Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2019

Aidilfitri 1440 : Baling, Here We Come!

Imej
Aidilfitri 1440 : Baling, Here We Come! Perjalanan kami pulang ke desa. Alhamdulillah. Jalan clear. 10 jam. 3 jam ke Dengkil. Singgah di Dengkil 30 minit. 3 jam ke Kuala Kangsar. Singgah kraf 20 minit. 1 jam lagi di Masjid Ubbudiah. 2 jam ke Baling. Singgah jap di Pasar Ramadan Baling sebelum balik ke rumah. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin pada semua. Berhati-hati dalam perjalanan pulang ke destinasi masing-masing.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 26 Mei. Isi semula on 31 Mei 2019. Caltex Hentian Rehat dan Rawat Dengkil arah utara. Hasil RM75.58 for 575.6 km melibatkan 36.337 l minyak. 6 hari. Layan. Bila layan highway memang minyak boleh save banyak terutama kalau jalan lancar gini.

Selamat Menyambut Hari Gawai Dayak dan Pesta Kaamatan

Imej
Selamat Menyambut Hari Gawai Dayak dan Pesta Kaamatan bagi semua pengunjung blog dari kaum Dayak dan Kadazan-Dusun. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

MRSM Muar Alumni : Class of 93/94 T-Shirt

Imej
MRSM Muar Alumni : Class of 93/94 T-Shirt. Ni la t-shirt reunion alumni mrsm mama hari tu. Dah aku pun terseret sama. Kekeke. Layan aje ler. Kami beli t-shirt aje tak gi reunion. Dah pakai ni kalau nengok belakang nampak baru sweet 17. Yang depan kita tutup tahun tu.

Majlis Mengetik Akhir Cik Fuza dan Puan Mentiah

Imej
Majlis Mengetik Akhir Cik Fuza dan Puan Mentiah. Sebelah petangnya ada majlis khas kat lobi. Dua orang akan bersara. Cik Mahfuzah bersara pilihan dan Puan Mentiah bersara wajib. Terima kasih atas sumbangan dan khidmat bakti yang telah diberikan selama ini. Semoga berbahagia dan sentiasa diberkati Allah hendaknya.

SPMICT 2019 : Special Raya Photoshoot Session

Imej
SPMICT 2019 : Special Raya Photoshoot Session. Luangkan sedikit masa untuk sesi penggambaran khas ini. Just untuk anda semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

Beyblade Burst Evolution : Iqi dan Ici

Imej
Beyblade Burst Evolution : Iqi dan Ici. Rentetan dari diaorang dok layan kebudaks main beyblade kat Angsana ituhari, memang diaorang mintak nak beli jugak. Tangguh punya tangguh, petang ni aku bawak deme gi kedai bata. Sohih biar deme pilih sendiri. Deme amik cap MQ Funny Toy. RM20 jugak sebijik tu. Si ici amik God Veakyril 6V Rb, kekuatan rotation kalau baca pada kotak dia. 4 layer kot. Si iqi amik Sieg XCalibur 1 Ir lebih pada Power . 3 layer standard. Balik. Cuba pasang. Terkial jugak aku. Mana pernah main beb. Sama la dengan kebudaks berdua ni. Kali ketiga cuba, sukses. Baru setel pasang weh. Nak main pulak satu hal lagi. Dua kali cubaan, setel. Amik cover kotak A4. Layan la kat situ dulu ye. Layan le deme berdua ni tinggalkan gajet. Bagus jugak kan. Bangun sahur. Sambung lagi. Pergghhhh!

Raya Haircut @ Ravi

Imej
Raya Haircut @ Ravi. Layan gunting rambut kat Ravi. Dah seminggu kot tertunda. Dari awal cuti sampai dah nak balik kampung, baru sampai ada masa. Tu pun lepas opis hour, balik; terus angkut semua gi kedai. Sib baik orang tak ramai, lagi.

Jom Jenjalan : Plaza Angsana

Imej
Jom Jenjalan : Plaza Angsana. Baru nak meronda cari kelengkapan raya. Amik kesempatan Parkson tengah buat sales. Apapun. Gi cari meja dulu. Sempat tempah satu meja berkongsi dengan dua cikgu Batu Pahat. Layan. Maghrib. Punya ramai orang. Dapat first wave. Nak keluar baru rasa sesak sikit. Sambung berbelanja jap. Aku sambung lepak kat Marrybrown ngan kebudaks jantan. Alhamdulillah. Selesai misi. Penat.

Jom Jenjalan : Savanna Hill Resort

Imej
Jom Jenjalan : Savanna Hill Resort. Dapat jemputan iftar petang ni. Boleh tahan tempatnya. Pengurusnya masih cam ngan aku. Kebetulan dulu pernah bekerjasama semasa satu program kebangsaan kat sini. Makanan boleh tahan. Sempat dibawa melawat sekitar kawasan. Hmmm. Satu tempat yang kondusif untuk pengendalian program. Yang penting boleh runding dengan pihak pengurusan. Terbaeekkk!!!!

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 4 Mei. Isi semula on 26 Mei 2019. Shell Jalan Tun Razak. Hasil RM82.78 for 506.0 km melibatkan 39.80 l minyak. 23 hari. Layan. Siap dapat bubur lambuk beb. Bukan satu, malah tiga. TQ Shell.

Tabika Kemas Wawasan : Ici @ Hari Terbuka 2019

Imej
Tabika Kemas Wawasan : Ici @ Hari Terbuka 2019. Hari ni hari terbuka kat tabika ici. Mama gi ke sini. Suka la ici tu kan.

Sekolah Agama Gelang Patah : 20190525 Sesi Pertemuan 19 Darjah Khas

Imej
Sekolah Agama Gelang Patah : 20190525 Sesi Pertemuan 19 Darjah Khas. Ngantor angah. Macam biasa. Terlebih awal. Penuh la snappin time. Sampai ke komplek penghulu pun kita larong. Masjid pun macam biasa gitu OTW back.

Games : EA Sports UFC

Imej
Games : EA Sports UFC. Terinstall. Termain. Teruja semula. Layan. Gameplay mudah. Boleh tahan. Setakat ni aku dah dapat fighter sampai tahap bantamweight. Target. Semua aku nak 3 star setiap kali lawan. Means. Stamina above 80% dan menang KO.

Sekolah Tun Fatimah : 20190523 Selamat Bercuti

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190523 Selamat Bercuti. Ngambik iqa lepas waktu kerja tadi. Sekolah dah mula bercuti pertengahan tahun. Dua minggu. Yok.

Selamat Bercuti

Imej
Selamat Bercuti. Hari ni dah bermula cuti pertengahan tahun bagi negeri Johor. Cuti kali ni juga bersekali dengan cuti hari raya aidilfitri. Masa terbaik untuk merapatkan ukhuwah sesama keluarga. Gunakan dan manfaatkan masa cuti dengan aktiviti berkualiti bersama keluarga. Selamat bercuti.

JPN Johor Special Raya Shooting

Imej
JPN Johor Special Raya Shooting. Pagi ni ada shooting spesel selepas ceramah bulanan. Semangat gitu. Dari atas opis dah mula buat rakaman video guna monopod. Layan. Turun ke surau untuk join ceramah. Team produksi dah tiba. Bincang sikit dan brief pada PPJ. Kita mulakan dengan takbir raya dulu. Selesai ja terus sambung dengan rakaman ucapan pengarah. Semua bergerak ke lobi untuk rakaman beramai-ramai sebelum pengarah bergerak ke Pengerang. Layan.

Leman Miko : 20190524 Potrait by Ici

Imej
Leman Miko : 20190524 Potrait by Ici. Sempat pulak ici hasilkan masterpiece terulung si Leman. Bukan itu saja. Siap lukis mama dan abah leman sekali. Walau tak pernah tengok, dan tak tau sapa; ici berjaya hasilkan potrait leman ni. Leman pun sangat mengkaguminya. suka tul leman dengan hadiah ni. Boleh la leman peluk peluk cako tatkala kesunyian tido dimalam hari lepas ni.

Mommy Phatah and the four kitten

Imej
Mommy Phatah and the four kitten. Balik dari muo nengokkan si Phatah dah slim semula. Hmmm... Mana dia beranak ni. Angah dan atuk masih mencari tapi tak jumpa jumpa. Aku perati ja phatah. Tengok gerak geri dia. Jumpa. Bawah rak pinggan mangkuk. Terus alihkan ke lokasi baharu yang lebih sesuai. Tetiba ja dah mula ada oren ni. Hehehehe.

