Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2018

Pakar Puteri : Mama's Operation Process part deux

Imej
Pakar Puteri : Mama's Operation Process part deux. So. 21 November tu ada pemeriksaan khas oleh Dr. Noor pada mama. Pembedahan Dr. Kadir ditunda untuk memberi laluan khas pada Dr. Noor untuk pemeriksaan lanjut. Sampai ke petang akhirnya keputusan dibuat. Pembedahan untuk pundi hempedu dijalankan dahulu sebelum seterusnya pembedahan ovari pula dibuat. Alhamdulillah. Semua urusan berkaitan insuran selesai. Mama juga akan ditempatkan di ICU selepas pembedahan untuk rawatan dan tinjauan susulan selepas pembedahan tu. 22 November. Seawal jam 8.30 pagi mama dah disiapkan dan mula dimasukkan ke wad pembedahan. Alhamdulillah. Dalam 11.45 pagi semua selesai. Keadaan mama stabil. Jadi, terus dimasukkan semula ke wad biasa. Sedikit berkejar aku hari ni. Gerak ke STF untuk ambil barang-barang Iqa. Pastu terus balik ke hospital. Petangnya balik ke Gelang Patah amik angah untuk duduk jaga mama di wad malam tu memandangkan polisi tiada lelaki selepas jam 9 malam. Terima kasih pada mommy lee

Jusoh, Usop dan Ali : 20181130 Melepak

Imej
Jusoh, Usop dan Ali : 20181130 Melepak. Hmmmm. Dah jadi port dia la pulak. Memang si tamrin ni jaki tul ngan si Phatah. Dia conquer abis tempat lepak si Phatah dengan anak-anak dia. Paling cute si Jusoh la. Gebus beb. Si Usop paling cikeding tapi gangster. Ali pulak paling aktif. Layan aje ler.

Masjid Jamek Gelang Patah : 20181130 Jemaat

Imej
Masjid Jamek Gelang Patah : 20181130 Jemaat. Lama jugak kan aku tak jemaat kat sini. Merata masjid gi. Sampai semalam masa beli char koey teow pun brader tu leh tegur nampak aku solat kat UTC itu hari. Hari ni dapat la dua beradik ni jemaat bersama. Datang awal dengo ceramah dulu. Iqi ngan aku. Ici ngan atuk. Sejuk dok bawah kipas gergasi kata iqi.

My New Gadget : Reachcom GSM 200 Wireless Fixed Telephone

Imej
My New Gadget : Reachcom GSM 200 Wireless Fixed Telephone. Actually. Lepas aku ngestest Digi Infinite itu hari, aku terus order barang ni kat lazada. Dapat RM88. OK la tu kan. Aku akan tukar line TM kat rumah aku kepada Digi. Tapi. Dalam masa yang sama aku nak stail tu masih kekal sama sebab ramai pengguna lain kat rumah actually. 26 tu check sekali dah keluar katanya. Balik singgah jap ke Digi untuk amik nombor khas. Balik je nengok bungkusan dah ada. Apa lagi. Layan. Memang boleh tahan jugak bendanya. Signal OK. ada bateri 800mAh dan leh masuk 88 caller ID. Terus setting masuk nombor biasa lam tu. SMS pun boleh. Actually. Dia macam henpon zaman Nokia 3310 and the gang dulu. Memang terbaeekkk!!!! untuk aku jadikan port baharu untuk talian henpon yang tetap di rumah. Memang agaknya aku ni konvensional tebal gamaknya ni.

Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah 2018

Imej
Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah 2018. KPM telah memutuskan bahawa keberhasilan utama pendidikan Malaysia dilihat daripada dua perspektif penting dalam PPPM 2013-2025, iaitu kualiti sekolah dan kemenjadian murid. Kemenjadian murid dilihat melalui hasil keberkesanan proses persekolahan dan bukan lagi difokuskan kepada Gred Purata yang dijana daripada keputusan UPSR. Kualiti murid dilihat dari segi pencapaian akademik dengan tahap penguasaan minimum dalam UPSR. KPM mengambil pendekatan berbeza dalam melaporkan kejayaan murid yang telah melalui persekolahan peringkat rendah selama enam tahun. Pelaporan kejayaan murid sekolah rendah yang lebih menyeluruh dan bermakna, tidak lagi hanya berfokus kepada keputusan UPSR, malah melaporkan secara formal tentang profil murid dari segi kecerdasan semula jadi dan aptitud, tahap penguasaan dalam mata pelajaran di sekolah, serta kecergasan, tahap kesihatan dan penglibatan dalam aktiviti luar bilik darjah. Aspek kejayaan murid ini diperlihatka

