Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2017

Sekolah Tun Fatimah : 20170729 Back To STF

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170729 Back To STF. Hari ni hantar Iqa ke STF. Singgah ke Talent Bookstore dulu cari barang Iqa dan buku UPKK Inaz. Iqa nyer selesai, Inaz punya tak setel lagi. Gerak terus ke STF. Lepak jap borak-borak. Nganto Iqa ke Surau. Sekali bas STF baru sampai. Hmmm.. Layan la jap. Snap sana sini la jadinya. Pastu. Gerak ke Angsana. Nak setelkan hutang ngan Inaz. Alhamdulillah. Jumpa jugak buku dia kat sini.

Back To Nature 2017 : 20170622 On the way to nature

Imej
Back To Nature 2017 : 20170622 On the way to nature. 22 Jun. 11.15 malam. Kami mula gerak pulang ke kampung. Perjalanan sangat smooth. 2.48 pagi singgah di R&R Rawang untuk isi semula tangki. Aku taknak amik risiko selepas mula masuk ke Perak. 3.33 pagi. Jem pertama bermula. Mana lagi kalau bukan di Slim River. Daripada 3 lane kepada 2 lane. Selepas tu lancar semula. Teruskan lagi. Kali ni di Gua Tempurung. Kawasan mendaki. Kami sahur dalam kereta aje. Singgah di R&R Simpang Pulai. Ngam ngam masuk waktu Subuh. Berenti untuk subuh di sini. Orang memang ramai. Meriah. Tiga kali aku gi surau. Kali ketiga baru nampak ada peluang untuk masuk. Selesai. Teruskan semula perjalanan. Lancar sampai ke Kuala Kangsar. Masuk ke jalan lama untuk meneruskan perjalanan ke Baling thru Grik. Sangat lancar. Sampai di Baling jam 9.38 pagi. Alhamdulillah. Mana aku tau masa ni semua in exact? Guna la dropbox. Semua fail yang ditarik masuk direname mengikut format tarikh dan masa. Hehehe. Gunakan t

A simple birthday celebration

Imej
A simple birthday celebration. 22 Jun. Kek birthday mama beli semalam kat AEON Bukit Indah semalamnya. Malam tu dah nak balik ke Baling. Aku tak dapat pulak nak tido seperti dirancang. Alhamdulillah. Lepas terawih dan witir, dapat jugak aku lelapkan mata. Dalam jam 10.45 malam, mama kejutkan. Mandi. Fresh. Terus buat simple potong birthday cake. Dah tiga untuk Jun; aku, inaz dan gebooz. Paling seronok si inaz malam ni. Setel ja around 11 malam. A right time untuk aku memulakan pemanduan aku pulang ke kampung.

Double Birthday : Inaz 11 tahun, Gebooz 1 tahun

Imej
Double Birthday : Inaz 11 tahun, Gebooz 1 tahun. 22 Jun. Syafinaz genap 11 tahun. Gebooz pulak 1 tahun. Sebab tak tahu bila Gebooz lahir, disamakan tarikh lahirnya dengan tuannya, Inaz. Lebih kurang la tu. Dia kan kucing pungut aje. Selamat hari jadi pada both.

Gelang Patah Bunga Api Raya Getaway

Imej
Gelang Patah Bunga Api Raya Getaway. 21 Jun. Malam esoknya dah nak gerak balik ke kampung. Malam tu kita belasah dulu main bunga api. Lama simpan hajat tu. Ici dah makin berani main bunga api. Kerjanya nak minta bunga api aje.

Yok Jenjalan : AEON Bukit Indah

Imej
Yok Jenjalan : AEON Bukit Indah. 21 Jun. Layan mama jap. Nak meronda cari barang untuk raya katanya. Ni posting lama ye. Aku lepak aje ngan Ici nunggu mama.

