Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2016

Majlis Persaraan Jasamu Dikenang Budimu Dituai TPPJ dan KPP BTPN Johor

Imej
Majlis Persaraan Jasamu Dikenang Budimu Dituai TPPJ dan KPP BTPN Johor. Majlis diteruskan dengan majlis persaraan 3 pegawai. En Anuar dari SPK, Datin Che Normadiah, KPP BTPN Johor dan Hj Hasidin, Timbalan Pengarah, JPN Johor. Terima kasih tuan. Majlis juga menyaksikan perlantikan baharu TPPJ, En Azman Adnan, PPD Segamat berkuatkuasa 3 Julai ini. Tahniah tuan.

Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.6/2016

Imej
Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.6/2016. Diurusetia oleh BTPN Johor kali ini. Penuh dengan upacara penyampaian hadiah pada sekolah berkaitan VLE, TMK dan PSS. Penyerahan pada KSK untuk bil.7 bulan depan.

Shellout petang Rabu

Imej
Shellout petang Rabu. Alhamdulillah. Petang ni ada rezeki ketam sama kupang. Mama dapat beli batch kali ni kat sekolah. Semalam tak dapat. Ketam kupang fresh. Walau tak makan, tumpang nengok yang makan pun ok ler. Kalau ada si iqa lagi ler dia suka ketam ni. Kupang nenek ngan atuk yang suka. Ketam kita goreng, kupang kita rebus.

JPJ cadang tindakan mahkamah bagi enam kesalahan jalan raya

Imej
JPJ cadang tindakan mahkamah bagi enam kesalahan jalan raya. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang untuk mengenakan tindakan mahkamah terhadap pengguna jalan raya yang didapati melakukan enam kesalahan jalan raya sepanjang pelaksanaan Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2016 bermula hari ini hingga 13 Julai. Enam kesalahan itu adalah gagal mematuhi lampu isyarat; memotong di garisan berkembar; memandu di lorong kecemasan; memotong barisan, menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan tidak membenarkan kenderaan lain memotong. Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JPJ Datuk V. Valluvan Veloo berkata langkah itu dicadangkan berikutan tindakan mengenakan kompaun terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan itu sebelum ini didapati tidak lagi efektif

Settling Down Zenfone Go

Imej
Settling Down Zenfone Go. Nyambil nyambil. Hapdet os. Hapdet apps. Sampai mama pun kata meh tukar ngan samsung dia kekeke.

Fiqri ada Happy Bear

Imej
Fiqri ada Happy Bear. Suka tul fiqri ngan lagu Nana ada Happy Bear. Suruh ulang ja. Sambil gentel bear kecik. Tadi mama kuarkan bear iqa kasi dia. Lagi la suka. Kemain lagi. Babe babe katanya.

Beg Laptop Dell Kunjung Tiba

Imej
Beg Laptop Dell Kunjung Tiba. Awal sampai. Baru dapat mesej Lazada semalam. Petang ni dah sampai. Good job gdex. Barulah nampak expressnya. Tak cukup orang, third party datang hantar. Camtu ler. Ni ntah beg keberapa ye. Keempat. Kelima maybe. Murah je. 23 hinggit. Kebetulan. Masa tu terbaca emel tawaran masa terhad lazada. Lagipun beg yang aku pakai bercop jpn tu pun dah uzur. Yang lowepro ntah mana mama simpan aku tak jumpa. Boleh la ni.

4 Julai tarikh lihat anak bulan Syawal

Imej
4 Julai tarikh lihat anak bulan Syawal. Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa ditetapkan pada petang Isnin, 4 Julai bersamaan 29 Ramadan 1437 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini. Menurutnya, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi). "Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa melalui radio dan televisyen,"

Kemajuan luka adik Inaz

Imej
Kemajuan luka adik Inaz. Sian adik inaz. Seminggu cuti. Nak gerak sakit. Nak bersila pun susah. Last last segeng ngan aku. Makan semua duduk. Pagi aku taruk ubat luka. Malam sapu gamat. Memang setiap hari ganti baru.

Settling Down The Unfinished Business

Imej
Settling Down The Unfinished Business. Lama terperap atas kabinet ni. Tuannya down. Yang lain pun down. Sambil sambil baring baring tu lipat masuk sampul. Senang sikit. Nanti amik aje. Tradisi biasa sejak dulu. Dari kecik aku suka buat kad raya sendiri. Sampai dah berkahwin, beranak pinak pun masih teruskan. Dah terbiasa. Yang digital pun kasi jugak. Tapi rasa lagi puas bagi yang maujud. Tahun ni iqa pun tak berapa aktif sangat. Biasanya dia la yang paling banyak nak kad. Kali ni dia amik around 30 je kot. Biasanya satu sekolah dia nak kasi. So. Setel ja susun. Alang alang. Terus aje aku setelkan aku nyer. Dua group. Satu yang by hand. Satu yang pos. Setelkan yang pos dulu. Sekali setem tak cukup la pulak. Sekali selongkar. Ada belen lama. Gunapakai je la. Keluar ngepost. Sekali terlewat daa... waktu kutipan jam 9. Aku lewat sikit je. Takpe la. Lewat sikit la gerak. Tahun ni memang berbeza sikit. Semua lewat. Body nak manja sekali sekala. Asyik kerja ja. Sekali aku

