Perutusan Aidiladha 1435H Dato' Sri Najib Razak Perdana Menteri Malaysia
Perutusan Aidiladha 1435H Dato' Sri Najib Razak Perdana Menteri Malaysia Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahil hamd 1. Alhamdulillah, segala pujian dan penuh kesyukuran hanya kepada Allah SWT. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, jua buat sekalian keluarga serta sahabat baginda. 2. Bertepatan dengan nama Aidil Adha itu, perayaan agung ini diikoni oleh dua ibadah besar iaitu ibadah haji dan ibadah sembelihan korban. Intisari kedua-dua ibadah ini ialah sifat dan semangat pengorbanan demi mencari redha Allah dan meninggikan syiar serta syariat agama Allah. Pengorbanan ini, melangkaui dimensi material dan jasadi, malahan ia merangkumi sama aspek jiwa-rohani kita sebagai hamba. 3. Demikianlah kita mengiktibari semangat pengorbanan silam, untuk kita garap dalam perjuangan kita memakmurkan negara yang tercinta ini dengan berteraskan keadilan dan keharmonian. Tiga rencah