Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kementerian Pendidikan Saran Semua Sekolah Guna Modul WLL

Kementerian Pendidikan Saran Semua Sekolah Guna Modul WLL

Imej
Kementerian Pendidikan Saran Semua Sekolah Guna Modul WLL SEPANG, 2 Okt (Bernama) -- Kementerian Pendidikan menyarankan semua sekolah menggunakan modul "The World's Largest Lesson" (WLL) yang merupakan satu daripada inisiatif untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mapan (SDG) digariskan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Dasar dan Pembangunan) Datuk Seri Khairil Awang berkata melalui WLL, pelajar didedahkan kepada tiga sasaran utama SDG iaitu menghapuskan kemiskinan tegar, mewujudkan kesaksamaan dan keadilan serta memperbaiki perubahan iklim. "Ini ada kaitan dengan pendidikan berkualiti di mana pelajar perlu menyedari aspek yang ditekankan dalam kehidupan abad ke-21 dengan harapan ia akan dikongsi dengan masyarakat di sekeliling mereka. "Ia menekankan pemikiran yang lebih global dan keupayaan pelajar untuk berinteraksi dengan pelajar dari sekolah lain di Malaysia dan dari luar negara," katanya kepada pemberit