Kunjung Hormat Tangkak

Imej
Kunjung Hormat Tangkak. Gerak dari hotel melintasi sungai yang menjadi pemisah muar - tangkak. Sekolah sekolah yang dulunya tanggungjawab muar yang kini menjadi tanggungjawab tangkak. Nama pun masih muar. Mana lagi kalau bukan Sekolah Sains Muar. Bersama pengetua sains Muar dan teamnya. Sempat mengimbau nostalgia di sains Kuala Selangor bila nengokkan kebudaks Cyber Brigade sibuk dengan tugasan masing-masing. Selesai di sekolah sains kami meneruskan kunjungan ke SMK Parit Bunga. Muo memang meninggalkan nostalgia pada aku. walau tempatnya kini dah jadi Tangkak. Tempat praktikal kami suatu masa dulu sebelum bergelar cikgu. Alhamdulillah. Semuanya sangat positif dan terbuka. Tahniah dan syabas pada semua pentadbir sekolah yang terlibat.

Uptown Maharani Muar

Imej
Uptown Maharani Muar. Sempat melayan kawasan ni di sebelah malam. Dah namanya join team anak muda. Layan aje ler. Sempena nak raya ni uptown maharani dibuka setiap malam. Boleh tahan. Sempat lalu Muar Mural Trail. Jalan singkat dari Muar Traders ke Uptown. Cantik jadinya lorong ni. Satu gambar tu saling tak tumpah macam big boss. Glamer boss kitaorang ni. Sampai uptown. Dah jalan menapak sampai ke Muar Soup House. Layan. Sesambil nengokkan uptown. Cukup time semua dah mula berkemas untuk pulang. Memang masa dijaga dengan baik oleh semua kat sini. K. Masa untuk balik ke hotel. Zzzzz...

Muar Traders Hotel

Imej
Muar Traders Hotel. Kami menginap kat sini malam ni. Harga OK. Dapat Rm120 untuk bilik 2 katil. Lobi kat tingkat 6 ya. Kemudahan yang disediakan pun OK. Cuma lif tu kena sabar sikit la. Hotel ni berkongsi dengan pelbagai agensi lain juga. Kami check in dulu sebelum ke SMKA Pagoh. Lepas dah habis Iftar Ramadan di Labis baru kami balik ke sini. Leh tahan jugak la meredah hutan. Jam 10.30 malam jugak baru sampai ke sini semula. Scenery aku mengadap bandar. Boleh layan amik gambo nightshot. Alhamdulillah sahur pun disediakan juga. Kafe Ayu ditingkat 3. Boleh tahan. Orang pun ramai juga yang turun. Nice.

Majlis Iftar Ramadan Sekolah Berasrama Harian Negeri Johor peringkat daerah Segamat 2019

Imej
Majlis Iftar Ramadan Sekolah Berasrama Harian Negeri Johor peringkat daerah Segamat 2019. Tahun 2019, sektor kami mendapat giliran di Segamat. SMK Munshi Ibrahim jadi tuan rumah. Selesai kunjung hormat di SMKA Pagoh kami terus ke Labis ikut jalan lama. Bukit Kepong weh. Singgah Masjid Labis untuk persiapan akhir. Hehehe. Sampai ke sekolah majlis tadarus dan khatam al-quran sedang berlangsung. Bersama kami En. Rosli, pegawai HEM dari PPD. Sampaikan sedikit ucapan sebelum berbuka. Selesai solat maghrib kami bergerak ke Dewan Makan untuk iftar. Tahniah dan syabas pada semua yang hadir dan pihak sekolah yang menjayakan majlis ini.

Kunjung Hormat Muar

Imej
Kunjung Hormat Muar. Bersama mustakim dari Johor Bahru. Sesi kunjung hormat ke sekolah-sekolah yang bakal dilawati kelak oleh rombongan KPM. Paginya kami di bandar muar bertemu dengan guru besar SK Parit Setongkat dan diteruskan dengan SJKC Pei Yang. Selepas zohor kami ke SMKA Pagoh. Semuanya sangat positif dan terbuka. Tahniah dan syabas pada semua pentadbir sekolah yang terlibat.

A Day @ Work

Imej
A Day @ Work. Mungkin bagi orang lain biasa la duduk ofis berkerja ni kan. Aku cam terbalik sikit pun ada. Ni satu hari yang aku baru masuk semula ofis selepas outstation sepanjang minggu lepas. Esok pun nak sambung outstation lagi ni. So. Hari ni memulun la. Semak. Minit. Maklumbalas. PPD Tangkak pulak sampai. Layan jap. Sekali datang surat ada meetims petang ni. So. Petang ni gerak ke Bilik Mesyuarat pulak. Sempat selfie depan photobooth yang dijangka ramai orang berminat esoknya ni. So. Aku orang pertama dari sektor lain selfie dulu. Hehehe. Meetims. Abis ja meetims, sambung wefie pulak. Hehehe. Layan.

Sekolah Tun Fatimah : 20190519 Back To School

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190519 Back To School. Ngantor iqa. Khamis ni dah nak amik semula untuk cuti sekolah dan raya.

Bazar Ramadan Bandar Baru Uda

Imej
Bazar Ramadan Bandar Baru Uda. Singgah jap on the way nak nganto si iqa balik ke STF. Punya la banyak variety. Boleh rambang mata jadinya. Layan.

Petrol Routine for Almera

Imej
Petrol Routine for Almera. Last isi 10 Mei. Isi semula on 19 Mei. Shell Jalan Tampoi. Hasil RM65.94 for 352.1 km melibatkan 31.7 l minyak. 10 hari. Kebetulan ada team Jalen sedang buat promosi di stesen minyak terpilih. Sempat lepak bersama dengan diaorang. Dapat sos, kicap atau kordial percuma. Aku pilih sos. Saja nak try. Yok.

Volunteer Smartphone Patrol (VSP)

Imej
Volunteer Smartphone Patrol (VSP) merupakan inovasi baru oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertujuan bagi memudahkan orang awam menyalurkan maklumat atau aduan yang memerlukan bantuan daripada pihak polis. Antara maklumat dan aduan adalah seperti kes ragut, dadah, jenayah, lumba haram, penyeludupan, balik kampung dan lain-lain maklumat yang memerlukan tindakan polis.

Leman Miko : 20190519 Ngendeng

Imej
Leman Miko : 20190519 Ngendeng. Haishhh. Dah pandai dah tu. Cemana nak blogging ni. Ish ish ish. Selamba je lapak cenggini. Ici dok perati je sambil buat kerja sendiri.

Selamat Hari Wesak 2019

Imej
Selamat Hari Wesak 2019 khususnya pada semua pengunjung blog yang beragama Buddha. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Jom Jenjalan : Paradigm Mall, Johor Bahru

Imej
Jom Jenjalan : Paradigm Mall, Johor Bahru. Hari ni kami berbuka kat luar. Iqa ada join kengkawan dia buat sambutan birthday kat sini. So. Ngantor dia. Lepas semua dah jumpa kami gerak ke Parkson. Bagi ruang kebudaks ni la. Sempat meronda dan wefie kat ruang legar Spongebob tau. Sampai parkson, dah terbeli pakaian pulak. Dapat la diskaun RM2 untuk parking. TQ parkson. Actually. Korang beli minima RM50 dah dapat free park dua jam. Selesai. Terus gerak ke Food Arcade. Lepas kami duduk dan order makanan aje terus pack kawasan ni. Alhamdulillah. Rezeki awal sikit. Gi tuntut seluar jap. Tadi tinggal untuk potong dan jahit kaki. Sampai semula masih ada 10 ke 15 minit kalau tak silap. Dah bersepah gambo makanan aku snap. Sampai ke macro pun ada. Selesai makan, terus gerak ke surau. Alhamdulillah. Lepas aku masuk aje, sekali lagi terus pack. Tunggu mama dan aktiviti seterusnya ada tapau food untuk yang lain kat rumah. Memacam order tau. Pappa roti. KFC. Gi McD sekali. Tebus kupon hari guru.

Leman Miko : 20190519 New Toy

Imej
Leman Miko : 20190519 New Toy. Leman memang suka main. Tak cukup dengan tangan, kaki pun dia kerjakan. Pantang ada benda lalu depan mata, semua dia cekup. Beli toy sama cam gebooz. Suka dia. Cam kucing gila dah lari sana sini kejar benda ni. Petang ni terus melepek. Penat la tu. Kah.

Pasar Segar Pendas Laut : A Quick Stroll

Imej
Pasar Segar Pendas Laut : A Quick Stroll. Merayap jap kat sini pagi ni. Banyak yang dah abis sebab agak lewat kami keluar. Biasanya jam 9 pagi dah terpacak kat sini. Tu pun hasil masih boleh tahan jugak la. Sotong. Ikan Selangat. Ketam. Masa keluar ada ikan baru turun. Ada lobster beb. Sayang. Semua dah kena borong. Huhuhu.

Sekolah Agama Gelang Patah : 20190518 Sesi Pertemuan 18 Darjah Khas

Imej
Sekolah Agama Gelang Patah : 20190518 Sesi Pertemuan 18 Darjah Khas. Ngantor angah. Macam biasa. Sempat snap gambo masjid gitu OTW back.

Tertunggak

Imej
Tertunggak. Lepas sahur. Mula duduk depan gadget. Satu satu kita setelkan. Transfer. Proses. Render.. Upload. Main game King of Fighter. Kemas beg. Baru perasan Dewan Masyarakat tu ada muka Zaidi dan budak sekolah dia. Membawang jap. SJCam pun terperok dalam beg. Aku letak kat poket berbeza. Cian dia. Takde harapan nengok bideo Hari Guru kan. Gi cari bunga. Jumpa cik Fuza. Berseri je. Ici tayang lukisan dia. Ada Leman. Ada rimau ekor kontot. Ada Rusa jantan. Hehehe. Comel je. Soh gambo sekali tak nak. Lari. Menyorok. Beli lampu. Tukar dua lampu bilik yang dah terbakar. Satu ja lagi hutang lum setel. Pasang cermin di bilik. Syyyhhh.

Back To Gelang Patah

Imej
Back To Gelang Patah. Lebih kurang jam 2 kami bertolak pulang dari Penang. Berenti jap isi minyak di Sungai Bakap. Singgah solat di Bukit Semanggol. Kami berhenti ngam ngam di Sungai Buloh untuk berbuka. Usai semua around 8.30 malam. Sempat la pekena tambah Burger King. Perjalanan diteruskan lagi. Singgah sekejap di Bemban. Meriah. Team Batu Pahat dah sampai ke destinasi jam 12.00 malam di Ayer Hitam. Kami sambung lagi. Tertido. Sedar sedar dah sampai JPN jam 1.30 pagi. Alhamdulillah. Sikit lagi nak kena drive. Slow slow. 1.55 pagi tiba ke rumah dengan baki bateri 26%. Hehehe. Yok kita zzzz...

Jom Jenjalan : Jeruk Madu Pak Ali, Sungai Nibong

Imej
Jom Jenjalan : Jeruk Madu Pak Ali, Sungai Nibong. Babai penang. TQ Olive Tree Hotel. Singgah sat on the way back. Yang best. Semua bas kontinjen pakat berenti jugak kat sini. Bila reramai cenggini of coz la aku tak akan membeli punya, walau asal di hati nak beli jeruk salak sekilo dia. Snap snap aje ler macam biasa. sori ekk. Tak banyak nak cerita pasal aku lepak lam bas aje lepas snap sambil nengok barisan yang makin panjang. Layan aje lah ye picas tu.

Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke-48 : Teks Ucapan Perdana Menteri Malaysia YAB Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad

Imej
Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke-48 : Teks Ucapan Perdana Menteri Malaysia YAB Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad. Berikut merupakan pautan teks ucapan alu-aluan untuk rujukan kita bersama. https://drive.google.com/open?id=17EvJQOBC26_n5TJnid5IlPrLPKfCBAuR --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke-48 : Teks Ucapan Alu-Aluan Menteri Pendidikan Malaysia YB Dr. Maszlee Bin Malik

Imej
Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke-48 : Teks Ucapan Alu-Aluan Menteri Pendidikan Malaysia YB Dr. Maszlee Bin Malik. Berikut merupakan pautan teks ucapan alu-aluan untuk rujukan kita bersama. https://drive.google.com/file/d/1tDtujpudxS4_3doO6IcdvTodmDG2Tnma/view?usp=sharing --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke-48 : The Grand Finale

