Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2017

STF Brassband : 2017 Dodgeball Asia Pasific Championship Closing Ceremony Perfomance Training Session

Imej
STF Brassband : 2017 Dodgeball Asia Pasific Championship Closing Ceremony Perfomance Training Session. Petang ni ada latihan. Ni yang iqa a bit terkejar tadi. Esok diaorang akan bertolak seawal jam 6 pagi ke Stadium Axiata Centre Bukit Jalil untuk performance ni. All the best! Be the best! to all of the team! TQ juga pada parents dan teachers yang sentiasa berkongsi aktiviti dalam group. You all are the best! --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Selamat Pengantin Baharu Nazihah & Taufid

Imej
Selamat Pengantin Baharu Nazihah & Taufid. Setel kat JB langsung kami gerak ke CIQ. Memang aku target untuk sampai a bit late sebab nak jumpa kedua mempelai ni. Masa sampai aje memang penuh la jumpa member member yang gerak datang dan pulang. Duduk jap. Jamah jamah sikit. Lepas tu terus gerak ke pelamin. Mama aje la yang naik. Aku dah tak larat nak naik tangga tu. Nampak noo. So. Aku wefie dari bawah aje lah ye ngan semua kat atas. Hehehe. Ngengade tul tetamu yang satu ni kan. Tahniah dan selamat pengantin baharu pada kedua mempelai ni. Semoga kekal berbahagia sehingga ke Jannah.

Selamat Pengantin Baharu Kamarul & Aishah

Imej
Selamat Pengantin Baharu Kamarul & Aishah. Memang kami tercari-cari betul mana la letaknya Rumah Johor ni. Belasah aje. Dari STF aku terus ke sini. Lepak jap kat depan tu. Mama tanya orang lalu lalang. Kami tau tempat mandi je kak. Kekeke. Tengok pelan. Yang paling hujung bangunan kot. Sekali. Wah. Dari Tasik 7 ke Tasik 5. Waduh. Dah sampai tengah tak sanggup lagi aku nak patah balik. Sengal la sikit kaki aku ni kan. Alhamdulillah. Berjaya sampai. Kekeke. Kalau parking depan Rumah Johor pun masih tetap kena menapak. Lebih susah sebab kena mendaki laluan bukit yang lagi curam. Cantik tempatnya. Meriah dipasang pelaminnya. Masuk. Sekali lepak dengan Iskandar. Geng lama kat SMK Taman Bukit Indah dulu. Borak punya borak. Pengantin dah tiba. Serba ungu hari ni. Selesai semua. Kami terus gerak. Hmmm... Nak sambung menapak semulalah ni ye. Layan. Apapun. Tahniah pada kedua mempelai. Semoga kekal berbahagia sehingga ke Jannah.

Sekolah Tun Fatimah : 20170930 Lawatan Hujung Minggu - seken round

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170930 Lawatan Hujung Minggu - seken round. Jangan maraa aaa... Minggu ni dua kali aku datang haaa... Kebetulan nak gi jemputan kat hutan bandar dan nak amik baju yang iqa pakai semalam untuk band nite. Sakan iqa bercerita. Seronok sungguh. Rupanya. Dia dapat best of the best costume! Dapat hamper besar dan beg tangan gitu. Hehehe. Patut la suka sangat. Jap aje kami jumpa. Iqa nak ke praktis untuk esok dan kami nak gerak ke hutan bandar.

Edisi Mama : Small reunion @ SMK Medini

Imej
Edisi Mama : Small reunion @ SMK Medini. Aku dah pernah share pasal ni dulu. Masa mama bawak kebudaks Add Math di SMK Medini 22 Julai yang lepas. Antara yang bagi taklimat si Maini. Lepak lepak ngan Kak Su kat belakang. Memang semua pakat dok area Johor je. Hehehe. Senang nak jumpa. Memang tak lari la. Dah amik major sama, ajar pun benda sama. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Berpuasa Hari Asyura Tanda Kecintaan Kepada Rasul

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Berpuasa Hari Asyura Tanda Kecintaan Kepada Rasul عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَالْيَهُودُ تَصُومُ عَاشُورَاءَ فَقَالُوا هَذَا يَوْمٌ ظَهَرَ فِيهِ مُوسَى عَلَى فِرْعَوْنَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَصْحَابِهِ أَنْتُمْ أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْهُمْ فَصُومُوا Dari Ibnu 'Abbas dia berkata; "Rasulullah SAW  tiba di Madinah, baginda melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura`, mereka berkata; "Lebih tepatnya pada hari Musa mengalahkan Firaun. Maka Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabatnya: "Kalian lebih berhak terhadap Musa daripada mereka, maka berpuasalah." (HR Bukhari No: 4312) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Ibadat Puasa adalah antara syariat yang diwajibkan keatas umat terdahulu. Puasa Hari Asyura adalah antara syariat Nabi Musa sebagai tanda bersyukur diselamatkan dari Firaun dan tenteranya. 2.  Rasulullah SAW berpuasa pa

Iqa @ Noche De Fabulas - The 2017 STF Band Nite

Imej
Iqa @ Noche De Fabulas - The 2017 STF Band Nite. Semalam. Dapat la dok layan foto-foto band nite. TQ parent dan teacher yang kongsi dalam group. Aku sendiri tak dapat detect iqa pada mulanya. Sebab awalnya dia pakai topeng. Dengan intuisi super gaban. Actually. Pagi ni baru aku tengok dengan teliti. Hehehe. Baru aku berjaya detect iqa ni. Hari ni deme semua akan mula sibuk balik dengan praktis sebab esok diaorang ada persembahan di Majlis Penutup Dodgeball Asia Pacific Championship yang diadakan bertempat di Stadium Axiata Centre Bukit Jalil. All the best girls!

Susu Anlene : My new routine

Imej
Susu Anlene : My new routine. Ingat hari senin lepas. Hari senin tu aku jumpa doktor. Lepas tu kena jumpa fisio kan. So ada 3 benda aku kena beli dan guna. 1 dah lepas. Hari ni satu lagi aku baru dapat beli. Kui kui kui. Hmmm... Ngeri sikit mulanya. Aku mana suka minum susu. Letak air panas dalam cawan superman. Sampai paras leher dia aje. Nanti lebih lebih, lemas pulak superman tu. Wakakaka. Separuh cawan. Hmmm. Hmmm. Hmmm. Cium dulu. Amik bau. Bau vanila kuat. Hmmm. Hmmm. Hahaha. Minum sikit. Quite ok la. Nasib baik aku dah mula minum oat campur susu masa sarap setiap pagi. OK kot. Teguk sekali. Teguk dua kali. Bila nak abis daaa... Nak masuk 5 kali teguk. Dah lain macam dah ni. Haishhh. Gagahkan juga habiskan. Alhamdulillah. Boleh la as permulaan. Sikit sikit kan lama lama jadi bukit. Tunggu la nanti. Hahaha.

Si Cenit : Setia menanti

Imej
Si Cenit : Setia menanti. Memang tak berganjak punya. Dari hari tu kan. Sampai dah dapat nama dah. Kerjanya. Tunggu je luar rumah ni. Mana taknya. Si inaz sebelum gi sekolah, dia mesti letak friskies si gebooz tu sikit kat tempat cenit ni. Tadi aku balik, dia tunggu je. Snap cecepat. Out frame pulak telinga dia. Snap lagi sekali. Mulut dah terbuka luas. Nak snap lagi sekali. Of coz dah sampai depan henpon. Kekeke. Layan aje ler.

Yok Jenjalan : Bazar Mydin Anjung Nusajaya 20170929

Imej
Yok Jenjalan : Bazar Mydin Anjung Nusajaya 20170929. Balik. Singgah jap Mydin. Belanja bulan. Merayap jap ke Taman Permainan kat Jom @Anjung. Ici malas sangat nak main sebab takde abang dan kakak dia. Last-last lepak depan pintu keluar Mydin. Tunggu mama keluar. Singgah Cool Blog. Layan ici yang katanya nak mango orange. Last last aku yang kena perabis. Haiissshhh!

Sekolah Tun Fatimah : 20170929 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170929 Lawatan Hujung Minggu. Maybe ni antara yang tersingkat kot. Plus minus around 10 minit je. Iqa kena gerak around jam 4 untuk prepare bagi Band Nite malam ni. Tak kisah la kan. Mama ngan anak ni memang asal dapat jumpa je ni. Janji dapat bau je dah cukup tu. Esok dah sibuk nak praktis pasal ada persembahan kat KL Ahad ni. Good luck iqa and the team!

Topup Pembelajaran Kemahiran SketchUp

Imej
Topup Pembelajaran Kemahiran SketchUp. Cara pembelajaran aku maybe pelik sikit. Aku suka belajar menerusi masalah atau situasi. Semalam lepak masa lunch ngan si Mus. Aku borak pasal apasal ada pompuan tukang kayu tengah tu. Si Mus rajin pulak menerang bab copy, bab modelling, bab bahan. Terus adsorb. Cuba try test kan. dah dapat wat gril wraught iron sama glass awning. Layan jangan tak layan. Pasni cam aku nak belasah abis abis le wat model rumah ni. Nak masuk kabinet bagai. Kekeke. Amacam. Slow and steady beb. Sampai mokcips split pun ada bak kata inaz. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Koleksi sarap

Imej
Koleksi sarap. Kalau nengok lebih kurang je. Mesti ada ayam goreng kan. Cuma air memang aku dah tukar oat susu aje. Kekadang makan dengan switch. Terutama bila ada benda perlu setel segera. Semalam memang melampau sikit. Ada pulak cili kering goreng sama bawang. Dah aku tapau penuh. Pastu petangnya sakit berdenyut kaki. Kua kua kua. Bihun ke atau apa yang digoreng nih. Haisshhh.

