Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2019

Majlis Mengetik Akhir Puan Mahani binti Sulaiman

Imej
Majlis Mengetik Akhir Puan Mahani binti Sulaiman. Satu majlis khas telah dibuat pada sebelah petangnya bertempat di Lobi JPN Johor. Tahniah diucapkan kepada Puan Mahani yang bakal bersara setelah 38 tahun berkhidmat. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki yang barakah lagi halal dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat. SELAMAT BERSARA. ps : Lama tul tak berdiri cenggini. Terasa tul walau aku ngendeng ke sofa kat sebelah.

Jenjalan Cari Makan : Sudut Selera Sri Cempaka, Medan Selera Taman Cempaka

Imej
Jenjalan Cari Makan : Sudut Selera Sri Cempaka, Medan Selera Taman Cempaka. Selesai mengharung jem yang memenatkan, kami amik keputusan untuk makan tengah hari kat sini. Memang marbeles. Harga murah. Makanan sedap, kena dengan selera. Banyak pilihan. Siap ada nyanyian merdu dari group Blind OKU Busker gitu. Marbeles.

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor Ke-48 2019 : Majlis Perasmian

Imej
Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor Ke-48 2019 : Majlis Perasmian. Pagi tadi kami bergerak ke Dewan Cahaya TNB kempas untuk majlis perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor Ke-48 ini. Jumpa dengan ramai kenalan lama. Cuma. Dapat lambai-lambai manja dari jauh aje. Huhuhu. Duduk kat row kedua di belakang team KPIBK negeri Johor. Ada persembahan Akmal Danial yang main biola tu. Kata aluan daripada Timbalan Pengarah dan diikuti oleh ucapan perasmian daripada YAB Menteri Besar Johor. Selepas gimik pelancaran tokoh kepimpinan dan tokoh guru disampaikan pada penerima iaitu Haji Aziz untuk kepimpinan dan Haji Ayob untuk guru. Tahniah pada kedua-dua penerima. Memang terbaeekkk!!!! Lama tak jumpa haji aziz. majlis yang simple, but nice. Yok pulang ke opis! Hmmm.. camera phone aku ni sangat sensitif cahaya la. Kameraman sekarang ni memang suka cover abis abis kan. Dah banyak mende aku tokleh snap. Sedih weeiii.. Dulu takde pulak aku men block pandangan audience. Entah ler...

Anugerah Guru Negeri Johor 2019

Imej
Anugerah Guru Negeri Johor 2019. Suatu kelainan yang dibawa kali ini dengan sokongan penuh daripada team KPIBK Negeri Johor. Memang terbaeekkk!!!! Dengan tema glamourus bertempat di Hotel M-Suite, Johor Bahru. Kami dah sampai sebelum jam 8 malam lagi. VVIP masuk dengan iringan paluan drum dari team Drumfunk. Kesemua penerima anugerah seterusnya masuk dan ditonjolkan dengan penuh gilang gemilang. Selepas bacaan doa, ada sedikit sambutan harijadi untuk dua guru yang bertuah. Disambung dengan persembahan daripada bekas pelajar SIGS dan group One Avenue Band. Timbalan Pengarah seterusnya menyampaikan kata aluan dan diikuti dengan ucapan daripada Speaker Dewan Negeri yang berbesar hati hadir memeriahkan majlis ini. Tahniah pada semua guru yang menerima anugerah malam ni. Anda memang layak dan berhak menerima penghargaan ini. Pada team urusetia yang bertungkus lumus sejak awal lagi, anda memang terbaeekkk!!!! Suatu kelainan yang nyata.

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor Ke-48 2019 : Bicara Naratif Baharu Amalan Pendidikan

Imej
Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor Ke-48 2019 : Bicara Naratif Baharu Amalan Pendidikan. Sambung di Sutera Mall pula untuk program bicara naratif baharu. Ahli panel dan moderator memang terbaeekkk!!!! Selesai program sesi lawatan ke semua booth di pameran hari guru. Sempat la pulak terjatuh kat belakang stage. Adesss...

Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan Ke-19 2019 : Majlis Perasmian Penutup

Imej
Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan Ke-19 2019 : Majlis Perasmian Penutup. Seawal jam 8 dah sampai sini. Jangkaan jam 9 nak mula penutup. Lepak jap layan atlit yang bertanding. Lepak ngan napi kat sebelah pentas VIP sampai la matahari makin naik. At last kami ubah tempat. Terus dok atas sekali sana. Baru tau betapa nyamannya dok sini. Redup dan siap angin sepoi sepoi yang sungguh nyaman. Tak dapat nak tunggu sampai upacara bermula disebabkan terpaksa bergerak bersama ke Sutera Mall untuk Bicara Naratif. All the best pada semua atlit yang bertanding. Tahniah pada SPSPK atas penganjuran dan pengurusan yang terbaeekkk!!!!