Imej
Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke-48 : The Grand Finale. Sahur. Turun jam 5 pagi. Lepas sahur dah mula prepare kelengkapan. The best part is, aku cuma bawak basic gadget untuk pemprosesan. Hadoiiih. Part capture dah takde isu. Part nak proses dan proceed tu yang masalah. Ni pun aku perasan lepas aku dah settle shooting pengarah pagi tu. Duduk kat bilik pengarah. Baru nak mula buat rakaman tetiba ada call masuk dari Johor FM. Layan Johor FM yang buat temuramah melalui telefon dulu. Lepas tu kami buat rakaman hari guru. Selesai. Terus turun ke bawah. Satu part yang best kat sini adalah security dia. Kita boleh gi aras kita aje. Aku terpaksa ke lobi dulu minta hotel bawak aku ke bilik pengarah. Lesson learned! Walau dah manage masa, tempat juga kena study jugak. Kekeke. Semua dah siap kat lobi, snap snap jap reramai sebelum kami gerak ke lokasi majlis. Hari ni aku jadi thor tau. Meme gempak jugak bawak cam sambung ngan monopod gini. Dah macam pegang Mjolnir. Thor hammer la tu. Wakakaka.

Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke-48 : Majlis Iftar Guru

Imej
Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke-48 : Majlis Iftar Guru. Masa memang sangat padat di sini. Jam 4 petang kami semua dah berkumpul kat lobi hotel. Sempat la lelap jap 1 jam. Terus gerak ke bas dan dibawa ke Hotel Equatorial untuk Majlis Iftar Guru. Boleh tahan jugak tempat ni. Nampak dua dua jambatan weh dari balkoni masa nak ambil wudhu'. Masuk ke Ballroom untuk solat dan majlis bacaan yasin dan tahlil hari guru. Bagi yang bukan Islam, ada pengisian di bilik yang lain. Selesai majlis semua bergerak ke Matahari Ballroom untuk majlis iftar. Kami dapat tempat berdekatan dengan pintu masuk. As always. Cari port yang paling ngam untuk keseluruhan majlis. Sambil menunggu kami dihidangkan dengan pelbagai persembahan berunsur kerohanian. Sempat aku meronda dari meja ke meja yang mana aku dapat kesan ada member dikenali. Tu pun dalam sukuan aku aje la. Tak larat nak meronda 1 dewan. Sempat lagi pengarah menjengah kami bertanya khabar pada semua meja kontinjen Johor. Marbeles. Majlis bermu

Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke-48 : Olive Tree Hotel Check-in

Imej
Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke-48 : Olive Tree Hotel Check-in. Jam 1 petang kami mula bergerak ke Hotel Olive Tree untuk daftar masuk. Alhamdulillah. Hotel sangat kondusif. Tahniah dan syabas pada urusetia yang menguruskan segala-galanya. Sorang demi sorang dah dapat bilik. Turn aku bilik lum siap lagi. Tapi pihak hotel tukar ke bilik lain yang telah bersedia. Jam 1.30 petang aku dah dapat bilik. Sempat la meronda sambil snap segala kemudahan yang ada, as always. Memang terbaeekkk!!!! Memang disyorkan.

Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke-48 : Diskusi Pendidikan Naratif Baharu Amalan Pendidikan

Imej
Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke-48 : Diskusi Pendidikan Naratif Baharu Amalan Pendidikan. Dari hotel kami bergerak ke Pusat Konvensyen Setia Spice, yang letaknya seberang jalan aje. Boleh tahan juga menapak. Penat. Jangan cerita. Baru sampai dari Johor ni beb. Makin lama makin kebelakang la aku. Pace langkah dah makin slow. Sampai aje, sempat posing-posing jap di photobooth yang bukan sahaja banyak malah berwarna warni yang memang banyak di sini. Senang ja nak cari team Johor. Semua berbaju T hitam. Terus gerak masuk ke ruang pameran. Jalan sekali lalu sambil snap situ dan sini. Tetiba rasa kena tarik. Sekali nengok en saiful daaa... Layan la selfie jap ngan orang penting ni. Masuk ke ruang program dan terus cari tempat duduk yang paling strategik. Biasa la kan. Tempat duduk mesti lokasi yang boleh nampak keseluruhan majlis dan main event. Majlis dimulakan dengan penyampaian anugerah guru adiwira dan anugerah khas pendidikan. Memang meriah tahun ni dengan penghargaan pada guru. Tah

Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke-48 : Penang, Here We Come!

