Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2014

This is our story at TH Hotel, Kepala Batas

Imej
This is our story at TH Hotel, Kepala Batas. Kami booked family room. Around RM300++. Bilik quite spacey. Besarnya 1 and a half bigger than the normal room. Kami sampai awal. Sebabnya. Kami terus bergerak ke sana selepas atuk dan nenek kedah bergerak ke surau untuk bersama dengan jemaah yang akan berlepas around 10 pm. So, kami ni kira scouting troup la ni. Ekekeke. Pandangan aku. Memang OK ler hotel ni. Hotel baru. Cuma aku pening sikit cari jalan masuk ke sini. Pusing pusing aku tetap tibai jalan salah. Mula operasi tahun ni. Sampai ja. Tugas aku nak cari makan la kan. Ronda satu Kepala Batas. Last last jumpa satu restoren tomyam. Sib baik. Yang lain banyak dah tutup. Tapau. Pakat makan reramai. Then turun amik barang yang dibawa oleh pak ngah. Baru nak naik. Bas dari Baling pun tiba. Borak borak sementara menanti sesi pengagihan bilik. Sedar sedar dah jam 1 pagi. Naik. Nengok kebudaks masih jaga. Bukan layan movie kat TV. Tapi layan katun kat tab. Ish ish ish. Punya beso tv. Cha

Bergerak dan berkumpul di TH Hotel, Kepala Batas

Imej
Bergerak dan berkumpul di TH Hotel, Kepala Batas. Around 8 malam, atuk dan nenek kedah mula bergerak meninggalkan rumah menuju ke surau untuk menyertai jemaah yang akan bergerak ke TH Hotel, Kepala Batas dengan menaiki bas. Kami pula bergerak berasingan. Pakcik bawak atuk, paksu bawak bag, pak ngah bawak barang kami, dan aku; tukang tutup rumah dan bawak semua kebudaks bergerak dulu menuju ke TH Hotel manakala yang lain akan menyusul bersama bas atuk dan nenek kedah.

Sepagi di Baling

Imej
Sepagi di Baling. Bila difikir balik. Cuma sepagi ni aje aku ada kat Baling. Sepagi. Maknanya. Setiap hari aku driving. Jauh jauh lak tu. Dari gelang patah ke Bangi. Dari Bangi ke Baling. Dari Baling ke Alor Setar. Dari Alor Setar ke Bangi. Dari Bangi ke Gelang Patah. Full. Setiap hari drive. Hehehe. OK. Balik ke cerita asal. So. Sepanjang hari ni. Aku yang bertanggungjawab untuk makanan. Sarapnya. Lunchnya. Dinnernya. Kita cerita pasal yang dua tu dulu. Pasal yang Dinnernya kami dah berada di Alor Setar. Merayap cari sarap. Then. Merayap kat pasar tani cari lauk.  Sesambil atuk nenek buat persiapan akhir. Kami buat persiapan makan. Hehehe. Pastu. Wat final photoshoot sebelum berlepas ke Alor Setar.

Malam persediaan dan persiapan

Imej
Malam persediaan dan persiapan. Persiapan akhir sebelum ke Mekah. Sesi fotografi, pasal semua dah ada. Bertemu sedara mara. Menyampaikan wasiat. Menyiapkan bagasi. Kebudaks? Bermain dengan hati yang gumbira. Ketua chef kebudaks siap masak megi lagi. Pandai la pulak tu. Hehehehe.

USA Nano Mist Technology on my grand livina

Imej
USA Nano Mist Technology on my grand livina. Malam tu jugak, livina jadi testing ground. Kasi bersih bakteria guna fog machine ni. Actually, pak ngah man beli untuk car wash dia kat Sarawak sana. Saja kasi test kat livina ni. Ada tiga odor. Amik yang paling tak berbau, kang ramai lak yang pengsan pulak. Memang cool lah.

Ziqri in Merdeka 57 mood

Imej
Ziqri in Merdeka 57 mood. Amacam?

