Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2018

Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180623 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180623 Progress. Layan.

Inaz Birthday Celebration

Imej
Inaz Birthday Celebration. Layan jenjalan jap kat AEON Bukit Indah. Makan KFC sebelum meronda kat atas. Beli kek Secret Recipe dan amik Pizza Hut di Nusantara. Balik rumah sambung lagi dengan keluarga, Pak Ngah dan Ucu. Happy birthday angah!

Permohonan MyKad Bagi Kanak-Kanak 12 Tahun : Syafinaz turns 12

Imej
Permohonan MyKad Bagi Kanak-Kanak 12 Tahun : Syafinaz turns 12. Hari jemaat pagi kami gi UTC. Nak buat IC Inaz. Jap jer proses dia. Sejam masa menunggu untuk ambil kad. Singgah food court makan dan merayap jap di Mr DIY. Gi JPN semula dan amik kad. Mudah betul.

Pejabat Pos Gelang Patah : 20180624 Renew Lesen Memandu

Imej
Pejabat Pos Gelang Patah : 20180624 Renew Lesen Memandu. Macam biasa. Terrenew lewat jugak. Haish. Dah letak tarikh lahir pun lajak jugak. Ish ish ish. Tapi. Memang cool la Pejabat pos sekarang. Siap ada monitoring servis mana ok atau tak. Mudahkan pelanggan.

Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180621 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180621 Progress. Layan.

Back to town 1439H : Through the mainroad

Imej
Back to town 1439H : Through the mainroad. 20 Jun kami bergerak semula ke JB. Berhenti singgah jap di Gerik. Isi minyak. Sambung ikut highway di Kuala Kangsar. Masuk aje highway dah standstill. ada accident la pulak. Selepas tu clear sampai la ke hentian Hulu Bernam. Berenti makan makanan panas dan nasi Pak Tam. Yang aku sempat ngidam itu hari la. Kakaka. Sambung semula clear. Trafik mula sesak area Simpang Renggam sampai ke Sedenak. Cam biasa. Solat di Tol Senai. Alhamdulillah. Jalan clear hari ni. Keluar jam 8.30 pagi dan tiba jam 6.00 petang di Gelang Patah. A total of 10 jam perjalanan. Kalau la raya ituhari pun cenggini kan best.

Layan Beskal @Homestay Abah

Imej
Layan Beskal @Homestay Abah. Layan jangan tak layan. Kat sini aje diaorang seronok berbasikal tanpa gangguan kereta lalu lalang. Jalan ni dari dahulu memang hanya laluan orang tertentu aje. Sakan la deme berbasikal sepanjang petang tu.

Lepak Santai @Dusun Cikgu Hassan

Imej
Lepak Santai @Dusun Cikgu Hassan. Lepak jap sebelum balik ke Johor semula. Ada la rezeki sikit. Dokong. Kuini. Bacang. Rambutan. Fresh petik dan makan kat dusun. Derian? Rasanya minggu depan baru gugur kot. Balik. Terasa ada benda kat betis. Rezeki pacat la pulak.

Aidilfitri 1439H : Team Raya Baling

Imej
Aidilfitri 1439H : Team Raya Baling. Kebetulan. Raya Baling on 17 Jun. Besday aku. Sesambil makan kuih raya, sesambil makan kek besday. Siap sesi fotografi sebelum mak yang bergerak pulang ke Bangi. TQ all for the celebration.

Back To Nature 1439 : Through the wild

Imej
Back To Nature 1439 : Through the wild. Raya kedua kami bertolak balik ke Baling. Ikut kaki aje. Target of coz total highway sampai Kuala Kangsar. Berenti di Sungai Buloh jam 12 tengah hari untuk lunch. Memandangkan orang punya la ramai, kita makan KFC aje ler hari ni. Sambung jalan. Keluar je terus standstill. Perrghhh. Layan google maps. Bertaburan merah. Asal nak isi minyak di Rawang. Sekali nengok dari bawah lagi dah jem sampai ke atas. Kena 4 kali standstill aku amik keputusan terus masuk ikut jalan lama seawal Bukit Beruntung. Dan bermulalah perjalanan kami menerusi jalan lama sampai ke Baling. Boleh tahan la jalan dia. Cuma ada jem sikit kat trafic light Kampar. Yang lain semua OK. Sempat singgah Kuala Kangsar solat dan beli buah. Alhamdulillah. Selepas mengharungi 14 jam perjalanan kami tiba ke Baling. Layan.

Masjid Jamek Gelang Patah : 20180615 Solat Jumaat

Imej
Masjid Jamek Gelang Patah : 20180615 Solat Jumaat. Hari ni spesel sikit sebab ada dua solat besar di masjid, paginya solat sunat Aidilfitri dan zohornya solat Jumaat. Cuaca pun sejuk aje dengan keadaan mendung dan hujan renyai-renyai sekali sekala.

Aidilfitri 1439H/2018 : Team Raya Gelang Patah

Imej
Aidilfitri 1439H/2018 : Team Raya Gelang Patah. Tahun ni raya pertama di Gelang Patah. Tempat posing kurang sikit as rumah pun tengah bikin. Apa yang penting, gambar kenangan tu ada. Beraya dalam hujan tahun ni. Rumah nenek yang, atuk ngah dan atuk long sebelum pulang dan menyambut tetamu yang berziarah. Selamat Hari Raya!

Masjid Jamek Gelang Patah : Solat Sunat Aidilfitri 1439H

Imej
Masjid Jamek Gelang Patah : Solat Sunat Aidilfitri 1439H. Ramai orang datang memenuhi masjid seawal jam 8.30 pagi lagi. Hujan renyai bertukar lebat membasahi bumi. Padat. Alhamdulillah. Dapat tempat kat hujung, kawasan masjid lama.

Persediaan Lebaran 1439H

Imej
Persediaan Lebaran 1439H. So petang 14 tu bertungkus lumuslah kami membuat persediaan untuk lebaran. Foto tetap amik. Cuma tak update ke media sosial aje kecuali Instagram. Layan. Malamnya sambung nunggu pengisytiharan sebelum layan pelita. Enjoice. Semua dah tahu kot esoknya raya. Layan jiran sekampung main bunga api kaw kaw punya.

Lopaq dan Phatah : 20180614 Lepak Petang Raya

Imej
Lopaq dan Phatah : 20180614 Lepak Petang Raya. Ye. Kembali semula aktif di Media Sosial selepas cuti raya. So. Banyak throwback sepanjang cuti ni ye. Kita mulakan dengan dua kucen ensem ni. Lepak sakan deme petang raya tu. Siap kena kurung penuh sebab nak prepare raya. Cian. Cubaan buat muka sedih tidak berjaya ya.

Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180614 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180614 Progress. Layan.

1GovUC Teleconferencing on iPad Mini

Imej
1GovUC Teleconferencing on iPad Mini. Ni antara projek gagal cemerlang aku. Seminggu abis gitu jer. At last aku pakai acer Switch ake jer. Kegagalan utama aku adalah gagal mengesan model iPad mini tu. Mati mati dok ingat iPad mini 2. Dah abis masa. Dah abis data. Baru aku dapat detect iPad tu just iPad mini 1 je. Tu pasal the latest iOS adalah 9 aje. Kalau nak install Skype for Business paling cikai kena pakai iOS10. Paling ngam iOS11 la kan. K. Install Lync aje lah. Tu pun just sampai chat aje. Nak buat lagu mana. Hasrat nak optimize iPad organisasi - gagal. Huhuhu. Sedih jugak pasal banyak benda yang aku cuba gagal sebab iPad Mini 1 dah kira hampir obselete. Masalah seterusnya adalah... kenapa Skype for Business on Windows 10 tokleh tambah lebih dari 2 participants. Tunggu..

