Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MS ISO 9001:2015

Audit DTP & Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 tahun 2018 JPN Johor

Imej
Audit DTP & Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 tahun 2018 JPN Johor. Memang sengaja aku tulis setelah selesai program 3 hari. Kasi setel semua baru kita ulas kan. Audit bermula 23 hingga 25 April. Mesyuarat Pembukaan mengambil tempat di Bilik Mesyuarat Utama pada 23 April. Ucapan aluan daripada En Kamarudin Abu selaku wakil pengurusan tertinggi diikuti dengan taklimat pembukaan oleh En Basri Hj Sahlan selaku ketua auditor. Sebelah petangnya aku turut dipanggil untuk sesi bersama ketua auditor sendiri. Duduk aje dah ditanya pasal dokumen PK15. Alhamdulillah. Proses kerja biasa yang dah dilaksanakan yang dahulunya diletakkan sebagai PK16. Hari Kedua. 24 April. Pagi pagi dah diminta ke Bilik Mesyuarat untuk submit Fail Meja. Tak lama lepas tu ada sesi bersama ketua auditor berkaitan fail meja. Selesai. Masuk ofis. Ada sedikit perbincangan bersama en firdaus. Lawatan auditor ke lokasi pula ambil tempat. Sempat beramah mesra dengan team auditor yang hadir ke ofis. Hari Ketiga. 25 A

Taklimat Pengurusan Pemantauan Pelaksanaan DTP : Audit Dalam MS ISO 9001:2015 JPN Johor

Imej
Taklimat Pengurusan Pemantauan Pelaksanaan DTP : Audit Dalam MS ISO 9001:2015 JPN Johor. Pagi ni gerak ke PPD Batu Pahat untuk program ni. Sempat selfie kat banner hari eksplorasi JPN Johor sebelum gerak. Singgah sarap di Parit Raja sebelum meneruskan perjalanan. Taklimat berjalan lancar. Kali ni memang nampak penekanan pada proses kerja. All the best pada semua. Gerak ke Katerina untuk hantar beberapa pegawai yang meneruskan program lain dan ada sedikit perbincangan. Aku dan abam driver ke masjid untuk solat jap. Balik. Jem teruk kat lebuhraya. Masuk aje trafik dah perlahan. Nengok kat google map. Dah mula naik merahnya. Sudahnya. Dari Ayer Hitam sampai la ke JPN jem. Huhuhuhu. Nasib nasib. Kepala pun dah mula kenoneng.