Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel orthopedic

Wad Orthopedic Pakar Puteri : Day 4

Imej
Wad Orthopedic Pakar Puteri : Day 4. Ish ish ish. Malam ni takleh lelap mata la pulak. Jadi macam malam pertama aku kena antibiotik kat wad. Satu lagi sebab balik je dari follow up tadi, lepas zohor aku terus lelap. Sampai jam 6.30 petang baru terjaga. Memang sesuai la kot aku habiskan siri telenovela ni. Kisah last day aku kat wad. Pagi tu doktor kata perkembangan aku bagus. So. Dia akan bagi pil untuk aku teruskan treatment kat rumah. Apa pun check dulu darah sebelum aku di discaj. Selang beberapa minit datang nurse untuk amik darah. Cuak jugak. Takut takut tetiba bacaan tak best. Maka tunggu lah aku dengan pelbagai perasaan. Next masuk nurse lain pulak. Meh saya nak buang benda yang paling awak tak suka tu. Aku tak kasi. Tunggu sampai keputusan darah keluar dulu. Kang kena tahan lagi, tak sanggup aku nak dipasang semula. Masa nunggu tu lama jugak aku dok borak ngan haji shamsurma dan hajah warni ni. Memang salute beb. Banyak Allah nak tunjuk kebesaranNya menerusi

Wad Orthopedic Pakar Puteri : Day 3

Imej
Wad Orthopedic Pakar Puteri : Day 3. Aku dah boleh rasa dapat survive dah hidup ngan tangan berbalut ni. Tak macam semalam. Ngilu sana sini. Sahur tetap tangan kiri. Masih ada rasa kat tangan kanan. Mandi. Tukar baju tetiba rasa gatal yang amat kat paha dan betis. Naik merah jadinya. Lepak jap. Nurse datang suntik antibiotik. Sejuk weh menerobos tangan kanan tu. Lepak. Boring. Blank jap. Layan tv. Tido. Camtu la hidup aku kat sini. Hahaha. Sesekali nurse datang. Check temperature ngan darah. Tetiba hingar jap. Ada sambutan hari bapa daa... dapat la hadiah dari pihak hospital. Hehehe. Tq tq. Tak lama pastu mama pulak datang. Siap buat sandiwara pulak ngan kak long. Sian makcik warni depan aku. Usaha dia bangun nak sabarkan. Dia ingatkan aku berbini dua. Hebat tul sandiwara mama ngan kak long ni. Balik je mama, dah kena suntik lagi. Huhuhu. Sejuk jap. Macam biasa. Nurse tanya sakit ke. Tak. Sejuk je. Sejuk takpe. Takut kalau sakit je. Malamnya berbuka soto. Aku yang

Hospital Pakar Puteri : Follow-up Dr. Lim

Imej
Hospital Pakar Puteri : Follow-up Dr. Lim. Hari ni banyak persoalan akan terjawab. Cerita telenovela aku pun ada dua siri lagi. Tapi sebab ramai dah tanya dan aku pun dah selesai follow-up ni so terus kita cerita dulu lah. Part telenovela tu nanti aku sambung lagi bila tiap saat dan tika waktunya. Maka pagi ni terpacak ler aku kat depan spital ni lam jam 8. Atuk yang ngantor. Gi daftar. Pastu terus ke klinik dr lim. Dapat nombor 9 tu. Aiyoo. Pepagi pun dah nombor 9. Duduk menanti. Jumpa rakan rakan sewad. Borak selfie gitu. Pastu nama aku kena panggil. Hmmm. Doktor suruh buat test darah lagi. Perghh. Kena lagi. Terus ke lab. Punya la ramai. Tunggu turn. Setel. Gerak balik ke bilik doktor. Haiyo. Memang ramai. Orang sebelah aku baru datang nombor 34 tu. Ish ish ish. Aku dah nak terlelap dah tetiba misi datang panggil. Terus masuk ye. Doktor nak jumpa. Masuk. Doktor takde. Keluar jap. Kat monitor semua gambo lutut aku je. Sempat la layan jap. Doktor masuk. Hmmm. Na

Wad Orthopedic Pakar Puteri : Day 2

Imej
Wad Orthopedic Pakar Puteri : Day 2. Hari kedua baru la mencabar. Hari 1 takde pape sebab banyak ujian dibuat. Pagi tu doktor sampai. Borak borak ngan aku jap. Sambung lepak jap. Sekali nurse masuk ngan wilcha. Doktor nak jumpa kat luar. Laju dia nolak. Perghhh. Orang ortho semua laju laju eh. Ngeri weh. Sampai ke kaunter utama. Doktor dah tunggu. Tv terpasang dengan gambar mri lutut aku. Bengkak kat dalam kata doktor. Jadi dicadangkan untuk ubat dan antibiotik dahulu. Takde efek baru cerita pasal pembedahan. So. Tolak balik ke wad. Sambung lepak sambil dok mikir bila la nak dapat ubat ni. Layan borak ngan pakcik dan makcik berdepan aku. Uncle sebelah pun join sekaki. Hari ni juga baru aku tau ada pegawai perhubungan khas untuk pesakit dari Singapura, China dan Indonesia. Mama sampai pastu. Borak borak. Ucu pulak sampai. Ceria tul aku hari ni. Sambil dok harap ubat dapat selesaikan masalah aku la. Izwan pun mesej nak datang petang tu. Pastu aku soh mama balik. Takd

Wilcha Seharian

Imej
Wilcha Seharian. Akhirnya. Setelah beberapa kurun. Terpakailah juga akhirnya medical card CuepacCare aku tu. Dalam keadaan belah bagi. Sampai jugak kami ke Hospital Pakar Puteri. Bukak je pintu dah petugas hospital tunggu dengan wilcha ni. Susah payah jugak aku nak gerak ke sini. Dalam keadaan kaki aku yang hanya boleh berada lam posisi 90 degree tu aje, akhirnya dapat jugak naik ke atas wilcha tu. Punya la laju ditolak, hahaha; dah sakit tu memang la aku kata laju dan ngeri. Ngan sakit kaki sekali tokleh gerak mana-mana. Siap cakap kat mama, jangan la tolak laju-laju. Takut ni. Sekali toleh. Aiyeee. Sekali petugas tu la yang tolak sambil mama senyum-senyum nengok gelagat aku. Masuk dalam terus mama daftarkan aku. Eheh. Nak ngambik gambo ler. Dah nama bloger kan. Baru je nak snap. Dah. Jom kita ke bilik doktor. Aisehman. Sekali laju pulak sesi daftar ni. 9.15 pagi. Kami pun tiba le ke bilik doktor. Berbaris deretan wilcha dengan aku yang paling depan. Kekeke. Huhuhu. Macam nak gra