Yok Bunga Api

Imej
Yok Bunga Api. Malam semalam baru pasang pelita. Tu pun jenuh cari lokasi. Belakang rumah pun jadilah. Tempat kebudaks bermain bunga api katanya. Layan.

My another project

Imej
My another project. Semalam. Sesambil dok lepak lepak wat multitasking menggila, kata sesetengah orang la; pasal selagi tak penuh meja ngan gajet yang semua on dan paparan berbeza, tu bukan aku kot. Kakaka. Belum cerita kertas contengan lagi. Selain PowerBI dan data aku menumpu kat projek latest ni. Dapat siap satu dulu based on KrMJ dahulu. Design seterusnya on going. Sempat siap kiri dan kanan je. Tau tau dah masa balik dan KS kata nak beraya kat opis ke. Alamak. Yok balik amik pizza yok. Ni ler masalah utama ni. Laju pulak masa masa idea tengah ada. Simpan untuk next ye.

Laluan Pengarah : A slight draft of an idea

Imej
Laluan Pengarah : A slight draft of an idea. Actually dalam kepala ada beberapa idea yang berbeza. 3 orang bercakap dengan 3 idea berbeza. Utamakan idea pengarah dahulu. Kita main dengan cat. So. Kebetulan. Pagi tadi lepas Subuh masa dok rendam kaki tu dapat a piece of idea awal. Sampai ofis terus buat kiraan dulu. Actually aku ada 3 benda dalam task hari ni. Media sosial, Templet awal  PowerBI MAP Jun 2018 dan projek ni la. So setelkan dua yang awal. Media sosial selesai. PowerBI carried forward selepas benda ni selesai. Duduk dan mula melukis. Siap draf. Ubah ke 2D. Selesai. So. Nak ubah ke perspective view. Wow. Aku yang terduduk. Dah drag masa sampai ke Zohor. Nampak sangat lama tak buat benda camni kan. Lepas zohor selesaikan permohonan data jap. Sambung semula buat superimpose. Pun dekat sejam nak figure the main idea. Selesai ja. Memang laju la kan. Kekeke. Layan. Jangan cari ye kat ofis. Takde pun lagi. Just karya superimpose dulu ni.

Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180612 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180612 Progress. Layan.

Bengkel Penyediaan Pelaporan Status SKT PPJ

Imej
Bengkel Penyediaan Pelaporan Status SKT PPJ. Tetiba hari ni jadi pack dengan meetims. Pagi tadi dah dua meetims layan serentak. Sambung MPT. Petangnya ada bengkel adhoc ni dan juga meetims sektor. At last terpaksa aku korbankan meetims sektor. Pengumpulan KPI kami jugak sebenarnya. Alhamdulillah dah selesai awal sebelum mula meetims ni.

2 in 1 meeting : Maujud dan maya

Imej
2 in 1 meeting : Maujud dan maya. Kebetulan pada hari yang sama. Satunya meeting prestasi yang baru sampai. Satu lagi secara teleconference yang telah lama keluarnya surat. Layan aje dedua. Satu telinga sumbat earphone. Satu lagi dalam meeting ni. Cuma terkeluar juga satu ayat untuk maya bilamana slaid tak terpapar. Hehehe. Havoc jap lam meeting yang maujud. Slaid mana tak nampak? Lepas tu terus jadi pendengar aje lam meetims maya. Memang terbaeekkk!!!! Line clear dan boleh dilaksanakan dengan baik dengan semua daerah terlibat. Chaiyok! ps : masalah tenet dah setel ye. tokleh cuti lelama. Sehari ja cuti nulih blog gamaknya.

Bawang Team : LIMA

Imej
Bawang Team : LIMA. Apa agaknya reaksi kita kalau tetiba dituduh? Gabra? Ada member yang share pasal kena tuduh. Yok kita baca. Kelmarin saya dan anak saya beli barang keperluan bulan puasa di sebuah supermarket. Semasa berbaris kt kaunter untuk membuat bayaran, di depan saya tu ada seorang nyonya tapi dressingnya mmg nampak mcm org kaya, sangattt. Bila sampai turn dia untuk buat bayaran, saya tengok dia sedikit gelabah, rupanyanya dompet duit dia hilang, dgn tiba tiba dia menuduh saya yg telah mencuri dompet nya. Saya katalah yg saya tak nampak pun beg nyonya. Maka terjadilah suatu pertengkaran kecil di kaunter tersebut & menyebabkan security dekat situ datang campur tangan, saya pun bagitau dekat nyonya tu dan security tu yang saya bekerja sebagai seorang penjawat awam, saya tak buat kerja mencuri ni.. Dia perkenalkan diri dia, saya bini David Lim Ah Man, Pengerusi sebuah kilang Antarabangsa. saya katalah.. saya peduli apa lu sapa pun, saya tak takut pun sbb saya tak me

Sistem Pelaporan SIP+ Johor : Satu perbincangan awal

Imej
Sistem Pelaporan SIP+ Johor : Satu perbincangan awal. Setakat ni biarlah itu dikenali sebagai nama awal dia. Satu group khas ditubuhkan untuk melihat berkaitan perkara ini. Kena setelkan kertas kerja dahulu untuk diangkat ke JPICT untuk kelulusan.

1GovUC Teleconferencing : Another testing before the program

Imej
1GovUC Teleconferencing : Another testing before the program. Hari ni awalnya aku dok layan PowerBI. Sekali dah mula testing, terus tinggal powerBI. Sesambil dok ngutuk teringat aku pun ada Acer Switch ni. Terus nginstall ke dia. Memang layan abis. Yang paling best. Jabra aku pun leh jadi Wireless earphone multimedia beb. Memang terbaeekkk!!!! lah switch. Ni semua kes aku tak berjaya nak setup iPad mini sampai ke sudah. Balik ni harus la aku restore ke asal. Mana la tau kan. Cuma yang pelik adalah... kenapa adi sorang je yang dapat setup meeting sampai semua orang. Kami yang lain setakat one to one aje. Sampai aku call ke VADS kot. Kui kui kui. Punya la tak puas hati tu. Tapi. Setakat ni memang aku agak puas hati la dengan prestasi video call ni. Cayalah. Lupa lak. Hari ni besday bos SPMICT tau. Epi besday puan. Siap dapat bunga cekelat weh.

Lopaq dan Phatah : 20180610 Kena kurung

Imej
Lopaq dan Phatah : 20180610 Kena kurung. Haaa.. Gatai ke sana ke sini. Buang sana. Buang sini. Cako sana. Cako sini. Dah kena perintah berkurung ngan mama. Dengan cumee cumee sekali pasal tak pandai nak nasihat anak dia. Haaa.. Padan muka koram.

Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180609 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180609 Progress. Layan macam biasa.

Lepak Santai @ Masjid Jamek Pekan Nenas

Imej
Lepak Santai @ Masjid Jamek Pekan Nenas. Sementara nunggu mama kitaorang lepak santai kat masjid ni. Banyak juga yang duduk sini terutama kaum bapa. Hehehe. Sempat la snap snap beberapa keping gambo. Si Ici dah sibuk main mainan Pak Atan yang sempat dingepow tadi. Siap terbang-terbang tau. Dah penat siap lepak baring terus.

Lopaq dan Phatah : 20180609 Lepak Santai

Imej
Lopaq dan Phatah : 20180609 Lepak Santai. Si Phatah dah hanyut dah. Si Lopaq ja terjegil lagi tak tau nak buat apa. Biasanya dia gi kacau si Phatah tido. Maybe camera fright kot.