Imej
Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke-48 : Penang, Here We Come! At last, aku join jugak team Johor ke Penang. Actually. Dah lama aku tak join, atas faktor kesihatan. Last aku turut serta, Kuala Lumpur 2014. Dan lepas tu memang aku problem. Kali ni, lepas 5 tahun berlalu; aku try semula. Kena control pergerakan aje la kan. Pantang lepa harus la cari tempat duduk. So. Kita mula buka lembaran baharu. Gerak keluar dari rumah around 6.30 petang. Nak cari makanan dulu. Pikir punya pikir aku terus tuju McD kat depan EC. Kereta berbaris. Takpe. Cari park dan masuk beratur. Ramai jugak. Dan ramai juga yang tak sempat berbuka pun dalam barisan termasuk aku. Tapi satu benda yang aku belajar malam ni. Kalau ko tengok macam mana kebudaks McD tu layan pelanggan, memang ko rasa ko tak layak nak mengeluh dalam barisan. Aku tak nampak sorang pun yang merungut, mengeluh malah menjamah makanan. Terus menerus melayan pelanggan. So, aku pun tak sampai hati nak jamah depan deme. Dalam kereta baru aku jamah f

Yok ke Simpang Renggam

Imej
Yok ke Simpang Renggam. Pagi ni gerak ke Simpang Renggam untuk meeting sewaan. Singgah di Masjid Impian Emas sebagai tapak berkumpul sebelum berkongsi kenderaan ke Simpang Renggam. Tak sangka dipertemukan dengan sahabat lama kat sini. Seronok dapat sembang santai jap. Semua dah tiba dan kami mula bergerak ke SMK Ibrahim Majid. Sempat snap snap kedua-dua lokasi. Lupa pulak nak snap picas semasa dalam meeting.

Bazar Ramadan Anjung Nusajaya

Imej
Bazar Ramadan Anjung Nusajaya. Macam biasa. Bila nak gerak outstation je mesti merayau cari ration dulu. Singgah Mydin Anjung Nusajaya. Masa nak balik, merayau jap kat bazar ramadan depan dia tu. Boleh la. Cuma. Makanan berat agak kurang, bagi aku la.

A day on design & live broadcast

Imej
A day on design & live broadcast. Actually. Hari ni hari yang paling aku hyperaktif. Ada 2 live sempat dilayan, satu di TV3 satu lagi FB, live dari penang. Sesambil tu study pasal Polisi Keselamatan Siber KPM versi 1.0. Buat apa yang patut. Dari nak buat design vektor penuh aku tukar buat fusion. Hehehe. Shahira jadi model. Sesambil tu layan live dari Penang. Tahniah pada semua cikgu Johor yang menerima anugerah. Sempat nengok 4 orang je sebelum live broadcast tamat. Terus. Terbantut nak buat testrun Youtube live. Nanti aku nak buat kat penang aje ler.

Bazar Ramadan Bandar Baru Uda

Imej
Bazar Ramadan Bandar Baru Uda. Singgah jap semasa balik. Tapau nasi ambeng la macam biasa. Kengkonon nak buat video cam bazar lelain. Sekali SJCam tertinggal daa.... Haisshhh.

Majlis Pertemuan Ringkas Pengarah Baharu

Imej
Majlis Pertemuan Ringkas Pengarah Baharu. Pagi ni kami bersama Cikgu Azman Adnan. Pengarah baharu Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Selepas melapor diri, semua Ketua Sektor mendengar amanat daripada Tuan Pengarah. Beliau amat berterima kasih pada semua atas kerjasama dalam memastikan pendidikan Johor beroperasi dengan sebaiknya. Teamwork yang baik antara semua akan jadi keutamaan. Tindakan perlu pantas. Laksanakan tanggungjawab sebaik-baiknya. Hala tuju PPJ akan diteruskan dengan apa yang dah dibuat, dengan value added bagi yang perlukan penambahbaikan. Tahniah tuan, semoga terus cemerlang dalam menerajui pendidikan negeri Johor. TQ Hadi dan Nizam jadi jurugambar hari ni.