Sokano Pedal Exercise Bike

Imej
Sokano Pedal Exercise Bike. Steven pun cadang benda sama cam dr. Noraini. Aku kena banyak senaman rotation. Dia kata dia leh dapatkan untuk rm100. Aku kata aku nak cari sendiri dulu. Balik terus bukak lazada. Rm170. Rm140. Alhamdulillah. Terjumpa satu yang ada discount. Rm53 je. Terus aku ambik. Baru nak tunggu sampai. Dah kena tahan wad pulak. Setel je wad. Balik. Cari. Terus pasang. Sibuk pulak si fiqri. Dari pasang sampai aku kayuh. Tak diam dia. Nak join. Overall. Ok la. Baru dapat duduk goyang kaki pasni. Memula sakit jugak nak pusing. Walau tak letak tension. Hahaha. Dah nama pun sakit kaki. Sekali ternaik syeh. Dari 20 pusing. Udah jadi 20 minit. Habih kena bebel satu hari. Tau la nak sembuh cepat. Tapi jangan sampai mudarat. Lek lek dulu. Hehehe

Wad Orthopedic Pakar Puteri : Day 4

Imej
Wad Orthopedic Pakar Puteri : Day 4. Ish ish ish. Malam ni takleh lelap mata la pulak. Jadi macam malam pertama aku kena antibiotik kat wad. Satu lagi sebab balik je dari follow up tadi, lepas zohor aku terus lelap. Sampai jam 6.30 petang baru terjaga. Memang sesuai la kot aku habiskan siri telenovela ni. Kisah last day aku kat wad. Pagi tu doktor kata perkembangan aku bagus. So. Dia akan bagi pil untuk aku teruskan treatment kat rumah. Apa pun check dulu darah sebelum aku di discaj. Selang beberapa minit datang nurse untuk amik darah. Cuak jugak. Takut takut tetiba bacaan tak best. Maka tunggu lah aku dengan pelbagai perasaan. Next masuk nurse lain pulak. Meh saya nak buang benda yang paling awak tak suka tu. Aku tak kasi. Tunggu sampai keputusan darah keluar dulu. Kang kena tahan lagi, tak sanggup aku nak dipasang semula. Masa nunggu tu lama jugak aku dok borak ngan haji shamsurma dan hajah warni ni. Memang salute beb. Banyak Allah nak tunjuk kebesaranNya menerusi

Pelita 7 Likur Ziqri

Imej
Pelita 7 Likur Ziqri. Bukan nak masuk bertanding pun. Sekadar suka suka. Meriah sikit. Jalan pun terang. Suka iqi nengok. Si montel lum nengok lagi ni. Mesti dia pun suka.

Weight Gain Junior for Ziqri

Imej
Weight Gain Junior for Ziqri. Semalam. Aku just beli Lactul untuk masalah sembelit iqi. Pegang lepas pegang lepas je weight gain ni. Aku fikir biar setel dulu masalah dia, baru susul ngan weight gain. Sejak dia bermasalah sembelit. Iqi memang kurang makan. Dah tinggal sekeping. Alhamdulillah. Semalam dia dapat melabur dengan baik. So. Tadi. Dalam masa yang panjang untuk memikir apa sahaja masalah. Aku bulat tekad. Beli aje la. Kalau dia tak lepas aku nak kasi adik inaz sekali. Pejam mata aje le. Balik dari puteri langsung singgah farmasi. Amik aje le. RM82 untuk satu tin 450g. Pergghh... Boleh tahan juga harga dia. Balik terus bancuh. 150ml. Iqi minum sikit. Terus nak muntah dan tak nak minum dah. Tapi aku paksa juga dia minum sampai habis. Alhamdulillah. Habis. Walau muntah dua kali. Kena paksa berkali. Hehehe. Petangnya kasi lagi. Tapi dah tak ikut sukatan. Campur milo dia. Dia nak pulak. Mama kata amik la gambar sebelum selepas. Hmmm... Sib baik ingatkan. Aku tuan

Kecederaan Lutut Adik Inaz

Imej
Kecederaan Lutut Adik Inaz. 19hb. Ahad. Adik Inaz jatuh kat sekolah dia. Cikgu dia cuci dan letak plaster. Sempat tengok masa melawat aku tadi. Agak besar kawasan tersiat. Balik. Suruh gi klinik. Mama bawak dia gi klinik. Pasal rozikin tutup, langsung pergi chu. Mama kata terjerit jerit adik inaz masa kena cuci. Pastu dibalut. Hai. Pakat sakit kat lutut pulak geng geng lahir jun ni. Nasib. Nasib. Mama snap picas untuk aku nengok. Sempat peace lagi tu. Adik. Adik.

