Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Logo Rasmi

Sayangi Malaysiaku : Logo Rasmi hari Kebangsaan 2018

Imej
Sayangi Malaysiaku : Logo Rasmi hari Kebangsaan 2018 menggambarkan simbol tiga orang melakukan gerakan riang mengangkat tangan, dengan satu bentuk hati di hadapan yang menyatukan ketiga-tiga orang itu. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, logo itu membawa maksud warganegara yang terdiri daripada berbilang bangsa hidup dalam kepelbagaian, harmoni, seia-sekata, bersatu-padu dan terpahat perasaan kasih sayang yang kukuh kepada negara. "Penggunaan warna-warna untuk logo Hari Kebangsaan yang dicipta Nik Zulkifli Nik Hitam adalah berdasarkan Jalur Gemilang iaitu merah, biru, putih dan kuning yang membawa maksudnya tersendiri. "Logo ini akan digunakan sebagai logo rasmi bagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini yang bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku’," katanya semasa sidang media Hari Kebangsaan 2018 di sini, hari ini. Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sebelum ini menerima 632 idea bagi logo 'Sayangi Malaysiaku' unt