SK Taman Nusa Perintis : Inaz @ Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah 2018

Imej
SK Taman Nusa Perintis : Inaz @ Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah 2018. Alhamdulillah. Dapat juga kesempatan untuk bersama dengan Inaz untuk ambil pelaporan PPSR 2018 di sekolah dia semalam. Seramai 9 orang murid yang dapat semua A dalam UPSR. Inaz dapat 5A1B yang masa B pada sains. Tahniah dik. Adik dah buat yang terbaeekkk!!!! Apapun keputusan yang dapat, adik dah buat yang terbaik. Lepas taklimat kami gerak ke kelas untuk berjumpa dengan cikgu. Adik lebih kepada alam semulajadi dan muzik. Seperti dijangka kan. Sempat jumpa dan berbual panjang dengan Guru Besar sementara menantikan angah jumpa dengan semua cikgu dia. Tahniah untuk semua, sama ada secara langsung atau tidak langsung; ibu bapa, keluarga dan guru-guru yang banyak memberi dorongan dan sokongan. Be the best! yang tak best, banyak gambo aku tak jadi pagi ni. ntah pasal apa ntah. aku tak snap ke, aku gabra ke. ntah la.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Negeri JPN Johor Bil.3/2018

Imej
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Negeri JPN Johor Bil.3/2018. Alhamdulillah. Dengan selesainya mesyuarat terakhir ni maka lengkaplah semua agenda penting kami untuk 2018. Bermula mesyuarat ini, penggunaan dashboard rasmi KPM dikuatkuasakan bersama-sama repositori data KPM. Semoga pengurusan data kita akan lebih mantap lagi selepas ini. Tahniah pada semua atas kerjasama yang diberikan dalam memastikan kualiti data kita berada di tahap yang baik!

Home Sweet Home Renovation Phase 3 : 20181128 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 3 : 20181128 Progress. Dah mula naik syiling untuk porch.

Makan makan time

Imej
Makan makan time. Minggu ni agak padat sebenarnya. Dengan retreatnya. Yang mana kami di setiap sektor dah mula kena buat pembentangan berkaitan sektor kami. Alhamdulillah. Selesai pada 26. Masuk siri dua pulak dimana kami kena bentang SKT 2019 pula. 27 Pn Azmah datang untuk sesi tutorial berkaitan pengurusan SKT menerusi google drive. KS pulak dah ajak aku makan megi pastu. Haiishhh. Tengah dok mikir camne aku nak kikis habit buruk aku ni. Pantang letak megi depan muka memang tak tolak punya. Masa lunch ada dua team ajak keluar makan. At last aku ngikut pn azmah gi anjung selatan. lepak lepak aje.

Chilindo : Incoming more items

Imej
Chilindo : Incoming more items. So ada beberapa lagi barangan yang mula sampai ke rumah. Rupanya dia boleh datang sekali atau suka hati dia nak datang secara sendirian. 20 November datang dua bungkusan. Satu kotak khas untuk penyangkut baju yang aku nak letak kat opis tu. Pagi tadi aku setelkan. Satu lagi sekumpulan. Dengan pinggan pun ada tau. Kakaka. 21 November datang aku nyer sdcard dan beberapa benda digital. Ni pun ada dua lagi shipment sedang menanti giliran. Semak balik malam tadi tengok dah digabungkan bersama pulak bawah satu shipment. Suka hati tul. Yang penting korang tetap bayar RM6 kos penghantaran untuk sekali pesanan, penghantaran suka hati dia nak berapa kali. Macam kes aku. 7 shipment untuk 3 pesanan. Belasah aje la.

Home Sweet Home Renovation Phase 3 : 20181126 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 3 : 20181126 Progress. The Carpenters setelkan kerja-kerja mereka hari ni. Seharian. Sampai aku kembali dari hospital mereka masih dok buat final touch. Memang terbaeekkk!!!! hasil deme ni. Two thumbs up! Pagi tu sempat meronda keliling rumah dengan Phatah. the Carpenters sampai aku tumpu jap kat kerja-kerja akhir wiring terutama untuk tv depan. Masak nak setelkan ariel. Dah lari dekat tiga inci dari piping asal. Sekali kebudak ni bukak sambung kat kabinet je. Kekeke. Takpe lah kan. Tak rancang pun dari asal nak pasang kabinet ni. Gitu ropernyer. Semua plag dipindahkan ke kabinet bagi kemudahan penggunaan seterusnya. Kebetulan apek old newspaper lalu. Sempat la jual barang lama. Dapat la RM23. Hehehe.

