Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel one full day

One full day

Imej
One full day. Hari ni memang penuh. Singgah nissan dulu untuk appoinment tukar tayar almera. Ni paling lama setakat ni. 6 tahun usia tayar. Tapi tak gerak jauh sangat. Sampai rumah, suhu badan iqi tak berapa cantik. Bawak gi klinik jap. Singgah tapau mee goreng untuk dia selepas tu. Sampai ja rumah iqa call katanya dah sampai skudai. Terus gerak ke STF selepas maghrib. Ni la kali pertama gi amik iqa balik sebelah malam. Alhamdulillah. Selesai semua. Balik. Memang sangat penat. Selsema pun dah mula jadi teruk. Telan aje la ubat.

One full day

Imej
One full day. Memang satu hari yang penuh. Tinggal ici ja takde aktiviti. Paginya nganto iqi ke Kem Jati Diri Kepimpinan untuk semua pengawas di SK Taman Nusa Perintis dan Inaz ke Darjah Khas di Sekolah Agama Gelang Patah. Tengah harinya ke STF melawat iqa. Sambil belajar Matematik Tambahan ngan mama, ici pun belajar tulis ABCnya. Balik. Singgah SK Taman Nusa Perintis untuk amik Iqi. Layan.

One full day

Imej
One full day. Semalam. Bila dah sampai ofis ja dah rasa cam bercelaru. Antara tugas dan diri. Mana taknya. Baru sampai pintu belakang dah berkecamuk diri. Menahan sakit berjalan ke situ. Nak pulak berjalan atas ramp tu. Perghhh. Jumpa pulak ustaz azman. Pelik apasal aku takde kat Kluang. Takpe la. Ada ketentuan lain kataku. Sampai opis. Abiskan donut yang aku beli kat spital tadi. Telan ubat. Tengok jap perjalanan PPM. Alhamdulillah. Semua jalan cantik. Terus mulakan design untuk bos. Sambil sambil sesi pertemuan untuk PBPPP pun dah leh jalan. Stop jap design untuk sesi penilaian akhir. Setel ja sambung balik pemantauan PPM dan setelkan design bos. Setel ja terus bagi bos untuk approval. Baru ja nak tarik napas, KS ajak jumpa KS SJQ. Nak bincang pasal Johor Showcase dan halatuju 2018. Yang ni perit sikit. Akhirnya aku kena jalan jugak. Rasa nyesal tak ikut cakap doktor untuk balik pun ada. Kekeke. Aku turun kaki ayam aje. Dah macam kes Sabah dulu la pulak. Tapi tu lagi open. Kaki ay