Wad Orthopedic Pakar Puteri : Day 3

Imej
Wad Orthopedic Pakar Puteri : Day 3. Aku dah boleh rasa dapat survive dah hidup ngan tangan berbalut ni. Tak macam semalam. Ngilu sana sini. Sahur tetap tangan kiri. Masih ada rasa kat tangan kanan. Mandi. Tukar baju tetiba rasa gatal yang amat kat paha dan betis. Naik merah jadinya. Lepak jap. Nurse datang suntik antibiotik. Sejuk weh menerobos tangan kanan tu. Lepak. Boring. Blank jap. Layan tv. Tido. Camtu la hidup aku kat sini. Hahaha. Sesekali nurse datang. Check temperature ngan darah. Tetiba hingar jap. Ada sambutan hari bapa daa... dapat la hadiah dari pihak hospital. Hehehe. Tq tq. Tak lama pastu mama pulak datang. Siap buat sandiwara pulak ngan kak long. Sian makcik warni depan aku. Usaha dia bangun nak sabarkan. Dia ingatkan aku berbini dua. Hebat tul sandiwara mama ngan kak long ni. Balik je mama, dah kena suntik lagi. Huhuhu. Sejuk jap. Macam biasa. Nurse tanya sakit ke. Tak. Sejuk je. Sejuk takpe. Takut kalau sakit je. Malamnya berbuka soto. Aku yang

Pengkekah Bola : Detected

Imej
Pengkekah Bola : Detected. Baru tau sapa punya kerja selama ni. Ingatkan cik menti. Rupanya adik montel yang punya angkara. Dia gigit cam makan epal. Sib baik atuk sedar awal. Tengok sedap je mengunyah.

Hospital Pakar Puteri : Follow-up Dr. Lim

Imej
Hospital Pakar Puteri : Follow-up Dr. Lim. Hari ni banyak persoalan akan terjawab. Cerita telenovela aku pun ada dua siri lagi. Tapi sebab ramai dah tanya dan aku pun dah selesai follow-up ni so terus kita cerita dulu lah. Part telenovela tu nanti aku sambung lagi bila tiap saat dan tika waktunya. Maka pagi ni terpacak ler aku kat depan spital ni lam jam 8. Atuk yang ngantor. Gi daftar. Pastu terus ke klinik dr lim. Dapat nombor 9 tu. Aiyoo. Pepagi pun dah nombor 9. Duduk menanti. Jumpa rakan rakan sewad. Borak selfie gitu. Pastu nama aku kena panggil. Hmmm. Doktor suruh buat test darah lagi. Perghh. Kena lagi. Terus ke lab. Punya la ramai. Tunggu turn. Setel. Gerak balik ke bilik doktor. Haiyo. Memang ramai. Orang sebelah aku baru datang nombor 34 tu. Ish ish ish. Aku dah nak terlelap dah tetiba misi datang panggil. Terus masuk ye. Doktor nak jumpa. Masuk. Doktor takde. Keluar jap. Kat monitor semua gambo lutut aku je. Sempat la layan jap. Doktor masuk. Hmmm. Na

Lepak bersama Fiqri

Imej
Lepak bersama Fiqri. Lepak jap ngan si montel. Sambil main iPad. Hehehe. Harap dapat berita gumbira.

The last piece

Imej
The last piece. Sampai jua aku ke ubat terakhir. Lepas ni ada sesi susulan bersama dr lim di pakar puteri. Semoga ada pengkhabaran gembira darinya. InsyaAllah.

Pertandingan Lampu 7 Likur 3 Kampung

Imej
Pertandingan Lampu 7 Likur 3 Kampung. Meriah la suasana kat sini malam malam akhir ni. Adik inaz asyik dok suruh atuk masuk je. Tengok le. Bukan senang nak menang. Sekadar suka suka ok ler. Pertandingan ni melibatkan 3 kampung, kg melayu, kg jawa dan kg melayu baru wawasan. Pengadilan bermula dari 28 jun hingga 4 julai. Penyertaan percuma. Just perlu whatsapp nama, ic dan alamat pada en firdaus di talian 0177553734 sebelum jam 6, 28 jun ni. Kriteria meliputi kreativiti, inovasi, kekemasan, efisien, keceriaan, kemeriahan dan konsisten. Pertandingan anjuran Belia 4B Gelang Patah ni menawarkan hadiah wang tunai RM300 bagi juara, RM200 bagi naib juara, RM100 bagi tempat ketiga dan RM50 untuk 10 pemenang saguhati.