Pelajar Praktikal SPMICT 2018 - Harsya

Imej
Pelajar Praktikal SPMICT 2018 - Harsya. 26 November lepas, Harsya datang lapor diri. nama dia panjang actually. Yang aku ingat Harsya je sebab aku tanya dia nak panggil apa kan. Dia ambil ICT kat UTHM kalau tak silap. Banyak sangat benda dalam kepala dua minggu ni. Tak boleh nak fokus. Tunggu lepas selesai JPMN baru leh fokus gamaknya. Apapun. Tahniah dan semoga akan dapat menyesuaikan diri di sini dan dapat menimba sebanyak mana ilmu yang boleh selama tempoh praktikal bersama kami di sini. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Atuk dan Nenek Kedah @ Iskandar Puteri

Imej
Atuk dan Nenek Kedah @ Iskandar Puteri. Ahad lepas. Kebetulan aku amik cuti sehari lepas mama baru keluar wad. Tengah hari tu atuk kedah call kata nak datang. Dah sampai Ayer keroh dah pun. Petangnya sampai. Batun dan Adam pun ikut sekali. Seronok la kebudaks ni semua lepak sesama ngan sepupu. Esok paginya dah gerak balik. TQVM atuk dan nenek kedah yang sudi ziarah.

Home Sweet Home Renovation Phase 3 : 20181124 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 3 : 20181124 Progress. Proses menaikkan syiling bermula.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 13 November. Isi semula on 23 November. Shell Tasek on the way back from Hospital Pakar Puteri. Asalnya aku singgah Petronas. masuk pam 1. Kad kena reject. Pindah pam 2. Sama aje. Terus aje ke Shell sebelah. Hasil RM87.56 for 541.7 km melibatkan 39.80l minyak. 11 hari. 1 liter lebih kurang 13++ km. Maybe lepas ni dah boleh untuk tak singgah Petronas Tasek ni. Layan.

Jenjalan Cari Makan : Jemi'z Burger

Imej
Jenjalan Cari Makan : Jemi'z Burger. 2 malam aku kat puteri makan burger brader jemi'z ni. Memang terbaeekkk!!!! Siap celup sos black pepper beb. Kena minta sebab tak semua orang suka. Yang paling best adalah dia taruk bawang. Perghhhh!

Pakar Puteri : Mama's Operation Process

Imej
Pakar Puteri : Mama's Operation Process. Pagi esok isteri saya akan menjalani pembedahan bagi membuang pundi hempedu dan dermoid cysts. Bukan niat kami merahsiakan perkara ini, cuma tak nak menimbulkan kerisauan semua. Doakan kesejahteraan, keselamatan dan kebahagian serta semoga Allah permudahkan segala urusan kami. Mungkin kisah kali ni lebih panjang sebab aku akan cerita daripada awal apa yang selama ni kami simpan aje dalam dropbox. Heee... Asalnya 26 September, mama sakit perut. Sekali ke Rozikin, doktor terpegang di satu tempat yang menyebabkan mama terasa sangat sakit. Lepas scan doktor cadangkan untuk berjumpa dengan pakar. Maka. Pada 27 September, kami ke Pakar Puteri untuk pemeriksaan lanjut. Doktor yang ada adalah Doktor Kadir. Dia cadangkan buat scoop dan scan. Memandangkan perlu berpuasa sebelum pemeriksaan dibuat maka sekali lagi kami datang ke hospital pada 28 September. Hasil. Hmmmm... Susah dah nak kata apa. Ada batu dalam pundi hempedu mama. Tiada ubat selai

Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah dan keputusan UPSR 29 November 2018

Imej
Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah dan keputusan UPSR 29 November 2018. Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) dan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018 bagi murid tahun enam akan diumumkan pada Khamis, 29 November ini. Semua calon boleh mengambil Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah termasuk keputusan UPSR di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi pada hari berkenaan. Good luck pada inaz dan semua calon tahun 2018. Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2018 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan talian tersebut akan diaktifkan bermula 10 pagi, 29 November dan akan ditamatkan pada 6 petang, 8 Disember. Waris dibenarkan mengambil dokumen pelaporan sekiranya murid tidak dapat mengambilnya sendiri. Semakan keputusan UPSR dan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) 2018 juga boleh dibuat melalui portal Lembaga Peperiksaan di laman lp.moe.gov.my . PPSR merupakan dokumen yang melaporkan kejayaan murid pada akhir persekolahan peringk

Home Sweet Home Renovation Phase 3 : 20181119 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 3 : 20181119 Progress. More tanah.

TM Point : Terminate Talian Tetap Telefon

Imej
TM Point : Terminate Talian Tetap Telefon. Actually. Dah lama aku jadi pelanggan telekom. Dari student, hingga aku berpindah ke Johor pada 2007. At last aku rasa better aku laburkan jumlah yang sama pada perkhidmatan yang lebih baik. Yup. Lepas balik digi dan test apa yang aku dah dapat tadi aku dah bulat tekad untuk terminate semua talian dan perkhidmatan berkaitan. So. Petangnya aku ke TM Point Taman Nusantara. Orang tak ramai. Bagus. Sekali. Rupanya hanya boleh terminate kat 3 tempat aje. Dok pikir samada nak call 100 atau gi Skudai. At last aku gi skudai. Tengok orang beratur punya la ramai. Perrghhh. Beratur. Sekali katanya nombor dah habis daaa... Aiyooo. Nak tak nak call jugak la 100. Waahhh.. Encik pelanggan lama kami. Kenapa nak potong. Sebab kawasan saya hanya leh dapat 1Mbps aje. Tu jer sebab saya. OK. So. Ada masa 1 bulan untuk proses pemotongan dilaksanakan. Takpe la. Aku tunggu je la. Nak buat camne kan. At least bila kena ke TM Point lepas ni tinggal nak semak baki

Jenjalan Cari Makan : Nasi Ayam Talib, Taman Nusantara

Imej
Jenjalan Cari Makan : Nasi Ayam Talib, Taman Nusantara. Singgah late lunch jap lepas borong tempeyek kat Ulu Pulai. TQ Anissa Alyssa, manager yang belanja kami berdua makan tengah hari ni. Terbaeekkk!!!!

TP Link AC750 Wireless Dual Band 4G LTE Router Archer MR200

Imej
TP Link AC750 Wireless Dual Band 4G LTE Router Archer MR200. Memang a bit terbako ngan mender alah ni. Terus aku cari jap sebelum balik tadi. Kebetulan ada beberapa benda yang kena cari kat AEON Bukit Indah. langsung aku masuk ThunderMatch. Angkat. Baca a bit pasal benda alah ni. Katanya leh support 4G LTE ke banyak gajet, download speed leh cecah sampai 150 Mbps. Tak perlu configurasi sebab dia dah letak siap siap kebanyakan Telco Malaysia lam ni. Creates simultaneous dual band Wi-Fi networks, dengan kelajuan maksima 300 Mbps untuk 2.4GHz band dan 433 Mbps untuk 5GHz band. Ada 4 antenna actually. 2 luaran untuk wifi dan 2 dalaman untuk 3G/4G. Layan. Sambung ke TV layan youtube. Perghhhh. Ternganga si ici layan boboiboy endless tengah hari tadi. Kekeke. Next step. Terminating telefon rumah dan streamyx!

Digi Postpaid Infinite

Imej
Digi Postpaid Infinite. Actually. Aku datang ke Digi untuk amik nombor baharu yang akan aku digunakan oleh inaz nanti. Sekali masa nunggu boleh pulak terusyar satu benda baharu kat ruangan tepi. langsung aku lepak kat dinding tu. Sampai staf sebut nama aku dua tiga kali baru terperasan. Aku memang sebulan dua ni agak bengkerk ngan line streamyx kat rumah aku. Sesambil dok daftar nombor inaz sesambil dok borak pasal plan ni. Sekali. Awak check sekali la. Aku dapat terus nombor tanpa perlu cagaran beb. Ye lar. Star player digi sejak 2005 kot. Dan la ni hampir semua nombor dalam famili aku pakai digi kot. Yang best ... Infinite Call, Infinite Tethering. Siap promote AP TPLink Archer MR200. Cuma dah habis stok. Ahhh.. Angkat dulu nombor dan plan. Balik ni kita pikio la. Aku takde ikatan apa-apa. kalau tak ok terus terminate je dalam minggu ni. Layaannn. TQ Digi. You make my day lah today!

Restoran Mak Teh : 20181119 Sarap Time

Imej
Restoran Mak Teh : 20181119 Sarap Time. Hari ni aku amik cuti. Banyak benda nak disetel. Yang tu dah makin dekat untuk aku cerita. Tunggu aje ye. Apapun. Sarap sini jap. Tak lupa beli bahulu kegemaran mama.

Salam Maulidur Rasul 1440H 2018M

Imej
Salam Maulidur Rasul 1440H 2018M “Menyantuni Umat Membawa Rahmat” Selasa, 12 Rabiulawal 1440H / 20 November 2018M. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Sekolah Agama Nusa Perintis : Majlis Apresiasi Murid Darjah Enam 2018

Imej
Sekolah Agama Nusa Perintis : Majlis Apresiasi Murid Darjah Enam 2018. Bermula tahun ni sekolah agama angah pun dah buat Majlis Aprisiasi untuk murid Darjah 6. Alhamdulillah. Mama dapat hadir. Inaz naik 4 kali ke pentas. Nombor tiga, pengawas, sirah dan konvo.  Tahniah Inaz. All the best and be the best!

Chilindo : My point of view

Imej
Chilindo : My point of view. 7 November hari tu aku mula belajo pasal benda ni kat asrama BTPN masa dok lepak-lepak nunggu slot malam. Hmmm. Boleh tahan jugak. Malam tu jugak aku dapat satu spek dengan harga 70 sen. Malam tu jugak aku belajo sikit pasal autobid. Masuk dan letak beberapa autobid. Esok paginya nengok 30 barang aku dapat. Boleh tahan jugak. Lepas bayar dia terus pecahkan ikut item. Ingatkan semua masuk satu kotak jugak. Rupanya dia pecah ikut barang ada tak ada. Tak kisah la. Yang mana kita tak nak kita leh delete dulu. Dia akan masuk saved item. Kelebihannya. Masa berfikir untuk kita samada nak amik atau tak. Keduanya. Ringan sikit pembayaran, sebab bila kita nak semula kita leh masukkan semula ke cart kita dengan harga yang sama tu. Cuma. Bila dah masuk saved item, ikut suka dia la nak bagi ke tidak. Barang aku satu hilang lepas aku biar dalam dua hari. Takpe la. Sapa suruh lambatkan payment kan. 13 November, barang pertama aku sampai. Kecik aje kotaknya sebab isin

Festival Konvokesyen (FESKO) UTM 61 : 20181117 Last Day Walkabout

Imej
Festival Konvokesyen (FESKO) UTM 61 : 20181117 Last Day Walkabout. Hari last harus la singgah. Satunya, pasal akan banyak edisi lelong oleh penjual. Duanya, si iqa pesan jersi merah kedah. Sekali aku tanya pasal jersi JDT, dah takde saiz untuk angah. Huhuhu. Jenjalan sikit. Dan aku dah mula rasa sengal. Serius beb. Banyak lepak la. Yelah. Dah seminggu straight kaki aku kena lenjan. Sampai ke Putrajaya, Muo bagai dah pun. Dia dah mula minta rehat ni.

Sekolah Tun Fatimah : 20181117 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20181117 Lawatan Hujung Minggu. Last lawatan untuk tahun 2018. Minggu ni dah minggu last persekolahan. Makan dulu lunch yang dibeli on the way ke STF. Amik beberapa barangan yang dah boleh dibawa balik. Hari khamis ni boleh amik barang lagi sebelum mula balik bercuti pada hari Sabtu nanti.

Petrol Routine for Almera

Imej
Petrol Routine for Almera. Last isi 6 November. Isi semula on 17 November. Hasil RM69.77 for 336.7 km melibatkan 31.715l minyak. 12 hari. Lebih kurang 10km per liter.

Home Sweet Home Renovation Phase 3 : 20181116 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 3 : 20181116 Progress. Porch. Dah makin jelas kelihatan kemajuannya.

Sekolah Tun Fatimah : 20181116 Makan makan

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20181116 Makan makan. Banyak tempat dulu yang kami singgah sebelum sampai ke STF daripada UTM tadi. UDA la. Dataran Larkin la. Sampai kat STF terus ke pondok wakaf. Iqa ngan kengkawan dia dah ada kat situ. Deme buat makan makan. Minggu depan kan dah minggu last persekolahan. Iqa pun tahun depan jadi Setiausaha Blok. Khamis ni datang amik barang ja memandangkan dia ada kursus khas awal cuti ni. Hmmm. Esok gamak kena datang amik barang dia sikit ni. Kalau tak masak la nak berkemas Khamis depan ni.