Jenjalan Cari Makan : Restoren Azinur, Skudai

Imej
Jenjalan Cari Makan : Restoren Azinur, Skudai. 24 Julai lepas sempat merayap ke Skudai dengan Mus dan Adi. Sibuk pulak nak ajak makan kat Azinur. Tapi memang marbeles la kan. Ayam goreng sama kuah kari kegemaran aku ler. Barisan. Cam biasa la. Cuma. Kalau nak bungkus, masuk la ke dalam untuk barisan orang makan kat situ. Barisan luar memang untuk orang yang tapau aje.

Sekolah Menengah Kebangsaan Medini : 20170722 Bengkel Matematik SPM 2017

Imej
Sekolah Menengah Kebangsaan Medini : 20170722 Bengkel Matematik SPM 2017. 22 Julai. Neman mama bawak anak murid dia. Ada karnival gitu kat sekolah. Sempat ronda-ronda sekeliling Medini. Wah. Lama tul aku tak ikut jalan dalam ni. Memacam dah naik dari Medini ke Kota Iskandar. Masa nak balik sempat jumpa Kak Su. Maini je tak jumpa. Kekeke. Yang bestnya. Sakit kaki + bengkak pun sibuk meronda lagi kan. Sib baik kaki kiri tu.

Sekolah Tun Fatimah : 20170721 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170721 Lawatan Hujung Minggu. 21 Jun. Macam biasa. Melawat Iqa. Hmmm. Lepas ni tak payah beli maggi lagi dah. Dah diharamkan. Makan lunch bersama. Dalam kereta. Kekeke.

Masjid Jamek Gelang Patah : 20170721

Imej
Masjid Jamek Gelang Patah : 20170721. Dah makin jelas kelihatan rupa baharunya.

Perhimpunan Bulanan Bil.6/2017 Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Imej
Perhimpunan Bulanan Bil.6/2017 Jabatan Pendidikan Negeri Johor. 20 Jun. Lagi edisi lepas yang baru aku keluarkan. Hehehe. Diurusetiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor.

Yok Jenjalan : JOM! @ Anjung

Imej
Yok Jenjalan : JOM! @ Anjung. 29 Julai. Semalam. Lepak cam biasa kat Anjung. Main taman mainan kata Ici. Seronok la dia main dengan Angah. Paling banyak dia angkat tangan buat peace dan soh aku amik gambo dia. Sempat nyinggah beli Kacang Pool. Iqi nak chicken chop. Tapi dia cuma buat lepas Jumaat katanya. Biasanya memang mula jam 12 tengahari.

Majlis Iftar dan Makan Malam Timbalan Menteri Pendidikan I bersama warga JPN Johor

Imej
Majlis Iftar dan Makan Malam Timbalan Menteri Pendidikan I bersama warga JPN Johor. 18 Jun. Majlis dilaksanakan di Pusat Kokurikulum Negeri Johor. Terbaeekkk!!!!

Audit Pengurusan Data Rasmi Daerah : PPD Tangkak

Imej
Audit Pengurusan Data Rasmi Daerah : PPD Tangkak. 19 Jun. Semakan dilaksanakan untuk pengurusan data mengikut Prosedur Operasi Standard Sistem Pengurusan Sekolah 2.1. Alhamdulillah. Semua dilaksanakan mengikut ketetapan. Tahniah pada team PPD Tangkak atas kerjasama dan tindakan yang dilaksanakan dalam memastikan maklumat berkualiti melalui pengurusan data yang baik.

Gebooz Gedikz : Siri prep untuk ke Klinik Haiwan

Imej
Gebooz Gedikz : Siri prep untuk ke Klinik Haiwan. Hari tu aku dah call klinik. Book slot untuk sesi sunat Gebooz ni. Dapat hari Jumaat. Pagi. So. Kena puasa dari 8:30 malam Khamis tu. Cian dia. Meow meow sepanjang malam. Hehehe. Paginya terus angah masukkan dalam beg kucen dia. Monyok je muka. Mesti dia pikir semua tak sayang dia barangkali. Bawak kuar. Sempat kawan dia sapa dan cuba kuarkan. Kucen kucen. Walaupun binatang, nampak dia punya kasih sayang tu. Sampai klinik. Register. Borak sikit sikit. Babai Booz. Jumpa petang ni.

Karnival Matematik PlaySmart Johor Bahru 2017

Imej
Karnival Matematik PlaySmart Johor Bahru 2017. Karnival Matematik kini kembali dengan pelbagai aktiviti menarik untuk disertai. Yok ke Petrosains PlaySmart JB sempena Karnival Matematik 2017 khusus untuk anda seisi keluarga! Masuk adalah PERCUMA! Bermula 28 hingga 30 Julai 2017 dari 10 pagi - 5 petang. Klik di sini untuk maklumat lanjut: http://www.petrosains.com.my/playsmart/programs.html Aku masih dok study masa dan ketika untuk bawak the kebudaks. Nak cari yang terbaeekkk!!!! untuk semua. Jom tengok jadual dia.

Hari Terbuka Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Perintis

Imej
Hari Terbuka Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Perintis. 18 Jun. Masuk semula cerita lama sikit. Hari terbuka iqi dan angah. Ada banyak improvement kena upkan terutama untuk matematik. Selesai di sekolah kebangsaan, terus gerak ke sekolah agama pulak. Alhamdulillah. Angah kena banyak workout ni. Nak UPKK lagi pulak tu. Sempat singgah pejabat pos untuk hantar kad raya sebelum gerak balik ke opis.

Jenjalan Cari Makan : Nasi Ambeng Mat Corner, Bandar Baru Uda

Imej
Jenjalan Cari Makan : Nasi Ambeng Mat Corner, Bandar Baru Uda. 25 Julai. Lunch hour. Pakat keluar reramai gi sini. Line macam biasa la. Harga memang OK. RM6 untuk nasi ambeng + ayam. Patut try daging + ayam for RM7.50. Masa balik sempat merayap dan senap senap picas on the way back. Dari Klinik Veterinar sampai la ke vida height. Kalau tak silap la namanya tu.

GOJES 2017 - GEGs of JOHOR EDUCATION SUMMIT 2017

Imej
GOJES 2017 - GEGs of JOHOR EDUCATION SUMMIT 2017. Minat? Apo laie. Gi ler daftar kat link yang diberi tu. Jumpa anda di sana! Winter is here! Oh, and GoJES S3 (GEGs of JOHOR EDUCATION SUMMIT 2017) IS ALSO HERE! Yep, this year, we will be having our third education summit as early as AUGUST 27-28th. Why so early? Well, winter is coming.. or is it here already?.. wait, we're not really sure which but we're very excited for Game of Thrones.. and ALSO, a 2 day education summit featuring all sorts of technology in education, inspiring stories and best teaching practices for your classroom and beyond! So register your attendance at GG.GG/GOJES2017REG , mark your calendars, and rejoin us at BTPN Johor, Skudai this August! Best of all, like the Wildlings in the North, this event is FREE! (Okay, last Game of Thrones reference, we promise) If you're still in doubt, check this space in a week's time as we will be launching the official summit website right soon! Looki

Bahan Terbaik untuk UPSR

Imej
Bahan Terbaik untuk UPSR. Ada yang kongsikan tadi. Rasanya elok juga disebarkan terutama pada yang akan ambil UPSR tahun ni. Boleh la buat ulangkaji kan. Sebarkan kepada rakan anda sekarang. Bahan Terbaik UPSR yang dikumpulan daripada pelbagai sumber. Terima kasih tidak terhingga diucapkan pada guru dan pihak yang terlibat dalam perkongsian ini. Keseluruhan Soalan sebenar UPSR 2016 - Muaturun Format Baru UPSR 2016 (DIDIK) -  Muaturun Bahan Kecemerlangan UPSR Terengganu -  Muaturun Nota UPSR - Muaturun Bank soalan percubaan UPSR 2016 seluruh Malaysia - Muaturun Bahan Latih Tubi Gerak Gempur UPSR -  Bahasa Inggeris  |  Sains  |  Bahasa Melayu Bahasa Melayu Modul UPSR Skor A  Bahasa Melayu  -  Muaturun 74 contoh karangan  Bahasa Melayu Penulisan  UPSR -  Muaturun Modul  Bahasa Melayu Penulisan   pasti A Pahang -  Muaturun Modul Cemerlang  Bahasa Melayu  UPSR -  Muaturun Modul Latihan  Bahasa Melayu  UPSR Pulau Pinang -  Muaturun Bahasa Melayu Penulisan  : Teknik me

JOM SERTAI PERTANDINGAN INSTAGRAM MERDEKA 2017 (FOTO DAN VIDEO) #IM60 #NEGARAKUMALAYSIA

Imej
JOM SERTAI PERTANDINGAN INSTAGRAM MERDEKA 2017 (FOTO DAN VIDEO) #IM60 #NEGARAKUMALAYSIA Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2017, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), akan menganjurkan Pertandingan Instagram Merdeka 2017 (Foto dan Video) yang bertujuan:- Memaparkan gelagat sehati sejiwa dan rasa cinta rakyat Malaysia dalam menyambut Hari Kebangsaan Tahun 2016 dengan penuh patriotisme. Meningkatkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia melalui aplikasi instagram; Menjalin hubungan dengan golongan muda dan menggalakkan penglibatan golongan muda *TN50) untuk menyemarakkan lagi semangat patriotisme Majlis pelancaran pertandingan telah disempurnakan oleh YB. Dato' Razali Hj.Ibrahim , Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 17 April 2017 bertempat di Auditorium Perdan Siswa, Universiti Malaya yang turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi, Ketua

Sekolah Tun Fatimah : 20170617 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170617 Lawatan Hujung Minggu. Sempat singgah Angsana dulu beli apa yang patut. Sambil sambil mama shopping untuk raya. Sampai STF. Iqa bagi something. Hehehe. Seperti dapat diagak dari awal. Khas untuk abah katanya. Cute. On the way back sengaja lalu tol. Topup kat Touch n' Go. Lepas ni dah perintah berkurung tokleh topup kat tol masa raya. Hahaha. Sekali kad tak boleh pakai. Ni la masalah ada dua kereta dua kad ni. Dah tak tau yang mana yang tak pernah guna lebih setahun. Bila jadi gitu kad akan deactivate. Sib baik ada IC yang dah ada function TnG. Topup ke IC aje ler.

Majlis Agihan Bubur Lambuk Maggi

Imej
Majlis Agihan Bubur Lambuk Maggi. 15 Jun. Terima kasih Maggi sudi menaja bahan-bahan. Terima kasih SPK dan team Pusat Kokurikulum yang menjadi urusetia, dari memasak sampai mengedar. Memang terbaeekkk!!!! Dengar ja pengumuman terus turun ke lobi utama. Bukan sibuk nak amik bubur tu sangat pun. Nak rebut moment pengagihan sebenarnya. Amik. Tanya siapa nak. Semua pakat tak nak. En Khairul bawak la balik. Makan ngan famili. Hmmm... mana ada yang makannya kalau dah rasa daging. Hehehe. Sayang tul.

Program Pembudayaan Al-Quran : Ceramah Ramadan 15 Jun

Imej
Program Pembudayaan Al-Quran : Ceramah Ramadan. 15 Jun. Nampaknya. Baru la masuk satu satu posting bersawang ni. Baru lepas dari kesibukan katanya. Hehehe. Ceramah Ramadan berikutnya. Layan.

Garis Panduan Nilai dan Etika Penggunaan Media Sosial bagi Guru dan Murid

Imej
Garis Panduan Nilai dan Etika Penggunaan Media Sosial bagi Guru dan Murid. Hari ni baru rasa tenang sikit. Tenang untuk share dalam blog. Last projek untuk setakat ni dah clear. Tu nanti aku share ye. Hehehe. Buat masa ni aku nak ulas pasal antara projek yang baru masuk minggu lepas. Yup. Pasal Garis Panduan baharu ni. Actually. Ni dah kali kedua dalam masa terdekat ni keluar garis panduan berkenaan Media Sosial ni. Pasal dah kali kedua buat infografik berkenaan media sosial ni. Tahun lepas dari MAMPU. Khas untuk semua kakitangan awam. Kali ni terus pada Guru dan Murid. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/2017. Jelas disini betapa seriusnya kementerian dalam memastikan nilai dan etika penggunaan dikawalselia dengan baik oleh warga pendidikan. Projek ni aku dah mula awal. Ketika mana keputusan dalam JPICT minggu lepas yang mengarahkan secara terus SPI ini dipanjangkan pada semua sekolah dan PPD negeri Johor, dalam bentuk yang paling senang untuk difahami. Terus aje buat. Baca. Kaji. Ca

Ziarah Kasih Menteri Pendidikan : Muar

Imej
Ziarah Kasih Menteri Pendidikan : Muar. Majlis ziarah ke rumah pesara guru di sekitar Muar. Di sambung dengan Majlis Berbuka Puasa di Dewan Tun Sulaiman Ninam Shah. Wakili KS ke Muar. Kami bersama dengan YB Razali melawat pesara guru di sekitar Muar. Sebak juga di dada. Sempat melawat 3 buah rumah sebelum gerak ke Dewan untuk majlis berbuka puasa. Tak sangka jumpa ramai kenalan, samada di kementerian mahupun negeri. Seronok juga dapat bersama gini.

Majlis Penghargaan Pelajar Praktikal Sektor Pengurusan Maklumat 2017 : Shima

Imej
Majlis Penghargaan Pelajar Praktikal Sektor Pengurusan Maklumat 2017 : Shima. 12 Jun. Hehehe. Sebulan lebih baru nak reti hapdet. Sori ye rerakan pengunjung semua. Sibuk melanda. Kononnya lah kan. Tahniah dan terima kasih sepanjang sesi di SPMICT.

Memori Fisioterapi

Imej
Memori Fisioterapi. 11 Jun. Memang teruk tul selsema dan pening aku. Maybe baru nak terasa kesan lama berkurung dalam kereta semalamnya. Kes jem teruk depan Angsana tu la. Petangnya terus lepak kat Klinik 1Malaysia. Selongkar punya selongkar, terjumpa la pulak kad appointment fisio aku yang lepas. Dapat la dua kali gi. Nak masuk kali ketiga, dah masuk wad sebelumnya. Abis gitu aje. Aku pun dah tak pergi susul dah pun. Haish... Memori sungguh ni.

Jalan Beraya Edisi Johor

Imej
Jalan Beraya Edisi Johor. 28 Jun. Balik ja Gelang Patah mula la edisi beraya kat sini pulak. Belen beberapa hari ja sebelum sekolah bukak semula. Pagi melepak ngan Gebooz dulu. Lepas Zohor baru mula merayap. Rumah nek yang, atuk ngah, atuk long. Pastu terus shoot ke rumah nenek wi. Nengok baby baharu mak su timah. Singgah Rainbow jap cari angah punya plaster of paris untuk projek dia. Pastu sambung ke HSA. Setel situ. Singgah pantai jap senap senap picas. Baru balik rumah. Paling suka adalah si angah. Sebab dah dapat plaster of paris dia. Terus setelkan projek dia on the dot.

Back to Gelang Patah

Imej
Back to Gelang Patah. 27 Jun. Bertolak awal dari Baling. 7.30 pagi gerak dari rumah tok wan. Seperti biasa. Lalu jalan Pengkalan Hulu - Gerik - Kuala Kangsar sebelum masuk ke Highway PLUS. Alhamdulillah sampai di Dengkil jam 12 tengahari untuk lunch. Gerak lagi sebelum berhenti sekali lagi di Ayer Keroh untuk cari buah tangan. Sampai di Gelang Patah jam 5.20 petang. Alhamdulillah. Perjalanan sangat lancar.

Lawatan Ladang Lembu Pak Cik

Imej
Lawatan Ladang Lembu Pak Cik. 26 Jun. Sikit sikit kita masukkan ye aktiviti kebudaks ni masa kat kampung itu hari. Sempat ke kandang lembu pak cik sebelum balik ke Gelang Patah. Sebelum pergi memasing esken tul. Sampai kat sana. Memasing menikus. Tak berani nak pi dekat. Kekeke.

Sekolah Tun Fatimah : 20170707 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170707 Lawatan Hujung Minggu. Selesai urusan di Kluang, macam biasa terus ke STF. Bawak food dan barang yang dipesan. Borak. Makan makan. Dan tambah sikit. Snap snap sini sana. Kekeke. Ni semua si Mus punya bahana la ni. Google Local Guide katanya.

Belasungkawa Pak Cik Salahuddin Md Lazim

Imej
Belasungkawa Pak Cik Salahuddin Md Lazim. Semalam ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom kat Kluang. Ziarah sepupu abah, Pak Cik Din. Masa raya dia datang beraya. Raya pertama. Jalannya agak pelik. Aku tanya. Dia kata baru lepas minor stroke. Banyak bergambar raya hari tu dengan famili. Masa nak balik aku sempat tegur. Kenapa pakcik nak drive. Tadi bukanka anak yang bawa. Dia senyum ja. Semalam datang ziarah. Penuh mesej pasal dia masuk ward. Rupanya dari hari Selasa warded. Saluran darah ke otak dah pecah. Darah beku hampir separuh otak. Borak ngan mak cik Zie. Dah tak boleh buat apa kata doktor. Cuma kata sebarang perkembangan maklum la kat aku. Lepas tu gerak ke STF melawat Iqa. Balik rumah. Tertido. Penat. Sekali lewat petang masuk mesej. Pak Cik Zie dah takde. Jam 2.45 petang. Kebumi lepas maghrib. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh.

Pesta Buku MABOPA 2017

Imej
Pesta Buku MABOPA 2017. Jom ramai-ramai. Dari 26 hingga 30 Julai 2017 bertempat di MAEPS Serdang. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2018/ 2019

Imej
PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2018/ 2019 Calon SPM 2017 adalah dipelawa memohon kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia bagi sesi pengajian 2018/ 2019 mulai 1 Julai 2017. Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 November 2017. Sila layari : https://matrikulasi.moe.gov.my/ --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Bengkel Media Sosial JPN Johor 2017

Imej
Bengkel Media Sosial JPN Johor 2017. 11 Jun. Bengkel khas ni dilaksanakan bagi memastikan penyampaian yang lebih baik menerusi media sosial rasmi jabatan melalui semua sektor. Alhamdulillah. Semoga penyampaian lebih meluas dapat dilaksanakan menerusi media alternatif.

Pendaftaran SEKOLAH AGAMA KERAJAAN NEGERI JOHOR DARJAH 1 bagi sesi 2018

Imej
Pendaftaran SEKOLAH AGAMA KERAJAAN NEGERI JOHOR DARJAH 1 bagi sesi 2018 telah dibuka bermula daripada 1 Julai hingga 31 Oktober 2017. Pendaftaran boleh dibuat di Sekolah Agama pilihan masing-masing. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Salam Aidilfitri 2017

Imej
Salam Aidilfitri 2017. Dah masuk hari ketujuh Syawal, baru aku perasan yang aku tak tulis apa apa kat blog pasal raya ni. Haishhh... Asyik dok tumpu pada FB dan media sosial lain aje. So. Pada raya ketujuh ni, rasanya masih belum terlambat untuk diucapkan : Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua pengunjung blog ini. Harap ampun dan maaf sekiranya ada posting yang mengguris perasaan. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Sekolah Tun Fatimah : 20170701 Kembali ke STF

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170701 Kembali ke STF. Hari ni dah tiba masa untuk kembali semula ke STF setelah cuti hari raya selama seminggu. Sempat ke rumah mama Jannah dan pak long Izzat sebelum gerak ke JB. Singgah jap Angsana untuk jajan dan Domino menapau pizza. Good luck Iqa.

