Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2019

Mesyuarat Sewaan & Bengkel Latihan Penggunaan Online Storage JPN Johor

Imej
Mesyuarat Sewaan & Bengkel Latihan Penggunaan Online Storage JPN Johor. Dua program dilaksanakan berterusan hari ni. Dimulakan dengan mesyuarat sewaan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama. Alhamdulillah. Dah semakin lancar dan kurang isu berbangkit. Ada sedikit pembentangan daripada daerah berkaitan sistem pengurusan untuk Juruteknik Komputer. Tahniah. Sangat membantu pengurusan bersistematik. Kita kembangluas secara rintis ke dua daerah terlebih dahulu. Selesai mesyuarat disambung dengan bengkel latihan online storage pula.

Jenjalan Cuti Khas

Imej
Jenjalan Cuti Khas. Alhamdulillah. Hari ni kita semua cuti sempena pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI. Daulat Tuanku. Dari pagi sampai tengah hari kami duduk depan TV menyaksikan detik bersejarah negara kita Malaysia. Lepas zohor kami mula melaksanakan perancangan yang dah dibuat daripada semalam, jenjalan. First of all kita cari makan dulu la. Isi perut dulu. Memang nak makan seafood. Call Damai, tutup. Call Rahmat. Tak jawab. Call Saujana, pun tak jawab. Masuk kereta, rahmat call semula. OK. Buka hari ni. Gerak ke Pendas la kita ya. Sekali on the way, Saujana call. Mama terus ajak lepak sini. Dah lama tak gi kan. Memang best. Angin sepoi sepoi yang tak kunjung putus menyambut kehadiran kami. amik order set untuk 5 orang. Tambah ayam sambal untuk aku dan mee goreng untuk iqi. Sekali sampai. Mak aih. Tak terabih kitaorang makan. Kebudaks dok belasah buah je. Mempelam terus abis gitu je. Dapat la makan belimbing. Tau apa set untuk 5

Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI

Imej
Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI. Daulat Tuanku. Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena Istiadat Pertabalan baginda sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI pada 30 Julai 2019 bersamaan 27 Zulkaedah 1440H. Semoga Allah Subhanahu Wata’ala Memberkati Pemerintahan Seri Paduka Baginda Tuanku. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Kem Seni Visual & Semarak Tari Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2019 : Majlis Penutupan Rasmi

Imej
Kem Seni Visual & Semarak Tari Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2019 : Majlis Penutupan Rasmi. Hari ni berkesempatan untuk menghadiri majlis ini yang dilaksanakan bertempat di Dewan Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Program dimulakan dengan perasmian Pameran Cat Air Time-Lapse of Johor di Yayasan Warisan Johor. Memang terbaeekkk!!!! Penggunaan warna dari hitam dan putih diikuti dengan sephia sebelum warna vibrant menggambarkan peredaran masa dengan situasi semasa Johor sepanjang zaman sangat memberansangkan dan kreatif. Nanti ada masa aku akan sharekan video sepanjang 100 m tersebut. Seterusnya kami ke Muo Coffee Cafe untuk hidangan ringan sebelum majlis penutup yang dilaksanakan di EC. Gerak ke EC. Majlis bermula dengan persembahan tarian. Selesai ucapan daripada perasmi, upacara penyampaian hadiah disampaikan pada semua peserta yang terlibat. Memang terbaeekkk!!!! Tahniah pada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti yang sangat memberansangkan ini. Balik opis se

Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.7/2019

Imej
Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.7/2019. Kami bermula dengan penerangan berkaitan Yayasan Raja Zarith Sofiah. Kami diperkenalkan dengan dua program berkaitan sekolah; B40 - Bantuan Pelajar Miskin ZSIEFA dan ZSIEFA addean khusus untuk pembangunan ummah berteraskan al-quran dan sunnah. Menarik. Kalau berminat boleh layari portal rasmi dia di url  http://zarithsofiah.foundation/v1/index.html . Turut disediakan skim potongan gaji bagi yang ingin bersedekah dan menyumbang. Perhimpunan kali diurusetiakan oleh BTPN Johor dengan membawa konsep suasana di sekolah. Memang agak menarik. Dimulakan dengan cikgu praktikal katanya membuka majlis dengan perhimpunan pagi. Semua acara biasa disempurnakan menerusi aktiviti dalam perhimpunan. Kreatif. Selesai semua, baru cikgunya masuk. Ada sesi menerusi Google Classroom. Best kitaorang layan. Satunya. Sebab line cikgu yang handle tu yang slow. Kita dah tinggal dia 3 tiang baru dia nampak apa yang kita tulis. Apapun. Memang menarik. Siap diakhiri deng

Sekolah Agama Gelang Patah : 20190727 Sesi Pertemuan 27 Darjah Khas

Imej
Sekolah Agama Gelang Patah : 20190727 Sesi Pertemuan 27 Darjah Khas. Macam biasa. Cuma hari ni berbaju rasmi merah lah ye. Layan. #pkp

Leman Miko : Habit

Imej
Leman Miko : Habit. Kaki. Memang kegemaran utama dia untuk attack. Pantang lepa. Siap sanggup menghendp tau. Selalunya. Atuk la kena serang hendap dia.

Meronda

Imej
Meronda. Hari yang penuh. Atur dengan baik supaya jadi meronda. Bermula dengan sarap kat warung JDT. Hantar mama. Ngantor servis Huawei. Lepak nunggu kat UDA. Amik iqa. Beli barang keperluan dan belanja bulanan sekali. Terpaksa parking kat belakang Mydin disebabkan ada booth kat parking lot biasa. Nganto iqa semula lepas jemaat. Singgah tempat biasa sambil cuba elakkan Angsana. Ada Jom Heboh la pulak. Layan.

Petrol Routine for Almera

Imej
Petrol Routine for Almera. Last isi 13 Julai. Isi semula on 26 Julai. Petron Taman Prima. Hasil RM70.27 for 333.3 km melibatkan 33.784 l minyak. 14 hari.

TCEAS Skudai : Almera

Imej
TCEAS Skudai : Almera. Nganto almera sebelah paginya. Ke opis naik grab. Sempat borak ngan Aiman, driver grab aku pagi tu. Budak IT. Waktu balik. Tumpang mus sampai McD. Sambung naik grab ke TCEAS. Kali ni dengan Phang pulak. Borak pasal keter juga, pasal dia pun bawak nissan jugak. Menarik jugak cenggini. Dulu. Aku ngantor hari cuti aje. Bila iqa dah duduk asrama, aku ubah ke service selepas waktu kerja. Cuma nampaknya kaedah latest ni lebih menarik. Takde la tercongok sensorang kat service center sampai jam 6 lebih. Banyak masa boleh buat kerja dengan lebih baik.

Mesyuarat JPICT dan Maklumat negeri Johor Bil.2/2109

Imej
Mesyuarat JPICT dan Maklumat negeri Johor Bil.2/2109. Alhamdulillah. Selesai mesyuarat JPICTM negeri Johor untuk kali kedua. 9 pelaporan dibawa untuk keputusan dan makluman bersama. Semoga kesinambungan legasi kecemerlangan dapat diteruskan dengan baik di masa hadapan.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 7 Julai. Isi semula on 22 Julai 2019. Petronas Nusa Perintis. Hasil RM79.18 for 516.4 km melibatkan 38.068 l minyak. 16 hari. Layan. Sempat snap snap sambil jumpa si saida. Tak caya dia aku dok gelang patah. Haiishhh.