Edisi Mama : Ziarah Raya Students

Imej
Edisi Mama : Ziarah Raya Students. 15 Julai yang lepas. Meriah petang tu dengan kehadiran student mama. Biasanya memang deme deme ni call on the spot terus datang. Layan. Gebooz pun join sekaki. Hahaha. Pakat beraya nooo...

Edisi Mama : Sekolah Tun Fatimah 20170707 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Edisi Mama : Sekolah Tun Fatimah 20170707 Lawatan Hujung Minggu. Masa ni aku kasi terus selfie stick aku pada mama. Aku memang tak reti tul nak pakai selfie stick ni. Hahaha. Sempat berwefie guna selfie stick masa jumpa iqa kat STF. Sampai ke depan cermin kereta tu. Hahaha. Memang biasanya aku duduk dalam kereta ja bila gi jumpa iqa ni. Selalu pak cik guard tanya. Dah sudah ke? Kejap benar. Hahaha. Paling lama pun dalam 20 ke 30 minit je selalunya. Agak kejam kan. Lagi lama pergi balik. Hehehe. Bincang yang penting penting aje. Paling penting dapat nengok muka mama.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Puasa Hari Asyura (10 Muharam)

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Puasa Hari Asyura (10 Muharam) عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ إِلَّا هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَهَذَا الشَّهْرَ يَعْنِي شَهْرَ رَمَضَانَ Dari Ibnu Abbas RA, beliau mengatakan: “Saya tidak pernah melihat Nabi SAW memilih satu hari untuk puasa yang lebih baginda utamakan dari pada yang lainnya kecuali puasa hari Asyura, dan puasa bulan Ramadan.” (HR Bukhari No: 1867) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Antara ibadat puasa yang menjadi keutamaan kepada Rasulullah SAW untuk kita contohi selain puasa dibulan Ramadan ialah puasa pada hari Asyura (10hb Muharam) 2.  Puasa Asyura ganjarannya dapat menghapuskan segala dosa (dosa kecil) setahun yang lalu. Dari Abu Qatadah Al-Anshari RA, beliau mengatakan: سئل عن صوم يوم عاشوراء فقال كفارة سنة Nabi SAW ditanya tentang puasa Asyura, Baginda menjawab: “Puasa Asyura me

BENGKEL PERSEDIAAN PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA JPN JOHOR 2017

Imej
BENGKEL PERSEDIAAN PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA JPN JOHOR 2017. Sekali lagi kami berkumpul untuk berbincang bagi menjayakan program ketiga EKSA. Pergghhh. Dalam masa dua minggu. Dua program besar dah berjaya kami gerakkan. Tahniah dan terima kasih pada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Harap program ketiga ni pun akan berjalan dengan baik. Ketiga-tiga biro yang ditubuhkan memang sangat banyak membantu. Memang terbaeekkk!!!! Kekalkan momentum kecemerlangan. InsyaAllah kita akan berjaya. So. Tadi. Semak garis masa JK Promosi. Terus buat perbincangan tentatif. Siap selitkan bersama team KIK punya pelancaran. Agih tugasan. Dan alhamdulillah. Petang tadi siap dah banner untuk program. Tinggal nak gi ambik kat pencetak aje. Yang spoilnya... aku tak bawak langsung all sort of my camera. Haissshhh. Pakai henpon aje ler. Dah tak dapat gambo semua. Hehehe.

Semakan Tawaran Saringan Murid Berkeperluan khas (MBK) Ke Tingkatan 4 Di Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPKV) Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2018

Imej
Semakan Tawaran Saringan Murid Berkeperluan khas (MBK) Ke Tingkatan 4 Di Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPKV) Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2018 Maklumat Semakan Tawaran Adalah Seperti Di Bawah :- Tarikh Semakan     : 2 Oktober 2017 hingga 13 Oktober 2017 Laman Sesawang  : https://epkhas.moe.gov.my Dokumen Rujukan :-  Senarai nama MBK yang terlibat dengan saringan ke Tingkatan 4 di SMPKV Tatacara semakan tawaran saringan MBK ke Tingkatan 4 di SMPKV --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU PROGRAM ASRAMA 1MALAYSIA (A1M) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018

