PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA INTERNATIONAL BACCALAUREATE (IBDP) DI THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR (MCKK) & KOLEJ TUNKU KURSHIAH (TKC) BAGI SESI PENGAJIAN 2018/2020


PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA INTERNATIONAL BACCALAUREATE (IBDP) DI THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR (MCKK) & KOLEJ TUNKU KURSHIAH (TKC) BAGI SESI PENGAJIAN 2018/2020

Program Diploma International Baccalaureate (IBDP) adalah program pra-universiti yang menerima pengiiktirafan antarabangsa. Program ini dijalankan selama 4 semester (2 tahun). Bagi sesi pengajian 2018/2020, Kementerian Pendidikan Malaysia menawarkan IBDP di The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) dan Kolej Tunku Kurshiah (TKC). Lepasan diploma IBDP boleh meneruskan pengajian ijazah mereka di universiti dalam dan luar negara. IBDP di KPM menerima pelajar-pelajar yang ditaja sepenuhnya oleh organisasi Kerajaan, organisasi bukan kerajaan dan persendirian.

Calon-calon yang berkelayakan dan berminat dijemput untuk memohon dengan melayari
laman web rasmi MCKK di www.ibdpmckk.com dan TKC di www.tkc.edu.my/diplomaprogramme.

Cara untuk memohon

  1. Muat turun borang permohonan ke The Malay College Kuala Kangsar http://ibdpmckk.com/ dan Kolej Tunku Kurshiah http://tkc.edu.my/diplomaprogramme
  2. Mengisi borang permohonan yang telah disediakan
  3. Menghantar borang permohonan dan dokumen sokongan ke e-mel ibc@mckk.edu.my atau ibdp@tkc.edu.my
  4. Mencetak borang permohonan anda dengan salinan dokumen sokongan yang telah diperakui dan poskan ke alamat berikut:
  • Bagi pelajar lelaki;
International Baccalaureate Diploma Programme
The Malay College Kuala Kangsar
Kompleks Sultan Azlan Shah
33000 Kuala Kangsar
Perak, Malaysia
(U/P: Cik Norsafaliza binti Ibrahim)
Tel: +605-7761400
Fax: +605-7764500
Email: ibc@mckk.edu.my
Tarikh tutup permohonan: 15 April 2018 (Ahad)Tarikh kemasukan: 26 Jun 2018 (Selasa)
*** Beberapa biasiswa akan ditawarkan kepada calon yang layak
  • Bagi pelajar perempuan;
International Baccalaureate Diploma Programme
Kolej Tunku Kurshiah
71760 Bandar Enstek,
Negeri Sembilan, Malaysia
(U/P: Pn. Hafitah binti Baharudin)
Tel: +606-7979872
Faks: +606-7979801
Email: ibdp@tkc.edu.my
FB page: ibdptkc
Intagram: ibdp_tkc
Tarikh tutup permohonan: 30 April 2018 (Isnin)
Tarikh kemasukan: 26 Jun 2018 (Selasa)
*** Beberapa biasiswa akan ditawarkan kepada calon yang layak

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam