Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2016

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL KPM DI ILKS AMBILAN JUN 2016

Imej
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL KPM DI ILKS AMBILAN JUN 2016 boleh disemak mulai 6 Jun 2016 hingga 12 Jun 2016. Sila layari laman sesawang KPM di http://www.moe.gov.my atau  https://matrikulasi.moe.gov.my/system/tawaran/index.cfm --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Mesyuarat Pembukaan Audit Dalaman MS ISO JPN Johor 2016

Imej
Mesyuarat Pembukaan Audit Dalaman MS ISO JPN Johor 2016. Pagi semalam bertempat di Bilik Mesyuarat Utama. 6 auditor hadir. Dua dari Melaka dan 4 dari Johor. Giliran kami adalah pada sebelah pagi hari terakhir. Good Luck for all! All the best!

Sesi Urutan Steven

Imej
Sesi Urutan Steven. Sambil dok borak ngan memember lama. Sambil nak bangun dengan agak susah payah tu. Tetiba je en Hafith terus keluar cadangan. Gi urut tulang. Dan disinilah aku petang ni. Orangnya dah berumur. Steven. 70++. Borak borak jap. Terus masuk bilik urutan. Dah sudah. Dia suruh aku amik kamera. Dia amikkan gambo kaki aku yang diluruskan. Kaki kiri pendek sikit. U pernah jatuh terduduk ye. Kena kungfu jap kat pinggul. Sambung lutut. Pastu buku lali. Dia mintak kamera semula. K. Tengok semula. Aiyooo... Dua kecederaan lama. Satu kat punggung. Satu kat buku lali kanan. Maybe terpelecok katanya. Dia suruh aku jalan. Masih sakit kat tempat lama. Bahagian atas kaki. Dia suruh baring semula. Pegang. Tekan. U pakai safety boot? Spot on. Tiga tempat ada clot dia kata. Atas kaki. Sebelah tepi ibu jari. Dan bahagian bawah setiap jari. Habih la kena brush up lagi. Huhuhu. Part ni memang aku tak tahan. Perghhhh!!! Sebelum balik dia kasi pil. Saya sangat jarang kasi pill. Tapi rasan

Pelabelan Guru

Imej
Pelabelan Guru. Perbincangan semula dengan dua daerah pilot terdahulu, Johor Bahru dan Petaling Jaya. Ada sedikit penambahbaikan perlu dilaksanakan sebelum sistem betul betul dapat full swing dan lebih smart dalam memproses data. Seharian jugak kat JB hari Ahad tu membelek data. Time makan sempat bersama team lama. Tempat lama lah katakan.

Paparan Interaktif Lobi Utama

Imej
Paparan Interaktif Lobi Utama. Ni cerita lama. Khamis lepas. Sekali aku tertinggal aku nyer sjcam. Hmmm. Lambat la hapdetnya. Monitor utama ni akan jadi medium utama penyampaian video-video promosi kerajaan negeri, jpn johor dan kpm kelak. So. Kita kena buat something supaya ianya jadi lebih berinteraktif dan berinformatif. Tahniah pada en. Firdaus and the team. Pilihan mutakhir... XIBO! Perghhh terasa belang tarung dah kuar dah ni. Ahahaha

Selamat Bercuti

Imej
Selamat Bercuti. Hari khamis lepas merupakan hari terakhir persekolahan di negeri Johor khususnya. Dalam pukul 4 baru gerak gi amik Iqa. Selamat bercuti pada semua guru dan murid negeri Johor khususnya. Manfaatkan masa terluang dengan baik.

Perhimpunan Bulanan Bil.5/2016 JPN Johor

Imej
Perhimpunan Bulanan Bil.5/2016 JPN Johor. Diurusetiakan oleh SPSPK. Ada banyak acara terkandung didalamnya, termasuklah sambutan hari guru, penyampaian sijil dan anugerah dan tak dilupa meraikan persaraan En. Sukhaimi.

