Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tarikh Lihat Anak Bulan Zulhijah Untuk Tetapkan Hari Raya Qurban Pada 13 Sept

Tarikh Lihat Anak Bulan Zulhijah Untuk Tetapkan Hari Raya Qurban Pada 13 Sept

Imej
Tarikh Lihat Anak Bulan Zulhijah Untuk Tetapkan Hari Raya Qurban Pada 13 Sept Tarikh melihat anak bulan Zulhijah untuk menetapkan Hari Raya Qurban adalah pada petang Ahad, 13 Sept, bersamaan 29 Zulkaedah 1436 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Menurut kenyataan itu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Qurban (10 Zulhijah) melalui radio dan televisyen. Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi). Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan telah diperkenankan untuk melihat anak bulan Zulhijah di tempat-tempat yang ditetapkan. Tempat berkenaan ialah Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kua