PERUTUSAN HARI MERDEKA YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA 57

Imej
PERUTUSAN HARI MERDEKA YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA 57 "Disini Lahirnya Sebuah Cinta" Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-57 tahun ini disambut dengan suasana cukup berbeza. Seluruh negara pastinya masih terkesan dengan dua tragedi besar yang menimpa negara, iaitu kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH 370 dan MH 17. Namun, dalam melahirkan rasa sedih dengan tragedi ini serta simpati yang tidak berbelah-bahagi kepada semua mangsa, saya mengajak seluruh rakyat Malaysia melihat tragedi ini dari sudut yang berbeza. Sesungguhnya, tragedi ini telah memanggil seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk bersatu mengharungi detik-detik sukar ini bukan hanya demi negara, tetapi yang lebih utama untuk keluarga-keluarga mangsa. Semangat sebegini tidak akan lahir sekiranya rakyat Malaysia tidak mempunyai jati diri dan semangat patriotisme yang tinggi untuk ber

Akhirnya, kami tiba ke bumi Baling

Imej
Akhirnya, kami tiba ke bumi Baling. Setelah hampir 24 jam, Jam 6 petang kami tiba di bumi Baling. Hehehe. Tu termasuk tidur di Bangi, melepak di Kuala Kangsar lah. Rumah atuk Kedah dipenuhi tetamu, dekat dan jauh yang mengambil peluang bertemu, sebelum mereka bertolak mengerjakan haji esok harinya. Yang kebudaks, memasing teruja. Lama tak jumpa. Riuh rendah rumah atuk Kedah sehari dua ni.

Medan Cendol dan Laksa, Persisiran Sayong, Kuala Kangsar

Imej
Medan Cendol dan Laksa, Persisiran Sayong, Kuala Kangsar. Singgah jap kat sini. Sesaja nak bagi test laksa kuala kangsar. Kuah laksanya memang sedap. Cuma bagi yang tak biasa, a bit janggal bila laksa nya masuk ke mulut. Dia tak sama tang situ ja. Pastu kami pakat meronda jap ke gerai krafnya. Harga memang boleh tahan. Kena singgah sini lagi. Di akhiri dengan sesi melepak tepi persisiran sayong. Rupanya cetek ja sungai ni.

Perutusan Hari Kebangsaan Yang Ke-57 2014 Oleh YAB Perdana Menteri

Imej
Perutusan Hari Kebangsaan Yang Ke-57 2014 Oleh YAB Perdana Menteri Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian, 1. Alhamdulillah, segala puji dan rasa syukur, dirafakkan ke hadrat Allah S.W.T., lantaran dengan kehendak dan keredhaan-Nya jua, kita sekali lagi, tidak kira di mana ceruk mahupun rantau tanahair bertuah ini, masih terpelihara dalam keadaan aman, untuk menyambut ulangtahun kemerdekaan. 2. Tidak seperti tahun-tahun yang sudah, di mana perutusan selalunya dibuat secara rakaman dan kemudian dipancar ke kaca-kaca televisyen, malam ini saya memilih untuk berucap secara langsung kepada ratusan hadirin di ambang merdeka ini, sebagai menzahirkan semangat patriotik dan obor perjuangan negara bangsa, dari mata ke mata, hati ke hati, khususnya kepada saudara dan saudari sebagai sebahagian rakyat Malaysia yang berada di sini. 3. Hakikatnya, setiap kemerdekaan itu be

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-57

Imej
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-57. Malaysia, di sini lahirnya sebuah cinta. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Video ucapan Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57

Imej
Video ucapan Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57. Kita raikan kejayaan dan pencapaian, Kita harungi pelbagai cabaran, Kita berkongsi kesedihan, Biar dugaan melanda, Kita tetap bersama, Bersatu hati dan setia, Mengukuhkan ikatan, Merealisasikan impian, Demi tanahair tercinta, Milik kita bersama. Selamat Hari Merdeka. Malaysia, di sini lahirnya sebuah cinta. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Singgah solat di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar

Imej
Singgah solat di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Lama tak singgah sini. Kali ni saja berenti sini. Asyik R&R ja. Apa kata sesekali kita singgah di masjid besar. Nak nak pulak masjid yang termasuk dalam salam sebuah masjid terindah di Malaysia ni. Dah lama rasanya aku tak singgah sini. Tapi aku rasa dewan sembahyang dia dah makin kecik. Maybe perasaan, ataupun dulu masa singgah dulu aku masih kecik. Agaknya la kan.

Sarapan nasi lemak di Restoren Jejantas Sungai Buloh

Imej
Sarapan nasi lemak di Restoren Jejantas Sungai Buloh. So. Bangun esoknya. Belakang masih terasa sakit. Terus berbelang tarung ini pagi. Keluar around 10 am. Sekali jalan tetap a bit sesak. Dah buang masa sejam lebih semata-mata nak sarapan. Sarapan sudah jadi lunch la pulak. Makan nasi lemak di sini. Satu singgit doposen. Boleh tahan la. Layan...

