Catatan

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Syurga Untuk Orang Solat Berjemaah Di Masjid

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Syurga Untuk Orang Solat Berjemaah Di Masjid عن أبي هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ أَوْ رَاحَ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ فِى الْجَنَّةِ نُزُلاً كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ Daripada Abi Hurairah RA, sesungguhnya Nabi SAW bersabda:  Sesiapa yang pergi dan balik dari masjid, maka Allah akan menyediakan baginya tempat di syurga setiap kali dia pergi dan balik.” (HR Muslim No: 1556) Status Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Pelihara solat waktu dengan berjemaah dengan berusaha solat fardhu di masjid  berjamaah. 2.  Orang yang meninggalkan solat fardhu di masjid bermakna ia meninggalkan antara sunnah Rasulullah SAW. 3.  Orang yang solat fardhu di masjid, akan disediakan baginya tempat di syurga. 4.  Sesungguhnya ganjaran berganda untuk mereka yang solat fardhu berjemaah di masjid. Dalam riwayat daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ أَحَدِكُمْ وَحْدَهُ بِخَم

Sepakat membawa berkat

Imej
Sepakat membawa berkat. Maksud: Kerjasama dan persetujuan dalam kumpulan akan membawa kebaikan. ---  #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #IniStyleKita #fyp ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#Samsung‬ ‎#DJI #Fujifilm #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Pahala Solat Berterusan Dan Didoakan Malaikat

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Pahala Solat Berterusan Dan Didoakan Malaikat عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَحَدُكُمْ مَا قَعَدَ يَنْتَظِرُ الصَّلَاةَ فِي صَلَاةٍ مَا لَمْ يُحْدِثْ تَدْعُو لَهُ الْمَلَائِكَةُ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ  Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Salah seorang diantara kalian dihitung akan sentiasa berada dalam (pahala) solat selama duduk menunggu solat, dan selama ia tidak berhadas, malaikat juga akan mendoakannya; "Ya Allah, ampunilah dia, ya Allah, rahmatilah dia." (HR Muslim No: 1063) Status Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Orang yang berada di masjid awal atau iktikaf sambil menunggu waktu solat seterusnya di masjid untuk solat berjemaah, akan mendapat ganjaran pahala seolah-olah sentiasa berada dalam keadaan solat selama ia masih menanti waktu solat seterusnya di tempat solat tersebut  (di masjid) selama mana ia masih berwuduk. 2. 

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Orang Yang Paling Banyak Pahala Solat Di Masjid

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Orang Yang Paling Banyak Pahala Solat Di Masjid عَنْ أَبِي مُوسَى قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَعْظَمُ النَّاسِ أَجْرًا فِي الصَّلَاةِ أَبْعَدُهُمْ فَأَبْعَدُهُمْ مَمْشًى وَالَّذِي يَنْتَظِرُ الصَّلَاةَ حَتَّى يُصَلِّيَهَا مَعَ الْإِمَامِ أَعْظَمُ أَجْرًا مِنْ الَّذِي يُصَلِّي ثُمَّ يَنَامُ Daripada Abu Musa berkata, "Nabi SAW bersabda: "Orang yang paling banyak mendapatkan pahala dalam solat adalah mereka yang paling jauh (jarak rumahnya ke masjid), kerana paling jauh dalam perjalanannya menuju masjid. Dan orang yang menunggu solat hingga dia melaksanakan solat bersama imam lebih besar pahalanya dari orang yang melaksanakan solat kemudian tidur." (Sahih Bukhari No: 614) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Orang yang paling banyak mendapatkan pahala dalam solat di masjid:  a.  Orang yang paling jauh jarak rumahnya ke masjid b.  Orang yang menunggu solat hingga dia melaksanakan solat bersama i

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Ganjaran Seumpama Pahala Haji dan Umrah

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Ganjaran Seumpama Pahala Haji dan Umrah  عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ Daripada Anas bin Malik RA dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang solat subuh berjamaah  kemudian duduk berzikir sampai matahari terbit kemudian diikuti dengan solat dua rakaat, maka dia mendapatkan pahala seperti pahala haji dan umrah." dia (Anas radliallahu 'anhu) berkata, Rasulullah bersabda: "Sempurna, sempurna, sempurna." (HR Tirmizi No: 535) Status: Hadis Hasan Pengajaran: 1.  Ganjaran pahala berganda sentiasa disediakan kepada setiap Muslim yang menunaikan solat berjemaah khususnya di masjid. 2.  Barang siapa yang sol

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Didik Anak Untuk Solat

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Didik Anak Untuk Solat عَنْ عَمِّهِ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ الرَّبِيعِ بْنِ سَبْرَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلِّمُوا الصَّبِيَّ الصَّلَاةَ ابْنَ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُ عَلَيْهَا ابْنَ عَشْرٍ Daripada Abdul Malik bin Ar Rabi' bin Sabrah dari Ayahnya dari datuknya ia berkata; "Rasulullah SAW  bersabda: "Ajarkanlah solat kepada anak-anak diumur tujuh tahun, dan pukullah mereka ketika meninggalkan solat di umur sepuluh tahun." (HR Tirmizi No: 372) Status: Hadis Hasan Sahih Pengajaran: 1.  Didiklah anak-anak kita untuk mengerjakan solat sejak dari kecil. Ajaklah mereka solat bersama dan berjemaah. 2.  Proses membimbing, memujuk, dan menggalakkan anak-anak agar menunaikan solat sejak berumur 7 tahun hingga 10 tahun dengan sabar dan bersungguh-sungguh (3 tahun mengasuh dan membimbing anak agar solat sehingga ia menjadi tabiat dan kebiasaan). 3.  Disiplinka

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Masjid Sebagai Rumah Orang Bertaqwa

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Masjid Sebagai Rumah Orang Bertaqwa عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ اَلْمَسْجِدُ بَيتُ كُلِّ تَقِيٍّ وَتَكَفَّلَ اللهُ لِمَن كَانَ الْمَسْجِدُ بَيْتَهُ بِالرَّوحِ وَالرَّحْمَةِ وَالْجَوَازِ عَلَى  صِرَاطٍ إِلَى رِضْوَانِ اللهِ إِلَى الْجَنَّةِ Daripada Abi Darda, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Masjid itu rumah bagi orang-orang yang bertaqwa. Allah menjamin kepada orang yang menjadikan masjid sebagai rumahnya dengan roh yang damai rahmat dari Allah melimpah-limpah dan melepasi titian sirat menuju reda Allah di dalam syurga” (HR Tabrani No 6020) Status: Hadis Hasan Pengajaran: 1.  Masjid adalah rumah untuk orang yang bertaqwa. 2.  Usahakanlah Masjid sebagai rumah ke dua kita yang tetap kita "pulang" ketika masuk waktu solat fardhu. 3.  Allah menjamin kepada orang yang menjadikan masjid sebagai rumahnya untuk dimakmurkan dengan limpahan rahmat kasih sayang Allah

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Mengutamakan Orang Lain

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Mengutamakan Orang Lain عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلًا أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَبَعَثَ إِلَى نِسَائِهِ فَقُلْنَ مَا مَعَنَا إِلَّا الْمَاءُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يَضُمُّ أَوْ يُضِيفُ هَذَا فَقَالَ رَجُلٌ مِنْ الْأَنْصَارِ أَنَا فَانْطَلَقَ بِهِ إِلَى امْرَأَتِهِ فَقَالَ أَكْرِمِي ضَيْفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ مَا عِنْدَنَا إِلَّا قُوتُ صِبْيَانِي فَقَالَ هَيِّئِي طَعَامَكِ وَأَصْبِحِي سِرَاجَكِ وَنَوِّمِي صِبْيَانَكِ إِذَا أَرَادُوا عَشَاءً فَهَيَّأَتْ طَعَامَهَا وَأَصْبَحَتْ سِرَاجَهَا وَنَوَّمَتْ صِبْيَانَهَا ثُمَّ قَامَتْ كَأَنَّهَا تُصْلِحُ سِرَاجَهَا فَأَطْفَأَتْهُ فَجَعَلَا يُرِيَانِهِ أَنَّهُمَا يَأْكُلَانِ فَبَاتَا طَاوِيَيْنِ فَلَمَّا أَصْبَحَ غَدَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ ضَحِكَ اللَّهُ اللَّيْلَةَ أَوْ عَجِبَ مِنْ فَعَالِكُمَا فَأَنْزَلَ اللَّهُ: (وَيُؤْث

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Amalan Pintu Kebaikan

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Amalan Pintu Kebaikan عَنْ مُعَاذٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَأُنَبِّئُكَ بِأَبْوَابٍ مِنْ الْخَيْرِ الصَّوْمُ جُنَّةٌ وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ وَقِيَامُ الْعَبْدِ مِنْ اللَّيْلِ  Daripada Muaz bin Jabal RA bahawa Nabi SAW bersabda; "Aku akan memberitahu kepadamu pintu-pintu kebaikan iaitu; puasa adalah perisai, sedekah meleburkan dosa seperti air memadamkan api, dan seorang hamba bangun (qiamullail) di malam hari. (Musnad Ahmad No: 21628). Dar Ihya Turath Arabiy. Status: Isnad Hasan Pengajaran: 1.  Nabi SAW  menyampaikan pesanan tentang pintu-pintu kebaikan kepada umatnya iaitu Ibadat puasa, sedekah dan qiamullail. 2.  Pintu kebaikan pertama ialah Ibadat puasa. Puasa menjadi benteng atau perisai kepada seseorang daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Puasa adalah perisai yang akan melindungi daripada kehancuran jiwa, kerosakan perjal

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Puasa Menjauhkan Dari Api Neraka

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Puasa Menjauhkan Dari Api Neraka عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَنْ صَامَ يَوْمًا فِى سَبِيلِ اللَّهِ بَعَّدَ اللَّهُ وَجْهَهُ عَنِ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, aku mendengar Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa melakukan puasa satu hari di jalan Allah (dalam melakukan ketaatan pada Allah / jihad ), maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh perjalanan 70 tahun. (HR Bukhari No: 2840) Status Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Puasa adalah antara ibadat yang menjadikan seseorang hamba dekat dengan syurga dan jauh daripada neraka. 2.  Puasa adalah perisai kepada seorang mukmin. Rasulullah SAW bersabda: الصِّيَامُ جُنَّةٌ يَسْتَجِنُّ بِهَا الْعَبْدْ مِنَ النَّارِ Puasa adalah perisai, seorang hamba berperisai dengannya dari api neraka” (HR Ahmad 3/241) Status: Hadis Sahih 3.  Sehari ibadat puasa oleh seorang