TCEAS Skudai : 20190429 Servis Livina

Imej
TCEAS Skudai : 20190429 Servis Livina. Setelah ditunda beberapa kali atas sebab kekangan waktu, akhirnya pagi ni berjaya jugak aku hantar servis. Milage dah lebih, tempoh pun dah lajak. Layan aje ler. Sampai awal. Orang first. Terus masuk list dan aku gerak ke venue seterusnya ... Stadium Educity. Selesai majlis kat Sutera Mall, amik semula kereta yang dah siap. Sempat jemaah kat masjid Perling sebelum gerak balik ke opis.

Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan Ke-19 2019

Imej
Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan Ke-19 2019. Dari Sutera Mall aku gerak ke Stadium Educity. Sambung kat sini pulak. Kebetulan Pn Azmah dan Shahril pun baru tiba. Bertukar shift dengan Cikgu Md Buang dan Ustaz Maslizam katanya. Hehehe. Tengok orang ramai tul kat pendaftaran. Ada Que Haidar ropernya. Dia turun support anak sedaranya. Duduk jap kat bilik VVIP untuk kudapan. Sambung kat pentas beri support kat atlit bertanding. Sempat la jumpa geng-geng lama kat sini. Marbeles. All the best pada semua atlit bertanding. Banyak berwefie pulak hari ni. Sahih la pasal ratu selfie ada bersama. Kekeke.

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor Ke-48 2019 : Pameran Hari Guru

Imej
Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor Ke-48 2019 : Pameran Hari Guru. Hari ini bermula pameran hari guru di Aras 3 Sutera Mall, Johor Bahru sehingga 30 April. Selesai mesyuarat di ofis aku bergerak ke Masjid Kampung Pasir untuk solat zohor dan makan tengah hari di Kak Jam Corner yang terletak di hujung simpang bersebelahan masjid tu. Leh tahan nasi ayam penyet dia. Terbaeekkk!!!! Sampai di Sutera Mall jam 2. Melilau jam cari lokasi pameran. Kami park kat hujung MyLibrary manakala tapak pameran terletak di hujung bertentangan bersebelahan dengan SenQ. Penat sikit la menapak kan. Esok kena cari alternative parking yang lebih dekat. Sampai aje Forum Hari Guru dah bermula. Pentas utama terletak di tengah-tengah ruang booth. Kami meronda booth pameran sambil mendengar forum yang dijalankan dari jauh. Ada pelbagai booth disediakan di sini. Sekolah dalam hospital ada. Booth persatuan diabetes ada. Sesambil jugak kami meronda booth #20 yang mana guru ikon PAK21 yang diselia BTPN dan kam

Sekolah Tun Fatimah : Majlis Anugerah Tun Fatimah 2019

Imej
Sekolah Tun Fatimah : Majlis Anugerah Tun Fatimah 2019. Pagi tadi gerak awal pagi juga. Hantar angah ke sekolah agama dan terus shoot ke JB. Singgah jap di Kafe Ali untuk sarap. Alas perut dulu sebelum masuk ke majlis. Sampai di STF sebelum jam 8 pagi. Dapat park a bit jauh sikit dari pejabat warden. Terus mendaftar dan masuk. Duduk depan sekali, dibelakang barisan akhir penerima anugerah hari ni. Terperasan Yuzzini dengan famili dia di baris belakang aku. Tapi nun jauh ke hujung. Sempat la lambai-lambai manja. Majlis telah disempurnakan oleh YB Tuan Mohd. Izhar Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Larkin. Tahniah iqa dan rakan-rakan. Teruskan kecemerlangan! Abis ja anugerah untuk cikgu, aku gerak keluar. Lepak posing-posing jap sambil meronda ke gerai yang ada. Balik. Singgah jap talip menapau.

Sekolah Tun Fatimah : Majlis Anugerah Tun Fatimah 2019

Imej
Sekolah Tun Fatimah : Majlis Anugerah Tun Fatimah 2019. Kali ni kita share foto dari kamera mama pulak. Abis semua ploles lah kan. Kah! Memasing dah ada kamera la ni kan. Kalau dulu, tunggu la gambo rasmi. La ni. Gambo dah bertabur, bersawang baru sampai gambo rasmi. Apapun. Tahniah iqa. Be the best!