FLORIA Diraja Putrajaya 2016

Imej
FLORIA Diraja Putrajaya 2016 akan membawa konsep percutian bersama keluarga ke suatu dimensi baharu menjangkaui imaginasi apabila komponen-komponen Taman Ajaib (Magical Gardens) membuka tirainya pada musim cuti sekolah iaitu mulai 27 Mei hingga 4 Jun 2016 di Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya. Dengan menggunapakai teknologi terkini dari Eropah, Taman Ajaib (Magical Gardens) akan menampilkan satu pengalaman yang menakjubkan menerusi Hutan Mistik (Mystical Forest), Taman Kekwa (Chrysanthemum Garden), Dunia Duyung (Mermaid’s World) dan Laman Manisan (Candy Courtyard). Teknologi tersebut menghidangkan satu santapan bagi 5 deria sedia ada (lihat, dengar, rasa, hidu, sentuh) beserta perasaan. Bertemakan ‘Keajaiban Dunia Floria’, festival bunga dan taman terbesar di rantau ini menghidangkan Bunga Kekwa sebagai bunga tema dalam suasana taman yang direka khas buat tatapan para pengunjung. Antara komponen baru yang dijangka menarik lebih ramai pengunjung dan pelancong asing pada tahun in

Hentian Pagoh Escapade

Imej
Hentian Pagoh Escapade. Berenti jap. Solat. Lurus luruskan kaki. Layan nengok orang beli buah.

Kodai Makan Sabak Salai

Imej
Kodai Makan Sabak Salai. Waahhh.. Makan daging salai aku hari ni. Keluar sikit dari tol pedas linggi tu. Amik arah ke kanan. Jalan sikit. Kedai dia sebolah kiri jalan. Nak carik daging salai je tak jumpa. Dah abih kena angkut. Makan yo la yang lomak cili api tu. Memang besh. Masa datang siap ada krew RTM tongah suuuting. Hahaha. Tengokkan aje dari jauh. Aku amik bideo jugak. Tapiii... tunggu queue lah. TQ en shuhaimi belanjo makan tongahari nih.

Parcel E 360

Imej
Parcel E 360. Alang-alang dah sampai. Buat video 360 sekali kat tengah tengah roundabout ni. Hehehe. Tapi bideonya lambat sikit upload. Tunggu queue panjang sangat ni.

Sekolah Tun Fatimah on Sync

Imej
Sekolah Tun Fatimah on Sync. Pihak Sekolah Tun Fatimah telah menggunakan Sync sebagai sistem e-komunikasi rasmi sekolah. Ibu bapa, guru-guru dan murid-murid disarankan untuk memuat turun Aplikasi 'Sync School Messaging' agar tidak ketinggalan dalam mendapatkan informasi penting dari pihak sekolah. Sila klik pautan berikut untuk muaturun : http://edu.sync.my/JEB1009 Kata carian nama sekolah di aplikasi Sync ialah: SEKOLAH TUN FATIMAH Surat Siaran Rasmi http://edu.sync.my/CL/JEB1009 Brochure Sync (How to install) http://edu.sync.my/brochure --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Langit kembali suram

Imej
Langit kembali suram. Ingatan pada diri aku balik je ni. Dua minggu kebelakangan ni, sejak aku dah makin OK. Banyak benda yang aku dah makin lupa buat. Terutama senaman kaki tu. Hehehe. Betul la cakap fisio tu. Masalah aku bukannya otot. Tulang. Sakit dia akan on and off. Tetambah bila aku dah lupa diri macam seminggu dua ni. Merayap sana. Merayap sini. Macam takde pape. Kalsium pun dah mula lupa ambik. Hahaha. Ada hati pulak nak merayap ke KL hari sabtu ni. Dan balik hari drive sendiri. Gatal jari pulak ngisi JBK semalam. Adoilaaa... Lupa dunia sungguh. Balik PKG semalam. Tido. Lain macam pulak rasa kaki tu. Baru la teringat nak tampal acustop semula. Tapi kalsium tetap lupa nak amik. Bangun pagi ni memang terasa sakit lama tu. Meeting putrajaya pulak tu pagi ni. Terdengkot balik la aku hari ni. Huhuhu. PS : Baru terasa nak buat 360 kat laman tetengah roundabout depan E8 tu. Hahaha. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎

BENGKEL CHEF FROG HUB SEKOLAH ZON PKG GELANG PATAH BIL.1/2016

Imej
BENGKEL CHEF FROG HUB SEKOLAH ZON PKG GELANG PATAH BIL.1/2016. Nice aah sesi bengkel petang ni. Banyak perkara dan tools baharu yang diperolehi. Kisahnya dari mula aku ngan projek laman web rasmi sekolah thru vle frog. Serampang bermata-mata. Sambutan pengarah bagus. Sambutan KPP BTPN pun bagus. Terus bersama ngan team, dari BTPN, dari PPD, dari PKG. Memang terbaeekkk!!!! Hari ni. Fasilitator adalah En. Fadzil. Advocate Platinum kebangsaan. Turut sama En. Muiz, FROG HUB. Bersama Pn. Tan dari PKG Gelang Patah dan En. Amran dari PPD Johor Bahru. Memang jalinan yang sangat baik. Semoga projek ini dapat dilaksanakan dengan baik oleh admin-admin sekolah zon PKG Gelang Patah dan seterusnya Johor keseluruhannya. Target akhir semua sekolah Johor guna VLE FROG untuk website rasmi sekolah. En Fadzil turut sama berkongsi bahan-bahannya menerusi pautan berikut : gg.gg/ceramahpkg

Jom Belajar Koding (JBK) Johor

Imej
Jom Belajar Koding (JBK) Johor. Jom Belajar Koding (JBK) adalah sebuah program yang dicadangkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang dikelolakan oleh Biro Profesional Muda (BPM) selama dua (2) hari untuk setiap sesi. Program ini mensasarkan 2,000 penyertaan anak muda di seluruh negara secara keseluruhan bertujuan bagi memberi pendedahan awal dalam penerokaan platform IT seterusnya menarik minat mereka meneraju ke arah masa hadapan IT. JBK Johor akan dijalankan pada  27-28 MEI 2016  bertempat di UTM Skudai. Jom daftar sekarang. Tempat adalah terhad! Layari  http://jbk.my/johor untuk mendaftar dan keterangan lanjut. Kepentingan Belajar Koding Di zaman moden ini, ilmu koding bukan lagi satu kepentingan tetapi merupakan kemahiran asas bagi setiap individu. Untuk mara kehadapan, anak-anak muda Melayu tidak boleh tertinggal lagi dalam M keempat ini. (Membaca, Menulis, Mengira, Mereka Kod). Kekurangan individu dalam kemahiran ini menyebabkan permintaan yang tinggi untuk perek

Keputusan Permohonan Pertukaran 15,000 Guru Diketahui 1 Jun Ini

Imej
Keputusan Permohonan Pertukaran 15,000 Guru Diketahui 1 Jun Ini. Keputusan permohonan pertukaran 15,000 guru yang berjauhan daripada pasangan masing-masing akan diketahui pada 1 Jun ini, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid. Beliau berkata permohonan pertukaran itu dibuka kepada guru-guru pada setiap Januari, Jun dan Disember. Keputusan permohonan itu akan dibuat berdasarkan tiga kriteria utama iaitu tempoh masa guru mengajar di sesebuah sekolah, faktor kesihatan guru berkenaan dan tempoh guru berjauhan daripada pasangannya. "Sejak tahun lepas sehingga April tahun ini, permohonan hampir 3,000 guru diluluskan bagi membolehkan mereka berpindah mengikut pasangan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Guru Warga Pendidik Parlimen Batu di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Sentul di sini, hari ini. Beliau turut menyampaikan anugerah kepada sekolah, guru bersara dan tokoh guru peringkat Parlimen Batu. Terdahulu, dalam ucapan

10 pusat Tingkatan Enam Mod 1 di seluruh negara kini dikenali sebagai Kolej Tingkatan Enam

Imej
10 pusat Tingkatan Enam Mod 1 di seluruh negara kini dikenali sebagai Kolej Tingkatan Enam.  Berkuatkuasa hari ini, semua 10 pusat Tingkatan Enam Mod 1 di seluruh negara kini dikenali sebagai Kolej Tingkatan Enam, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid. Mahdzir berkata keputusan itu dibuat dalam usaha kementerian memantapkan imej, kualiti dan sistem pendidikan Tingkatan Enam sekali gus sebagai memberikan motivasi kepada pelajar berkenaan. "Bagaimanapun penamaan kepada Kolej Tingkatan Enam ini hanya diberikan kepada pusat Tingkatan Enam Mod 1 sahaja. Dengan langkah penamaan kepada kolej ini diharapkan pelajar akan lebih bersemangat untuk belajar dengan cemerlang di Tingkatan Enam ini," katanya selepas Majlis Perasmian Kolej Tingkatan Enam Taman Mahsuri di sini, Ahad. Turut hadir Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan, Datuk Abdullah Mad Yunus dan Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah Sofaruddin Ismail, Katanya pusat Tingka

JPN Johor in 360

Imej
JPN Johor in 360. Sambil dok neliti. Sambil dok perati. Dok mikir kaedah nak kongsi video 2 minit lepas ni. Tetiba. Tertengok video yang loop. Tercuba pakai video jpn semalam. Hmmm.. Kalau buat looping 360 best jugak ni. Turun bawak amik dulu lah. Ngetest awal.

Perancangan

Imej
Perancangan. Pagi tadi. Menyelongkar jap. Tengok arkib. Tahun depan giliran maybe tiba. Aku mula gi kebangsaan sejak 2012. Perak. Sambil dok selak. Sambil dok imbau. Satu buku cicir. Negeri Sembilan. Pasal masa tu. Paling banyak aku merayau. So. Aku terlepas beg. Nasib.

PERTANDINGAN IDEA KREATIF DAN INOVATIF KATEGORI PERKHIDMATAN AWAM DI BAWAH INISIATIF PERTANDINGAN STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN (NBOSC)

Imej
PERTANDINGAN IDEA KREATIF DAN INOVATIF KATEGORI PERKHIDMATAN AWAM DI BAWAH INISIATIF PERTANDINGAN STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN (NBOSC). Inisiatif NBOSC ini  mensasarkan penyertaan seluruh penjawat awam di peringkat Persekutuan, Negeri, Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). NBOSC kategori Perkhidmatan Awam juga membuka penyertaan kepada warga Malaysia yang berusia 16 tahun ke atas termasuk pelajar-pelajar peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta. Hadiah wang tunai melebihi RM100,000.00 ditawarkan kepada para pemenang termasuk RM50,000.00 Dana Permulaan untuk pemenang tempat pertama Agensi Pelaksana yang berkaitan. Maklumat lanjut berkaitan pertandingan ini boleh didapati di laman sesawang www.nboscompetition.my . Sekiranya terdapat pertanyaan berkenaan perkara ini, anda boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut: i.                    Puan Salmiza Shahriman | salmiza.shah@jpa.gov.my  | 03-8885 3842; atau ii.                  Cik Joana Ajadap | joana.ajadap@jpa.gov

Fiqri 20160522

Imej
Fiqri 20160522. Bila gajet mama dah mula sync balik dengan akaun aku, maka banyak la gambar famili akan mula masuk semula. Ni petang tadi. Sambil sambil fiqri lepak sama mama.

Bengkel Penyelarasan EKSA JPN Johor

Imej
Bengkel Penyelarasan EKSA JPN Johor. Sesi perbincangan pembugaran EKSA. Alhamdulillah. Banyak usaha dicadangkan bagi membugarkan dan meningkatkan semula kesedaran dan komitmen berkaitan EKSA. All the best! Siap sempat amik video gitu. Hehehe.

JPN Johor 20160522

Imej
JPN Johor 20160522. Sebelum turun lunch lagi lam kepala aku dah set untuk amik sekali lagi gambo bangunan jabatan. Tapi lebih up dari biasa. Bideo. Hehehe. Layan... Pakai SJCam aje.