Livina bergerak jua

Imej
Livina bergerak jua. Hari ni. Genap 12 hari livina aku tak gerak. Kali kedua jugak baru aku panaskan enjinnya semula. Alhamdulillah. Semua berkeadaan baik. Cuba bawak sampai ke farmasi. Success. Beli beberapa jenis ubat dan pelekat untuk iqi dan adik inaz. But still. Aku akan lenguh dan penat sikit after that. Gugel sikit (baru reti nak gugel tu) pasal ubat aku. Rupanya semua yang aku alami adalah side effect ubat tu. Ish ish ish. Biasanya aku la yang paling rajin nak cari itu ini. Kali ni memang aku serah dan ikut bulat bulat apa doktor buat. Hmmm.. Petang tu juga tetiba poslaju sampai. Dah dapat pen iPad untuk iqa ropenyer. Tu yang aku suka ngan poslaju nih.

Muafakat Johor : Touch N Go percuma sempena Syawal

Imej
Muafakat Johor : Touch N Go percuma sempena Syawal 1.Muat naik gambar dan cerita /kenangan tentang keceriaan, kemeriahan dan keunikan menyambut Syawal di negeri Johor. Sila hashtag: #Raikansyawaldenganmuafakat #teamrayajohor #muafakatjohor di setiap penyertaan anda. 2. Print screen gambar yang telah anda upload dan slogan yang dimuatnaik di media sosial anda samada  FB, Instagram dan Twitter anda, dan emailkan kepada johorjauhar@gmail.com Sila letakkan subjek email: #RaikanSyawaldenganMuafakat dan butiran peribadi seperti berikut: ➢ Nama ➢ Alamat Rumah / Daerah ➢ No. Telefon * Satu email bagi satu penyertaan sahaja.Satu Touch N Go PERCUMA menanti anda bagi setiap email bertuah.Pemenang bertuah akan dihubungi menerusi email.Tarikh Tutup : 29 Jun 2016 Terima kasih

Lawatan STF 20160618 : First without me

Imej
Lawatan STF 20160618 : First without me. First time aku tak dapat bersama. Sempat godak henpon baru tadi. Setel semua bagi kat mama. So. Aku just call je iqa dari wad. Lupa. Si wani pun ikut sama. Seronok la dia main main kat situ jap.

Wad Orthopedic Pakar Puteri : Day 2

Imej
Wad Orthopedic Pakar Puteri : Day 2. Hari kedua baru la mencabar. Hari 1 takde pape sebab banyak ujian dibuat. Pagi tu doktor sampai. Borak borak ngan aku jap. Sambung lepak jap. Sekali nurse masuk ngan wilcha. Doktor nak jumpa kat luar. Laju dia nolak. Perghhh. Orang ortho semua laju laju eh. Ngeri weh. Sampai ke kaunter utama. Doktor dah tunggu. Tv terpasang dengan gambar mri lutut aku. Bengkak kat dalam kata doktor. Jadi dicadangkan untuk ubat dan antibiotik dahulu. Takde efek baru cerita pasal pembedahan. So. Tolak balik ke wad. Sambung lepak sambil dok mikir bila la nak dapat ubat ni. Layan borak ngan pakcik dan makcik berdepan aku. Uncle sebelah pun join sekaki. Hari ni juga baru aku tau ada pegawai perhubungan khas untuk pesakit dari Singapura, China dan Indonesia. Mama sampai pastu. Borak borak. Ucu pulak sampai. Ceria tul aku hari ni. Sambil dok harap ubat dapat selesaikan masalah aku la. Izwan pun mesej nak datang petang tu. Pastu aku soh mama balik. Takd

Another bad experience with GDex

Imej
Another bad experience with GDex. Sekali lagi terkena. 9 jun dah sampai jb. Pastu terus tak update sistem. Saja ja tunggu sampai tarikh last lazada. Pastu hari hari call hq gdex, lazada. Yang best hq kata lain. Jb kata lain. Lazada dah pening. Hq pun pening. 17 tu. Masa menunggu memacam call masuk. Sms pun memacam. Lazada, hq dah ready untuk ganti baharu. Jb sedia hantar. Aiyoo. Poning den. Mama sampai rumah semua barang aku dah sampai. Sampai yang lazada baru send semalamnya pun dah ada. Pelik pelik. Pastu aku sentiasa update ngan lazada. Pasni pakai poslaju ja ngan aku. Tak pernah lagi mengecewakan.

Pengalaman MRI scanning di Hospital Pakar Puteri

Imej
Pengalaman MRI scanning di Hospital Pakar Puteri. Sambung semula cerita lama ye. Berikutan dr. Lim tak puas hati dengan diagnostik awal, makanya pelbagai ujian aku kena buat petang Jumaat tu jugak. Adoila. Ni semua yang aku takut selama ni. Bermula dengan ujian darah, air kencing dan sambung dengan ujian MRI. Siap dua lokasi. Satu kat lutut kanan, satu kat tulang belakang. Paginya. Lepas sahur lagi ada dah browse internet. Mana tahu kena MRI. Sekali memang kena. Adoi. Semua yang aku baca mula bermain di kepala. Habis la aku petang ni. Darah setel, air kencing setel. Perit, perit. Sambung ngan MRI. Aku diminta tukar baju. Semua benda besi takleh ada. Baju, henpon semua disimpan di tempat khas. Pintu dibuka. Nampak pesakit sebelumnya. Cuak beb. Giliran aku. Aku dibaringkan atas katil khas tu. Kemudiannya dipakaikan hedfon. Dan terus dimasukkan. Eh. Takde pun minum air bagai. Cucuk pun idak. Ok ler tu kan. Masuk. Ingat tadi dia kata akan dengar pelbagai bunyi. Mem

Lawatan STF 20160625 : Go for KFC

Imej
Lawatan STF 20160625 : Go for KFC . Lepak jap sini. Tak banyak pulak kenderaan. Park depan pejabat warden. Sempat borak ngan en shuhaimi. Iqa sampai. Sorang pulak. Katanya dia first siap. Yang lain masih queue. Dah nak balik baru nampak kelibat wawa. Terus je datang ke kereta.

Kelas Intensif SPM Sayangi Gelang Patah 20160624

Imej
Kelas Intensif SPM Sayangi Gelang Patah 20160624. Pagi hujan renyai. Sampai je budak dua orang je. Tapi around 10 minit later dah penuh. Hujan la katakan. Balik sempat snap terminal gelang patah.

KFC Terminal Bas Larkin : Tapau for Iqa & friends

Imej
KFC Terminal Bas Larkin : Tapau for Iqa & friends. Ni sebab utama camner aku boleh keluar jugak hari ni. Semalam keluar. Sampai tengahari tadi aku lelap. Esok. Tak tau lah. So. Kesempatan ni la aku sekalikan dengan gi jakel tadi. Cuma kasut fiqri tetap tak setel. Takpelah. Balik ke kfc. Terus belok masuk ke drive thru. Banyak pulak ngoder tambahan. Satu satu masuk. Kalau bawak iqi mesti ada lagi tambahan ni. Setel. Terus gerak ke stf. Yok.

Jakel Uda Walkabout : Padat lagi sesak

Imej
Jakel Uda Walkabout : Padat lagi sesak. Aku dari jalan seberang lagi dah mula rasa sesak. Perghhh. Ni yang malas keluar Sabtu ni. Dari berdepan jakel jalan seberang, sampai ke Angsana. Boleh tahan la. Slow sangat trafik. Nampak jalan masuk depan Hasil sangat slow. Semua nak ke situ. Cadang awalnya pun nak ke situ jugak. Cari kasut Fiqri, baru la ke Jakel. Tapi pasal terlalu la teruknya keadaan nak ke sana, terus lajak ke Jakel aje. Sekali dah lepas baru perasan. Jalan banyak ditutup. So. Nak ke Angsana pun memang kena buat u turn kat depan. Ahh.. Memang betulla terus aje ke Jakel. Tengok dari jauh lagi ada rela, kereta park side jalan besar pun leh tahan. Alamak. Cakap kat mama, jangan jadi cam hari tu udahla. Masuk. Ramai orang. Terus keluar. Hahaha. Ni pun alhamdulillah, sib baik ada satu ruang kosong. Terus masuk park. Mama sorang ja yang pergi. Kami. Pakat lepak lam kete je. Hehehe. Layan muvi kat player. Harap mama berjaya ngan misi nak siapkan langsirnya.

Plaza Angsana Getaway 20160624

Imej
Plaza Angsana Getaway 20160624. Pakat ke Angsana semalam. Alhamdulillah. Dapat la park kat depan Angsana. Masuk je kebetulan ada yang keluar. Mama ngan Iqa terus ke destinasi. Aku cuba gerak. Hmmm... Tak lama. Lenguh. Penat. Cari port lepak lah. At last aku fikir baik lepak kat medan selera dia. Bukan ada pelanggan sangat bulan bulan puasa cenggini. Maka lepak lah aku depan mee rebus wahid. Dari tak buka lagi, sampai pelanggan dah mula beratur. Sempat sembang sembang lagi dengan beberapa pelanggan yang tumpang lepak bersama. Balik sempat lepak layan kereta masa mama nak bayar parking. Promosi ramadan katanya. Harga suku juta tu. Perghhh...

