Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2018

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Negeri JPN Johor Bil.1/2018

Imej
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Negeri JPN Johor Bil.1/2018. Alhamdulillah. Selesai mesyuarat bil.1 bagi tahun 2018 dengan banyak keputusan yang memerlukan perubahan yang drastik. Dari Guru Data, Kaedah Pemantauan dan banyak lagi. Asalnya hanya 5 perkara yang akan dibincangkan, tapi disebabkan penundaan berlaku selepas mesyuarat MAP kebangsaan, 2 lagi perkara dimasukkan dan 4 perkara diperincikan lagi selaras dengan rumusan MAP yang lepas. Semoga pengurusan data Johor akan bertambah baik dengan perubahan yang bakal kita laksanakan kelak. All the best and be the best! Aku pakai gambo dalam group aje ler. Tumpuan penuh pada agenda dan menjawab persoalan yang timbul aje sepanjang mesyuarat. :)

Masjid An-Nur, Larkin Sentral : 20180223

Imej
Masjid An-Nur, Larkin Sentral : 20180223. Dapat solat jumaat di sini hari tu. Alhamdulillah. Ada ceramah sebelum jumaat. Terbaeekkk!!!!

Latihan Bicara Berirama Inaz

Imej
Latihan Bicara Berirama Inaz. Pergrrhh. Dua kali inaz kejut aku pagi Jemaat tu. Aku sendiri dah lupa pasal latihan dia. Memang balik dari Putrajaya terus lalok. Selsema dan pening teruk. Sampai ke la tu. Cuma a bit kurang banding jemaat tu. Apa pun. Pagi tu juga patutnya angah terlibat ngan kem UPSR tapi sebab nak get ready untuk pertandingan pada Sabtunya, semua terpaksa kensel. Apapun. Good luck pada angah. All the best and be the best!

Home Sweet Home Renovation : 20180222 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation : 20180222 Progress. Mozek dah makin meluas ke serata rumah.

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.1 tahun 2018

Imej
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.1 tahun 2018. Alhamdulillah. Selesai sudah mesyuarat 3 hari di E8 Putrajaya. Kurang sikit stress berbanding masa dedolu yang mana kami bermesyuarat penuh dari pagi sampai ke malam selama 3 hari. Tu pun. Aku pening kepala dan selsema teruk ketika sampai ke rumah dari Putrajaya petang Khamis tu. Kali ni memang padat dengan cerita-cerita serba baharu terutama dari segi pembaharuan kaedah. Kebanyakannya telah beralih sepenuhnya secara atas talian dengan platform yang lebih stabil. Cuma. Aku kena perah otak semula macam mana nak gayakan bersesuaian dengan kekuatan negeri nanti. Tarikh tarikh mesyuarat MAP dan JPMK yang bakal tiba juga turut dipaparkan menunjukkan komitmen dan iltizam yang lebih perlu kami kerah bagi sepanjang tahun 2018. All the best and be the best untuk semua!

Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2018/ 2019

Imej
Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2018/ 2019. Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM) membuka semula permohonan ke Program Matrikulasi KPM bagi bermula 19 Februari 2018 hingga 18 Mac 2018. Permohonan ini hanya untuk murid yang telah menduduki SPM 2017 sahaja. Pemohon boleh membeli No. Pengenalan Individu (NPI) lima (5) digit di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran RM10.06 (Ringgit Malaysia Sepuluh dan sen enam Sahaja) termasuk GST dengan menggunakan No. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang digunakan untuk mendaftar masuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2017 dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). NPI turut boleh dibeli mulai 19 Feb. 2018 hingga 18 Mac 2018. Lanjutan daripada perkara tersebut, pelajar SPM tahun 2017 yang telah membuat permohonan sebelum 24 Disember 2017 boleh mengemas kini maklumat melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu www.moe.gov.my atau https://matrikulasi.moe.gov

Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah KPM Tahun 2019

Imej
Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah KPM Tahun 2019 dibuka secara dalam talian melalui  https://eprasekolah.moe.gov.my/ bermula 1 Mac 2018 hingga 30 April 2018. Permohonan juga dapat dibuat secara manual melalui sekolah bermula 1 Mac 2018 hingga 31 Mei 2018. Syarat kelayakan kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2013 hingga 15 Januari 2015 --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Pistol Mainan Bazar Karat Ici

Imej
Pistol Mainan Bazar Karat Ici. Semalam beli pistol ni. Sebelum ni dia beli pak atan sampai dua biji, abang dia beli pistol. Dah ngamuk nak main pistol juga. Semalam kesempatan yang dia tak lepaskan. Terus pegang pistol. RM15 jugak tu. Sibuk la dia main sampai pagi. Sekali bangun pagi dah tak bunyi. Haissshh. Tukar bateri pun tak boleh jugak. Malam tadi baru ada kesempatan nak tengok semula. Godak punya godak. Terperasan ada satu wayar kuning tak bersambung. Godak lagi rupanya dia pakai 3 biji bateri AA. Takpe. Godak wayar dulu. Sambung ke penyambung bateri dan... terus bunyi tak berhenti. OK. So maknanya wayar ni sepatutnya di belakang penyambung. Kikis sikit dan masukkan kat belakang. Tekan punat. Yesss... Wayar ni aje la puncanya. Sambung balik la main pistol sampai mama kata semua orang nak ngaji la. Kekeke.

Gebooz Gedikz : 20180219 Mat Bunga

Imej
Gebooz Gedikz : 20180219 Mat Bunga. Boleh pulak dia gi dok melepak tepi bunga. Enjoy pulak tu. Mama kata dah leh wat hantaran dah ni. Aku kata apsal ko nak membunga ni haaa!

Sekolah Tun Fatimah : 20180219 Back To School

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20180219 Back To School. Hari ni amik cuti. Nak hantar iqa balik ke asrama. Opis semua dah kerja hari ni. Sekolah aje masih cuti. So. Kena la amik cuti kan. Ici cam biasa. Masuk kereta ja terus lentok. Kekeke. Masuk kereta untuk tido aje la. Nampaknya macam kena amik cuti lagi sekali ni. 15 Mac ada Hari Terbuka dan disambung dengan Mesyuarat Agung PIBG. Dari pagi sampai tengah hari. Yang best. Iqa balik lewat 3 hari untuk latihan band. Hmmm. Tengah mikir lagi untuk hari ambil balik dia nanti. Nampak gaya macam amik dan dia stay kat opis lagi kot.

Ravi Haircut @Nusantara

Imej
Ravi Haircut @Nusantara. Tempat biasa. Janji dari minggu lepas baru nak tunai hari ni. Hehehe. Sori sori. Layan pendek. Nak wat rambut Johor kang ada yang terkejut pulak.

Home Sweet Home Renovation : 20180219 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation : 20180219 Progress. Layan... Plaster. Jubin. Cat asas.

Yok Jenjalan on Video : Bazar Karat, Johor Bahru

Imej
Yok Jenjalan on Video : Bazar Karat, Johor Bahru. Layan. Video dari hujung ke hujung. Leh tahan jugak menapak. Haisshhh.

Jenjalan Cari Makan : Medan Selera Taman D'Utama, Johor Bahru

Imej
Jenjalan Cari Makan : Medan Selera Taman D'Utama, Johor Bahru. Masa balik ke Gelang Patah, tetiba teringat gerai gerai kat sini. Alang alang dah dekat. Terus aje cilok masuk. Nak kata lapar tak la lapar sangat. Dah tibai Ayam Goreng Uncle Bob kat Bazar Karat sebelumnya. Tapau minum segala jenis air + susu. Iqi ngan Jagung Susu, Ici ngan Laici Susu dan Inaz ngan Tembikai Susu. Kat sini kami order berpasangan aje. Mama ngan Iqi makan mee goreng. Iqa ngan inaz ngan nasi goreng. Aku je solo. Sup Ayam pedas ngan nasi. Rasa. So so la. Portion memang banyak. Makan berdua pun masih tak habis. Mee OK. Sup Ayam ngan Nasi Goreng macam biasa aje.

Yok Jenjalan on Video : Laman Serene

Imej
Yok Jenjalan on Video : Laman Serene. Layan. Dah siap dah dan dah masuk kat youtube.

Kata Alu-Aluan Majalah Sekolah 2018 : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Imej
Kata Alu-Aluan Majalah Sekolah 2018 : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Kata Alu-Aluan YBhg Datuk Dr. Amin bin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia untuk Majalah Sekolah 2018 boleh dimuat turun melalui pautan berikut : https://moe.gov.my/images/KPM/BPM/Media/TeksUcapan/20180214114129.pdf --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Yok Jenjalan : Bazar Karat Johor Bahru

Imej
Yok Jenjalan : Bazar Karat Johor Bahru. Selesai di Laman Serene langsung lajak ke JB. Dah janji ngan kebudaks nak gi Bazar Karat ni. First time kot aku sampai. Masuk dalam. Dah dapat parking dekat sengsangat. Tapi tak jadi sebab semua tak nak kereta di park kat situ. Kat mana? Depan kedai keranda. Keh keh keh. Takpe. Pusing JB sekali. Park depan pejabat pos. Pastu. Menapak aje ler. Lagi satu. Aku nak ngetest stamina aku jugak. Ni nanti nak gerak ke Putrajaya esok ni. Alhamdulillah. Slow slow la tapi. Boleh la. Balik. Rendam kaki. Hmmm. Nak kena beli baldi kecik satu la. Pasni nak duduk rumah transit ni. Mana ada tub.

Penerangan Dasar Pendidikan 2018

Imej
Penerangan Dasar Pendidikan 2018. Slaid Penerangan boleh dimuat turun melalui pautan berikut : https://moe.gov.my/images/KPM/UKK/2018/02%20Feb/Slaid%20Penerangan%20Dasar%202018_v4.pdf --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Yok Jenjalan : Laman Serene

Imej
Yok Jenjalan : Laman Serene. Semalam berkesempatan meronda ke sini. Menarik juga tempat ni. Orang memang ramai mengambil peluang cuti Tahun Baru Cina. Laman Serene ikon baharu melengkapkan kesinambungan daripada pembangunan Laman Mahkota dan Laser Fountain yang diilhamkan oleh Tuanku Sultan Johor. Laman Serene yang berkonsepkan arca bulan bintang, menara dan dataran yang dibina di hadapan Istana Bukit Serene, Johor Bahru. Arca bulan dan bintang dengan ketinggian 12 meter diinspirasikan daripada bulan bintang yang terdapat dalam bendera negeri Johor. Konsep menara pula hasil adaptasi daripada Menara Istana Bukit Serene, manakala konsep reka bentuk Dataran merupakan bintang lima sebagaimana terdapat pada bendera negeri Johor. Majlis perasmian Laman Serene disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dato' Haji Azmi Bin Rohani yang juga wakil rasmi DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 28 Januari yang lepas.

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2018/2019

Imej
Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2018/2019. Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) ini adalah bagi mengiktiraf kebolehan luar biasa seseorang pelajar, di samping memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat Pasca Ijazah dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam. Kelebihan biasiswa ini adalah dari segi kadar biasiswa yang ditawarkan, syarat-syarat kelayakan dan penempatan di universiti-universiti yang terkemuka. Bilangan biasiswa yang disediakan adalah dua belas (12) biasiswa iaitu enam (6) untuk peringkat Sarjana dan enam (6) biasiswa untuk peringkat Kedoktoran (Ph.D) setiap tahun. Kriteria utama yang digunakan bagi pemilihan calon-calon untuk mendapatkan BYDPA ini adalah berdasarkan kepada kecemerlangan akademik yang dimiliki. Di samping itu, kriteria berikut juga diambil kira di dalam pemilihan calon-calon iaitu: Penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau hasil ker

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Harta Menjadi Fitnah

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Harta Menjadi Fitnah عَنْ كَعْبِ بْنِ عِيَاضٍ قَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ لِكُلِّ أُمَّةٍ فِتْنَةً وَفِتْنَةُ أُمَّتِي الْمَالُ Dari Ka'ab bin 'Iyad berkata: Aku mendengar nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya setiap ummat itu memiliki fitnah dan fitnah ummatku adalah harta." (HR Tirmizi No: 2258) Status: Hasan Sahih Pengajaran: 1.  Sesungguhnya pada setiap umat (kaum) ada fitnah (yang merosak atau menyesatkan mereka). 2.  Fitnah atau sesuatu yang boleh merosakkan (pada) umat Rasulullah adalah harta apabila seseorang itu menyibukkan diri dengan harta secara berlebihan sehingga melalaikan manusia dari melaksanakan ketaatan kepada Allah dan lupa kepada akhirat. Firman Allah: إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ ۚ وَاللَّهُ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu merupakan fitnah (bagimu), dan di sisi Allah-lah pahala yang besar. [at-Taghabun/64:15 3

Jenjalan Cari Makan - On Video : Cendol Sathar, Simpang Renggam

Imej
Jenjalan Cari Makan - On Video : Cendol Sathar, Simpang Renggam. Singgah jap on the way back from Kluang. Tempat kegemaran mustakim sejak baby katanya. Layankan aje.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Harta Yang Membimbangkan

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Harta Yang Membimbangkan بَعَثَ أَبَا عُبَيْدَةَ بْنَ الْجَرَّاحِ إِلَى الْبَحْرَيْنِ يَأْتِي بِجِزْيَتِهَا وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هُوَ صَالَحَ أَهْلَ الْبَحْرَيْنِ وَأَمَّرَ عَلَيْهِمْ الْعَلَاءَ بْنَ الْحَضْرَمِيِّ فَقَدِمَ أَبُو عُبَيْدَةَ بِمَالٍ مِنْ الْبَحْرَيْنِ فَسَمِعَتْ الْأَنْصَارُ بِقُدُومِ أَبِي عُبَيْدَةَ فَوَافَتْ صَلَاةَ الصُّبْحِ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا صَلَّى بِهِمْ الْفَجْرَ انْصَرَفَ فَتَعَرَّضُوا لَهُ فَتَبَسَّمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ رَآهُمْ وَقَالَ أَظُنُّكُمْ قَدْ سَمِعْتُمْ أَنَّ أَبَا عُبَيْدَةَ قَدْ جَاءَ بِشَيْءٍ قَالُوا أَجَلْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ فَأَبْشِرُوا وَأَمِّلُوا مَا يَسُرُّكُمْ فَوَاللَّهِ لَا الْفَقْرَ أَخْشَى عَلَيْكُمْ وَلَكِنْ أَخَشَى عَلَيْكُمْ أَنْ تُبْسَطَ عَلَيْكُمْ الدُّنْيَا كَمَا بُسِطَتْ عَلَى مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ فَتَنَافَسُوهَا كَمَا تَنَافَسُوهَا وَتُهْلِكَكُمْ كَمَا أَهْلَكَتْهُمْ Abu 

Home Sweet Home Renovation : 20180218 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation : 20180218 Progress. Sambung pemasangan cornice ke dapur.

eGUMIS : Sistem Semakan Wang Tidak Dituntut Secara Online

Imej
eGUMIS : Sistem Semakan Wang Tidak Dituntut Secara Online. Bagi memudahkan urusan semakan wang tidak dituntut, kerajaan akan melancarkan sistem eGUMIS (Electronic Government Unclaimed Money Information System). Sistem tersebut akan mula beroperasi pada suku kedua tahun ini. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata terdapat 52,015 permohonan tuntutan bayaran balik wang tidak dituntut telah dibuat pada tahun ini dengan 34,353 permohonan dari sekitar Kuala Lumpur sahaja. Jabatan Akauntan Negara Malaysia akan turut menyertai Pusat Transformasi Komuniti Mudah Alih anjuran Kementerian Kewangan bagi membolehkan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar mengakses dan menyemak status wang tidak dituntut. Mengikut laporan, sehingga 31 Oktober 2017 jumlah wang yang tidak dituntut adalah RM5.96 bilion dengan 70 peratus daripadanya disumbangkan oleh urusan perbankan seperti akaun simpanan, akaun semasa dan akaun simpanan tetap yang tidak aktif selama lebih tujuh tahun. 3 KATEGOR

Yok Jenjalan : Mydin Mall Mutiara Rini

Imej
Yok Jenjalan : Mydin Mall Mutiara Rini. Hari ni baru berkesempatan ke sini. Terbaeekkk!!!! tempat dia. 3 Aras. Mydin ambil dua aras atas. Aras paling atas menempatkan barangan kering. Barangan elektrik, peralatan dan alat tulis. Baju memang banyak. Siap ada ruangan barangan RM2. Dapat la beli pak atan ici barang dua. Iqi macam biasa. Nak beli pistol. Belasah aje ler. Luas bangat. Penat aku jalan. Turun aras 1 menempatkan makanan dan kelengkapan diri. Aku dah lepak kat luar. Penat weh jalan. At last lepak kat Medan Selera aje. Menarik jugak tempat medan selera ni . Open air berbumbung. Yang ni yang korang nampak kalau dari jalan besar. Cuma memang spoil la. Maybe last la aku gi medan selera ni. Serius.