Klinik Pergigian Gelang Patah : 20170701 Iqi first dentist experience

Imej
Klinik Pergigian Gelang Patah : 20170701 Iqi first dentist experience. Semalam keluar ke Nusa Perintis. Klinik gigi. Pesakit agak ramai. Pembantu doktor suruh datang semula jam 6.00 petang. Sekali. Dalam 5 lebih, dia call semula. Doktor cakap tak sempat. Suruh datang semula hari Sabtu. First in the list. So. Hari ni jam 10 kami dah sampai. Tunggu doktor jap. Iqi dipanggil masuk. Aku lepak luar aje. Hero le katakan. Sekali dalam beberapa minit. Pembantu doktor suruh aku masuk. Alamak. Anak hero dah takut. Taknak buka mulut. Ni baru nak bius jer ni. Terpaksa la duduk kat sisi. At last dia bukak jugak mulut. Tapi hanya dapat bius untuk satu gigi aje sebab iqi dah mula menjerit tak nak. Masak ni. Ngan aku pun dah mula berpinau. Keluar. Masuk tandas. Cuci muka sendiri yang dah mula rasa kebas. Memang aku dah kenoning dah tadi. Lepak semula kat ruang menunggu. Ubat bius dah mula berkesan. Iqi asyik ngomen tak rasa mulut dia. Kekeke. Jenuh pujuk untuk masuk semula ni. Sampai turn. Dah masu

Yok Jenjalan : 20170629 Mydin Anjung Nusajaya

Imej
Yok Jenjalan : 20170629 Mydin Anjung Nusajaya. Setel pencarian kasut di Angsana, baru kami gerak ke Mydin untuk belanja bulan. Cam biasa. Aku lepak luar aje. Kat taman permainan. Bukan main suka lagi si Ici. Lari sana sini. Pastu pakat nak ke tandas. Semua pakat gerak sama. Apalagi. Sempat meronda dulu snap snap picas sebelum balik semula ke taman mainan. Cun jugak sini. Baru perasan ada kacang pool. Ntah la. Ramai pulak yang ngoder. Tapi aku rasa bukan yang haji punya ni. Sambung main semula sampai mama dan Iqa setel berbelanja. Sempat posing lagi sebelum gerak pulang. Suka tul hati si Ici hari ni.

Tadarus Al Quran JPN Johor : 20170611 SPMICT Done!

Imej
Tadarus Al Quran JPN Johor : 20170611 SPMICT Done! Sepanjang bulan Ramadan kali ni kami bertadarus. Kali ni a bit beza dengan tahun tahun sebelum. Setiap sektor akan ada ustaz pembimbing dari Sektor Pendidikan Islam. Kami dapat Ustaz Hanafi selaku pembimbing. Memang terbaeekkk!!!! perancangan tahun ni. Setiap pagi kami akan duduk sama bertadarus sehingga lengkap semua membaca. Alhamdulillah. 11 Jun selesai surah yang diberikan. Terima kasih atas bimbingan. Tahun depan kita bertemu lagi. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Sekolah Tun Fatimah : 20170610 Kembali ke STF

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170610 Kembali ke STF. Ni bukti utama menunjukkan punya la lama aku nak ngapdet blog sejak kebelakangan ni. Hari ni dah nak kembali semula ke STF. Aku baru update yang 3 minggu lepas punya kembali daa... Hahaha. Luar jangka sikit yang ni. Memula ke Mydin untuk beli food. Lepas tu ke Angsana. Dalam cuaca yang agak tak best. Ditambah pulak dengan trafik yang pun tak best. Memang masak ler kitaorang dalam kereta. Sangkut dekat dua jam jugak. Adesss. Hantar iqa. Balik. Sekali petang iqa call. Projek sains tertinggal daa... Sebesar alam bendanya. Tertinggal elok ja atas katil kat bilik dia. Return semula ke STF malamnya. Lepas hantar terus isi minyak. Perghhh... Leh tahan hari tu. Esoknya terus demam selsema. Nasib nasib.

Hasil Contengan Ziqri

Imej
Hasil Contengan Ziqri. 6 Jun. Iqi memang suka melukis. Pantang lepa. Atas kertas. Atas whiteboard. Atas dinding (!!?!?). Nanti aku nak hantar beberapa hasil kerja dia ke majalah. Manalah tahu kan.