Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Majlis Mengetik Akhir

Majlis Mengetik Akhir Cik Fuza dan Puan Mentiah

Imej
Majlis Mengetik Akhir Cik Fuza dan Puan Mentiah. Sebelah petangnya ada majlis khas kat lobi. Dua orang akan bersara. Cik Mahfuzah bersara pilihan dan Puan Mentiah bersara wajib. Terima kasih atas sumbangan dan khidmat bakti yang telah diberikan selama ini. Semoga berbahagia dan sentiasa diberkati Allah hendaknya.

Majlis Mengetik Akhir Puan Mahani binti Sulaiman

Imej
Majlis Mengetik Akhir Puan Mahani binti Sulaiman. Satu majlis khas telah dibuat pada sebelah petangnya bertempat di Lobi JPN Johor. Tahniah diucapkan kepada Puan Mahani yang bakal bersara setelah 38 tahun berkhidmat. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki yang barakah lagi halal dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat. SELAMAT BERSARA. ps : Lama tul tak berdiri cenggini. Terasa tul walau aku ngendeng ke sofa kat sebelah.

Majlis Mengetik Akhir Cikgu Haji Shaharudin bin Sharif

Imej
Majlis Mengetik Akhir Cikgu Haji Shaharudin bin Sharif. Satu majlis khas telah dibuat pada sebelah petangnya bertempat di Dewan Seminar JPN Johor. Ucapan aluan oleh tuan timbalan sebelum tuan pengarah menyampaikan amanat terakhirnya sebagai pengarah pendidikan negeri Johor. Sesi bertukar ke lobi. Selepas mengetik akhir cikgu haji Shaharudin bersalaman dengan semua yang hadir sebelum diiring ke kenderaan yang akan membawanya pulang. Tahniah diucapkan kepada cikgu haji Shaharudin bin Sharif yang berjaya sampai perkhidmatannya setelah 35 tahun berkhidmat. Semoga cikgu dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki yang barakah lagi halal dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat. SELAMAT BERSARA CIKGU.