Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel maklumat asas pendidikan

Mesyuarat Jawatankuasa Maklumat Asas Pendidikan KPM Bil.3/2019

Imej
Mesyuarat Jawatankuasa Maklumat Asas Pendidikan KPM Bil.3/2019. Alhamdulillah. Selesai seketika minggu sibuk. Ke sana sini outstation. Sebelumnya di Ipoh. Lusanya dah di Putrajaya. 3 hari berkampung di E8 bagi membincangkan perkara pokok pengurusan data raya khususnya. Lepas ni banyak tindakan di peringkat negeri bagi memastikan kelangsungan pengurusan data berintegriti. Hari pertama dimulakan dengan pengenalan fungsi dan pegawai baharu. Ada muka lama dan ada muka baharu. Welcome to the team. Semoga semuanya akan berjalan dengan lebih baik selepas ini. sempat nengok buku daftar sekolah di sini. Pakai pencetak dot matrik wehh. Hari kedua mengorak langkah yang lebih panjang. Isu dan masalah mula dibincangkan. Cadangan penambahbaikan akan dibentangkan di peringkat yang lebih tinggi bagi isu kefungsian grey area. Sempat la buat projek rahsia untuk dr M sambil makan jajan. Hari ketiga tertumpu pada data raya. 2020 kita akan tengok satu kesinambungan berkaitan data raya yang lebih baik. A

Mesyuarat Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.1/2019

Imej
Mesyuarat Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.1/2019. Mesyuarat bilangan 1 kali ni dijalankan dari 18 hingga 20 Februari bertempat di Bilik Mesyuarat Kemuning, E8. Kena pulak ngan meetims JPMN di negeri. Nak buat camner kan. Yang menarik. Meetims MAP bil.2 nanti nak buat kat Johor. Nak semak sekali amalan terbaik. Sempat berposing reramai lepas tu. Manalah tau kan.

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.2 Tahun 2018 : Day 3

Imej
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.2 Tahun 2018 : Day 3. Last day di Putrajaya. Singgah sarap di Kafe @ E2 lagi. Lebih ramai member pagi ni. Alhamdulillah. Terus gerak ke Bilik Mesyuarat selepas tu. Hari ni disambung dengan isu berbangkit sebelum penerangan dan perbincangan lanjut berkenaan Inisiatif PPPM - Repositori Data. Yang pastinya pengurusan data kenalah diurus mengikut SOP yang telah ditetapkan. Juga dibincangkan berkenaan dengan Data Perbandaran Baharu - Kajian 2017 bagi Dasar Perbandaran Negara Kedua. Nampaknya status bandar luar bandar akan ada perubahan lagi ni. Apa pun, tunggu surat punca kuasa untuk status baharu. Seterusnya perbincangan lanjut berkenaan Semak Ralat dan Isu Data Pendidikan. Yang penting. Kita kena bersedia bagi memastikan data kita sentiasa berintegriti bagi memastikan keputusan dan intervensi yang dibuat adalah lebih tepat dan berkesan. Data Kita, Wajah Kita, Maruah Kita!

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.2 Tahun 2018 : Day 2

Imej
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.2 Tahun 2018 : Day 2. Pepagi kami sarap kat Kafe di E2. Boleh tahan jugak harga dia. Esok nak cari port lain pulak la. Terus ke Bilik Mesyuarat Kemuning di E8. Selepas pengesahan minit, perbincangan difokuskan pada perkara berbangkit. Selepas tu pembentangan Post Mortem Konvensyen Pengurusan Maklumat yang lepas di PJ. Masuk pulak modul baharu berkaitan data untuk STEM. Nampak lebih sistematik. Sebelum rehat sekali lagi dibincangkan berkaitan ralat pengisian data utiliti yang masih belum selesai. Banyak nak kena tengok balik ni. Selepas makan tengah hari ada sedikit taklimat dari Dr. Yunus dan pegawai dari BPSM berkaitan pengurusan data dalam cadangan penstrukturan baharu. 5 lebih jugak baru kami selesai agenda hari kedua ni. Boleh tahan.

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.2 Tahun 2018 : Day 1 - The Road To Putrajaya

Imej
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.2 Tahun 2018 : Day 1 - The Road To Putrajaya. Hari ni memang nak tak nak terpaksa aku minta izin dari urusetia untuk sampai lewat. Dari Johor jam 1.30 petang jugak. Singgah jap di Pagoh untuk makan tengah hari. Tu pun dah jam 3.30 petang. Lapo. Dari pagi tak makan. Kaki? Kalau ikut hati macam tak larat nak teruskan. Masuk je Negeri Sembilan hujan selebat alam. Perghhh. Larong je. Sampai Nilai baru on Map. Eh. Dia soh masuk jalan lain ni. Biasanya sampai Kajang baru aku on. Belasah. Memang jalan hutan mana ntah dia bawak. Sampai ke simpang lama Dengkil baru aku perasan jalan mana dia ikut ni. Memang tembus terus ke jalan sebelah Everly. Terbaeekkk!!!! ahh. Tu pun. Dah dekat jam 6 jugak aku sampai. Check in. Baru on laptop, dapat mesej dari Perak. Yok makan. Aku pilih Alamanda aje memandangkan aku rasa nak tekan pedal lagi cam ngilu ngilu gitu. Hehehe. Nyempat lagi meronda Mr. DIY macam kat Johor takde je. K. Rehat

Buku Maklumat Asas Pendidikan Johor : The making

Imej
Buku Maklumat Asas Pendidikan Johor : The making. Hmmm. Online dah biasa dengan Johor. Cuma. Ada beberapa keadaan yang mana online tak boleh cover terutama bila sampai lokasi capaian kurang baik, perlu capaian segera dan sebagainya. So. Kita keluarkan semula buku tersebut dalam kuantiti terhad. Hari ni memang penumpuan penuh pada urusan ni. Siap jumpa pencetak untuk bincang berkaitan harga. Nampaknya aku kena move on pada cetak sendiri juga ni. Bukan tak mampu tapi macam kurang berbaloi untuk cetakan dengan kuantiti yang sedikit.

Seminggu di Kuala Lumpur

Imej
mesyuarat map bil 2 bermula So, ni antara salah satu mesyuarat yang memang fully occupied , dari pagi sampai ke malam setiap hari selama 3 hari 2 malam. Makin banyak perkara ditambah ke dalam tentatif mesyuarat seperti barisan hadapan dan integrasi sistem. Pergghhh... berasap kepala aku. first time aku meeting sampai berasap kepala. pelik jugak. or maybe aku masih belum dapat rehat secukupnya kot. Apa pun... layannnzzz... Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!! laluan utama ke tempat rehat di R&R Pagoh tak ingat ni hentian mana ntah yang aku berenti gulai ayam kampung yang best di r&r pagoh Isi minyak dulu Suasana rutin jalanraya utama di KL  check in @ hotel capitol room 111 pandangan luar tingkap bilik aku, low yat ber background berjaya times square sarapan pagi course pertama ABC kurang gula yang dibikin sendiri aku isu pengintegrasian sistem sedia ada barisan ku maklumat dari serata malaysia