Lopaq dan Phatah : 20180608 Meronda

Imej
Lopaq dan Phatah : 20180608 Meronda. La ni pantang lepa. Meronda aje kerjanya. Ke sana. Ke sini. Dah mula pandai main dah ni.

Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180608 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180608 Progress. Sempat melaram ngan selpar lama dah beli tapi baharu nak pakai. Nyambil nyambil.

Photography : Faulty Fujifilm Instax Mini 8

Imej
Photography : Faulty Fujifilm Instax Mini 8. Dua minggu lepas iqa mengadu pasal camera dia ni. Bila on. Just lampu merah menyala tak berkelip. Google. Search. Cari. Telefon. Youtube. Banyak yang agak merepak penyelesaian dia. At last minggu ni aku call servis center kat Taman Molek. Dia suggest untuk beli baharu aje sebab mainboard problem ni, sama macam the last youtube yang aku nengok. Dia suruh keluarkan bateri jika tak guna sebab fluid bateri tu akan mengalir dan menjejaskan mainboard dia. Dan yang ni memang aku perasan masa first time aku inspect bila iqa hulur hari tu. So. Nampaknya. tak sampai dua tahun kamera ni. Sayang kan. Untuk the next kena beringat.

Kaunter Kutipan Zakat Fitrah 1439H/2018 JPN Johor

Imej
Kaunter Kutipan Zakat Fitrah 1439H/2018 JPN Johor. Semalam baru berkesempatan lepak ngan amil ni kat lobi. Tu pun sempat sembang pinjam stapler aje. Kekeke. Teruk tul. Aku dah bayo kat imam kampung aku daa.. Saja je lepak sini jap nengok papan kenyataan EKSA.

Siri Audit SKPMg2 Dihentikan Serta Merta

Imej
Siri Audit SKPMg2 Dihentikan Serta Merta. Kementerian Pendidikan memutuskan untuk memberhentikan siri audit Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) yang sedang dijalankan pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) berkuat kuasa serta merta. Perkara itu diumumkan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik pada sidang media di sini, hari ini. Maszlee berkata, bagi membantu pihak pengurusan sekolah memantapkan penggunaan SKPMg2 dengan berkesan, JNJK bagaimanapun akan meneruskan sesi latihan dan bimbingan yang diperlukan. Katanya, dokumen SKPMg2 pada mulanya dihasilkan dalam usaha memastikan kelangsungan transformasi pendidikan negara selaras dengan keperluan pendidikan bertaraf global. "Bagaimanapun, proses audit untuk verifikasi pengisian data SKPMg2 bagi 2017 menyebabkan salah faham dan kegelisahan dalam kalangan guru. Saya mahukan bebanan tugas guru dikurangkan agar mereka boleh memberi tumpuan kepada usaha mendidik murid," katanya. SKPMg2 terdiri dari

Permohonan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) Ambilan Tahun 2019

Imej
Permohonan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) Ambilan Tahun 2019 boleh dilakukan melalui Sistem Dalam Talian NPQEL MPPS mulai 25 Jun 2018 hingga 10 Ogos 2018. Permohonan boleh dibuat melalui capaian url  https://tls.moe.gov.my . Syarat Umum Permohonan Disahkan dalam perkhidmatan (bagi PPP Gred DG29) Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu sebanyak 85% berdasarkan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)/Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) tiga (3) tahun terkini Bebas daripada tindakan tatatertib Telah mengisytiharkan harta (tempoh lulus isytihar harta tidak melebihi lima (5) tahun Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan Diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan Syarat Khusus Telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48 (bagi calon Pengetua) atau Gred DG32 (bagi calon Guru Besar) atau sekurang-kurangnya lima (5) tahun di Gred DG29 (bagi calon Guru Besar SKM(B)) Mempunyai pengkhus

