Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tahun 2019

Permohonan pendaftaran lewat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2019 bagi calon persendirian

Imej
Permohonan pendaftaran lewat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2019 bagi calon persendirian sahaja bermula pada 15 hingga 30 April 2019. Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat sebelum menghantar borang permohonan. Permohonan calon mengulang hanya dibuka kepada calon yang pernah mengambil SPM/SPM(V)/SPVM/MCE/SC/FMC. Membuat permohonan pendaftaran lewat SPM di portal Permohonan Pendaftaran SPM antara 12/04/2019 sehingga 30/04/2019. Permohonan pendaftaran lewat SPM akan dikenakan Bayaran Calon Lewat Daftar sebanyak RM30.00 sahaja. Sila sertakan dokumen berikut semasa hadir ke JPN/PPD untuk mengesahkan pendaftaran serta membuat bayaran yuran peperiksaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh anda membuat dan menghantar permohonan secara dalam talian:- 1. Cetakan Senarai Semak Pendaftaran 2. Tiga (3) salinan Kenyataan Semakan 3. Salinan dokumen pengenalan diri yang disahkan 4. Salinan sijil/slip peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE/SC/FMC yang dis

Semakan Tawaran ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2019

Imej
Semakan Tawaran ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2019. Bagi pemohon yang berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, sila CETAK surat dan lampiran tawaran yang dibawa semasa hari pendaftaran. Bagi permohonan yang tidak berjaya dan ingin membuat rayuan juga boleh melakukannya di pautan yang sama. Tarikh e-Rayuan adalah dari 21 Disember 2018 hingga 15 Januari 2019 < Semakan dan Rayuan Tingkatan Satu > https://sst1.moe.gov.my/semakan_sbpt1/ --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Keputusan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2019

Imej
Keputusan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2019. Pihak MARA telah pun mengiklankan permohonan kemasukan pelajar baru ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) 2019 bagi tingkatan 1 secara atas talian pada 12 September yang lalu dan ditutup pada 4 Disember 2018. Sebanyak 70,000 permohonan telah diterima oleh pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA), berbanding hanya 7,760 tempat yang ditawarkan. Pemohon yang berjaya akan menerima makluman melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS). Sila sahkan penerimaan/penolakan menerusi sistem dan mencetak surat tawaran rasmi melalui pautan dibawah. Bagi permohonan yang tidak berjaya dan ingin membuat rayuan juga boleh melakukannya di pautan yang sama. Rayuan secara online sahaja yang diterima sebagai rayuan rasmi. Sila sahkan penerimaan/penolakan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh tawaran. Calon-calon yang tidak mengesahkan penerimaan dianggap menolak tawaran ini. < Semakan dan Rayuan Tingkatan Satu

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN TAHAP SATU - PEMANSUHAN AMALAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN DAN AKHIR TAHUN MURID TAHAP 1 (TAHUN 1,TAHUN 2, DAN TAHUN 3) DI SEKOLAH RENDAH KPM MULAI TAHUN 2019

Imej
PELAKSANAAN PENTAKSIRAN TAHAP SATU - PEMANSUHAN AMALAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN DAN AKHIR TAHUN MURID TAHAP 1 (TAHUN 1,TAHUN 2, DAN TAHUN 3) DI SEKOLAH RENDAH KPM MULAI TAHUN 2019 Bentuk pentaksiran bagi murid Tahap Satu (Tahun 1, 2 dan 3) di semua sekolah rendah akan bertumpu kepada perkembangan pembelajaran murid atau berorientasikan pembelajaran (learning-centered) dan tidak lagi penekanan kepada peperiksaan atau berorientasikan peperiksaan (exam-oriented). Mulai tahun 2019, bentuk pentaksiran bagi murid Tahap Satu (Tahun Satu, Dua dan Tiga) di semua sekolah rendah akan bertumpu kepada perkembangan pelajaran murid atau berorientasikan pembelajaran dan bukan lagi berorientasikan peperiksaan. YBhg Datuk Dr Amin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia mengumumkan peperiksaan bagi murid Tahap Satu akan dimansuhkan bermula tahun depan dan akan digantikan de­ngan sistem pentaksiran yang lebih objektif.

Bengkel Penyediaan Takwim Jabatan Pendidikan Negeri Johor bagi tahun 2019 menerusi MyGovUC

Imej
Bengkel Penyediaan Takwim Jabatan Pendidikan Negeri Johor bagi tahun 2019 menerusi MyGovUC. Terima kasih pada semua tenaga pengajar, fasilitator, sektor dan contributor yang dilantik untuk pengurusan kalendar jabatan yang telah berjaya menyelesaikan urusan takwim JPN Johor bagi tahun 2019. Kali ni kami bagi ruang dan kelonggaran sedikit. Ada 3 hari untuk review semula sebelum kami kunci. So. akan ada bengkel penyelarasan akhir pulak lepas ni. Tunggu... Foto semua pakai yang puan azmah punya. Layan...

Hari Kelepasan Am Tahun 2019

Imej
Hari Kelepasan Am Tahun 2019 boleh dirujuk dan dimuat turun melalui pautan berikut :  http://www.kabinet.gov.my/bkpp/pdf/hari_kelepasan_am/hka2019.pdf --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Permohonan Dalam Talian Ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2019

Imej
Permohonan Dalam Talian Ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2019 akan dibuka mulai 27 Ogos 2018 (Isnin) sehingga 30 September 2018 (Ahad). Sila layari url berikut https://sst1.moe.gov.my --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,