Taklimat Pelaksanaan Penilaian Bersepadu PPP (PBPPP) peringkat Sektor Tahun 2016

Imej
Taklimat Pelaksanaan Penilaian Bersepadu PPP (PBPPP) peringkat Sektor Tahun 2016. Taklimat ringkas sebelum proses penilaian bermula 1 hingga 16 Jun ini. Selesai sahaja. Sambung dengan ISO dan Taskforce baharu yang diminta oleh pengarah. All the best!

Precouncil Dialog Prestasi Johor Bil.2/2016

Imej
Precouncil Dialog Prestasi Johor Bil.2/2016. Bila sambung SJCam baru terperasan ada beberapa gambar miss. Ni bengkel minggu lepas. Hari Khamis. Banyak perkara dan matrik yang dapat diperhalusi bersama bagi memastikan kelancaran dialog ini kelak.

Rombongan ke Hari Guru Johor 2016

Imej
Rombongan ke Hari Guru Johor 2016. Edisi 18 Mei yang lepas. Satu van kami pergi. Menarik. Apa lagi. Keluarkan SJCam. Kita wat sikit rakaman on the way ke Tangkak. Pastu. Kepala memasing kenoneng. Hehehe. Dibuai van lah katakan.

Taklimat Pengurusan Risiko Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2016

Imej
Taklimat Pengurusan Risiko Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2016. Taklimat dan bengkel ni dibuat pada 11 April yang lepas bertempat di Bilik Mesyuarat Utama. Program melibatkan semua sektor dan PPD negeri Johor. Alhamdulillah. Semua berjalan lancar.

Sambutan Hari Guru @ SMK Taman Nusajaya Mama 2016 : More of it

Imej
Sambutan Hari Guru @ SMK Taman Nusajaya Mama 2016 : More of it. Rupanya banyak lagi foto terutama yang pakai apps lain cam B216 and yang sejenis dengannya. Mama siap transfer thru. Apa lagi. Pantang tul nengok gambo masuk. Terus proses. Hahahaha.

Kucing

Imej
Kucing. Habit utama. Pantang nampak kucing. Mesti kena snap. Kucing sedang hilangkan kehausan. Minum dari lopak air di kawasan parking. Tarik. 22 Mac. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

SMK Taman Nusajaya New Paintjob

Imej
SMK Taman Nusajaya New Paintjob. Ni pun cerita dah lama. 18 Mac lepas punya cerita. Sesambil teman mama amik printer kat sekolah, sesambil snap snap.

Jenjalan JB 20160429

Imej
Jenjalan JB 20160429. Satu set lagi gambo jenjalan masa cuti sambung hari pekerja ituhari. Gambar dari henpon mama. Layankan aje ler.

Ular

Imej
Ular. Alang alang ngemas dropbox, ngemas habih habih. Ni kes bulan Mac ituhari. Tengah aku dok pakai PC, terperasan something gerak kat ruang tengah antara PC ngan dapur. Tegur. Gerak sesikit. Alamek. Ulau. Tegur lagi. Dia lepak lepak ja kat situ. Amik batang kayu. Terus hentak. Sempat snap pulak tu. Terus amik wak keluar sebelum ramai lagi yang ngeri.

Jabatan Pendidikan Negeri Johor 20160508

Imej
Jabatan Pendidikan Negeri Johor 20160508. Tengah clear out dropbox. Ada gambar gambar lama. Amik masa dok buat detailing vectorise bangunan jabatan tempohari. Layankan aje yer.

Sambutan Hari Guru @ SMK Taman Nusajaya Mama 2016

Imej
Sambutan Hari Guru @ SMK Taman Nusajaya Mama 2016. Kali ni kita kongsi pulak sekitar sambutan hari guru kat sekolah mama. Hehehe. Mula dari hari sebelum. Yang cuti JDT menang tu. Esoknya. Baru sambut dengan kebudaks. Layann...