Sekolah Agama Gelang Patah : 20190427 Sesi Pertemuan 15 Darjah Khas

Imej
Sekolah Agama Gelang Patah : 20190427 Sesi Pertemuan 15 Darjah Khas. Ngantor angah dan terus ke STF untuk majlis iqa. So hari ni kami bertiga lah kan. Good luck inaz.

Festival Konvokesyen UTM Kali Ke-62

Imej
Festival Konvokesyen UTM Kali Ke-62. Sebelah malam baru aku berkesempatan nak gi sini. Orang, macam biasa. Nak parking pun leh tahan jugak la. Dapat kat hujung sekali kat rumah alumni. Meronda jap aja. Dari parking sampai ke port lepak aku kat tengah tu. Kah. Sempat sembahyang maghrib kat surau festival. Ramai jugak kenalan jumpa kat situ. Mama setel aje, terus layan makanan sebelum pulang. Enjoice! Festival ni sampai 2 Mei tau.

Petrol Routine for Almera

Imej
Petrol Routine for Almera. Last isi 6 April. Isi semula on 26 April. Petronas Nusa Perintis. Hasil RM60.xx for 340.4 km melibatkan 30.xx l minyak. 21 hari. Punya la ramai orang sampai aku sendiri lupa rutin biasa. Kah.

Jenjalan Cari Makan : Medan Selera Iskandar

Imej
Jenjalan Cari Makan : Medan Selera Iskandar. Singgah jap napau nasi kukus ayam berempah kat sini. Sempat juga belikan chicken chop untuk si iqi. Nyambil nunggu kami kunyah kunyah jap. Sekali mama boleh pulak terasa nak makan telur separuh masak. Kekeke. First time makan kat kedai nih, mana la tau lepas order terus kena bawak sekali bekas dia ke meja. Ni kelako. Setakat gini selalu buat sendiri aje kat rumah. Layan aje la. Abam oren pun serba salah nengokkan dari bawah meja.

Sambutan Hari Guru Kebangsaan 2019 : Pulau Pinang

Imej
Sambutan Hari Guru Kebangsaan 2019 : Pulau Pinang. Bagi sambutan kali ni, tiba giliran Pulau Pinang menjadi tuan rumah. Bersempena sambutan Hari Guru Kebangsaan 2019 ini juga, Festival Guru Malaysia akan diadakan pada 12 Mei hingga 16 Mei 2019 bermula pada jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang di Setia Spice Convention Centre, Pulau Pinang. Pelbagai pameran dan aktiviti menarik menanti anda. Jumpa disana! Terima kasih cikgu! --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Kejohanan Olahraga MSSM Kali Ke-61 2019 : Majlis Penutup

Imej
Kejohanan Olahraga MSSM Kali Ke-61 2019 : Majlis Penutup. Petangnya gerak ke Stadium Educity. Meronda tengok orang-orang kuat belakang tabir. Tahniah kerana bertungkus lumus dalam memastikan kelangsungan program besar ini. Naik atas untuk tengok acara. Hujan memaksa kami beralih tempat. Masa bertanding baru perasan aku duduk dengan team ganu. Hehehe. Layan aje. Takde masalah pun kan. Ni dinamakan meraikan bersama. Alhamdulillah. Johor masih dapat mengekalkan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut. Tahniah pada semua! Tahniah pada semua kontinjen yang turut sama dalam persaingan kali ni. Anda semua terbaeekkk!!!! ps : aku tak tunggu sampai habis. kaki total out. balik awal untuk elak jem. lagi masak kaki aku nak tekan brek dan minyak. memang tak gerak la malam ni. recovery mode, on!

Multaqa Ulama Darul Ta'zim Ketujuh

Imej
Multaqa Ulama Darul Ta'zim Ketujuh. Pagi ni seawal 7.30 pagi dah sampai ke Persada. Dah ramai sampai untuk majlis Multaqa Ulama Darul Ta'zim ni. Daftar dulu. Ramai petugas sedia membantu pendaftaran. Kami diberikan sticker dan kena ambil beg berisi bahan untuk program ni. Sarap kat depan dewan utama terlebih dahulu. Sempat la borak-borak dengan peserta lain yang hadir sama. Best perbincangan kami pagi ni. Masuk ke dewan untuk sesi pembentangan. Hala tuju mengimarahkan masjid seluruh Johor. Selepas tu sesi resolusi ambil tempat. Dalam jam 12 tengah hari, TMJ tiba. Ucapan daripada MB mengambil tempat dan seterusnya titah disampaikan oleh TMJ. Resolusi disampaikan oleh exco agama kepada TMJ. Best majlis pagi ni. Banyak perkongsian ilmu diperolehi. Terbaeekkk!!!!