Berkemas

Imej
Berkemas. Minggu ni aku pastikan setiap pagi sebelum mula kerja dihabiskan untuk menyemak semula semua barangan peribadi aku. Dah tinggal 1/4 lagi je kot yang masih tinggal sehingga hari ini. Sikit sikit dah wak balik. Leh tahan jugak kan. Wat kerja tetap wat kerja. Cuma aku rasa aku perlukan cabaran baharu. Satu perasaan yang sama macam seperti aku amik keputusan untuk meninggalkan SBP satu ketika dulu. Paling best bila semua barang-barang nostalgia muncul semula. The best!

Leman Miko : Menghendap

Imej
Leman Miko : Menghendap. Kekeke. Mama cakap leman ni OKU. Hiper. Siap leh ngendap, menggelitis bagai. Dia tak suka kena pegang. Meronta je kerjanya. Pastu. Gigit. Haishhh. Kucen lain pun marah ngan dia sebab semua orang dia kaco dan gigit gigit gitu.

Buku Teks Digital Asas (BTDA) KPM

Imej
Buku Teks Digital Asas (BTDA) KPM. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan kemudahan buku teks digital asas (BTDA) dalam format PDF sebagai sumber rujukan kepada murid-murid sekolah. Anda boleh membuat rujukan melalui pautan berikut : BTDA Tahun 1 - https://drive.google.com/open?id=1c1B0CJ_tZETMsYG7BvOdoBASFhxzKxNZ BTDA Tahun 2 - https://drive.google.com/open?id=1V1Mu1Da_I6pkI_xXvts-vF7i519wpo3X BTDA Tahun 3 - https://drive.google.com/open?id=1YD0zU7pbplYWKVnpOhzkfKA592K08Dpe BTDA Tahun 4 - https://drive.google.com/open?id=1sRTQMVW3O9gTkWRelsNwe0MxqGKQ5Cr7 BTDA Tahun 5 - https://drive.google.com/open?id=1wZSVxoLc6ieTZ3bXowS1BezPFJfeeOcl BTDA Tahun 6 - https://drive.google.com/open?id=1H81PnAehEV_wmDwS52heeFLcUBg6HnSj BTDA Tingkatan 1 -  https://drive.google.com/open?id=1mGwDaFQ5V140nYO0Di46Y2Yg_1HVl8jo BTDA Tingkatan 2 -  https://drive.google.com/open?id=1UKJAG_uI4oiMR-U1_ITuURCFpr1n5QDd BTDA Tingkatan 3 -  https://drive.google.com/open?id=1rkG6PFTaxxTBLes

Leman dan Ici

Imej
Leman dan Ici. Ici ngan kucen memang selamba. Si Leman pun tak akan gigit dia macam dia gigit kitaorang. Pelik tu. Soh dia posing sama. Si Leman tak tengok kamera. Terus dia pegang kepala leman hala ke kamera. Si Leman pun selamba ja ngikut. Kalau aku... mampus kena gigit dah tu.

Man at work

Imej
Man at work. Hari ni tetiba jadi free jap. Sempat dok main wide guna A50 tu. Aku dan wide memang susah nak control. Layan selalu. Ambil masa yang ada untuk buat semakan kerja-kerja yang tertinggal. Dah kena mula sedia dari awal untuk serah. Kemas sikit-sikit barang. Dah lama kan dok kat sini. Sedar tak sedar punya banyak barang yang tersimpan. Dapat la wak balik satu beg. Letak tepi dan mula semak persediaan untuk mesyuarat besar minggu ni. Mesyuarat last bersama SPMICT. Nyambil nyambil meronda nengok yang lain. Arif di lokasi baharunya. Ceria. En Firdaus ngan pelajar praktikalnya. Sambung balik nyemak dokumen dan pelaporan. Petang. Wak balik a portion barang yang dah selesai disisih.