Imej
PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU PROGRAM ASRAMA 1MALAYSIA (A1M) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018. Sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan murid Tingkatan Satu ke Program Asrama 1Malaysia (A1M) Kementerian Pendidikan Malaysia akan dibuka kepada semua murid Tahun 6 pada tahun 2017 yang bersekolah di sekolah rendah (SK/SJKC/SJKT) di seluruh negara. Murid-murid  yang terpilih ke A1M akan ditempatkan di sekolah-sekolah berikut: BIL ASRAMA 1MALAYSIA NAMA SEKOLAH CATATAN 1 A1M KUALA LUMPUR VICTORIA INSTITUTION, KUALA LUMPUR LELAKI SAHAJA 2 A1M JOHOR SMK (P) SULTAN IBRAHIM, JOHOR BAHRU, JOHOR PEREMPUAN SAHAJA 3 A1M SABAH MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU, SABAH LELAKI & PEREMPUAN 4 A1M SARAWAK KOLEJ TUN DATU TUANKU HJ BUJANG, MIRI, SARAWAK LELAKI & PEREMPUAN Syarat-syarat permohonan memasuki A1M adalah seperti di dalam Borang Permohonan pada p

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Puasa Tasu’a (puasa 9hb Muharram)

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Puasa Tasu’a (puasa 9hb Muharram) عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُا حِينَ صَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ قَالَ فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Abdullah bin Abbas RA, beliau menceritakan: Ketika Nabi SAW melaksanakan puasa Asyura dan memerintahkan para sahabat untuk puasa. Kemudian ada sahabat yang berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya hari Asyura adalah hari yang diagungkan orang yahudi dan nasrani. Kemudian Nabi SAW bersabda: “Tahun depan, Insha Allah kita akan berpuasa pada hari ke sembilan.” Namun, belum sampai tahun depan, Nabi SAW diwafatkan. (HR. Muslim No: 1916) Stat

Bengkel Pembangunan Instrumen Penilaian Anugerah Pembestarian Sekolah 2017 Johor : Day 3

Imej
Bengkel Pembangunan Instrumen Penilaian Anugerah Pembestarian Sekolah 2017 Johor : Day 3. Last and final day. Hari ni ketiga-tiga group bentang hasil masing-masing untuk dimurnikan bersama dengan yang lain. Alhamdulillah. Rasanya cukup untuk proses penilaian yang akan bermula pada minggu depan. Mana-mana yang hantar penyertaan tu, tunggu lah kedatangan kami ni ye dan bersedia bersama eviden sewajarnya. Yang pasti untuk group aku memang penilaian amat ketat sebab kita bebetul nak cream of cream lah kan. Bersedia ye. Setel kat sini. Jengah group KIK. Buat semakan sekali lalu. Banyak nak kena dimurnikan lagi ni. Apa pun. All the best! Be the best!

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Puasa Sunat Di bulan Muharam

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Puasa Sunat Di bulan Muharam عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ Dari Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Seutama-utama puasa setelah Ramadan ialah puasa dalam bulan Allah iaitu bulan Muharam, dan seutama-utama solat sesudah solat Fardu, ialah solat malam." (HR Muslim No: 1982) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Bulan Muharam adalah salah satu bulan haram yang dianjurkan Rasulullah SAW untuk banyak melakukan puasa sunat di dalamnya. 2. Bulan Muharam disebut sebagai bulan Allah menunjukkan kemuliaan dan kelebihan bulan Muharam. 3.  Menurut Imam Nawawi bulan Muharam adalah antara bulan yang paling utama untuk memperbanyak puasa sunat. Antaranya berpuasa pada hari ke-9 (Tasuua’a) dan ke-10 (Asyura’). 4.  Solat sunat yang ut

Bengkel Pembangunan Instrumen Penilaian Anugerah Pembestarian Sekolah 2017 Johor : Day 2

Imej
Bengkel Pembangunan Instrumen Penilaian Anugerah Pembestarian Sekolah 2017 Johor : Day 2. Sambung lagi. Kali ni kami bincang detail bagi setiap komponen dan mula create rubrik bagi memudahkan penilaian. Hari ni bertambah meriah sebab tak silap aku ada tiga bengkel berlangsung. Masa makan tengah hari penuh dewan makan. Sempat la posing posing manja sebelah GB retis glamer tu. Ala. Yang masuk paper tu. Hahaha. Lepas tu sambung balik sampai selesai. Siap buat excel dah siap formatting dan formula. Nanti malam aku perkemaskan lagi supaya lebih jitu.

Full Profile Blood Test @ Klinik Kesihatan Mahmoodiah

Imej
Full Profile Blood Test @ Klinik Kesihatan Mahmoodiah. Pagi tadi. Sekali lagi aku ke Mahmoodiah. Kali ni dah puasa ye. Hehehe. Tak nak jadi macam semalam lagi. Hehehe. Masuk. Daftar. Yeahhh.. Nombor satu. Hahaha. Punya la tak sama dengan apa yang aku fikir. Sampai awal takde orang sangat pun macam yang selalu aku nampak kat KK Gelang Patah. Tapi lama jugak part menunggu. Takpe lah. Yang penting dua botol jugak kena sedut. Setel aje terus ke cafe. Sarap dulu sebelum gerak ke BTPN. Nanti sampai terus mula kerja aje.

Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri 2018

Imej
Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri 2018. Muaturun jadual terkini daripada Jabatan Perdana Menteri melalui pautan berikut : http://www.kabinet.gov.my/v2/pdf/hari_kelepasan_am/hka2018.pdf --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Ukhuwah Faktor Kejayaan Membina Negara

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Ukhuwah Faktor Kejayaan Membina Negara عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لاَيُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ Dari Anas RA, dari Nabi SAW, sabdanya: “Tidak sempurna Iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat kebaikkan seperti apa yang ia sendiri suka mendapatnya”. (HR Bukhari No: 12 ) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Ukhuwah sesama Muslim adalah pra syarat kesempurnaan iman seseorang. 2.  Kesempurnaan iman seseorang ditunjukkan dengan sifat mengasihi saudara Muslim yang lain seperti ia mengasihi dirinya sendiri. 3.  Ibn Qayyim menyatakan: •  Kasih sayang itu adalah sifat memberikan manfaat kepada orang lain •  Sifat bersusah payah demi memberikan kemudahan kepada sahabat atau menjauhkannya daripada bencana. 4.  Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah telah mempersaudarakan dua kaum iaitu Auz dan Khazraj yang sebelum ini sering berpera

Keputusan Permohonan Pertukaran Guru (Sekolah Rendah) Sesi Oktober 2017

Imej
Keputusan Permohonan Pertukaran Guru (Sekolah Rendah) Sesi Oktober 2017 Adalah dimaklumkan bahawa keputusan kelulusan permohonan pertukaran guru serta penempatan bagi sesi Oktober 2017 boleh disemak mengikut ketetapan berikut : Mulai 6.00 petang 25 September 2017 kelulusan permohonan pertukaran antara negeri bagi sekolah rendah sahaja Mulai 30 September 2017 semakan penempatan guru yang lulus pertukaran antara negeri, pertukaran antara daerah dan  pertukaran dalam daerah Semua pertukaran berkuat kuasa 2 Oktober 2017 Semua permohonan yang tidak berjaya bagi sesi Oktober 2017 akan dipertimbangkan semula bagi sesi Januari 2018. Sila ambil perhatian bahawa pertukaran yang diluluskan adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #pho

Bengkel Pembangunan Instrumen Penilaian Anugerah Pembestarian Sekolah 2017

Imej
Bengkel Pembangunan Instrumen Penilaian Anugerah Pembestarian Sekolah 2017. Setel sembahyang dan makan tengah hari di TUTA baru aku gerak semula ke BTPN. Seronok juga. Dah nampak satu inisiatif yang baik dalam memastikan adanya instrumen penilaian bagi Pembestarian Sekolah khususnya. Aku team 1. Kena bina dan pantau GPB/GICT nanti. Bukan lama dah pun. Minggu depan je pun. Waaahhhh! Harap kami dapat hasilkan instrumen dan rubrik yang terbaik dalam mencari best of the best untuk Johor khususnya. Yang pasti aku rasa semakin banyak program mula masuk. Satu demi satu. All the best to all!

Bauerfeind Arch Support : The Searching

Imej
Bauerfeind Arch Support : The Searching. Actually. Aktiviti aku banyak hari ni. Tapi aku tulis dua aje ler yang penting-penting aje kan. Yang ni salah satu darinya. Kisahnya. Pagi ni aku ada appointment ngan doktor. Nak kena amik darah. Haishhh. Dah aku gatai gi opis dulu. Pasal aku malas nak beratur tak bersebab katanya. So. Gi opis. Tapau sarap cam biasa. Lepas pantry. Makan. Sambil makan, aku lepak ngan Mus semak takwim. Banyak program nak kena jalan sebab dah nak masuk Oktober kan. Yang pastinya JPMN kena la jalan segala anak pinaknya ni. JPMN, MPS dan Promosi EKSA. Semua dah aku bincang ngan Mus. Ready surat semua. Baru aku gerak ke Mahmoodiah. Whoopps. Sempat layan ustaz azman pasal pengurusan asrama harian. So. Selesai semua. Off I go to mahmoodiah. Alhamdulillah. Ngam ngam dapat parking. Tapi tetap la kena turun tangga dengan sopan santun bak penari inang kan. Sampai ja kat nurse. Soalan pertama je dah selesai semua segala apa yang aku tak jangka. Puasa tak? Of coz la aku

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Doa Memasuki dan Keluar Masjid