Home Sweet Home Renovation : 20180216 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation : 20180216 Progress. Cornice dah mula dipasang. Laluan tandas mula diselesaikan.

Sekolah Tun Fatimah : 20180214 Outing Bermalam

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20180214 Outing Bermalam. Jarang berlaku camni. Cuti sempena Tahun Baru Cina, semua kebudaks dicutikan dari 15 hingga 19 Februari. So. Jadi luar biasa sikit sebab bukan hari Khamis cam biasa. Amik iqa dan bawak balik opis dulu. Lepak study depan aku gitu. First time keluarga aku dapat masuk tempat kerja aku. Lepas opis hour baru kami gerak balik. Yihuuu..

Edisi Januari : Iqi pulak

Imej
Edisi Januari : Iqi pulak. 28 Januari. Baru nak bertenang kes inaz. Sekali hari ni balik, iqi pulak dok nangis. Tersiat pipi muka. Jatuh kat sekolah masa balik. Kebudaks semua kata iqi jatuh, kepala pecah; berdarah. Aku dok perati je diaorang ni punya stail pelaporan. Kalau sakit je mesti sampai darah punya. Harus la cuak cikgu cikgu kan. Inaz hari tu muntah darah katanya. Haisshh. Memang harus dramatik laporan tu. Alhamdulillah. Minggu ni dah bebetul kering dah. Lama jugak bertempek mukanya ni. Hehehe. Hari hari sapu ubat dan tukar pembalut. Ex QM St John Ambulance pencen la katakan. Hahaha. Tapi memang tokleh lupa la kata-kata pelaporan kebudaks sekolah deme ni.

Edisi Januari : Pak Ngah @Columbia Asia

Imej
Edisi Januari : Pak Ngah @Columbia Asia. 27 Januari. Lama tul gambar ni terperam dalam dropbox. Mana taknya. Asyik masuk aje. Keluarnya slow slow. Nak tunggu cuti dan tak sibuk. Semalamnya alhamdulillah inaz dapat keluar wad. Tu pun penat lagi tu. Hantar iqa balik hostel. Singgah jap on the way back. Pak Ngah pun dah beransur pulih tu. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Masjid Jamek Gelang Patah : 20180216 Solat Jumaat

Imej
Masjid Jamek Gelang Patah : 20180216 Solat Jumaat. Menarik ceramah sebelum solat semalam. Banyak benda yang kita dah lupa. Bila ibadat hanya sekadar adat; sebab, kita sendiri pun tak sedar. Buat sebab dah terbiasa sedangkan ibadat itu ada niat dan dibuat dalam keadaan sedar. antara teguran berkenaan Islam hanya pada hari Jumaat sedangkan imarahkan masjid tu pada sepanjang masa terutama waktu getir; Subuh dan Isya'. Hmmm. Rasa macam nak buat FB live je minggu depan.

Gebooz Gedikz : 20180127 Habit

Imej
Gebooz Gedikz : 20180127 Habit. serius. aku dok perati je budak bulu sekor ni. Kalau aku letak baldi aje haram dia buat tak tau je. Once aku letak kaki, menggelumpur dia lari ke baldi dan minum air. Kata orang ada la rezeki tu.

Bengkel Pembugaran Media Sosial dan Portal Rasmi JPN Johor

Imej
Bengkel Pembugaran Media Sosial dan Portal Rasmi JPN Johor. 14 Februari. Tahniah pada semua yang hadir. Anda memang terbaeekkk!!!!

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Doa Menghindar Hutang

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Doa Menghindar Hutang عَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ مُكَاتَبًا جَاءَهُ فَقَالَ إِنِّي قَدْ عَجَزْتُ عَنْ كِتَابَتِي فَأَعِنِّي قَالَ أَلَا أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ عَلَّمَنِيهِنَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ كَانَ عَلَيْكَ مِثْلُ جَبَلِ صِيرٍ دَيْنًا أَدَّاهُ اللَّهُ عَنْكَ قَالَ قُلْ اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ Dari Ali RA, bahawa seorang budak mukatab (yang mengadakan perjanjian pembebasan dengan tuannya) datang kepadanya dan berkata; aku tidak mampu membayar pembebasanku, maka tolonglah aku! Ali berkata; mahukah aku ajarkan kepadamu beberapa kalimat yang telah Rasulullah SAW ajarkan kepadaku, yang seandainya engkau memiliki hutang sebesar gunung Shir nescaya Allah akan membayarkannya untukmu? Ali berkata; ucapkanlah; ALLAAHUMMAKFINII BIHALAALIKA 'AN HARAAMIK, WA AGHNINII BIFADHLIKA 'AMMAN SIWAAK (Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki Mu yang hala

Jenjalan Cari Makan : Special Mee Bandung Udang Galah Muo Ori, Tanjung Agas, Ledang

Imej
Jenjalan Cari Makan : Special Mee Bandung Udang Galah Muo Ori, Tanjung Agas, Ledang. Tempat lepak lama. Terletak di deretan kedai sebelah Sekolah Sains Muo. Layan team TKS makan makan sementara nunggu slot malam. Meme terbaekkk!!!! kawasan ni. Udang galah kot. Sepinggan kurang kurang 3 ekor. Siap gi tapau Murtabak Singapore lagi gitu. Layannn. Mama pun suka jugak area ni. Murah dan sedap. Aku. Tumpang nengok je. Tapau nasi ayam penyet sama air markisa untuk berbuka depan TV sambil layan episod akhir Kekasih Paksa Rela. Ending tak best seperti yang dijangka. Hehehe.

Muar : 2018 A little sightseeing

Imej
Muar : 2018 A little sightseeing. Hmmm. Agak lama aku tak meronda kat Muar ni. Apatah lagi bermalam. Sesedor je. Hotel Pelangi pun dah tutup. Kesempatan kali ni membolehkan aku meronda snap picas. Walaupun sedikit tapi bermakna la juga.

Selamat Tahun Baru Cina 2018

Imej
Selamat Tahun Baru Cina 2018 kepada semua pengunjung blog terutama yang berbangsa Cina. Tahun ni tahun anjing tanah. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Jenjalan Cari Makan : Selera Johor @Segget, Johor Bahru

Imej
Jenjalan Cari Makan : Selera Johor @Segget, Johor Bahru. 11 Februari. asalnya nak gi makan kat Vanggey. Sekali tutup daa.. Memang Tuhan nak buka peluang untuk aku gi makan kat sini la. Nice. Gelas ala hipster kot. Nasi ayam penyet pun marbeles. Yang tak best cuma bau kurang menyenangkan kat sini. Sib baik lepak luar dengan udara sepoi sepoi bahasa dari kawasan sekitar.

Home Sweet Home Renovation : 20180210 Meronda Jubin BMS Bukit Indah

Imej
Home Sweet Home Renovation : 20180210 Meronda Jubin BMS Bukit Indah. Memang menarik beb.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Beri Tumpuan Semasa Khutbah Jumaat

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Beri Tumpuan Semasa Khutbah Jumaat عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ  قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ ثُمَّ أَتَى الْجُمُعَةَ فَاسْتَمَعَ وَأَنْصَتَ غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ وَزِيَادَةُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ وَمَنْ مَسَّ الْحَصَى فَقَدْ لَغَا Dari Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang berwuduk, lalu ia menyempurnakan wuduknya, kemudian mendatangi untuk solat Jumaat, mendengarkan (khutbah) tanpa berkata-kata, maka akan diampuni (dosa-dosa yang dilakukannya) antara hari itu dengan hari jumaat yang lain, ditambah tiga hari. Dan barangsiapa yang memegang-megang batu kerikil, maka ia telah berbuat sia-sia." (HR Muslim No: 1419) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Mereka yang berwuduk, lalu ia menyempurnakan wuduknya, kemudian pergi untuk solat Jumaat, mendengarkan khutbah tanpa berkata-kata, maka akan diampuni (dosa-dosa yang dilakukanny

Birthday Girl's Day Out @ AEON Tebrau City

Imej
Birthday Girl's Day Out @ AEON Tebrau City. Hari ni dah genap usia 15 tahun Iqa. Permintaan. Nak keluar dan sambut besday sesama dengan rakan di AEON Tebrau. Haiyooo. Ramai jugak tu. Nak tak nak layan aje la. So. Amik cuti dua hari. Satu hari ni untuk jenjalan sama sempena besday dan raya cina. Satu lagi on 19 untuk hantar dia kembali ke asrama. Cuti pun banyak lagi. Kekeke. So. aku kena jemput jugak 3 orang kawan dia yang duduk sejalan. Azie datang ke rumah. Amik Zafira di Mutiara Rini dan Athirah di Kempas sebelum gerak ke AEON. Di sana Iffa dan Sab dah tunggu sana. Bijak sungguh deme ni merancang dalam masa semalaman. aku hanya tau dia nak gi AEON je hari ni. Sekali dah ramai la pulak. Layan aje la. So. Sampai aje deme jalan dulu. OK ler tu. Sempat la kami lak wat perancangan. Janji jumpa di Pizza Hut masa lunch. Gerak dulu ke Secret Recipe beli kek. Masa nak ke Pizza Hut leh pulak jumpa iffa. Alamak. Bocor lak rahsia. Kui kui kui. Soh deme jalan dulu nanti waktu lunch da

Home Sweet Home Renovation : 20180214 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation : 20180214 Progress. Sesi plaster. Jubin dah mula naik dah.

Yok Jenjalan : G-Kids Theme Park on KSK JPN Johor's Day Out - Mama's view

Imej
Yok Jenjalan : G-Kids Theme Park on KSK JPN Johor's Day Out - Mama's view. Kali ni kita nengok pulak picas dari kamera mama. Sahih la bertaburan sebab mama yang bersama dengan diaorang ni al the time kan. Layannnzzz...

Townview Hotel, Muar

Imej
Townview Hotel, Muar. Quite OK la hotel ni. Berpatutan. Aku amik bilik kecik. Tengah promosi RM65 semalam. Not bad dibandingkan dengan harga. Plug siap usb yang tak tahan tu. Aku gi check in masa rehat. Kebanyakan besar check-in lepas habis bengkel sesi petang. Sebelah PPD aje hotelnya.

Bengkel Kerja Pengurusan Sektor Jaminan Kualiti Bersama Sektor dan PPD

Imej
Bengkel Kerja Pengurusan Sektor Jaminan Kualiti Bersama Sektor dan PPD. Berkampung di PPD Muar selama dua hari. Dari 12 hingga 13 Februari. Banyak perkara baharu yang kami perolehi. Banyak tindakan yang perlu aku tengok semula untuk sektor. Sangat bermanfaat. Tahniah pada semua yang terlibat menjayakan bengkel ini.

Home Sweet Home Renovation : 20180209 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation : 20180209 Progress. Dah mula plaster dah. Nak beli dan pasang jubin pulak lepas ni.

Home Sweet Home Renovation : 20180210 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation : 20180210 Progress. Sambung siling di kawasan grill. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Gebooz Gedikz : 20180209 Bengkerk

Imej
Gebooz Gedikz : 20180209 Bengkerk. Muka tokleh blah. Mana taknya. Kena tinggal satu hari penuh. Marah la tu. Kekeke. Tu pun. Bila aku rendam kaki, menggelempar lepaskan diri dan terkedek kedek lari datang ke baldi rendaman. Cam biasa la.

Sekolah Tun Fatimah : 20180209 Outing

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20180209 Outing. Tetiba. Jumaat kami jadi padat. Iqa telefon. Tangan dia naik balik bintik bintik dan gatal. Hadkan aktiviti kat G-Kids. Terus gerak ke STF dan ambil iqa. Gi klinik dan makan tengah hari. Ya. Baru nak makan tengah hari beb. Jam 4 petang tu. Belasah aje ler. Yang penting. Semua dapat apa yang sepatutnya semalam. Tengok apa yang ici dan iqi tulis tu...

Masjid Jamek Kampung Senibong : 20180209 Solat Jumaat

Imej
Masjid Jamek Kampung Senibong : 20180209 Solat Jumaat. Alhamdulillah. Dapat merasa masjid yang jauh sikit semalam. Kalau masih tak lupa, aku nyer target 2017 adalah nak solat jemaat di masjid berlainan setiap minggu. Kekeke. Ni dapat la lain sikit kan. Gedebak gedebuk. Sampai sini dah dekat dekat nak jam 1. Memang terasa kelainan sedikit. Biasanya balik baling, atau kat Masjid Jamek Gelang Patah; 12.30 dah mula dengan ceramah agama. Bila takde tu macam rasa sunyi sedikit. Beza suasana dapat kita rasa di tempat lain. Hmmm. Tetiba teringatkan kata-kata pengarah yang nak kan watak murid Johor ketika berada di masjid. Kat sini aku nampak benda tu patut diusahakan dengan lebih cepat.