pak Atan Ici. Lepak nunggu Iqa ngan kawan dia sambil main jigsaw kat City Square. Boleh tahan jugak suka si ici bila siap. Yang penting. Sampai la ni aku tak paham macam mana bulldozer tu ici panggil Pak Atan. Singgah Selera Pindang kat JBCC. Half kawasan takde apa-apa. Tukar lokasi lunch la gini. Yok kita!

Sekolah Tun Fatimah : 20181019 Outing

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20181019 Outing. Hari ni iqa ajak outing. Keluar bersama dengan Iffa dan Asyi nak cari barang untuk preparation beberapa function. First gi Jakel. Kebetulan la jugak kan aku pun nak cari baju teluk belanga. Ici sembunyi je sepanjang bersama dengan aweks ni. Next pergi ke Adidas Store. Sempat aku gugel dan finally gi Komtar JBCC. Senang. Sementara diaorang searching barang aku gi solat kat Kotaraya. Selesai. Nak makan tengah hari. Late lunch la jugak ni kan. Dari medan selera kat JBCC terus kami ubah ke Selera Johor. Jangan tanya kenapa. Hehehe. Setel. Hantar semula dan esok kena datang lagi untuk meetims bersama parent dan AJK 3S.

Lopaq Chempel, Phatah Gebooz & Baby Cinet : Lepak santai

Imej
Lopaq Chempel, Phatah Gebooz & Baby Cinet : Lepak santai. Sakan. Dah hidup bebas kat luar malas pulak memasing nak masuk rumah. Cuma si Lopaq je yang masuk semalam. Tu pun sebab dia sedih Snowzura hilang tak balik-balik.Sampai nak makan pun tak lalu. Sian Lopaq. Rindu tul ngan adik angkat kesayangan dia tu.

Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20181019 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20181019 Progress. Dah makin nampak. Alhamdulillah.

Top Eleven 2018 : Negotiations Mode

Imej
Top Eleven 2018 : Negotiations Mode. Bila ko dah masuk level 4, ko dah up satu level dalam pemilihan pemain. Macam biasa. cari yang biasa-biasa. Tu pun agak susah jugak nak dapat. Token akan disimpan terus ke game dan ko kena tunggu 24 jam untuk tau ko dapat ke idak player tu. Slow slow la. Nanti bila aku dapat player thru nego aku share semula. Setakat ni, aku lagi suka dok kat auctions kot setakat ni. Terus tau dapat ke idak dalam masa 3 minit. Paling best bila pakat rebut reramai.

Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20181018 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20181018 Progress. Alhamdulillah.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 16 Oktober. Isi semula on 18 Oktober. BHP R&R Pagoh Arah Selatan. Hasil RM87.96 for 594.1 km melibatkan 39.98l minyak. 3 hari. Memang gamble giler kot. Dari Gelang Patah. Meronda JB gi STF. Shoot terus ke Putrajaya. Meronda Putrajaya dan balik ke Johor. 1 liter lebih kurang 14++ km. Layan.

SK Taman Nusa Perintis : Majlis Sanjung Budi Lestari Ilmu 2018

Imej
SK Taman Nusa Perintis : Majlis Sanjung Budi Lestari Ilmu 2018. Semalam. Majlis untuk murid Tahun 6 ni dibuat di Hotel Holmes, Gelang Patah. Aku masih on the way dari Putrajaya, jadi; Mama gi temankan Inaz. Jap ja kan masa berlalu. Tahun depan semuanya dah masuk ke sekolah menengah. All the best to all!

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.2 Tahun 2018 : Day 3

Imej
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.2 Tahun 2018 : Day 3. Last day di Putrajaya. Singgah sarap di Kafe @ E2 lagi. Lebih ramai member pagi ni. Alhamdulillah. Terus gerak ke Bilik Mesyuarat selepas tu. Hari ni disambung dengan isu berbangkit sebelum penerangan dan perbincangan lanjut berkenaan Inisiatif PPPM - Repositori Data. Yang pastinya pengurusan data kenalah diurus mengikut SOP yang telah ditetapkan. Juga dibincangkan berkenaan dengan Data Perbandaran Baharu - Kajian 2017 bagi Dasar Perbandaran Negara Kedua. Nampaknya status bandar luar bandar akan ada perubahan lagi ni. Apa pun, tunggu surat punca kuasa untuk status baharu. Seterusnya perbincangan lanjut berkenaan Semak Ralat dan Isu Data Pendidikan. Yang penting. Kita kena bersedia bagi memastikan data kita sentiasa berintegriti bagi memastikan keputusan dan intervensi yang dibuat adalah lebih tepat dan berkesan. Data Kita, Wajah Kita, Maruah Kita!

