Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel QU PUTEH TAJA TRW

QU PUTEH TAJA TRW

Imej
QU PUTEH TAJA TRW KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan usahawan kosmetik terkenal, Dr Vida mencapai kata sepakat dalam rundingan penajaan pasukan bola sepak Kelantan bagi musim ini. Persetujuan berkenaan dicapai dalam mesyuarat antara pemilik Vida Beauty Sdn Bhd itu atau nama sebenarnya, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman dengan Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa di sini, yang berakhir sebentar tadi. Selain dua syarat awal yang diumumkan sebelum ini, perbincangan itu turut menyaksikan persatuan berkenaan bersetuju menerima 33 lagi syarat tambahan yang dikemukakan oleh Dr Vida. Dua syarat awal itu adalah Stadium Sultan Muhammad IV akan dicat warna merah jambu manakala nama pasukan Kelantan ditukar kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors. Ketika ditemui selepas mesyuarat kira-kira dua jam itu, Annuar berkata majlis memeterai perjanjian penajaan berkenaan akan diadakan secara rasmi pada 15 Januari ini. Selain itu, katanya, Vida juga akan dilantik sebagai Penasihat Ke