Sekolah Tun Fatimah : Iqa @ Tun Fatimah i-Challenge

Imej
Sekolah Tun Fatimah : Iqa @ Tun Fatimah i-Challenge. Iqa masuk VEX EDR. Tu yang dari hari tu dok praktis aje. Saingan dia bukan bisyer-bisyer. Semalam lagi dia kata dah kalah. Takpe. Kalah menang adat permainan. Yang penting dah usaha dan berikan yang terbaeekkk!!!! Gambo dikongsi daripada web rasmi tfic.stf.edu.my

Kembara Mahkota Johor 2019

Imej
Kembara Mahkota Johor 2019. Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan menunggang motosikal berkuasa tinggi, ‘Harley-Davidson 2019 Road King Special Touring Bike' pada jelajah Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2019 mulai Sabtu hingga Ahad ini. Jarak perjalanan hampir 700 kilometer pada jelajah kali ini bukan menjadi halangan kepada baginda untuk menemui rakyat serta mendengar keluhan mereka. Perjalanan akan tetap diteruskan merentasi 10 daerah di negeri ini walaupun dalam cuaca hujan atau panas. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Meronda pagi

Imej
Meronda pagi. Rutin lain sikit pagi ni. Semalam dah ganti darjah khas angah. So, pagi ni jadi lapang. Kebetulan mama ada kelas tambahan dengan kebudaks dia kat sekolah; singgah makan jap warung JDT dulu. Masa nak makan baru perasan dah lama aku tak order roti canai dengan sebut kuah apa yang aku nak. Dah datang dhal la pulok. Balik. Layan si Leman memain ngan Tumirin. Dah tak gaduh gaduh lagi dah. Phatah pun dah tak lempang Leman lagi.

Setel

Imej
Setel. 2 benda. Alhamdulillah. Dua dua setel. Yang pertama kat mutiara rini. Amik geran dan dokumen livina. Dah selesai sebulan awal. Tinggal nak ke JPJ tukar geran baharu. Ingat nak bawak geran kriss sekali tukar baharu. Yang kedua kat DIY. Janji si ici nak menan. Bawak biar dia pilih. Selesai.

Leman, Tumirin dan Suparjo

Imej
Leman, Tumirin dan Suparjo. Suka melepak kat kaki lima ni. Si Leman pulak pantang ngan semua. Paling suka dia kacau Tumirin. Mesti kejo punya. Tengok dedua kebudaks tu mesti lari kalau dia datang. Camne dia gigit kitaorang, camtu la dia gigit Tumirin. Nanti si Phatah mesti kejo leman kalau si tumirin jerit jerit marah. Yang suka main dengan dia si suparjo. Lari sana. Lari sini. Gi ronda longkang berdua bagai.

Hari yang penuh

Imej
Hari yang penuh. Sib baik bawak dua phone. Kononnya. Terus ke digi. amik simcard baharu kat kiosk. Sekali tokleh. Ada error. Nak tak nak terus ke opis. Ada lima mesyuarat hari ni. Sempat la si mus ngetest henpon kamera sampai tiga tu. Leh tahan jugak wide sama normal dia. Masuk meeting sampai habis. Setel ja terus ke digi. Jap ja dapat sim baharu. Dia memang buka penukaran masa opis hour aje rupanya. Huhuhu. Sib baik dekat.

Digi Samsung A50

Imej
Digi Samsung A50. Kisah ni agak hebat. Aku tetiba dapat sms dari digi pasal dapat Samsung A50, free pasal aku pengguna pelan famili. Sempat jugak survey pelan famili dari telco lain, tapi meme tokleh lawan digi punya lagi setakat ni. Maybe U Mobile punya pelan ja yang boleh saing setakat yang aku survey dari telco ke telco. So. Semalam. Gi digi. Memang betul. Tapi kena masuk waiting list. Hari ni. Lunch at Sirrdirina. Sempat borak ngan azhar. Dia pun dah hujung-hujung ngan kitaorang ni. Sekali masuk call. Digi Danga. Telefon dah ready untuk pick-up. Perghhhh! Tak caya beb. Semalam kat waiting list, hari ni dah release. On the way back lalu digi jap. Punya la ramai orang. Tunggu balik kerja baru pergi semula. Masuk aje 13 orang masih kat depan turnnya. Takpe. Tunggu je. Dekat sejam, alhamdulillah. A50 dah jadi milik aku yang sah! Yang best, aku hanya perasan dia pakai nano simcard bila dah sampai rumah. Hahaha. Apasal la setiap kali aku dapat henpon baharu mesti aku akan return semul

Jenjalan Cari Makan : Padang

Imej
Jenjalan Cari Makan : Padang. Hari yang agak tak keruan. Perasaan susah nak gambar. Tensen ada. Boring ada. Ikut si farrah meronda jap. Nak ke Padang katanya. Ikut. Nak juga tau kan tempat deme. Jumpa kak Zi yang ada kursus katanya kat atas. Juga nak turun lunch. sempat borak borak jap lam lif on the way turun. Sampai ke padang. Leh tahan. Banyak gerai. Pelbagai pilihan. Beli tapau makan kat pantry aje. Best!

Nasi Ayam Medan Selera Bandar Baru Uda

Imej
Nasi Ayam Medan Selera Bandar Baru Uda. Masa lunch singgah jap tasek utara. Kebetulan celcom turun ke sekolah ni. Selesai. Terus gerak ke Medan Selera Uda. Team lain dah nunggu lunch sesama. Yummy.

Meronda

Imej
Meronda. Banyak perbincangan dan persoalan sepanjang pagi ni. Lunch. Cari lokasi yang berdekatan dengan tapak. Pasal aku dah meratah ayam lepas mesyuarat tadi, neman yang lelain aje sambil minum air limau tambah sprite. Singgah ke tapak lokasi. Tengok secara terus lebih mudah. Kalau ada soalan lagi lepas ni senang nak menjawab.

Pelajar Praktikal SPMICT 2019 - Najwa, Izzudin, Hairi dan Aiman

Imej
Pelajar Praktikal SPMICT 2019 - Najwa, Izzudin, Hairi dan Aiman. 4 orang sekali datang lapor diri. Semuanya Sains Komputer dari UITM Segamat. Tahniah dan semoga akan dapat menyesuaikan diri di sini dan dapat menimba sebanyak mana ilmu yang boleh selama tempoh praktikal bersama kami di sini. All the best to all!

Petrol Routine for Almera

Imej
Petrol Routine for Almera. Last isi 29 Jun. Isi semula on 13 Julai. Petron Taman Prima. Hasil RM67.17 for 327.5 km melibatkan 32.292 l minyak. 15 hari.

Sabtu yang penuh

Imej
Sabtu yang penuh. Hmmm. Macam biasa. Tapi. Kalau nak ikut dah kurang sibuk dah sejak 3 minggu yang lepas. Internet interim pun dah hampir 90% selesai di Johor. Dah tenang sikit. Memang kena berkomunikasi dengan baik dengan semua pihak. So. Pagi ni gerak nganto angah dulu ke darjah khas. Segera. Sebab mama pun kena sampai ke sekolah sebelum 7.30 pagi untuk program math. Sampai sekolah mama, kita lepak jap kat bawah. Mama ajak naik sekali cuma malas sebab rasanya aku akan sibuk balik bebila masa ja. Duduk kat bawah layan progress sambil melayan soalan PIC daerah n then Maxis call. Kan aku dah kata. Borak jap. Terus call HQ. Ding dong ding dong. Maklum semula pada PIC. Sempat berbual jap ngan boss pasal 1BRIS. Mama turun. Terus gerak ke Usop. Sarap. Kengkonon nak makan nasi lemak taruk daging. Habis. Alamak. First time beb order nasi kerabu. Daging pun abis. Ada kambing aje. Kambing pun kambing la. Selesai. Gi nengokkan iqa pulak kat STF. Stress sikit. Pertandingan robotik just around

Seminar SPM 2019 Teknik Menjawab Matematik

Imej
Seminar SPM 2019 Teknik Menjawab Matematik. Seminar anjuran UEM Sunrise dengan kerjasama Berita Harian dijalankan di SMK Gelang Patah. Mama terlibat pada sesi sebelah petang. All the best to all!