Johor FM : Bicara Hari Guru 2019

Imej
Johor FM : Bicara Hari Guru 2019. Ni program besar yang diamanahkan pada kami selain daripada publisiti. Memang all out. Pelbagai rintangan dilalui. Banyak pengalaman dan dugaan baharu. Alhamdulillah. Berjaya diselesaikan dengan sebaiknya. Terima kasih pada semua yang memberi bantuan, dorongan dan nasihat. YB Exco, Timbalan, SPS, SJQ, team sektor dan ramai lagi yang termampu disenaraikan di sini. Selesai buat Live FB dan shoot video penuh. Semuanya dah berjaya dimuat naik ke media sosial. Alhamdulillah. untuk semua guru, Selamat Hari Guru, Terima Kasih Cikgu! Anda semua memang terbaeekkk!!!!

Kejohanan Olahraga MSSM Kali Ke-61 2019 : Majlis Makan Malam

Imej
Kejohanan Olahraga MSSM Kali Ke-61 2019 : Majlis Makan Malam. Gerak awal ke sini lepas maghrib. Kontinjen Sabah dan Labuan dah ada kat sini masa aku sampai. Terus gerak masuk. Sempat la borak ngan pegawai yang ada kat sini. Majlis diserikan dengan persembahan nyanyian daripada 3 orang jemputan. Seorang pelajar dan dua orang guru. Memang terbaeekkk!!!! Makanan pun marbeles. Mulanya sejuk siap pakai blazer. Abis jamah kambing terus blazer ke tepi. Tahniah pada urusetia. Memang penganjuran yang terbaeekkk!!!!

Sijil Guru Malaysia

Imej
Sijil Guru Malaysia. Pagi tadi tengok ada Sijil Guru Malaysia untuk aku. Aku selak selak actually ada dua. Satu lagi Mus punya. Guru yang berdaftar dengan KPM akan diberikan Sijil Guru Malaysia yang mempunyai nombor unik yang kekal sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai nombor pengenalan diri dalam profesion keguruan. Modul individu Sistem Guru Malaysia SGMy merupakan modul utama bagi calon guru dalam proses mendapatkan Sijil Guru Malaysia. Guru perlu megesahkan maklumat profil sebelum proses janaan sijil dapat diteruskan. Modul ini hanya merangkumi dua (2) bahagian, menu utama dan pengesahan. Guru juga boleh memantau status proses sijil menggunakan modul ini. Pangkalan data asas dipautkan dengan pangkalan data SPLKPM & eOperasi. Nama Pengguna dan katalaluan adalah sama seperti yang digunakan pada aplikasi SPLKPM. Yeay! Lepas ni sila panggil aku cikgu Khairul ya. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #

Once in a while : Minggu Sibuk

Imej
Once in a while : Minggu Sibuk. Minggu lepas memang cabaran besar bagi aku. Dengan kekurangan tenaga manusia, dengan lambakan aktiviti, dengan kejian suara-suara picisan; alhamdulillah. Dapat juga kami harungi. Dapat la buat semula rendering video dalam kereta kan macam dulu. Ye lor. Rugi masa meh. 3 jam waktu rendering. Baik aku letak aje sebelah kereta. Tu lum kira masa upload pulak. Memang setting dan tinggal. Tu la lumrah kerja kami yang orang memang tak akan nampak. Masa. kalau tak pandai susun. Memang tak akan jadi la. Nak tak nak. Memang multitasking pasti berlaku bila-bila masa sahaja. Kalau aku. Otak kiri kanan sentiasa diperlukan serentak dalam satu-satu masa. Gajet jangan cerita. Bersusun macam biasa. Larat tak larat aje diaorang nak layan kehendak aku. Yang pasti. Kaki sentiasa dalam protection sepanjang minggu.

Jenjalan Cari Makan : Restoran Sirr D'Rina

Imej
Jenjalan Cari Makan : Restoran Sirr D'Rina. Makan tengah hari kat sini. Mus macam biasa la. Segala kaki ayam dikautnya. Aku cam biasa la. Layan.

Jom baca bersama untuk 10 minit

Imej
Jom baca bersama untuk 10 minit. Actually. Memang aku tak menjangka sama sekali aku akan membaca 10 minit di Muar! Masuk ofis. Study jadual ngan mustakim. Semak takwim. Memang takde masa dah. Hari yang agak free, hari ni aje. Call Haji Lokman, terus desup ke Muar. Sampai. Bincang kejap pasal program mendatang. Sampai jam 11 kami berhentikan seketika perbincangan dan ambil buku yang sememangnya banyak di bilik Haji Lokman. Actually aku baca dua buku hari ni. Yang pertama pasal dadah. Yang kedua, masa menunggu GPK dari SMKA Pagoh. Buku pasal Muar. Memang aku ni pantang tul dapat buku sejarah atau geografi. Memang tak lepas. Yang ni lama. Macam kalau boleh nak bawak balik hadamkan. Menarik tul. Kisah wujudnya negeri Kesang. Persengketaan. Sampai la semuanya dah terjual. Hmmm. Teringat pulak kisah Pulau Pinang dan Seberang Perai. Len kali nak sambung baca lagi. TQ Muar! Anda terbaeekkk!!!! #bangsajohormembaca #dekadmembacakebangsaan #malaysiamembaca --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mkna

Muo Escapade

Imej
Muo Escapade. Hehehe. Abaikan tajuk ya. Actually memang adhoc pergerakan ke Muo hari ni. Sesi perbincangan awal dengan PPD berkenaan Mesyuarat MAP yang akan dijalankan di sana bulan Jun nanti. Sempat lagi buka buku untuk kempen membaca tepat jam 11. Terima kasih atas bantuan yang diberikan. Makan pun sedap kat Warung Kilat. Boleh return lagi ni lepas ni. TQ Muo.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 11 April. Isi semula on 21 April 2019. Petronas Taman Nusa Perintis. Hasil RM83.87 for 576.5 km melibatkan 40.32 l minyak. 11 hari. Layan.

Kejohanan Olahraga MSSM Kali Ke-61 2019 : Majlis Perasmian Pembukaan

Imej
Kejohanan Olahraga MSSM Kali Ke-61 2019 : Majlis Perasmian Pembukaan. Lepas maghrib terus gerak ke Stadium Educity. Ramai dah tiba. Bawa SJCam sahaja memandangkan cuaca tak berapa cantik hari ni. Alhamdulillah. Semua berjalan lancar. Cuma gambar semua jarak jauh la. Dah nama pun pakai SJCam. Sesekali aku pakai cam enpon. Dapat la view jarak dekat sikit kan. All the best pada semua team bertanding! Be the best! Good luck Johor!

SMK Taman Nusajaya : Terima Kasih Cikgu!

Imej
SMK Taman Nusajaya : Terima Kasih Cikgu! Memang sakan beb. Sporting kebudaks ni. Meriah jadinya lepas kelas mama itu hari.

Sekolah Tun Fatimah : 20190420 Back To School

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190420 Back To School. Hmmm. Hujan turun selebatnya. Memang kejar masa aje. Macam first time aku hantar iqa dalam keadaan gini kot. Sempat singgah gerai ais mango depan jakel tapau air dan booktalk untuk topup stationaries. Masuk STF terus ke asrama dulu ngejarkan keadaan. Masih hujan renyai renyai. Selesai aje terus hujan lebat. Ingatkan nak singgah rumah puan baha tapi hujan lebat dan kebudaks pakat kat lena menyebabkan aku terus gerak balik. Sampai rumah terus hanyut sama. Sedo aje dah jam 6.30 petang. Haisshhh.

Jom Jenjalan : Pasar Segar Pendas Laut

Imej
Jom Jenjalan : Pasar Segar Pendas Laut. Dari semalam mama asyik dok ajak ke sini. Boleh la. Dalam 8.30 pagi kami gerak ke Pendas Laut. Sampai pun masih awal. Ikan tak turun lagi. Biasanya jam 9 baru turun. So. Gi minum jap kat Restoran Tanjong Nelayan. Roti Canai kat sini meme marbeles tau. Sesambil main ngan kucen baka cumee cumee dan bulu warna gebooz. Leh tahan dia nyer respon. Pandai main ni. Kebudaks restoran semua soh aku amik aje kucen tu sebab dia ngikut aku masa keluar. Sementara mama gi napau ketam yang rege dia sebakul doploh tu aku gi snap snap jap restoran rahmat. Suka suki aku jer kan. Setel kat sini baru aku gerak ke kampung nelayan. Kat sini la letaknya pasar segar ni. Diaorang semua jual depan rumah aje. Orang memang leh tahan ramai. Aku turunkan mama dan slow slow bawak kereta sepanjang dalam kampung ni. Banyak jugak la hasil hari ni. Cuma selangat ja takde. Semuanya dah abis diborong orang. Hahaha.

Sekolah Agama Gelang Patah : 20190420 Sesi Pertemuan 14 Darjah Khas

Imej
Sekolah Agama Gelang Patah : 20190420 Sesi Pertemuan 14 Darjah Khas. Lama jugak kan tak update pasal sekolah agama ni. 3 kali tak gi. 2 kali sebab inaz kurang sihat dan 1 minggu sekolah ditangguhkan. Hari ni baru inaz sekolah semula. Inaz dah siap semua kerja tertangguh masa kat sekolah tadi bah. Laju dan ceria dia jawab masa amik balik tadi. Ustaz pun pesan gi nengok ustaz kazim kat masjid jamek kul 2 nanti. Kebetulan lalu balik ikut masjid. Nengok kereta pun dah mula banyak. Tapi. Petang ni aku nak ngantor iqa balik semula ke STF. Atuk ngan nenek aje yang gi.

Jenjalan Cari Makan : Black Cabin

Imej
Jenjalan Cari Makan : Black Cabin @ Nasi Lemak Abang. Dari petang Khamis sampai la ke petang Jemaat aku dok ngadap tugasan aje depan PC. Setel urusan ajak semua makan luar malam tu. Kebetulan iqa pun balik bermalam kan. Asyik dok ngadap pc ja apa nak jadi kan. So. Kami ke Black Cabin malam ni. Senang cerita sini dia sediakan makanan fusion. Ada western. Ada masakan asia. Apa lagi. Pakat  mengorder la. Yang mama dengan char koey teow. Angah ngan Yee Mee. Aku dan iqi memasing amik chicken chop. Iqa dan ici makan mushroom soup, meatball dan fries. Portion agak besar. Memasing hampir tak berjaya nak habiskan part memasing. At last pakat bertukar tukar juadah. Alhamdulillah. Hanya tinggal fries aje. Tu pun kami bawak balik. Len kali dah tau. Sepinggan tu dua orang pun boleh makan dengan kenyang. Layan.

Sekolah Tun Fatimah : 20190418 Outing Bermalam

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190418 Outing Bermalam. Paginya dah dapat baju rasmi untuk majlis pembukaan MSSM Sabtu ni. Dah macam kebudak STF pulak rasanya. Keh. Sambung kerja-kerja untuk Hari Guru khususnya. Gerakan dirancakkan. Hampir terlajak nak gi amik iqa balik bermalam. Sampai. Ngam ngam. Orang agak ramai jugak. Selesai terus gerak balik. Sempat singgah beli pisang goreng dan nasi lemak kat port biasa. Lewat petang ada request baharu. Rasa nyesal pulak tak bawak balik laptop. Kipidap tochamputer. Memang dopopat jam aku dok ngadap. Sel-sel otak harus kena bergabung! Henshin!

KPJ Johor : Get Well Soon Rafidah

Imej
KPJ Johor : Get Well Soon Rafidah. Lewat petang kami ke KPJ Johor. Singgah melawat kak fidah yang menjalani pembedahan di sana. Semoga tabah dan cepat sembuh. Keluar spital dah gelap. Sempat layan low light. Singgah tapau Penang Char Koey Teow kat Nusa Sentral.

Another day at Batu Pahat

Imej
Another day at Batu Pahat. Sekali lagi ke SK Bukit Soga. Buat pengujian dan verifikasi. Agak menarik hasilnya. Alhamdulillah.

Jenjalan Cari Makan : Lontong Warisan Haji Salim

Imej
Jenjalan Cari Makan : Lontong Warisan Haji Salim. Singgah sarap jap kat sini. Soto yang best kat sini. Ada lontong dan asam pedas. Memang layan la. Kucen. Manja siap makan nak bersuap. Kah!