Going back to Bangi

Imej
Going back to Bangi. So. Malam 25 Ogos tu kami bertolak balik ke Baling. Disebabkan kena tunggu Iqa balik sekolah agama. Kami bertolak lepas maghrib, dan akan singgah ke Bangi terlebih dahulu. Bertolak around 7.30 malam. Singgah makan malam di R&R Pagoh, sebelum tiba di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi pada jam 12.15 malam. Perghhh... Terus lolapkan mata untuk energy nak gerak esoknya untuk balik ke Baling.

Mesyuarat JPICT JPN Johor Bil.2/2014

Imej
Mesyuarat JPICT JPN Johor Bil.2/2014. 25 Ogos. Bilik Mesyuarat Utama, JPN Johor. Dua Sesi. Semua berjalan lancar. Alhamdulillah.

Majlis sambutan Aidilfitri Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2014

Imej
Majlis sambutan Aidilfitri Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2014. Majlis dijalankan pada 25 Ogos yang lepas. Masing-masing sektor ada gerai sendiri. Kami, cam biasa; gerai air sejuk lah. All the best.

Panduan Solat Untuk Pesakit : Solat Duduk, Mengiring & Terlentang

Imej
Panduan Solat Untuk Pesakit : Solat Duduk, Mengiring & Terlentang. Teringat awal tahun itu hari. Masa di mana kaki aku tak mampu untuk dilipat. Nak tak nak aku terpaksa solat duduk. So, aku share panduan ini pada yang lain. Selamat beramal.

LAGU TEMA HARI KEMERDEKAAN KE-57 Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta : versi kreatif

Imej
LAGU TEMA HARI KEMERDEKAAN KE-57 Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta : versi kreatif. Lagu Tema Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-57 Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta Ciptaan: Sharon Paul Lirik: Ahmad Fedtri Yahya Nyanyian: Bob Yusof Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Edisi terlepas : Kursus Guru Data dan Maklumat baharu negeri Johor

Imej
Edisi terlepas : Kursus Guru Data dan Maklumat baharu negeri Johor. 22 - 24 Jun punya cerita. 22 - 24 Jun punya gambar. Kursus pada GDM baharu negeri Johor. Pengurusan. Fail.  SOP. Query. All the best.

Edisi terlepas : Siti Khadijah, our new kaunselor

Imej
Edisi terlepas : Siti Khadijah, our new kaunselor. 22 Jun punya cerita. 22 Jun punya gambar. First time masuk meeting. Selamat datang ke JPN Johor.

Edisi terlepas : Mesyuarat Sektor

Imej
Edisi terlepas : Mesyuarat Sektor. 19 Jun punya cerita. 19 Jun punya picas. Layan ajer la.

Perhimpunan Bulanan Bil.8/2014 Jabatan Pendidikan Negeri Johor Malaysia : Di sini lahirnya sebuah cinta

Imej
Perhimpunan Bulanan Bil.8/2014 Jabatan Pendidikan Negeri Johor Malaysia : Di sini lahirnya sebuah cinta. OK. Kita revise back apa yang berlaku sebelum ni. The last yang aku capture adalah majlis ini. Just feast on and the story will come up to you. Enjoice...

Selamat menunaikan ibadah Haji bagi tahun 1435 hijrah

Imej
Selamat menunaikan ibadah Haji bagi tahun 1435 hijrah untuk atuk dan nenek Kedah. Kami doakan selamat pergi dan balik serta mendapat haji yang mabrur. InsyaAllah... Tarikh penerbangan pergi : 28/08/2014 Tarikh penerbangan balik : 13/10/2014 Bila borak ngan orang setempat, rupanya ni bukan sahaja penerbangan pertama tapi juga tahun pertama untuk perlepasan dari Kepala Batas, Kedah. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Bahang kesibukan mula dirasai

Imej
Bahang kesibukan mula dirasai. Tajuk tulih sibuk. Tapi gambo tak cam sibuk pun kan. Hehehe. Control beb. Semalam paling full badan aku bekerja. Paginya bermula dengan sambutan kemerdekaan. Habih ja terus sambung ngan meeting JPICT. Habih ja sambung pulak sambutan raya. Selesai ja sambung meeting balik. Sampai rumah terus setelkan rumusan secepat mungkin. Sementara nunggu iqa balik sekolah agama. Sempat siap dan emel pada bos untuk semak. Terus gerak balik ke Bangi. Sampai dekat dekat jam 12.15 malam. Penat. Terus melepek. Pagi ni hapdet jap. Sebelum mula gerak balik ke Baling. ps : Nak full hapdet... tungguuuu...

Majlis Profesionalisme bersama Pengarah Pendidikan Johor

Imej
Majlis Profesionalisme bersama Pengarah Pendidikan Johor. First pertemuan bersama. Hasrat. Impian. Tindakan. Semoga Johor terus gemilang.

Majlis ringkas sambutan Pengarah Pendidikan Johor baharu

Imej
Majlis ringkas sambutan Pengarah Pendidikan Johor baharu. Foto sekitar majlis ringkas sambutan tuan pengarah yang baharu. 7.30 pagi semua ahli pengurusan dah sedia menanti. Sesi bersalaman dan punch in kehadiran sebelum satu sesi fotografi di perkarangan bangunan JPN Johor.

Tahniah dan selamat datang Tuan Haji Aminudin bin Adam, Pengarah Pendidikan Johor yang baharu

Imej
Tahniah dan selamat datang Tuan Haji Aminudin bin Adam, Pengarah Pendidikan Johor yang baharu. Seluruh warga pendidikan negeri Johor merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada Tuan Haji Aminudin bin Adam, Pengarah Pendidikan Johor yang baharu. Semoga pendidikan Johor terus gemilang di bawah teraju tuan. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Mama pun sibuk dengan aktiviti hari ni

Imej
Mama pun sibuk dengan aktiviti hari ni. Ingat laki dia aje leh sibuk hari sabtu. Mama sendiri ada tiga program beso. Ngan Bulan Merdeka nyer, ngan jamuan rayanya, ngan majlis perpisahan bosnya. Last last. Balik lagi lambat pada aku. Layanzzz...

A bit busy on Saturday

Imej
A bit busy on Saturday. Hari ni memang agak sibuk. Banyak benda perlu disetelkan. Bahan untuk sektor, penyatuan, pemurnian. Siap nak buat cover lagi. Next. The banner. Sesambil dok nunggu the last pieces sampai, sempat gi nyibuk ke atas. Jumpa la pulak member lama. Lepaks jap. Then sambung on the cover. Apa yang boleh setel, disetel sebelum balik. Around two jugak tu. Then... staf kim gambo. A little bit early aku balik tadi. Kalau tidak sempat bersama.

Dua Lagi Jenazah Mangsa Nahas MH17 Dijangka Tiba Di Tanah Air Pada Ahad

Imej
Dua Lagi Jenazah Mangsa Nahas MH17 Dijangka Tiba Di Tanah Air Pada Ahad THE HAGUE, 22 Ogos (Bernama) -- Dua lagi jenazah mangsa nahas MH17 warga Malaysia - satu beragama Islam dan satu lagi Buddha - dijangka tiba di tanah air pada Ahad ini. Kedua-dua jenazah akan dibawa oleh pesawat khas Malaysia Airlines (MAS) pada 12 tengah hari Sabtu dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi Ahad. Difahamkan kedua-dua jenazah, yang identitinya belum boleh diumum itu, sudah diletak di dalam keranda dan bekas abu mayat serta dipindah ke Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Schipol. Pihak Kedutaan Malaysia di sini mengesahkan maklumat itu namun enggan mengulas lanjut. Setakat ini, pihak berkuasa Belanda mengenal pasti 30 mayat rakyat Malaysia mangsa nahas MH17, termasuk 20 yang sudah dibawa pulang ke tanah air hari ini. Penerbangan MH17, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas selepas

Belanja bulan kini di Mydin

Imej
Belanja bulan kini di Mydin. Hmmm... Sudah tukar noo... Dulu Tesco. Kini Mydin. So be it!

Kenduri doa selamat dan bacaan yasin sebelum berangkat ke Mekah

Imej
Kenduri doa selamat dan bacaan yasin sebelum berangkat ke Mekah. Hari ni kat kampung, majlis ringkas bacaan yasin dan doa selamat dah selesai dijalankan sebelum solat jumaat tadi. Nampaknya aku tak dapat nak join. Tunggu 26 ni baru leh gerak balik. Sekurang-kurangnya. Sempat ngantor ke lapangan terbang. Nak cuti lelama, yang sekolah nak buat camno. Dapat la tiga hari untuk balik dan ngantor. Harap semuanya berjalan dengan baik dan sempurna. TQ pakcik atas sharing the picas.

Masjid Jamek Gelang Patah renovasi 22 Ogos 2014 updated

Imej
Masjid Jamek Gelang Patah renovasi 22 Ogos 2014 updated. Dah tambah hingga ke luar sikit. Lantai luar pun diletakkan tikar getah. Sementara.