Lawatan STF 20160624 : Outing day

Imej
Lawatan STF 20160624 : Outing day. Selesai je kat uda terus gerak ke stf. Mama tak berapa nak setuju pasal iqa lum call. Sekali sampai, iqa masih training CG. Terpaksa la nunggu. Takpelah. Sejam nunggu sampai dia selesai. Sambil sambil tu. Mana tempat aku lepak semua kena snap. Hahaha. Tanya apa program hari ni. Asalnya katanya nak buat kerja. Tu yang bawak laptop. Sekali iqa mau outing daa... Terus gerak aje ler. Hmmm. Hari outing memang kenderaan tak banyak. Pasal pastinya semua nak keluar.

Kad Raya Grafix Howse Pick-Up

Imej
Kad Raya Grafix Howse Pick-Up. Pagi Jumaat. Cuba drive sendiri. Ngantor mama gi nusa perintis. Success. Haaa... boleh la melangkah jauh sikit. Dah sampai uda. Tapi ada sikit perit bahagian tapak kaki. Takpe. Sikit je kot. Sampai grafix howse. Terus masuk dan amik kad raya yang dah siap. Lama bertapa ni. Aku ngantor sebelum aku sakit. Dah siap pun aku peram dulu. Dah boleh drive cenggini baru leh gi amik. Hehehe. Cuma. Jalan masih cepat lenguh. Kesan antibiotik maybe.

Blogger Apps : the return

Imej
Blogger apps : the return. Nampaknya. Aku install kembali apps ni. Kes aku lepak aje di spital. Mati kutu weh. Henpon je ada. Blog bersawang. So. Akan nampak kelainan dari segi post aku semula la pasni.

Kementerian Pendidikan kaji guru 40 tahun jalani pemeriksaan kesihatan

Imej
Kementerian Pendidikan kaji guru 40 tahun jalani pemeriksaan kesihatan. Kementerian Pendidikan Malaysia mahu guru sekolah yang menjangkau usia 40 tahun menjalani pemeriksaan kesihatan. Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, cadangan itu adalah sebahagian daripada usaha bagi memastikan guru yang berkhidmat di bawah kementerian berada dalam keadaan sihat. “Dalam prosedur semasa, guru hanya perlu melakukan pemeriksaan perubatan pada pertama kali dilantik dalam jawatan. Dalam tempoh itu sehingga mereka dinaikkan pangkat, pemeriksaan kesihatan hanya mengikut kesedaran mereka sendiri. “Saya percaya, apa yang kita lakukan adalah satu keperluan kepada guru-guru untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mengikut umur 40 tahun, kerana kebiasaannya umur begitu kesihatan kita mula merosot dan berisiko menghadapi penyakit,” katanya kepada pemberita, semalam. Mengulas lanjut katanya, lebih daripada 400,000 guru di seluruh negara menghidap beberapa masalah kesihatan termasuk tahap kolest

PENCALONAN BAGI MENGIKUTI PROGRAM LATIHAN BELIA MUDA DI NEGARA JEPUN TAHUN 2016

Imej
PENCALONAN BAGI MENGIKUTI PROGRAM LATIHAN BELIA MUDA DI NEGARA JEPUN TAHUN 2016 – Maternal and Child Health Management Course Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil maklum bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menerima Pencalonan Bagi Mengikuti Program Latihan Belia Muda Di Negara Jepun Tahun 2016 – Maternal and Child Health Management Course dan mempelawa pegawai yang sesuai untuk memohon kursus ini. Pegawai-pegawai yang berminat untuk memohon hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan syarat-syarat Cuti Belajar seperti berikut: Berumur di bawah 35 tahun pada 1 Januari 2016; Pegawai-pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Professional Gred 41 dan ke atas; Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan; Mempunyai kemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik; Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum

SEMAKAN KEPUTUSAN CALON GANTIAN BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JUN 2016

Imej
SEMAKAN KEPUTUSAN CALON GANTIAN BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JUN 2016 Semakan Keputusan Calon Gantian Bagi Program  Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2016 boleh dilakukan mulai 23 Jun 2016 jam 3.00 petang sehingga 10 Julai 2016 jam 12.00 tengah hari . Sila layari http://pismp2016.ipg.edu.my untuk membuat semakan. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Wilcha Seharian