Dr Sahruddin Jamal Menteri Besar Johor ke-17

Imej
Dr Sahruddin Jamal Menteri Besar Johor ke-17. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Dr Sahruddin Jamal mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-17 di Istana Bukit Serene di sini, hari ini. Sebelum ini Dr Sahruddin adalah anggota EXCO kerajaan negeri yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri. Dilahirkan pada 26 Mei 1975, beliau yang berusia 43 tahun adalah doktor perubatan lulusan Sarjana Perubatan dari Universiti Hasanuddin, Makassar, Indonesia. Sebelum menceburi bidang politik, beliau membuka kliniknya sendiri iaitu Klinik Dr Sahruddin di Bukit Pasir, Pagoh. Dr Sahruddin berkahwin dengan seorang doktor iaitu Dr Nila Armila Mukdan dan dikurniakan tiga orang anak perempuan. Dr Sahruddin juga dilihat memainkan peranan instrumental ketika Johor menghadapi bencana pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, selama dua minggu, bulan lalu. Ketika itu, beliau memainkan peranan penting secara “hands-on” da

Majlis Pelancaran Gerakan Massa : Terima Kasih Cikgu! peringkat negeri Johor 2019

Imej
Majlis Pelancaran Gerakan Massa : Terima Kasih Cikgu! peringkat negeri Johor 2019. Kluang Mall. Alhamdulillah. Kami tiba on time. Sempat nengokkan dan snap kebudaks yang ready untuk sambut VIP nanti. Masuk ke ruang utama. Nampak azam dah siap duduk. Tak lama kemudian VVIP tiba. Majlis berlangsung dengan smooth. Tiba masa untuk flag off bagi acara Ziarah Cakna ke sekolah yang telah ditetapkan. Kami gerak ke SMK Jalan Mengkibol. Pergghhh. Part menapak ke atas tu yang tokleh lupa tu. Terasa gile kaki. Selesai majlis. Gerak pulang ke JPN. Singgah solat dulu di Kulai. Layan.

Kambing 40 Hari : Small sarap before the big event

Imej
Kambing 40 Hari : Small sarap before the big event. Seawal jam 7 kami dah berkumpul di ofis. Pagi ni kontinjen Jabatan Pendidikan Negeri Johor bersama Kelab Sukan Dan Kebajikan (KSK) JPN Johor akan bergerak ke Kluang Mall untuk program gerakan massa. Sedikit makanan untuk alas perut diagihkan untuk semua sementara nak sampai ke destinasi sarapan. Orang ramai macam biasa tetambah cuti cuti macam hari ni. Alhamdulillah. Dapat tempat. Sementara nunggu brader Sate Mak Leha datang approach kami. Dia bagi testing sate dia. Setiap Sabtu dan Ahad dia ada kat sini buat promosi. Boleh tahan jugak rasa dia. Harga pun boleh tahan. 70 sen secucuk. Berminat? Boleh nengok kad yang saya letak sekali. Dia pun ada buat sate goreng. Leh tahan jugak. Ayam satu pek RM10 dan daging RM12. Sampai aje nasi arab terus kita mulakan dengan bacaan doa Haji Amirudin. Terbaeekkk!!!! Tak lupa. Posing reramai depan pintu utama. Yang tak syok, tak perasan pulak bila masa ada setitis air kat depan lens. Haisshhh. Apa

Permohonan pendaftaran lewat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2019 bagi calon persendirian

Imej
Permohonan pendaftaran lewat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2019 bagi calon persendirian sahaja bermula pada 15 hingga 30 April 2019. Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat sebelum menghantar borang permohonan. Permohonan calon mengulang hanya dibuka kepada calon yang pernah mengambil SPM/SPM(V)/SPVM/MCE/SC/FMC. Membuat permohonan pendaftaran lewat SPM di portal Permohonan Pendaftaran SPM antara 12/04/2019 sehingga 30/04/2019. Permohonan pendaftaran lewat SPM akan dikenakan Bayaran Calon Lewat Daftar sebanyak RM30.00 sahaja. Sila sertakan dokumen berikut semasa hadir ke JPN/PPD untuk mengesahkan pendaftaran serta membuat bayaran yuran peperiksaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh anda membuat dan menghantar permohonan secara dalam talian:- 1. Cetakan Senarai Semak Pendaftaran 2. Tiga (3) salinan Kenyataan Semakan 3. Salinan dokumen pengenalan diri yang disahkan 4. Salinan sijil/slip peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE/SC/FMC yang dis

Selamat Hari Lahir Nenek Jah

Imej
Selamat Hari Lahir Nenek Jah. Selamat Hari Lahir. Semoga sentiasa dirahmati dan diberkati Allah selalu. Sambut besday simple simple kat rumah aje. Order pizza hut. Sate. Ronda satu gelang patah jugak mencari. Nasi himpit pun beli kat tempat lain. Kah. Dah sampai, yang paling proper nak snap... sate. Layan.

AEON Tebrau : Outing

Imej
AEON Tebrau : Outing. Hari ni gerak ke AEON Tebrau bersama iqa dan rakan-rakan. Sakan kami posing sementara nunggu iqa dan kengkawan dia kat sana. Balik. Singgah jap tapau tempeyek.