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Doa Memasuki dan Keluar Masjid عَنْ أَبِي أُسَيْدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمْ الْمَسْجِدَ فَلْيَقُلْ اللَّهُمَّ افْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ وَإِذَا خَرَجَ فَلْيَقُلْ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ Dari Abu Usaid katanya; Rasulullah SAW bersabda: "jika salah seorang diantara kalian memasuki masjid, bacalah doa (Ya Allah, bukalah pintu-pintu rahmat-Mu)." Dan apabila keluar, hendaknya ia membaca doa (Ya Allah, aku meminta kurnia-Mu)." (HR Muslim No: 1165). Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Antara adab memasuki masjid adalah memasukinya dengan berdoa. 2.  Bacalah doa memasuki masjid: اللَّهُمَّ افْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ (Ya Allah, bukalah pintu-pintu rahmat-Mu) 3.  Adab keluar dari masjid juga diakhiri dengan berdoa: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ (Ya Allah, aku meminta kurnia-Mu) Marilah kita memelihara adab-adab masjid ketika

Sekolah Tun Fatimah : 20170924 Back To STF

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170924 Back To STF. Hari ni tiba masa untuk balik ke STF. Bentan sikit kot kaki aku ni. Rasa sengal sengal gitu. Gatal merayap seharian semalam cari barang iqa. Ingatkan dah setel. Tak jugak. Singgah talent, rasa sayang; malah, Mydin Uda. Layan. Layan. Masuk STF. Ngam ngam. Belakang aku dah berderet kereta. Alhamdulillah. Cepat sikit ja. Dah setel. Sempat nengokkan band punya banner kat depan band room.

Gebooz Gedikz : 20170924 Lepak Santai

Imej
Gebooz Gedikz : 20170924 Lepak Santai. Pergghhh. Santai sungguh dia melepak. Tetambah sejak kebelakangan ni ikut kepala dia aje. Pantang tul orang pegang. Marah tu. Tak bagi keluar. Marah lagi. Melepak terkangkang duduk ok pulak. Pegang. Marah. Apa nak jadi daaa..

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Solat Sunat Tahiyatul Masjid Sebelum Duduk

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Solat Sunat Tahiyatul Masjid Sebelum Duduk عَنْ أَبِي قَتَادَةَ السَّلَمِيِّ  أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمْ الْمَسْجِدَ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يَجْلِسَ Dari Abu Qatadah As Salami, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Jika salah seorang dari kalian masuk masjid, maka hendaklah ia solat dua rakaat sebelum ia duduk." (HR Bukhari No: 425) Status: Hadis Sahih Pengajaran 1.  Masjid adalah rumah Allah yang perlu dipelihara adab dan tatalaku ketika memasukinya. 2.  Pastikan kita memelihara hak masjid apabila kita memasuki masjid iaitu melakukan solat sunat tahiyyatul masjid dua rakaat sebelum duduk. 3.  Rasulullah SAW pernah ketika sedang berkhutbah, mengarahkan seorang sahabat yang masih belum solat sunat tahayatul masjid untuk melakukannya. Peliharalah hak masjid dengan menunaikan solat sunat tahiyatul masjid setiap kali mengunjunginya. #Semarak Ukhuwah Memacu Perubaha

Edisi Mama : Ici dan Iqi

Imej
Edisi Mama : Ici dan Iqi. Himpunan gelagat dua beradik anak jantan ni dari henpon mama. Leh tahan dedua. Layankan aje ler.

And here goes the rest

Imej
And here goes the rest. Pergghhh. Tesco Bukit Indah - Greenpoint Nusa Perintis - Bazar Bukak Bonet Gelang Patah. And. Same story. Paling sayang kat Tesco. Dah dapat. Tapi zip tak sampai atas pulak. Memang takde rezeki tul. Greenpoint pun takde. Apatah lagi Bazar Bukak Bonet. Apa yang dapat? Tapau Yong Tau Fu aje ler. Rezeki hari ni.

Ziarah Hawani

Imej
Ziarah Hawani. Alang-alang dah sampai TUTA, singgah jap rumah ucu. Yang lain lum jumpa lagi si wani lepas dia jatuh patah tangan itu hari. Nampak dah makin OK dah. Ceria ja. Siap main lompat lompat gelongsor lagi sesama. Haisshhh!!!!

Yok Jenjalan : Tasek Central, Taman Ungku Tun Aminah

Imej
Yok Jenjalan : Tasek Central, Taman Ungku Tun Aminah. Misi pencarian diteruskan lagi. Kali ni ke Tasek Central pulak. Dulunya kita cuma tau Plaza Tasek aje. Masuk pun cam biasa. Ikut Plaza Tasek. Sekali sampai depan The Store baru perasan ada jalan baharu ke kanan. Perrghhh... Kawasan yang super luas tuh. Baru sebahagian dah bukak. Kalau dah fully used ni, tak tau la camner rupa meriahnya ni kan. Perrgghhh... Berasap kaki. Yang kebudaks ni sibuk pulak makan aiskrim sementara nunggu mama dengan iqa milih. Dan... Langkah kiri lagi lah.