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.2 Tahun 2018 : Day 2

Imej
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.2 Tahun 2018 : Day 2. Pepagi kami sarap kat Kafe di E2. Boleh tahan jugak harga dia. Esok nak cari port lain pulak la. Terus ke Bilik Mesyuarat Kemuning di E8. Selepas pengesahan minit, perbincangan difokuskan pada perkara berbangkit. Selepas tu pembentangan Post Mortem Konvensyen Pengurusan Maklumat yang lepas di PJ. Masuk pulak modul baharu berkaitan data untuk STEM. Nampak lebih sistematik. Sebelum rehat sekali lagi dibincangkan berkaitan ralat pengisian data utiliti yang masih belum selesai. Banyak nak kena tengok balik ni. Selepas makan tengah hari ada sedikit taklimat dari Dr. Yunus dan pegawai dari BPSM berkaitan pengurusan data dalam cadangan penstrukturan baharu. 5 lebih jugak baru kami selesai agenda hari kedua ni. Boleh tahan.

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.2 Tahun 2018 : Day 1 - The Road To Putrajaya

Imej
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.2 Tahun 2018 : Day 1 - The Road To Putrajaya. Hari ni memang nak tak nak terpaksa aku minta izin dari urusetia untuk sampai lewat. Dari Johor jam 1.30 petang jugak. Singgah jap di Pagoh untuk makan tengah hari. Tu pun dah jam 3.30 petang. Lapo. Dari pagi tak makan. Kaki? Kalau ikut hati macam tak larat nak teruskan. Masuk je Negeri Sembilan hujan selebat alam. Perghhh. Larong je. Sampai Nilai baru on Map. Eh. Dia soh masuk jalan lain ni. Biasanya sampai Kajang baru aku on. Belasah. Memang jalan hutan mana ntah dia bawak. Sampai ke simpang lama Dengkil baru aku perasan jalan mana dia ikut ni. Memang tembus terus ke jalan sebelah Everly. Terbaeekkk!!!! ahh. Tu pun. Dah dekat jam 6 jugak aku sampai. Check in. Baru on laptop, dapat mesej dari Perak. Yok makan. Aku pilih Alamanda aje memandangkan aku rasa nak tekan pedal lagi cam ngilu ngilu gitu. Hehehe. Nyempat lagi meronda Mr. DIY macam kat Johor takde je. K. Rehat

Majlis Penyerahan Surat Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru Tahun 2018

Imej
Majlis Penyerahan Surat Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru Tahun 2018. Tahniah mama dan rakan-rakan guru yang lain khususnya batch yang sama dulu di UTM. Dah jadi majlis reunion gitu. Mama pergi ngan cikgu Rohaizan dari Nusa Perintis petang tadi ke SK Sri Tebrau. Tahniah pada semua!

Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) 2019 : Syafinaz session @ STF

Imej
Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) 2019 : Syafinaz session @ STF. Inaz dapat sesi kedua di STF hari ni. Sesi kedua bermula jam 11.30 pagi dan calon dikehendaki datang sekurang-kurangnya 45 minit lebih awal. So. Pagi ni terus gerak ke STF dengan Inaz. Daftar dan terus masuk dewan untuk kuarantin. Inaz berdua aje dengan Hana dari Nusa Perintis. Memang saja aku pilih STF sebab nak bagi rasa suasana ditempat yang dipilih tu sendiri. Pastu aku terus gerak ke pejabat untuk urusan kerja. Dah dekat nak selesai baru aku pergi semula. Inaz kata OK. Moga dipermudahkan untuknya. Ada rezeki, dapat la tambahan 5 tahun lagi berulang ke STF.

Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20181016 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20181016 Progress. Layan. Setel plaster dalam.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 26 September. Isi semula on 16 Oktober. Port biasa. Hasil RM85.03 for 518.4 km melibatkan 38.651l minyak. 20 hari. Lama. Sebab banyak dok numpang orang je kerjanya nih. 1 liter lebih kurang 13++ km. InsyaAllah akan ada isian semula dalam masa terdekat. Off to Putrajaya hari ni. Layan.

Sluban : More for Iqi & Ici

Imej
Sluban : More for Iqi & Ici. Sluban ni aku nampak yang paling similar dengan lego dengan harga yang lebih rendah. Asalnya iqi nak yang ala-ala ninjago tu, tapi aku lebih suggest untuk firetruck ni sebab bagi aku ianya lebih mencabar minda. Dan betul. Agak terkial jugak si iqi menyiapkannya. Tapi nampak la dia boleh juga ikut arahan tu. Cuma part akhir aku kena setelkan jugak. Memang diakui, sangat mencabar. Ici? Aku la tukang setelnya. Kakaka.

Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20181015 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20181015 Progress. Pintu setel.

Top Eleven 2018 : End of Season 3

Imej
Top Eleven 2018 : End of Season 3. All out untuk game last. Sayang champion league kalah penalti. Takpe lah. Lepas ni nak masuk level 4 pulok. Paling best, akhirnya dapat jugak Malaysia kalahkan Brazil lepas 4 kali repeat. Paling kuat seri dua kali, kalah sekali.

Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat JPN Johor 2018 : Sesi Pembentangan

Imej
Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat JPN Johor 2018 : Sesi Pembentangan. Ni la sebab aku terpaksa tinggalkan sesi perbincangan bersama sektor berkaitan. Kami berlima dilantik sebagai juri untuk menilai 16 pencalonan daripada sekolah seluruh negeri Johor. Puan KS selaku ketua juri, encik Ashaari dari BTPN, puan Marina dari PPD Kota Tinggi, encik Firdaus dan aku sendiri. Menarik. Nampak idea-idea yang berkualiti dan mempunyai nilai yang tinggi yang boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Ada beberapa penambahbaikan perlu dilaksanakan terutama dalam penulisan dan flow pembentangan bagi menampakkan impak yang besar hasil dari inovasi tersebut. Apapun. Tahniah pada semua calon. Anda memang mempunyai ciri innovator. ps : gambo banyak amik dari pn yasmin pasal aku nyer posisi agak jauh dari pembentang. :P

Perbincangan Data Asas Pendidikan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) bagi Sekolah Dual Language Programme negeri Johor 2018

Imej
Perbincangan Data Asas Pendidikan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) bagi Sekolah Dual Language Programme negeri Johor 2018. Dapat bersama dengan 5 sektor berkaitan bagi membincangkan pengurusan data berkaitan dalam sistem terlibat. Cuma tak dapat terlibat sepenuhnya, just satu jam disebabkan perlu ke program seterusnya. Yang penting bagi aku adalah semua akan nampak perkaitan dan proses kerja yang betul dalam memastikan pengurusan data yang berintegriti.

Top Eleven 2018 : My Cup Challenge

Imej
Top Eleven 2018 : My Cup Challenge. Alhamdulillah. Setakat ni dah masuk ke quarter finale. Lawan lepas ni agak kuat. Kebanyakan lebih hebat dari aku. Wish me luck! Apa yang penting, dari semasa ke semasa, sentiasa cari pemain star untuk menguatkan pasukan di bahagian transfer. Actually bila dah tengah season ni; all my malaysian player habis dah terjual dan diganti dengan player luar. Makin naik level, makin turun star bagi player kita. So, tak perlu takut untuk beli player yang dah tua sebab kebarangkalian kena jual tahun depan tu sangat tinggi. Tetiba. Dekat first round semi aku kalah 1-0. Ni semua sebab game yang terlalu padat dan nak tak nak aku terpaksa turunkan hampir keseluruhan second team. Memang dok berdepan la petangnya. Alhamdulillah. Dapat ke finale lepas aku tibai 5-2 team lawan dengan first eleven aku. Harap yang terbaeekkk!!!! untuk final. At last, aku berjaya jadi juara dengan jaringan 1-0. Be the best!

Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20181013 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20181013 Progress. Layan cat dan electrical. Ici dah pilih bilik baq ang.