Shopee 7.7 Shocking Sale

Imej
Shopee 7.7 Shocking Sale. Awalnya malas. Buka FB dok keluar iklan pulak memaksa tertengok jugak. At last. 5 barang terbeli malam tu. Setakat ni satu lagi ja belum sampai. SD Card 1Tb.

Gembira di hari Jumaat

Imej
Gembira di hari Jumaat. Sesi bersiar pagi jemaat. Siap jumpa member meronda. Layan aje ler. Selesai mengikan, kita sambung makan roti canai kat nelayan. Ada roti jala ngan lempeng aje. Layan. Balik jemaat beyblade kebudaks ni sampai. Lagi la melayan. Terus sampai maghrib dok main. Tak lupa di amik derian kat nusantara. Leh tahan beb!

Leman Miko : Vaksin Time!

Imej
Leman Miko : Vaksin Time! Pagi tadi dah buat temujanji. Last untuk 3 serangkai. Tu pun dah terlajak 2 hari. Pas ni lagi dua bulan doc kata leh sunat kalau nak. Kita tengok ye leman.

Meronda Gelang Patah

Imej
Meronda Gelang Patah. Sepagi meronda. Mana yang bermasalah kita turun jengok. Harap semua dapat diselesaikan segera oleh pihak yang dipertanggungjawabkan. Memang leh tahan rencam jugak sepagi ni. Telepon sekejap kat poket, sekejap kat telinga. Masa lunch kena seret pulak ke pendas. TQ cikgu manaf.

SMK Taman Nusajaya : Bengkel Teknik Menjawab Matematik Tambahan

Imej
SMK Taman Nusajaya : Bengkel Teknik Menjawab Matematik Tambahan. Foto-foto dari enpon mama dan rakan-rakan semasa bengkel. All the best to all!

Program Membudayakan Al Quran JPN Johor : Bacaan Yasin dan Doa Selamat bagi meraikan bakal haji warga Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Imej
Program Membudayakan Al Quran JPN Johor : Bacaan Yasin dan Doa Selamat bagi meraikan bakal haji warga Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Majlis dijalankan di Surau Al Ghazali, JPN Johor bermula jam 7.45 pagi. Bakal Jemaah Haji JPNJ Tahun 2019 terdiri daripada Cikgu Azman bin Adnan, Pengarah Pendidikan Johor; Puan Siti Norulasikin binti Rahmat, Pembantu Tadbir N19 Unit Perkhidmatan B; dan Puan Faridah binti Ahmad, Pembantu Tadbir N22 Sektor Pengurusan Sekolah. Semoga dipermudahkan segala urusan olehNya dan memperoleh haji yang mabrur. InsyaAllah.

Sedondon

Imej
Sedondon. Boleh pulak sama ngan baju mama pagi ni. Leh join panitia math dah pasni. Hahaha. Yang penting. Langit marbeles pagi ni.

Lunch @ Larkin

Imej
Lunch @ Larkin. Boring pulak tengah hari ni. Lunch jauh sikit. Depan YPJ. Yummy! Banyak snap gambo dari makan. Wakakaka

Mesyuarat Perhubungan JPN Johor bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pendidikan Malaysia

Imej
Mesyuarat Perhubungan JPN Johor bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pendidikan Malaysia. Foto-foto sekitar majlis yang berlangsung sepanjang hari tadi. Terima kasih atas kunjungan rombongan ke JPN Johor.