Festival Konvokesyen (FESKO) UTM 61 : 20181116 Jenjalan

Imej
Festival Konvokesyen (FESKO) UTM 61 : 20181116 Jenjalan. Sekali lalu aje. Tadi sebelum jemaat dah tinggalkan mama kat sini. Setel jemaat aku gi park kat mak jah dan janji jumpa kat wakaf tengah. Sekali nampak jersi merah kedah. Terus sambar. Sempat kena pow ngan ici cam biasa. Pistol belon katanya. Makan tengah hari sebelum gi jumpa iqa di STF. Adakah esoknya akan ada return back? Kita tungggguuuu!

Masjid Sultan Ismail, UTM Skudai : 20181116 Mengimbau Kenangan

Imej
Masjid Sultan Ismail, UTM Skudai : 20181116 Mengimbau Kenangan. Semalam lepak kat sini. Bawak dan tinggal mama di Fesko, aku gerak ke pusat pentadbiran UTM. Park di HEP. Sambil sambil snap picas. Orang tak berapa ramai maybe sebab konvo pun dah seminggu berlalu kan. Sempat la meronda sambil pergi ke masjid. Dulu. Ni la port biasa aku. Masa belajar kat sini la. Dah banyak berubah pun. Masa balik sempat mengenang padang bola tempat latihan dulu. Perghhh. Zaman silam kan. Banyak benda yang aku pun dah banyak tinggal. Nak main basikal semula?

Jusoh, Usop dan Ali : 20181116 Dengki

Imej
Jusoh, Usop dan Ali : 20181116 Dengki. Keluar rumah pagi tu ternampak 3 ekor budak ni. Haisshhh. Yang keempat dah takde. Tak tau la ke mana. Actually. Ni tempat si Phatah. Si Tamrin ni memang nak kena ni. Saja dengki si Phatah. Di letak 3 kebudak ni kat tempat Phatah. Pasni mau aku tempeleng kalau jumpa. Si Jusoh tu yang hitam paling bulat. Usop itam kedua while Ali si belang tu. Hari ni aje dua kali aku dengkikan semula si Tamrin. Dia alihkan ke depan. Aku alihkan semula ke belakang. Suka ati ko aje dengkikan si Phatah ye.

Sekolah Agama Nusa Perintis : Hari Terbuka

Imej
Sekolah Agama Nusa Perintis : Hari Terbuka. Hari Khamis ni jadi hari yang amat penuh. Segala-galanya yang perlu aku selesaikan dalam minggu ni dilambakkan pada satu-satunya hari yang aku wujud di opis. Nak pulak petangnya ada hari terbuka sekolah agama. Takpe. Satu-satu kita kasi setel. Paginya kita selesaikan verifikasi data repositori. Ada permohonan data adhoc. Cari orang berkaitan untuk bantu melicinkan urusan. Ada jamuan sikit masa lunch. Sambung urusan PBPPP selepas rehat. Balik. Amik angah dan Iqi kat rumah dan keluar semula ke sekolah. Nampaknya ramai jugak parent yang sama macam aku. Habis kerja baru gerak ke sekolah. Ye lah. Khamis pun macam half day aje. Waktu kerja sampai jam 3.30 petang aje kan. Alhamdulillah. Urusan lancar. Dapat terus aje jumpa ustaz iqi dan ustazah angah. Iqi dan angah dua-dua dapat nombor 3 dalam kelas masing-masing. Iqi juga dilantik jadi pengawas bermula tahun depan. Hebat! Baru darjah 3 dah jadi pengawas. Paling laju antara semua. Minggu depan ad

SMK Raja Muda, Muar : Pemantauan Persediaan Persekolahan 2019

Imej
SMK Raja Muda, Muar : Pemantauan Persediaan Persekolahan 2019. So. Dari Putrajaya aku bertolak ke Muar. Duduk di Hotel Elite. Paginya sarap dulu sate ngan Hairin dan Redza. Alhamdulillah. Sekolah dalam keadaan kondusif untuk 2019i. Sedikit perkongsian pengurusan data berintegriti bersama pengurusan sekolah. Terima kasih atas kerjasama. Makan tengah hari di sini sebelum bergerak pulang. Dan. Aku tertinggal kamera kat sini. Huhuhu.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 8 November. Isi semula on 13 November. Petron R&R Ayer Keroh on the way back from Putrajaya. Hasil RM80.86 for 554.0 km melibatkan 36.755l minyak. 6 hari. 1 liter lebih kurang 15++ km. Layan.

Seminar Keselamatan ICT KPM 2018 : Lindungi Maklumat, Hindari Pencerobohan

Imej
Seminar Keselamatan ICT KPM 2018 : Lindungi Maklumat, Hindari Pencerobohan. Pagi tu gerak awal dari Pullman. Berdepan aje dengan bangunan KPT ni. Parking depan bangunan betul-betul. Masuk. Cari cafe dulu. Selesai makan baru gerak ke Dewan Za'aba yang letaknya bersebelahan cafe ni aje pun. Lepas daftar terus lepak menanti. Sekali team sabah masuk. Hahaha. Kenal semua deme ni. Seminar ini merupakan platform kepada warga KPM untuk berkongsi maklumat dan menyampaikan informasi berkaitan kepentingan keselamatan teknologi maklumat. Boleh tahan juga pengisian dia. Makan tengah hari dengan geng KS ICT. Layan. Masuk semula untuk majlis perasmian seminar disempurnakan oleh YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. Sambung lagi dua taklimat. Lupa nak cakap. Sempat lagi nengokkan agoda untuk penginapan malamnya pula kat Muo. Layan aje ler. A bit slow bergerak lewat petang tu. Hujan sepanjang jalan. Masak! Cam biasa. Nanti kamera dah dapat baru update penuh.

Jom Jenjalan : Meronda Muo

Imej
Jom Jenjalan : Meronda Muo. Balik dari putrajaya aku terus singgah muo. Sampai malam jugak. Masuk ikut tangkak. Memula ingatkan nak cari burger area mee bandung tu. At last aku cari hotel dulu. Dah book Hotel Elite thru Agoda masa seminar pagi tadi. OK hotelnya. Kebetulan ada gerai burger bawahnya. Layan aje. Sesambil nunggu jalan jap ke bulatan mahkota. Snap snap macam biasa. Tido. Pagi esoknya hairin dan redza datang. Gi sarap jap kat R&H Cafe. Terbaeekkk!!!! Tu yang sampai lupa dan tinggal kamera ni lepas pemantauan. Haissshhh! TQVM Hairin bawakkan semula kamera ni. Hehehe. Teruk tul tuan dia.

Jom Jenjalan : Hotel Pullman Putrajaya Lakeside

Imej
Jom Jenjalan : Hotel Pullman Putrajaya Lakeside. 12 November. Ni la hotel yang aku booking nyambil nyambil dalam simposium. Dapat RM190 semalam. Deal agoda hari biasa. Rasanya cuti sekolah tak dapat harga gini. Selesai aje simposium terus gerak ke sini. Sampai around jam 10.00 malam. Meraba jugak nak cari lobi dari parking dia. Dah check-in pun meraba nak keluar dari lobi. Sib baik petugas guide aku sampai ke bilik. Kekeke. Tempat dia besar. Bilik pin terbaeekkk!!!! Sempat merayau jap malam tu. Memang penuh cahaya tempat ni. Pagi esoknya. Merayap semula ke semua tempat. Hmmm. Suasana malam lebih meriah dan cantik. Ada kesempatan dan peluang maybe return semula. memang terbaeekkk!!!! Park. Tetap kena bayar RM15 selaku guest. Hehehe.

Seminar Keselamatan ICT KPM 2018 : Off we go to Putrajaya

Imej
Seminar Keselamatan ICT KPM 2018 : Off we go to Putrajaya. Habis aje simposium terus shoot ke Putrajaya. Tu yang pagi tu sibuk dok godak agoda. Malam nak tido, paginya baru nak godak. Alhamdulillah. Dapat Pullman Lakeside dengan harga campur tax, servis bagai RM190 tanpa breakfast. Singgah jap Pagoh makan malam. Sambung jalan. Sampai lebih kurang jam 9.30 malam. Boleh tahan hotelnya. Nak cari pintu keluar dari lobby pun leh sesat. Kakaka. Siap dapat guide penuh. Lepak bilik. Mandi. Baru bukak telegram. Sekali. Si lan dok sebelah bilik je. Borak jap. Masuk. Telan ubat. Terus tido. Cerita penuh nanti ya lepas dapat kamera aku dari hairin. Leh tertinggal beb kat Muo. Haisshhh.

Simposium Memperkasa Infrastruktur ICT KPM Mendepani Cabaran Pendidikan Digital : Siri 5 - Johor

Imej
Simposium Memperkasa Infrastruktur ICT KPM Mendepani Cabaran Pendidikan Digital : Siri 5 - Johor. Alhamdulillah. Simposium Siri 5 KPM telah berjaya diuruskan dengan baik oleh semua team yang terlibat. Tahniah dan terima kasih pada semua. Anda memang terbaeekkk!!!! Kamera aku? Sekeping gambo je yang diambik sepanjang program. Hehehe. Jadi Floor Manager. Merata musing. Cari solution. Yang penting. Majlis lancar. Tu lum cerita sempat masuk agoda booking hotel. Hahaha. Next entry la cerita pasal tu ye.

Simposium Memperkasa Infrastruktur ICT KPM Mendepani Cabaran Pendidikan Digital : Johor Preparation

Imej
Simposium Memperkasa Infrastruktur ICT KPM Mendepani Cabaran Pendidikan Digital : Johor Preparation. Minggu ni merupakan minggu paling pack bagi aku actually. Dari Ahad sampai la ke Khamis. Penuh pengisian dengan pelbagai aktiviti. Kami bertuah kerana terpilih sebagai tempat terakhir Simposium ICT BPM ni. So. Persiapan dan persediaan akhir memang kena pecut pada hari Ahad tu memandangkan hari Isnin tu dah berlangsungnya acara besar ni. Pagi tu semua dah masuk ke Bilik Mesyuarat untuk semakan akhir persediaan sebelum kena all out dewan sebelah petangnya. Mana-mana isu yang masih ada dan jangkaan timbul kena diselesaikan. Petangnya TSUB dah sampai untuk melihat persediaan kami. Alhamdulillah. Semua dapat dibereskan dengan baik. Tunggu kemuncak keesokan harinya sahaja. All the best to all! Yang pasti, sampai rumah terus tertidur dan aku lupa sebab apa aku penat sangat hari tu.

Sekolah Tun Fatimah : 20181110 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20181110 Lawatan Hujung Minggu. Keluar rumah si Phatah dok menggedik depan pintu. Nak bermanja la tu. Singgah KFC GP nak tapau. Sekali orang punya la ramai. Ubah hala ke KFC Larkin Sentral. Haaa... Aman sikit membeli belah. Singgah kafe makan dengan Iqa. Layan. Pakai kasut baharu. a bit tak selesa la pulak pada bahagian atas kaki. Jalan OK. Maybe kena banyakkan pergerakan sikit. Jadi lemas pulak kaki aku ni.

Home Sweet Home Renovation Phase 3 : 20181110 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 3 : 20181110 Progress. Simen beam dah mula masuk sambil diselia oleh penyelia handalan kita, Ici.

Home Sweet Home Renovation Phase 3 : 20181109 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 3 : 20181109 Progress. Tanah untuk tambak dah mula tiba.

Zana : 20181109 Ngetest Rumah Baharu

Imej
Zana : 20181109 Ngetest Rumah Baharu. Kebetulan. Bagi aje kotak kasut skechers kat zana. Takut takut dia. Mungkin takut tak mampu bayo harga apartmen ni gamaknya. Boleh la tu.

Johor Premium Outlet : Autumn Sale - Skechers Classic Fit

Imej
Johor Premium Outlet : Autumn Sale - Skechers Classic Fit. Actually. Ni benda awal yang bermain di minda bila mama ajak gi JPO. Hutang yang masih lum aku beli dari sesi fisioterapi aku. Ingat lagi dia kata pasal lapik kaki aku tu. Kalau saya, baik saya beli terus kasut. Hahaha. Nak buat camne. Lapik kaki tu aje pun dah 300++ harganya. Cari skechers kat JB semua takde saiz. Sampai aje JPO terus meronda sambil snap-snap. Masuk Skechers tengok-tengok kasut. Saiz paling kecik semuanya 7. Alamak. Sekali staf dia kata test dulu bang. Test. Ehhh.. Ngam ngam beb. Bila belek balik baru perasan. Skechers pakai saiz amerika. Bila convert UK dia jadi 6 jugak. Hahaha. Alhamdulillah. Harga? RM299. Ada less 20% lagi untuk kasut kedua. Ada rezeki jugak pakai kasut yang fisio aku soh pakai tu. Terus tukar dan pakai. Nanti Ahad baru tau efek yang mana seharian aku akan pakai. Korang nak tau berapa lama aku mencari ni? Orang yang paling kerap bertanyakan pasal hal kaki dan kasut aku tu adalah Cikgu Ha

Cumee Cumee : 20181109 Jangan Kacau Aku

Imej
Cumee Cumee : 20181109 Jangan Kacau Aku. Semalam si cumee cumee balik bawak boypren. Aku takde masa pulak nak bagi nama kat boypren dia ni. Tapi garang tul cumee cumee masa makan. Nak aje ditampo sang boypren yang cuba nak tumpang sekaki makan. Kekeke. Yang best sang boypren wat muka selenga ja. Hampes tul. Nasib la ko nak.