Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Durian Ulu Pulai

Jenjalan Cari Makan : Durian Ulu Pulai

Imej
Jenjalan Cari Makan : Durian Ulu Pulai. Balik dari Pekan Nenas kami singgah kedai pakcik ni. Gerai pertama selepas korang masuk dari simpang pekan nenas ulu pulai tu. Kalau diikutkan memang sepanjang jalan tu penuh dengan gerai menjual durian. Dulu boleh kata kami berenti setiap gerai dan gerai pakcik ni yang bagi best price. Semalam tanya pun range dari RM10 ke RM20 untuk sekilo. Durian yang terbaik dia pun dia jual RM30 sekilo. Terus duduk dan makan dengan gembira terutama si iqi. Kami amik setiap range harga tu dan ambil sebiji yang terbaik. Makcik tu memang super ramah la. Aku kira dia sangat suka nengok orang makan. Selesai semua dia kira pukul rata aje RM20 untuk durian yang kami makan. Sangat tak berkira. Ambil sekali rambutan sebab dedua lelaki tu sibuk pulak nak makan rambutan. Kekeke. Untung la sapa yang ada dusun kat JB ni kan.