Pergerakan Pandu Puteri Malaysia : Buku Log Sekolah Menengah


Pergerakan Pandu Puteri Malaysia : Buku Log Sekolah Menengah. Aku gerak aje ke Lata Sri Pulai, tetiba henpon aku berdering. Bang. Saya dah sampai depan rumah abang ni. Saya dari pos laju. Alamak dik. Baru je kami keluar. Nasib baik atuk ada kat rumah. Dapat la sambut benda alah ni. Aku order Buku Log ni dari DBP.com. Tu pun lepas tensen cari kat Badan tak jumpa ituhari. Pelik sungguh. Bila aku search pokcik gugel sekali terjumpa buku ni. Terbitan Sasbadi tadi diedarkan menerusi DBP. Terus aje la aku order dan bayar online. Harga RM11 lebih kurang. Alang alang terus amik express deliveri. Tambah dekat RM7. Gasak la. Janji iqa dah boleh guna buku ni bila dia naik sekolah nanti. Pelik pulak bila pandu puteri takde buku log ni. Tu pun aku dah hampir hampir suruh dia buat sendiri aje buku log. Kebetulan nasib dia la. Aku terajin search gugel masa nunggu mama shopping kat Jakel tu. Hari ni dah sampai. Memang marbeles la. So. Bagi yang masih mencari. Gi je Kedai Buku online DBP. Order, bayar dan tunggu aje kat rumah. Kebetulan. Memang aku pun dah biasa dengan DBP ni. Majalah Dewan semua aku order online aje. Alhamdulillah.








---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam