Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 10 EXCO

10 EXCO KERAJAAN NEGERI JOHOR ANGKAT SUMPAH

Imej
10 EXCO KERAJAAN NEGERI JOHOR ANGKAT SUMPAH. Masa makan tengahari dah dapat dokumen penuh secara tak rasmi. Alhamdulillah. Nampak kena. So. Ni aku just share daripada lidah rasmi ye. Tahniah dan semoga tanggungjawab yang diberikan dilaksanakan dengan sebaiknya untuk Bangsa Johor. Seramai 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (EXCO) hari ini (16 Mei) mengangkat sumpah di hadapan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Berangkat sama, DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, dan paduka-paduka anakanda yang lain. Hadir sama, Menteri Besar Johor, Dato' Osman Sapian. Majlis Istiadat Mengisytiharkan Pelantikan Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu berlangsung di Bilik Singgahsana, Istana Besar Johor Bahru pada jam 10.30 pagi. Pada Sabtu lalu (12 Mei), Dato' Osman telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang ke-16 di hadapan Tuanku Sultan Ibrahim di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene,