Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ravi

Gunting @ Ravi

Imej
Gunting @ Ravi. Layan. 3 jejaka dalam misi memendekkan rambut yang dah lebat.

Raya Haircut @ Ravi

Imej
Raya Haircut @ Ravi. Layan gunting rambut kat Ravi. Dah seminggu kot tertunda. Dari awal cuti sampai dah nak balik kampung, baru sampai ada masa. Tu pun lepas opis hour, balik; terus angkut semua gi kedai. Sib baik orang tak ramai, lagi.

Haircut Session @ Ravi

Imej
Haircut Session @ Ravi. Minggu depan dah mula sekolah semula. So. Setelkan dulu rambut the Haziq ni. Semua repair aje. Taknak terlalu pendek sangat. 3 orang sekali jalan. Ici first, then aku dan last iqi. So. Gambo yang ada hanya si ici la kan. Layannzzz!!!!

Both Haziq Haircut @ Ravi

Imej
Both Haziq Haircut @ Ravi. Hari ni pengalaman pertama ici gunting rambut di kedai. Kasi dia nampak abang dia potong dulu. Senyap sunyi aje dok perati abang. Next giliran dia. Aku cakap ni first time dia gunting rambut. Relaks je. Duduk sebelah dia. Senyap aje merelakan. Alhamdulillah. Selesai. Tanya nak gunting kat kedai lagi tak? Nak katanya. Mana taknya. Aku dah janji beli mainan kalau dia gunting tadi. Kui kui kui.

Iqi's Haircut @ Ravi

Imej
Iqi's Haircut @ Ravi. Semalam. Lepak jap kat Ravi. Ici pun gatai nak ngikut. Sampai sana, macam yang diduga. Masuk pun taknak. Dah masuk tak berganjak langsung. Lepak ja situ. Iqi selesai, tanya ici. Nak tak? Tanak. Nak balik. Balik aje ler. Sampai umah semua bising apasal ici tak gunting sekali. Hahaha. Dah memang nak suruh masuk pun payah, inikan pula nak lepak gunting.

Iqi Haircut @ Ravi

Imej
Iqi Haircut @ Ravi. 18 Ogos. Sepagi merayap area gelang patah. Banyak benda nak setel. Memula ke Green Point. Nak cari tudung Iqa. Tengok dah bertaburan dah mesin parking autopay kat area ni. Setel kat situ singgah kedai welding. Nak suruh peteri penyangkut tuala. Sekali tanya harga. Dia nak RM20. Baik beli baharu aje. Aiyooo.. Lepas tu terus gerak ke Ravi. Ngan aku, ngan iqi. Dedua kasi potong pendek. Setel. Siap tanya. Gigi mana. Kekeke.