Salam Aidilfitri 1439H/2018 : Permulaan era digital sepenuhnya

Imej
Salam Aidilfitri 1439H/2018 : Permulaan era digital sepenuhnya. Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua kaum keluarga, ketua dan bekas ketua jabatan, rakan sekerja, sahabat handai, rakan taulan, dan tidak dilupakan semua pengunjung blog dan rakan maya. Esok. Hari terakhir persekolahan. Biasanya kad aku dah tiba ke tangan penerima. Nampaknya. Setelah 3 dekad aku setia dengan kad maujud akhirnya aku beralih juga ke kad maya digital sepenuhnya bermula tahun ni. Biarlah tanggungjawab posmen diganti sepenuhnya oleh media sosial semata-mata tahun ini dan tahun-tahun seterusnya. Bagi pengumpul kad aku terutamanya, mohon maaf kerana tidak meneruskan tradisi lama ini lagi. Terimalah serangkap pantun yang dikarang khas oleh mama. Andai kata padam pelita, Gelap gelita di malam hari; Andai ada terlanjur kata, Maaf dipinta setulus hati.    Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah (MTQSS) KPM peringkat Kebangsaan 2018

Imej
Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah (MTQSS) KPM peringkat Kebangsaan 2018. Hari ni ke Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Hussein Onn untuk mesyuarat pelaksana. Naik bas beb. Dapat 4 seat sorang kot. Kekeke. Layan. Pembentangan laporan dari AJK. Langsung di sini pada 25 sampai 29 Julai nanti. All the best team Johor!

Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180605 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20180605 Progress. Selesai semua pokok kelapa.

SPMICT JPN Johor : A little walkabout

Imej
SPMICT JPN Johor : A little walkabout, Ada tetamu jap tadi. GB yang dulunya pegawai maklumat. Lama jugak tak bersuakan. Harus la berwefie bagai kalau dah lepak sama aku kan. Cam biasa. Mesti gego pasal aku tak biasa pakai timer timer ni. Kekeke. Selesai sesi terasa nak update sikit FB rasmi. Topup dua place sesambil dok cari jalan mempercepatkan proses nak nukar gray tick ke blue tick. Sesambil tu dok snap snap keliling cubaan pertama place tahun ni. Hehehe. Layan aje ler kan.

Lopaq dan Phatah : 20180605 Membesar Bersama

Imej
Lopaq dan Phatah : 20180605 Membesar Bersama. Pagi ni dah pandai merayap. Dedua. Si Phatah dah pandai masuk bekas pasir. Si Lopaq meronda kat beskal. Dok perati ja tuan dia tanpa suara.

Majlis Bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Johor

Imej
Majlis Bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Johor. Alhamdulillah. Selesai majlis ni pagi tadi bersama YB Tn. Hj. Aminolhuda bin Hj. Hassan. Bahasa mudahnya Exco Agama dan Pendidikan. Dimulakan dengan sesi penggambaran bersama barisan pengurusan pendidikan negeri Johor. TQVM En Remy dan En Nasrul yang banyak membantu melicinkan proses. Seterusnya sesi Taklimat Pengurusan disampaikan oleh big boss sendiri sebelum YB Exco menyampaikan amanatnya. Alhamdulillah. Banyak perkara diambil perhatian oleh beliau. Semoga pendidikan Johor bertambah cemerlang hendaknya.

Majlis Khatam Al-Quran & Iftar Jama'ie Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2018

Imej
Majlis Khatam Al-Quran & Iftar Jama'ie Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2018. Petang semalam ada majlis kat Pusat Kokurikulum. Tengah hari tu singgah jap untuk tengok persiapan. Pastu merayap jap cari Fadzil untuk pinjam Clip mic. TQVM bro. Balik ke Pusat Ko. Setting dan sempat wefie beb. Petang. Sampai awal. Lepak jap nunggu majlis mula. Tadarus jalan on-time. The Big Boss dan YB Exco tiba. Ada majlis penyerahan sumbangan sikit. Selesai ja dapat dengar amanat dari YB Exco. Leh tahan. Lepas maghrib makan lam dulang beb. Meriah. Then aku balik. Ada hutang lum tunai. Ubat aku yang patut makan masa sahur yang terpaksa dilupakan sebab aku bangun lepas azan Subuh. Penat semalam la tu kononnya. Kekeke.

Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jama'ie Asrama Sekolah Harian Daerah Batu Pahat 2018

Imej
Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jama'ie Asrama Sekolah Harian Daerah Batu Pahat 2018. Semalam. Kami di SPMICT JPN Johor diberi penghargaan untuk menghadiri majlis ini untuk daerah Batu Pahat. VVIP yang hadir sama adalah Exco Pendidikan, Ahli Parlimen Sri Gading dan Tuan Pengarah sendiri. Gerak around 4.30 petang bersama. Sampai ngam ngam sebelum jam 6. Majlis bermula dengan ucapan dari VVIP sebelum berbuka. Selepas maghrib majlis diteruskan dengan jamuan diiringi dengan persembahan daripada murid. Ada sesi penyampaian sumbangan pada murid yang kurang berkemampuan. Selepas Isya' kami bertolak pulang. Sampai rumah around 11 jugak malam ni. Boleh tahan jugak pasal pagi ni dah terlajak lepas azan subuh. Heee...

SMK Taman Nusajaya : Majlis Berbuka Puasa 2018

Imej
SMK Taman Nusajaya : Majlis Berbuka Puasa 2018. Semalam juga mama ada majlis di sekolah dia. Majlis berbuka puasa. Seronok nampak memasing.

Angah : Emergency

Imej
Angah : Emergency. Sehari dia ni angah teruk kena selsema. Semalam kat sekolah dia muntah muntah dan suhu badan naik. Cikgu call. Nasib baik mama ada. Dah dapat MC dua hari. Get well soon angah. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Sekolah Tun Fatimah : 20180601 Outing

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20180601 Outing. Semalam. Outing. On the way back, singgah beli barang keperluan dulu. Aku sorang aje. Hantar balik baru mama ikut.

Patuhi kadar sifar GST

Imej
Patuhi kadar sifar GST. Buat para peniaga, sila patuhi pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar yang bermula 1 Jun 2018. Sebarang masalah kenaikan harga atau tidak puas hati terhadap perniaga, anda boleh melapor kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Jangan asyik ngadu pada FB sahaja. Tak jadi apa pun. Teruskan aduan dan tindakan pada saluran yang betul! Jadilah warganegara yang bertanggungjawab! Saluran aduan : 1Malaysia On Call Centre (1MOCC) di talian 03-8000 8000 Talian Bebas Tol Pusat Informasi & Strategik (PIGOS) : 03-8882 6088/6245  Emel : aduan@kpdnkk.gov.my Aplikasi telefon pintar Ez ADU Portal eAduan :  https://eaduan.kpdnkk.gov.my/ --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheda

Ekosistem Kondusif Sektor Awam JPN Johor : Yok posing posing

Imej
Ekosistem Kondusif Sektor Awam JPN Johor : Yok posing posing. Ni posting peram ye. Kang post dulu semua dah tau kan. Petang Isnin tu semua dah ready. Alhamdulillah. So. Kita dah gayakan dan plan camne nak buat nanti. Aku ni plan aje lebih, body aku pun takde masa launching tu nanti. Alhamdulillah. Semua berjalan lancar semalam. Tahniah pada semua team promosi. You're the best!

Bengkel Pemantapan Petugas DTP Negeri Johor 2018 : Day 2

Imej
Bengkel Pemantapan Petugas DTP Negeri Johor 2018 : Day 2. Alhamdulillah. Selesai sudah semua tugasan dan aktiviti yang dirancang. Semua peserta dapat menyediakan pelan tindakan berdasarkan masalah yang dikenalpasti. Semoga sedikit ilmu yang dikongsi ini akan memberi manfaat pada semua. Maaf atas kekhilafan sepanjang bengkel berlangsung.