Yok Jenjalan : Masjid Hajjah Mominbi Ahmad Angullia, Taman Ungku Tun Aminah

Imej
Yok Jenjalan : Masjid Hajjah Mominbi Ahmad Angullia, Taman Ungku Tun Aminah. Singgah jap solat di sini. Lama aku tak singgah sini, sejak tinggalkan Tun Aminah. Dah banyak betul perubahan di kawasan ni, tak terkecuali masjid ni. Banyak tul dia punya improvement. Terbaeekkk!!!!

Yok Jenjalan : Makan Spot, KIP Mart Tampoi

Imej
Yok Jenjalan : Makan Spot, KIP Mart Tampoi. Pagi ni merayap jap. Nak cari pakaian iqa untuk band nite nanti. Target utama pagi ni adalah ... KIP Mart! Harap dapat la jumpa custome yang diingininya. Aku ngan kebudaks lepak aje kat Makan Spot sementara mama dan iqa keluar mencari sekitar KIP Mart. Memula siap lepak lepak aje. Pastu main mainan kat bahagian tepi tu. Bila dah ramai sikit kebudaks mengerumun, kami kasi can la pulak kat deme. Ici paling girang. Tapi. Letak je duit pastu dia lari gi kat tempat lain pulak. Haishhh. Bukan satu, hampir semua gitu. Pastu pakat lepak laya MP4. Kamen Rider W kot. Tak abis abis si inaz ni. Sib baik tak masukkan Ex Aid. Kalau tak. Harus la jerit Kami Redo Mati Ecen Ek tengah tengah orang ramai tu. Orang dah kurang pakat sambung semula main mainan tu sampai la mama sampai. Tak dapat apa yang dihajati. Makan Yee Mee dulu sebelum sambung gerak cari destinasi lain pulak. Susah tul.

HP Mini 110 for Inaz

Imej
HP Mini 110 for Inaz. Actually ni bukan cerita pasal gadjet baharu, tapi yang lama tapi aku masih pakai. Netbook ni aku beli tahun 2009 untuk mama. First of its kind. Dua bulan lepas tu terus keluar yang ada built in bluetooth tak silap aku. Tensen jugak la jap. Apapun. Netbook ni memang still in tip top condition except for the batteries la kan. Semua aku dah set baharu. Dari OS, apps dsb. Before 2015 memang iqa ada pakai. Tapi lepas dia dah pakai iPad memang a bit terbiar netbook nan satu ni. Sekali. Pagi tadi inaz tanya. Bah. Netbook ni boleh pakai lagi tak bah? Of coz la kan. Cuma bergantung penuh pada power la kan. Mesti netbook ni suka hatinya semula. At last. Ada juga yang guna dia semula. Hampir dua tahun tido aje kerjanya. Yihaaa!!! Cayang adik inaz.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Membangun dan Mengimarahkan Masjid

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Membangun dan Mengimarahkan Masjid عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ بَنَى مَسْجِدًا يُذْكَرُ فِيهِ اسْمُ اللَّهِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ Dari Umar Ibnul Khatthab RA ia berkata; Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa membangunkan masjid yang di dalamnya digunakan untuk berzikir kepada Allah, maka Allah akan membangunkan baginya sebuah rumah di syurga." (Sunan Ibnu Majah No: 727) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Allah memberikan ganjaran yang besar kepada sesiapa yang membina masjid dengan ikhlas semata-mata untuk digunakan di dalamnya bagi mengingati Allah. 2.  Orang yang membangunkan masjid ini tergolong dari kalangan pemakmur masjid Allah. Rirman Allah: إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلا اللَّهَ فَعَسَى أُولَئِكَ أَنْ يَكُونُوا

Edisi Mama : Baling on Jun

Imej
Edisi Mama : Baling on Jun. Ni masa balik Baling Jun lepas. Masa Raya Puasa. Banyak gambar wefie dari henpon mama yang masih berbaki. Yang paling best adalah akhirnya dapat jugak nengok gambo jalan berbukit dari Pengkalan Hulu ke Grik yang mama amik tu.

Gebooz Gedikz : Layan Cik Ti

Imej
Gebooz Gedikz : Layan Cik Ti. Tau tau ada atas para dah. Siap ko kalau aku dapat katanya. Kekeke. Bagus jugak si kucen sekor ni. Teruskan usaha ye.

Edisi Mama : Majlis Pelancaran Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) dan Program Motivasi Super Success SK Taman Nusa Perintis 2017

Imej
Edisi Mama : Majlis Pelancaran Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) dan Program Motivasi Super Success SK Taman Nusa Perintis 2017. Ni aku mula nak perkenalkan sub entry baharu. Edisi Mama. Edisi mama ni himpunan foto dari HP Mama yang terlewat masuk ke Dropbox. Hehehe. Gambar wefie ni kami amik masa program inaz 20 Mei yang lepas. Sakan memasing.