Gadget : Back to Fuji

Imej
Gadget : Back to Fuji. Actually. Dah lepas berminggu jugak kot aku beli, baru aku nak test guna apps ni. Fujifilm Camera Remote. Nice jugak la. Lebih kurang sama macam samsung remote yang lepas. Fail yang ditransfer pun lebih ringan. Sesuai dengan kaedah pindahan secara wireless. Kalau nak saiz besar memang la terus direct aje sambung kan. Marbeles app, superb camera! Baru terasa gembira sikit gajet pengganti samsung galaxy cam aku tu.

Meronda Batu Pahat

Imej
Meronda Batu Pahat. Pagi bangun. Hmmm.. Dah ada update baharu la pulak. Tukar sikit tabiat pagi. Bagi laluan updating dulu. Sempat singgah sarap kat bukit batu. Macam biasa. Pekena mihun soto dulu. Alhamdulillah. Sampai sekolah around jam 9 pagi jugak. Sempat meronda di seluruh kawasan sekolah. Terima kasih pada pengurusan sekolah dan PPD yang turut serta hari ni.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 3 April. Isi semula on 11 April 2019. Shell Hentian Rehat Kulai. Hasil RM80.68 for 576.3 km melibatkan 38.79 l minyak. 9 hari. Makin jauh pulak jalan sejak kebelakangan ni. Layan.

Welcome back Cikgu Mus

Imej
Welcome back Cikgu Mus. Cikgu Mus dah kembali ke tanah air daripada mengerjakan umrah. Dah pagi tu semua mode insaf. Alhamdulillah. Dah tak tutup tangan kat muka dah ye. Sambung mode sibuk memasing lepas tu. Petangnya dapat tshirt rasmi untuk gerakan TKC kat Kluang Sabtu ni. Layan.

SMK Taman Nusajaya : Activity with the kids

Imej
SMK Taman Nusajaya : Activity with the kids. Foto dari cam mama. Layan.

Program Latihan Pengukuhan Pengguna dan pentadbir UC MyGovUC 2019 untuk negeri Johor

Imej
Program Latihan Pengukuhan Pengguna dan pentadbir UC MyGovUC 2019 untuk negeri Johor. Mungkin kali ni gaya penulisan aku lain sikit daripada yang biasa. Kali ni kita borak cerita disebalik. Ingat mantan bos aku pernah pesan kat aku satu ketika dulu. Orang hanya nampak hasil yang cantik aje, dia tak pernah tau pun pasal macamana benda tu jadi gitu. Cuba tengok itik berenang. Cantik. Ayu. Smooth aje gitu. Semua tak nampak betapa kaki dia berhempas pulas mendayung kat bawah air. Macam tu la kita. Alhamdulillah. Program kami ni pun berjalan dengan baik sepanjang dua hari. Dilaksanakan oleh pihak TM dengan kerjasama MAMPU pada 9 dan 10 April 2019 melibatkan 6 sesi di 2 pusat iaitu JPN Johor dan PPD Batu Pahat. 31 Mac aku terima berita pasal program ni dari encik firdaus. Kalau aku amik, aku hanya ada 8 hari untuk proses sehingga program ni dilaksanakan. Means. Sebarluas. Cari peserta secara volunteer. Tapis. Keluar surat panggilan. Urus program. Kalau tak grab, memang peluang nak dapat s

Olahraga MSSM 2019 : Here we go!

Imej
Olahraga MSSM 2019 : Here we go! Meeeting penyelarasan. Kami bersama dengan team statistik. Semak dengan pengerusi JK tengok final preparation. Kebetulan duduk dibelakang aku pulak tu. Harap semua OK. Duduk sebelah puan azmah. Paham paham la bila dah terwefie sekali. Kah. Selesai meeting pulun untuk sesi audio bos dengan Johor FM. Lagi lama masa ngedit design dari ngedit audio. Layan.

Hari Berpanorama

Imej
Hari Berpanorama. Hari yang paling penuh dengan gambar bangunan sahaja. Pepagi a bit packed. Sempat keluar kamera snap bangunan apartmen depan tu. Sayang pokok tak berbunga lagi. Park kat depan. Memang la wajib snap gambo bangunan JPN sekali sebelum naik. Tengah hari. Sempat turun memantau proses perpindahan sekolah lama ke sekolah baharu. Lunch jap. Baru la dapat gambo makanan sekeping. Kah.