Imej
Wilcha Seharian. Akhirnya. Setelah beberapa kurun. Terpakailah juga akhirnya medical card CuepacCare aku tu. Dalam keadaan belah bagi. Sampai jugak kami ke Hospital Pakar Puteri. Bukak je pintu dah petugas hospital tunggu dengan wilcha ni. Susah payah jugak aku nak gerak ke sini. Dalam keadaan kaki aku yang hanya boleh berada lam posisi 90 degree tu aje, akhirnya dapat jugak naik ke atas wilcha tu. Punya la laju ditolak, hahaha; dah sakit tu memang la aku kata laju dan ngeri. Ngan sakit kaki sekali tokleh gerak mana-mana. Siap cakap kat mama, jangan la tolak laju-laju. Takut ni. Sekali toleh. Aiyeee. Sekali petugas tu la yang tolak sambil mama senyum-senyum nengok gelagat aku. Masuk dalam terus mama daftarkan aku. Eheh. Nak ngambik gambo ler. Dah nama bloger kan. Baru je nak snap. Dah. Jom kita ke bilik doktor. Aisehman. Sekali laju pulak sesi daftar ni. 9.15 pagi. Kami pun tiba le ke bilik doktor. Berbaris deretan wilcha dengan aku yang paling depan. Kekeke. Huhuhu. Macam nak gra

Pizza Birthday Girl

Imej
Pizza Birthday Girl. Semalam birthday adik inaz. Birthday dia ada gabungan hari lahir aku dan mama. Bulan aku, hari mama. Tanya nak makan apa. Dalam kepala aku nak belikan KFC untuk masa berbuka. Sekali dia kata nak pizza. Sup nak dua. Ayam nak dua. Tak kisah lah dik. Meh sini kita order sesama. Best jugak dah ada delivery kat gelang patah. Semua leh order online je. Habis je order dah resah. Bila nak sampai ni bah. Bila nak sampai. Dah tunjuk kat dia ada tracker. Bila dah sampai stage last, siap call. Kalau tak sampai dalam 15 minit. Call saya balik katanya. Wah. Bertambah bermutu perkhidmatan dia la ni. Tak sampai 5 minit pastu adik inaz dah panggil aku. Bah. Dia terlajak la bah. Terus aku pun keluar panggil dia jugak. Hehehe. Dah dapat apa yang dia nak. Cuma luka kaki dia masih tak baik. Ish ish ish. Sama pulak nasib kebudak jun berdua nih. Memasing sakit kaki, di bulan kelahiran. Aku kuman, adik luka. Nasib nasib.

Pelangi Pagi @Gelang Patah

Imej
Pelangi Pagi @Gelang Patah. Pagi Jumaat tu perasaan di hati amat kucar kacir. Segala benda bermain di benak. Tu nak tunjuk betapa aku ni memang sangat risau nak gi hospital. Setelah didesak semua, aku ikutkan juga. Tapi... Hanya Tuhan yang tahu betapa takut, risau, ngeri; dan segala jenis ketakutan bersarang di minda. Dok je lam kereta kat seat belakang. Beranikan diri. Mama ngan Atuk cakap apa pun aku dah tak dengar. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Dok mikir camner ler aku leh terjebak jugak akhirnya nih. Sekali sampai kat Nusantara nampak keindahan alam yang jarang aku tengok sedekat ini. Tenang jap jiwa aku. Terima kasih Tuhan.

The Pain : Saat tika ianya bermula

Imej
The Pain : Saat tika ianya bermula. Baru la dapat aku masa untuk menulis semula. 14 Jun. Saat mula aku merasa kesakitan ini. Sangat berbeza dari yang sebelumnya. Yang lama dah hilang. Kadang kala muncul. Tapi sekadar sengal gitu. Tapi. Sahur pagi tu amat beza. Pelik sekali kesakitan kali ni. Lutut pulak tu. Aku tak boleh luruskan kaki aku dengan sempurna. Tapi aku tolak ke tepi dahulu. Siap macam biasa. Terus pergi kerja. Namun. Dari semasa ke semasa. Kesakitan makin menyengat. Pelik sekali sakitnya ni. Dalam pada masa mesyuarat. Kepala aku dah ke lain. Aku harus selesaikan kerja yang satu ni dengan segera. Dari dalam mesyuarat. Sampai la aku selesai. Terus emel ke pegawai sepatutnya. Alhamdulillah. Balik. Malamnya. Sakit sangat sangat. Minta abah tolong urut. Abah kata macam ada bijik angin dalamnya. Rasa relief sikit lepas kena picit. Sahur 15 Jun. Dah makin teruk. Nak lurus. Makin tak lurus. Nak bengkok. Tak boleh habis. Sudah! Kaki kanan aku dah totally out untuk bergerak be

Penambahbaikan Frog VLE Jun 2016

Imej
Penambahbaikan Frog VLE Jun 2016. Maklumat lanjut boleh layari url berikut :  https://frogasia.com/learncentre/?page_id=1422 . Banyak penambahbaikan pada laman. Hope apa yang aku minta hari tu ada dan berfungsi sewajarnya. Crossfinger. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Sehati Sejiwa kekal Tema Sambutan Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2016