Majlis Meraikan Kejayaan Pasukan Olahraga MSS Johor dan Pendidikan Khas 2019

Imej
Majlis Meraikan Kejayaan Pasukan Olahraga MSS Johor dan Pendidikan Khas 2019. Berkesempatan menghadiri majlis ini yang dijalankan di Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi bersama Pengarah dan semua Ketua Sektor serta PPD. Dua tahun berturut-turut menjadi Johan dan kali ni di tempat sendiri. Tahniah pada semua. Kekalkan kejuaraan dan teruskan kecemerlangan anda!

Perbincangan Pelaksanaan Talian Interim dan Penyelenggaraan ICT Sekolah Negeri Johor

Imej
Perbincangan Pelaksanaan Talian Interim dan Penyelenggaraan ICT Sekolah Negeri Johor. Panggil balik semua ISP. Kali ni kita bersama dengan semua PIC daerah. Apa saja isu yang ada kita bincang satu-satu. Yang penting semua faham apa yang sepatutnya berlaku mesti berlaku ikut yang sepatutnya. Alhamdulillah dan terima kasih pada semua atas kerjasama yang baik dalam menyelesaikan semua permasalahan bagi memastikan semua sekolah mendapat manfaat yang sewajarnya.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 20 Jun. Isi semula on 7 Julai 2019. Petronas Nusa Perintis. Hasil RM83.57 for 549.9 km melibatkan 40.18 l minyak. 18 hari. Layan.

Sekolah Tun Fatimah : 20190706 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190706 Lawatan Hujung Minggu. Lama tak lama la jugak. Sesi perkongsian pengalaman untuk sang senior. Yang bapak dia sibuk snap sana sini. Haisshhh.

Pendas Laut Saturday Getaway

Imej
Pendas Laut Saturday Getaway. Lepak santai jap kat pendas laut pagi ni. Apapun. Gi klinik dulu bawak angah. Demam selsema. Dapat MC dua hari. Hantar angah balik rumah untuk berehat sebelum gerak dan sarap kat restoran nelayan. Selesai semua baru gerak nengok ikan. Orang punya la ramai. Hari dah tinggi ropernyer. Ni semua dok berebut belen ikan la ni. Masuk kampung pun sama. Yang dapat hari ni, ikan kapas. Tu jer. Layan aje la. Sekali kat jeti ada orang jual derian la pulak. Dah ada yang nak derian. Kat jeti semua pun dah abis. Terpaksa la ikut tanjung adang cari derian. Sib baik jumpa satu. Derian pekan nanas migrasi sampai ke sini. Layan aje la kan.

Tangkak Getaway

Imej
Tangkak Getaway. Dua hari aku kat Tangkak untuk Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor. Mesyuarat utama rebranding KSPPD bersesuaian dengan era naratif baharu pendidikan. Memang satu perubahan yang sangat memberansangkan. Sesi dua hala, percabahan idea baharu menerusi ruang perbahasan. Kali ni aku gerak dengan ustaz maslizam. Seawal jam 6.15 pagi dah sampai PPD Kulai, lokasi pertemuan sebelum bergerak ke Tangkak. Jam 8.15 pagi kami dah tiba ke Gerbang Tangkak. Alhamdulillah. Gerak ke SMK Seri Tangkak yang menjadi lokasi musyawarah utama ini kali ni. Selesai sarapan, sesi penggambaran mengambil tempat sebelum perutusan pengarah disampaikan. Mantap. Kami seterusnya berhenti minum pagi dan sesi perbincangan berkenaan perutusan pengarah mengambil tempat. Dua team dibahagi, satunya ketua-ketua sektor dan duanya PPD. Sesi perbahasan dimulakan berkenaan perutusan. Masing-masing mengemukakan idea masing-masing. Sesi dua hala yang sangat baik. Banyak penambahbaikan yang da

SMK Taman Selesa Jaya 2 : Kursus Orientasi Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Matematik Tambahan Tingkatan 4 dan 5

Imej
SMK Taman Selesa Jaya 2 : Kursus Orientasi Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Matematik Tambahan Tingkatan 4 dan 5. Foto foto kursus dari mama. Teruskan kecemerlangan.