Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pembinaan stadium baharu JDT bakal bermula selepas Tahun Baru Cina

Pembinaan stadium baharu JDT bakal bermula selepas Tahun Baru Cina

Imej
Pembinaan stadium baharu JDT bakal bermula selepas Tahun Baru Cina. ISKANDAR PUTERI: Pembinaan stadium baharu bagi kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) akan bermula selepas sambutan Tahun Baharu Cina, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim. Beliau yang ditemui pemberita selepas upacara majlis pecah tanah projek Bandar Sukan JDT hari ini berkata, kerja pembersihan tapak telah pun dijalankan oleh pemajunya Forest City. "Dari perancangan, kita jangka stadium ini dapat disiapkan dalam tempoh setahun setengah. Namun saya yakin dengan pembangunan yang dibuat Forest City, ia akan dapat dipercepatkan kepada tempoh setahun," katanya di sini. Stadium Sultan Ibrahim Larkin boleh menampung seramai 45,000 penonton pada satu masa dan dibina dengan kos kira-kira RM200 juta untuk menggantikan stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, yang akan diberikan khusus kepada pasukan JDT 2, manakala Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang pula adalah d