Imej
Sehati Sejiwa kekal Tema Sambutan Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2016. Tema 'Sehati Sejiwa' pada sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2015, dikekalkan sebagai tema sambutan pada tahun ini. Perkara itu diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 di Angkasapuri, hari ini. Salleh berkata tema berkenaan mampu meningkatkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia berdasarkan kepada penerimaan dan penglibatan rakyat dalam program-program sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang lalu. "Tema, logo dan lagu sambutan juga masih dikekalkan untuk tahun ini dan turut dikekalkan adalah penggunaan nama 'Hari Kebangsaan' sebagai panggilan rasmi dengan tidak menyebut bilangan ulang tahun sambutan," katanya. Antara program yang akan mewarnai bulan kebangsaan dan Hari Malaysia mulai Julai seh

Recovering @Home

Imej
Recovering @Home. Alhamdulillah. Semalam dah discaj dari wad. Shukur sangat-sangat. Ada perkembangan yang sangat positif. Mama memang ban habih semua aku nyer gajet. Once. Aku bebas dari semua bebanan. Tu yang sampai berabuk blog ni. Laju masa berlalu. Dah seminggu berlalu. Seminggu yang lepas, azab aku menahan sakit yang amat kat lutut. Tak boleh nak bengkok, tak boleh nak lurus. Masak. Yang tak tahan bila menahan bisa tu. Nak nak pulak, bila nak gerak ke bilik air. Kenangan manis di hari jadi orang Jerman kata. Hehehe. Tapi tu akan aku ceritakan satu persatu dalam masa terdekat. Nak kata fully recover tu taklah lagi. Tapi ada perkembangan positif. Ada la sepapan dua antibiotik untuk dihabiskan. Ni pun masih sengal sengal lagi. Tak boleh nak bengkok atau lurus habis lagi ni. Tapi. Dapat la jenjalan hilang boring jap ke PC tempat biasa mengada ngada mengarang kisah duka lara. Apapun. Memang aku dapat yang terbaik sepanjang berada di wad, dari pengalaman dan pelajaran; depan mata b

Yok Jalan : Bazar Ramadan Nusa Perintis

Imej
Yok Jalan : Bazar Ramadan Nusa Perintis. Ya. Dua hari aku try untuk berjalan di Bazar Ramadan selepas edisi Plaza Angsana berjaya. OK. Orang tak berapa ramai sangat pasal aku gi lepas aku balik kerja. Hakikatnya. Lepas jam lima terlalu packed dengan manusia. Aku sampai diaorang baru prepare untuk jual. Hehehe. Semalam. Agak berat agaknya. First time hari semua manusia kerja kat JB. Mula kerja a bit jem. Balik pun jem. Tambah dengan masa aku menunggu ikan bakar yang aku order, pagi ni tetiba lutut pulak jem. Adeshhh... Nak kena cool down balik ni.

Yok Jalan : Bazar Ramadan Plaza Angsana

Imej
Yok Jalan : Bazar Ramadan Plaza Angsana. Dah alang alang singgah Angsana, terus tapau sekali ke bazarnya. Mulanya membeli barang keperluan Iqa di UO. Sambung pulak beli sedikit juadah tepi nak bukak kat asrama nanti. Masa ronda pun banyak bertembung dengan kebudaks STF yang turut sama membeli. Ye lah. Baru abis cuti. Semua nak check-in masuk semula asrama. Last dapat bersama keluarga beli makanan berbuka. Pasni makan makanan asrama aje lah ye. Setel kat sini baru gerak ke stf. Kenderaan. Packed. Tu lum cerita masa aku keluar. Lagi packed!

Terowong Genting Sempah hala timur ditutup lima hari

Imej
Terowong Genting Sempah hala timur ditutup lima hari. Terowong Genting Sempah hala timur akan ditutup kepada lalu lintas selama lima hari mulai pukul 8 pagi 13 Jun 2016 (Isnin) hingga 12 tengah malam Jumaat. Laluan itu perlu ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan sistem dan pembaikan jalan di dalam terowong itu, menurut kenyataan Syarikat Anih Berhad di sini, hari ini, Menurut Anih Berhad, satu laluan kontra di Terowong Genting Sempah hala barat akan diadakan bagi memudahkan pengguna lebuh raya hala timur menuju ke Kuantan. Pengguna Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) yang ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai LPT boleh mengikuti laman sosial rasmi iaitu Facebook Lebuhraya Pantai Timur dan laman twitter @LPTTrafik atau menghubungi talian LPT-Line di 09-5947 111. - Bernama

Pembayaran Peringkat Ketiga BR1M 2016 Diawalkan

Imej
Pembayaran Peringkat Ketiga BR1M 2016 Diawalkan Mulai 15 Jun Sempena Aidilfitri. Pembayaran peringkat ketiga Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 diawalkan mulai 15 Jun sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 6 Julai. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam kenyataan hari ini berkata kerajaan berharap pemberian BR1M itu dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Aidilfitri nanti. Beliau berkata pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima. -- BERNAMA --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,