Semakan Status Perjalanan Ke Luar Negara : Sistem Aplikasi Elektronik Jabatan Imigresen Malaysia

Imej
Semakan Status Perjalanan Ke Luar Negara : Sistem Aplikasi Elektronik Jabatan Imigresen Malaysia. Kini. Lebih mudah untuk membuat semakan. Aplikasi ini dibina bagi kemudahan warganegara Malaysia yang ingin menyemak status untuk mendapatkan kemudahan Imigresen bagi permohonan dokumen perjalanan dan perjalanan ke luar negara. Semakan boleh dilaksanakan di pautan berikut. Cuma masukkan nombor kad pengenalan dan status anda akan dipaparkan. http://sspi2.imi.gov.my/default.aspx --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Lawatan STF 20160520 : Food Truck @STF

Imej
Lawatan STF 20160520 : Food Truck @STF. Kelainan baharu kali ni. Dibukak dua hari. Jumaat dan Sabtu. So. Parent yang datang pun lebih banyak pilihannya. Yang pasti budak STF la yang gumbira. Dapat la makan makanan makanan pilihan remaja alaf kini ni. Dan. Alang alang aku dah bawak videocam. Siap wak jengjalan rakam scenery. Ada 8 food truck. Layann...

Kembalinya Sang Sony Biru

Imej
Kembalinya Sang Sony Biru. Hahaha. Sebabnya satu ja. Video Video lama ku dah mula keluar pada On This Day function di Facebook. Maka keluarlah dia dari pertapaannya yang lama. Terus aku caj. Layan gelagat fiqri. Sesekali aku dok mikir. Rupanya. Semua gajet aku pernah masuk pertapaan. Tetambah. Bila aku dapat gajet baharu. Hehehe.

Masjid Jamek Gelang Patah 20160520

Imej
Masjid Jamek Gelang Patah 20160520. Lama tak ke sini. Asyik gi laken je.

Pusat Perniagaan & Medan Selera Taman Nusa Perintis : In Progress

Imej
Pusat Perniagaan & Medan Selera Taman Nusa Perintis : In Progress. Dah makin nampak rupa akhirnya. Marbeles! Luangkan sikit masa snap snap.

Kek Hari Guru KISSGP 2016

Imej
Kek Hari Guru KISSGP 2016. Tadi. Lepas ja abis kelas, kek sampai. Buat sesi potong kek dan posing posing jap. Selamat Hari Guru! Terima Kasih, Cikgu!

Sarap @Warung JDT

Imej
Sarap @Warung JDT. Lama tak ke sini. Pasal banyak yang tutup. At last kami ke sini. Walau mulanya nak gi try sup mender ntah kat gerai bertentangan. Takpa. Yang tu kita try minggu lain pulak nooo... Lepak lepak. Nampak cun pulak baju JDT full merah ni. Kalau dulu iqa mesti selalu suruh beli baju ni. Kali ni tak pulak. Mentang mentang rumah merah. Nanti cuti nanti nak gi cari la.

Hari ISO SPMICT

Imej
Hari ISO SPMICT. Kat sektor dengan pra auditnya. Kat SJQ taklimat untuk Audit nanti. Tinggalkan En. Firdaus dan En. Kairul untuk Pra Audit. Taklimat dan perbincangan penetapan auditee. Balik sektor. Masih berlangsung. Layan sama.

Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Johor 2016 : The Official Photo

Imej
Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Johor 2016 : The Official Photo. Dah dapat dari Zana semalam. Baru perasan tadi. Tu pun lepas dia telefon. Hehehe. Yok layan.

Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Johor 2016 : My Story

Imej
Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Johor 2016 : My Story. Actually. Aku sangat penat hari ni. Dah lama aku tak gerak jauh balik hari cam ni. Sejuk van. Sejuk luar yang hujan renyai renyai. Lum cerita dibuai hayunan van lagi. Perghhh. Terasa betul. Sampai rumah terus tertido. Keluar awal pagi ni. Pasal van dah nak gerak jam 7 pagi. Tunggu semua sampai. Terus gerak. Sampai tepat sebelum mula. Sempat ronda satu sekolah. Hehehe. Cari tandas la. Apa lagi. Masuk dewan. MB sampai. Layan skrin aje sebab MB ada siri lawatan ke kelas lamanya dan bersama teman-teman sekelas. Selesai. Terus masuk dewan dan majlis pun bermula. Menarik. Simple. Yet. Perfect. Selesai semua. Pakat makan bersama kat khemah berdepan dengan kelas lama MB. Sempat amik picas ngan geng lama Muar. Hehehe. Yok layan picas.

Back on track

Imej
Back on track. Last aku nulis adalah pada hari sabtu. Gambo pun dah bersawang lam dropbox aku. Tak boleh nak fokus. Pelik jugak. Jarang-jarang jadi gini. Maybe banyak sangat perkara bermain lam kepala, nak kena buat, akan buat, dan ntah apa kemende lagi. Nak kata layan bola. Malam JDT main tu pun aku bantai tido je pun. Bangun ingatkan dah siang. Henpon dok berbunyi aje. Pakat tanya status cuti ke idak. Hehehe. Nak kata design. Maybe ada a little bit. Dan semalam dah setel dah pun. Hari ni leh ler main main guna design bangunan vektor tu. Aku main letak dulu yer. Tengah dok cari konsep. ISO. Haaa.. Yang ni paling banyak mengganggu fikiran pun. Tadi pun dah setel beberapa perkara yang jadi isu bagi aku. Jumpa terus tokei. Hmmm... rasanya semua dah clear kot. Tinggal nak gi perayaan hari guru negeri je esok. Lusa. Dah pra audit. Hope for the best!

Cuti Khas Peristiwa Berikutan Kejayaan JDT Menjulang Piala FA Tahun 2016

Imej
Cuti Khas Peristiwa Berikutan Kejayaan JDT Menjulang Piala FA Tahun 2016. Kerajaan negeri Johor mengumumkan cuti khas peristiwa di seluruh Johor esok sempena kejayaan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) merangkul Piala FA 2016 di Stadium Shah Alam, malam ini. JDT mengalahkan PKNS FC 2-1 pada final Piala FA. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim berkata kerajaan negeri turut mempertimbangkan memberi insentif kepada pasukan Harimau Selatan itu atas kejayaan itu. "Untuk pemain-pemain, kita bagi insentif dan untuk penyokong-penyokong pula kita bagi cuti," kata beliau ketika ditemu bual oleh Johor FM secara langsung di sini. Sebagai rekod, JDT sekadar muncul naib juara Piala FA pada 2013 setelah kalah 1-01 kepada Kelantan pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil. Skuad Harimau Selatan pernah menjuarai Piala FA pada 1998 yang pada ketika itu skuad itu dikenali sebagai Johor FA (kini dikenali sebagai JDT II). Ismail, yang juga Presiden Persatuan Bol

Kembara Mahkota Johor 2016 : Hari Pertama

Imej
Kembara Mahkota Johor 2016 : Hari Pertama. Melibatkan jarak sejauh 246km. Berikut merupakan foto-foto yang dikumpul dari FB. Kita soroti bersama.

Fiqri @ Klinik Rozikin

Imej
Fiqri @ Klinik Rozikin. Semalam. Gi klinik. Suhu badan si Fiqri makin naik. Lepak lepak jap. Nunggu doktor. Sesambil tu sempat gi ngukur tinggi adik inaz dan iqi.

More fogging on Wawasan

Imej
More fogging on Wawasan. Petang semalam satu lagi sesi semburan besar-besaran dilaksanakan sekali lagi. Borak ngan pegawai tu. Untuk pencegahan. Bukak ja tingkap bahagian atas setiap bilik supaya dapat masuk secara terus ke dalam rumah. Sesekali kan.

Lawatan STF 20160513 : Angsana Getaway

Imej
Lawatan STF 20160513 : Angsana Getaway. First time kot iqa ajak keluar outing bersama. Kebetulan minggu outing. Nak gi Angsana katanya. Nak beli ration opppsss... food. Layan... Aku lepak kat medan selera aje. Sambil sambil tu nengokkan cenderamata untuk Hari Guru sekali. Adik inaz tak lepaskan peluang untuk beli anak patung lagi. Aiyoo...