Yok Jenjalan : Anjung Neighbourhood Centre, Iskandar Puteri

Imej
Yok Jenjalan : Anjung Neighbourhood Centre, Iskandar Puteri. Jenjalan sini jap ini malam. Si iqa, anis dan syikin katanya nak cari barang sikit. Layan aje ler. Mama and the girl gi Mydin. Aku lepak melahu je kat kawasan luar. The whole area dikenali dengan nama Anjung Neighbourhood Centre. Dulu Anjung ni orang tau ada Mydin aje. Kena pulak hari Jemaat macam hari ni, ada Bazar Anjung gitu sampai jam 10 malam. Busker pun ada. Lepak lepak aje ler amik angin malam santai bersama pengunjung lain yang turut sama kat depan signage ni. Hehehe. Setel. Sempat aku snap snap foto selaku google guide yang komited. Kui kui kui. Foto akan melibatkan 3 kualiti berbeza yang memberi makna aku guna 3 jenis kamera malam ni ye.

Banner Semangat The Making

Imej
Banner Semangat The Making. Dah musim nak periksa periksa ni, mula la projek banner semangat ni naik. Hehehe. Ingat tahun lepas. Tahun ni punya dah mula iqa gerak dah. Anis ngan syikin pun buat jugak. Meriah sungguh. Aku tanya. Buat selimut ke gapo. Yang si iqa penuh tul ngan tulisan motivasi dia. Meriah habis macam biasa!

Our Home Project : Making it 3D

Imej
Our Home Project : Making it 3D. Actually. Ni part yang paling aku suka. Kalau ikut. Pakai photoshop pun boleh aku buat. Tapi. Aku nak kelainan sikit. Nak la merasa cam geng geng arkitek buat kan. Hak hak hak. Browse. Cam aku nak pakai Sweet Home 3D ler. Nampak cun. Download. Install. Sekali. Tak compatible pulak dengan kad grafik. Cis. Nak tak nak. Kena la pakai SketchUp Pro. Belasah aje ler. Godak godak. Slow slow buat. Penuh dengan garisan ukuran aje. Hahaha. Tapi. Dapat la setel. Print semua hasil. Syok sikit borak. Dah lebih nampak real kan. Sekali aku meronda semula. Haiya. Ada Sweet Home 3D meh. Haishhh...

Our Home Project : Perbincangan Awal

Imej
Our Home Project : Perbincangan Awal. Hmmm. Lama jugak tergendala kan. Pagi ni baru dapat duduk sekali balik. Mama asyik dok suruh aku lukis. Nak lukis mender kalau satu apa pun aku tak tau. Cerita. Bincang. Jot. What-so-ever. Baru ler aku dapat lukis kan. Hahaha. Lepak ngan Sarip pagi ni. Bincang-bincang. Dapat drawing simple-simple aje. Tapi. Quite ok la tu kan untuk aku mula step seterusnya. Lining semula. Macam biasa. Aku pakai excel aje dulu. Eleh. Geng teknikal aku dulu pakai Paint je kot. Lagi ganas, Setel. Print. Sambung bincang. Aku perkemas balik. La ni tengah tunggu software siap download. Nak terus visualise kan. Kekeke. Tunggu.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Hijrah Kepada Yang Lebih Baik

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Hijrah Kepada Yang Lebih Baik عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ Dari Abdullah bin Amru dari Nabi SAW, bersabda: "Seorang muslim adalah orang yang Kaum Muslimin selamat dari lisan dan tangannya, dan seorang Muhajir adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah " (HR Bukhari No: 9) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Muslim yang sempurna adalah seorang yang sentiasa sejahtera kepada orang Islam lain (sentiasa  selamat dari gangguan lisan dan tangannya seperti umpatan, fitnah, adu domba dan lain-lain). 2.  Seseorang yang mempunyai iman yang sempurna akan mendorong pemiliknya untuk melaksanakan hak-hak iman. Di antara hak-hak iman adalah: Menjaga amanah, jujur dalam bermuamalah, dan menahan diri dari berbuat zalim terhadap manusia da

EKSA JPN Johor : The new looks draft

Imej
EKSA JPN Johor : The new looks draft. Jangan tanya apsal aku tetiba ja buat design pepagi buta ni. Terbangun. Denyut lebih pulak kat kaki tu. Haishhh! Terus tokleh tido. Dari aku dok terkelip kelip je mata nunggu pagi, baik gi draf something. Actually. Aku tengah dok fikir pasal ada dua benda baharu yang kami sedang usahakan. Satunya of coz la t-shirt baru tu. Buat la sikit templet ala ala abstract gitu. Sekali fikir. Aku terus perkenalkan sekali our new improve logo dengan design abstract warna baju tu aje kan. War cry 'Kami Komited!" jangan lupa yer. Hehehe. Simple scratch scratch aje. Idea kan tak datang melayang. Apa masuk, kasi belasah dulu. Hmmm... nak buat apa lagi yerk. Baru kul 4 pagi n mata of coz dah lepas zon tido. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #pho