Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel logo lama

Beza logo baharu dan logo lama Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Imej
Beza logo baharu dan logo lama Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Saja dinaikkan semula berkaitan isu logo baharu dan logo lama JPN Johor ni. Tu pun sebab dah beberapa kali terserempak insiden penggunaan logo lama di penerbitan. Setelah menemubual beberapa orang pun aku dapati memang mudah pengguna tersalah guna logo, salah satu sebabnya adalah disebabkan kebersamaan antara dua logo dari segi bentuk dan warna. Sekiranya tidak berhati-hati memang pasti akan terpakai logo lama. Beza logo yang paling ketara dan satu-satunya beza adalah penggunaan perkataan khat PENDIDIKAN pada logo baharu berbanding khat PELAJARAN pada logo lama. Pastikan anda menggunakan logo yang betul selepas ini.